Ph Di Selangor Kini Terancam



PETALING JAYA: Penguasaan Pakatan Harapan di Selangor boleh terancam sekiranya trend pengundian pada PRU15 diteruskan pada pilihan raya negeri akan datang.
PH kini memegang 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi Perikatan Nasional (PN) mencapai kejayaan dalam PRU pada November dengan memenangi enam kerusi parlimen: Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang, Kapar dan Kuala Langat.
Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bahawa PN memperolehi antara 65% dan 90% pengundi baharu yang ditambah ke dalam daftar pemilih berikutan penurunan umur mengundi kepada 18 tahun.
Di Kapar, yang menjadi kubu kuat PH sebelum ini, menyaksikan PN menang sekitar 67.5% atau 34,400 daripada kira-kira 52,000 pengundi baharu. PH hanya berjaya menambah kira-kira 5,300 pengundi baharu, manakala BN memperoleh kira-kira 8,700.
Di Kuala Langat, calon PN daripada PAS memperoleh 52,867 undi berbanding 18,700 yang diperoleh parti Islam itu pada PRU14.
Sebaliknya, PH hanya berjaya meningkatkan undi sebanyak 7,800 walaupun hakikatnya terdapat lebih 35,800 pengundi baharu di kawasan itu. Undi BN turun kira-kira 7,400.
“Strategi media sosial dan retorik perkauman PN memberi impak, terutamanya dalam kalangan pengundi kali pertama,” kata Abbas Salimmi Adzmi, naib ketua Pemuda Amanah, parti komponen PH.
Malah di kerusi Parlimen majoriti Melayu yang menyaksikan PN kalah, termasuk Shah Alam, Gombak, Hulu Langat dan Sepang, gabungan itu menduduki tempat kedua selepas PH. Majoriti PH di kerusi ini berkurangan antara 10,000 hingga 36,000 undi.
‘Gelombang hijau’ di Selangor
Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia, Mazlan Ali, beliau percaya “gelombang hijau” boleh membantu gabungan itu menamatkan pemerintahan 15 tahun PH di Selangor, selepas mendorong PN memenangi 74 kerusi pada pilihan raya.
“PN mendominasi media sosial terutamanya TikTok dengan video daripada pendakwah selebriti yang pro-PN,” kata Mazlan.
PN berharap untuk memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN yang akan memberikan majoriti mudah untuk mentadbir Selangor tetapi tidak menamakan kerusi itu.
Terdapat 10 kerusi DUN dalam enam kawasan Parlimen yang dimenangi PN pada PRU15, semuanya dengan lebih 70% bilangan pengundi Melayu.
Terdapat juga 12 kerusi DUN lain di seluruh Selangor di mana Melayu Islam merangkumi lebih 70% pengundi. Kerusi ini adalah di kawasan Parlimen Selayang, Gombak, Hulu Langat, Bangi, Shah Alam, Kota Raja dan Sepang.
Di lapan kerusi DUN lain, pengundi Melayu Islam membentuk lebih 60% daripada pengundi. Permatang, Taman Templer, Lembah Jaya, Pandan Indah, Dusun Tua, Seri Serdang, Meru dan Kota Damansara adalah kerusi yang pernah ditandingi PAS, parti terbesar dalam PN mengikut keahlian, sebelum ini.
Menghentikan ‘gelombang hijau’
Abbas percaya “gelombang hijau” PN mungkin tidak mempunyai kesan yang sama dalam PRN seperti yang berlaku pada PRU15. Beliau berkata PH dan sekutu baharunya BN kini menyedari strategi media sosial PN dan akan bersedia untuk menentang naratif mereka.
“Kerajaan Selangor telah melancarkan pelbagai inisiatif seperti insurans bersubsidi dan diskaun karnival beli-belah. Negeri juga telah menambah dana untuk program sedia ada seperti skim bantuan warga emas, yang membantu keluarga berpendapatan sederhana dan rendah,” kata Abbas.
Mazlan berkata, pengundi kali pertama yang menyokong PN pada PRU15 mungkin berubah fikiran selepas melihat prestasi kerajaan perpaduan.
“Keperibadian Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kerja kerasnya, kelayakannya sebagai pemimpin Islam yang progresif dan bagaimana dia turun ke lapangan untuk bersolat dengan orang yang berbeza setiap Jumaat, boleh mempengaruhi sentimen,” tambah Mazlan - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/ph-di-selangor-kini-terancam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Kini Sebahagian Daripada Kerajaan Selangor Kata Amirudin

Bn Kini Sebahagian Daripada Kerajaan Selangor Kata Amirudin

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 211 hits
ADUN Umno dan Barisan Nasional kini merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor sehingga tamat tempoh penggal pentadbiran kerajaan negeri yang akan berakhir Jun ini kata Menteri Besar Amirudin Shari Beliau berkata ia hasil perbincangan ...
Nostalgia Intip Potret Dulu Vs Kini Tempat Legendaris Di Film Si Doel Anak Sekolahan

Nostalgia Intip Potret Dulu Vs Kini Tempat Legendaris Di Film Si Doel Anak Sekolahan

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 312 hits
Si Doel Anak Sekolahan judul yang satu ini tentunya sudah familiar di telinga masyarakat Indonesia Film yang mulai mengudara di tahun 1994 ini memang menjadi salah satu hiburan andalan di zamannya Puluhan tahun berlalu begini potret dulu vs...
Muhyiddin Pun Langgar Nasihat Dan Kini Terjebak

Muhyiddin Pun Langgar Nasihat Dan Kini Terjebak

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 231 hits
Walaupun secara majoriti orang Melayu sokong PN tetapi ia lebih kepada asas bersebab dan berlatarbelakang sokongan kepada PAS apabila UMNO dilihat masih tidak kembali ke pangkal jalan Sedikit sangat faktor Muhyiddin Walaupun kini Muhyiddin ...
Instagram Akui Ada Kendala Teknis Sebabkan Down Kini Berangsur Pulih

Instagram Akui Ada Kendala Teknis Sebabkan Down Kini Berangsur Pulih

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 161 hits
Instagram mengakui adanya masalah teknis sehingga pada pagi tadi mengalami down Hal itu disampaikan melalui akun resmi instagramcomm
Rentasan 1326 Panas Kini Anwar Ibrahim Sangkal Dakwaan Shahidan Kassim

Rentasan 1326 Panas Kini Anwar Ibrahim Sangkal Dakwaan Shahidan Kassim

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 184 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 13261 TIADA PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGKANG ERA PERIKATAN NASIONAL 2 PATUTKAH HADI DISIASAT KERANA MERANCANG RAMPAS KUASA 3 PERAK LARANG AHLI POLITIK CERAMAH DI MASJID DAN SURAU
Rizki Syarif Eks Gitaris Alexa Yang Kini Jadi Peneliti Di Laboratorium Bergensi Dunia

Rizki Syarif Eks Gitaris Alexa Yang Kini Jadi Peneliti Di Laboratorium Bergensi Dunia

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 171 hits
Rizki Syarif keluar dari Alexa pada 2011 kemudian fokus kuliah dan menjadi ilmuwan di CERN setelah mengambil gelar di bidang Fisika PhD dan pascadoktoralnya
Bayi Parah Dibaham Kera Kini Bergelar Doktor Tamat Pengajian Di Al Azhar Mesir

Bayi Parah Dibaham Kera Kini Bergelar Doktor Tamat Pengajian Di Al Azhar Mesir

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 222 hits
25 tahun yang lalu Malaysia pernah digemparkan dengan berita bayi parah dibaham seekor kera di rumahnya ketika itu Selepas 25 tahun kejadian tragedi berdarah berlaku gadis yang pernah di baham kera ini baru sahaja selesai konvokesyen serta ...
Jumlah Mangsa Banjir Di Negeri Pahang Kini Kian Menurun Kepada 2 684 Orang

Jumlah Mangsa Banjir Di Negeri Pahang Kini Kian Menurun Kepada 2 684 Orang

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 171 hits
KUANTAN Jumlah mangsa banjir di negeri ini turun kepada 2 684 mangsa berbanding 2 999 mangsa yang direkodkan semalam Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Che Adam A Rahman berkata kesemua mangsa daripada 766 keluarga itu di tem...
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Drama Mandul Bukan Pilihan

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Memalukan Nak Cabar Siapa Ni Aksi Mesra Pempengaruh Bertudung Dan Penyanyi Undang Kritikan Netizen

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sayuran Berkilat Dan Nampak Segar Bila Di Masak

Jemputan Kahwin

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi