Ph Bn Dah Tadbir Melaka Pn Belum


Tok Akhi
Rakyat Melaka bakal menempa sejarah memiliki Ketua Menteri pertama daripada wanita sekiranya Perikatan Nasional menang PRN 20 November ini.
Kata penulis: Apa kata kali ini beri peluang kepada PN pula mentadbir Melaka. Cubalah untuk setahun lebih sahaja, bukan lama pun sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang selewat-lewatnya perlu diadakan pada 2023. Jika selepas itu tidak puas hati, buat keputusan baharu ketika PRU15. Tapi kalau OK, teruskan dengan PN.
Sambungan kisah…
Melaka akan menempa sejarah negara apabila seorang wanita dilantik menduduki kerusi Ketua Menteri (KM) sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini.
Rakyat Melaka tentu akan berasa bangga apabila negeri mereka menjadi yang pertama memiliki KM wanita, setelah sejak negara merdeka semua KM atau Menteri Besar (MB) terdiri daripada lelaki.
Namun bagi memastikan sejarah dapat ditempa dan diukir di persada politik tanah air, rakyat Melaka mesti memastikan PN terlebih dahulu menang selesa PRN 20 November ini.
Penulis percaya kenyataan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin semalam bukan lagi suatu kemungkinan Melaka akan memperoleh seorang wanita sebagai KM baharu jika PN menang selesa.
Sebaliknya, penulis yakin bahawa PN akan melantik wanita menduduki kerusi itu, sekali gus menjadikan Melaka negeri pertama memiliki KM wanita sebaris dengan MB dari negeri-negeri lain.
Dalam sejarah politik negara sebelum ini hanya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja yang pernah menduduki jawatan tertinggi iaitu Timbalan Perdana Menteri di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Manakala di sektor awam pula sudah ada wanita yang menduduki kerusi Gabenor Bank Negara, Timbalan Ketua Setiausaha atau pengarah jabatan, sementara di sektor swasta telah ramai wanita yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan pemilik syarikat besar.
Tentunya rakyat Melaka tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki KM daripada wanita, dan sudah tentu jika ini berlaku bukan sahaja PN yang memberi sokongan, malah wanita dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga akan turut menyokong.
Penulis sedikit pun tidak terkejut apabila Hamzah berkata Melaka mungkin memperoleh KM wanita jika PN menang selesa.
Malah, seperti penulis katakan di atas, rakyat Melaka sewajarnya memberi peluang kepada PN pula mentadbir negeri itu, bukannya lama pun sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan. Maka penulis yakin pengundi Negeri Hang Tuah berani melakukan perubahan, apa lagi menempa sejarah baharu.
Lalu, kita boleh membuat telahan siapakah wanita pertama yang bakal menjadi KM Melaka, kerana daripada enam calon wanita diketengahkan PN pada PRN kali ini, empat adalah berbangsa Melayu.
Calon wanita PN bagi PRN Melaka kali ini ialah:
Hajah Aziah Mohd Saad (DUN N01 Kuala Linggi);
Mas Ermieyati Samsudin (DUN N02 Tanjung Bidara);
Dr Nordina Abd Latif (DUN N03 Ayer Limau);
Fong Khai Ling (DUN N20 Kota Laksamana);
Clarice Chan Ming Wang (DUN N22 Bandar Hilir); dan
Azalina Abdul Rahman (DUN N25 Rim).
Jika dilihat daripada calon-calon wanita PN itu, pastinya tumpuan kepada Mas Ermieyati yang kini menjawat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang).
Mas Ermieyati akan berdepan calon BN yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan bakal Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N02 Tanjung Bidara. Pakatan Harapan (PH) pula meletakkan Zainal Hassan bertanding di kerusi berkenaan.
Dalam kalangan wanita, Mas Ermieyati adalah yang pertama dari Melaka terpilih sebagai Ahli Parlimen sejak Mei 2013 yang mewakili Masjid Tanah. Tidak hairan jika pengundi Melaka sekali lagi akan menjadi rakyat Malaysia pertama yang memilih KM negeri itu daripada kaum hawa.
Beliau dilahirkan pada 13 November 1976 di Hospital Besar Melaka dan merupakan anak kedua kepada pasangan Hjh Salbiah Ahmad dan Hj Samsudin Md Ali. Dibesarkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Methodist Girls School (2) Tengkera, Melaka dan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar, Masjid Tanah Melaka.
Beliau kemudiannya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (1989-1993) dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang dan Ijazah Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkahwin dengan Mohd. Helmy Abd Talib dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Haiqal, Hakim, Hafiy, Hasif dan Iman.
Mas Ermieyati pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan; dan kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang).
Namun yang penting, beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Khas (Perhubungan) kepada Ketua Menteri Melaka pada 2006 hingga 2013.
Apapun, kita akan menunggu pengumuman dibuat PN hari ini mengenai calon KM Melaka sekiranya gabungan parti yang turut disertai Bersatu, PAS dan Gerakan menang PRN 20 November ini.
Adakah rakyat Melaka bersedia menempa sejarah terpulang kepada pemilih yang akan membuang undi mereka pada 20 November ini. SM

Bersambung…
(*) Tok Akhi
Pemerhati Politik Kampung


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/ph-bn-dah-tadbir-melaka-pn-belum-iv.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Situasi Covid 19 Belum Stabil Dibimbangi Meningkat Selepas Prn Melaka

Situasi Covid 19 Belum Stabil Dibimbangi Meningkat Selepas Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 213 hits
AGENDA DAILY Keadaan Covid 19 di Melaka masih belum stabil Penularan kes Covid 19 dibimbangi meningkat selepas Pilihan Raya Negeri Melaka memandangkan situasi yang masih belum stabil ketika ini Kebimbangan itu disuarakan Pengarah Kesihatan ...
Ph Sudah Bn Pun Sudah Pn Sahaja Yang Belum Mentadbir Melaka

Ph Sudah Bn Pun Sudah Pn Sahaja Yang Belum Mentadbir Melaka

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 102 hits
Tok Akhi Pengundi Melaka bijak bijak semuanya untuk menilai pentadbiran Pakatan Harapan dan UMNO selepas Pilihan Raua Umum Ke 14 Hanya Perikatan Nasional sahaja yang belum mentadbir negeri Hang Tuah itu Kata penulis Apa kata kali ini beri p...
Kami Belum Jumpa Petunjuk Pn Boleh Menang Prn Melaka

Kami Belum Jumpa Petunjuk Pn Boleh Menang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 149 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSehingga semalam masih tiada sebarang petunjuk bahawa Perikatan Nasional berpotensi untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka kata Ketua Penyelidik Ilham Centre Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim Bahkan katanya jika sen...
Bn Bimbang Keupayaan Ph Tadbir Melaka Kata Adly

Bn Bimbang Keupayaan Ph Tadbir Melaka Kata Adly

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 123 hits
November 18 2021 Calon Pakatan Harapan daripada Amanah Adly Zahari akan mempertahankan kerusi Bukit Katil Beliau akan dilantik sekali lagi sebagai Ketua Menteri sekiranya parti itu menang pada Sabtu AYER KEROH Calon Ketua Menteri Melaka dar...
Mahathir Tegur Calon Jual Namanya Dalam Prn Melaka

Mahathir Tegur Calon Jual Namanya Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 117 hits
Mahathir tegur calon jual namanya dalam PRN Melaka Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Dr Mahathir Mohamad menegur calon yang mengaitkan dirinya dan parti itu dalam pilihan raya negeri Melaka Tanpa menyebut secara khusus pihak itu dia menegas...
Pelajar Uitm Positif Covid 19 Selepas Hadiri Program Didakwa Anjuran Bn Melaka

Pelajar Uitm Positif Covid 19 Selepas Hadiri Program Didakwa Anjuran Bn Melaka

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 218 hits
Sekurang kurangnya seorang pelajar UiTM Lendu Alor Gajah positif Covid 19 selepas menghadiri satu program di sebuah resort yang didakwa dianjurkan Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri Melaka Pengarah Kesihatan Melaka Dr Rusdi Abd Ra...
Prn Melaka Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada Ada Cubaan Burukkan Imej Calon Bn

Prn Melaka Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada Ada Cubaan Burukkan Imej Calon Bn

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 117 hits
PRN Melaka Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada Ada Cubaan Burukkan Imej Calon BN Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan pengundi Pilihan Raya Negeri Melaka agar berhati hati dengan strategi pembunuhan karakt...
Travel To Melaka Get Free Tickets To Bayou Lagoon Park Resort

Travel To Melaka Get Free Tickets To Bayou Lagoon Park Resort

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 277 hits
BAYOU LAGOON PARK RESORTRemove yourself from the daily grind and grime of the city Escape with family and friends to Bayou Lagoon Park Resort Featuring a water park a business hotel a convention centre resort style service apartments and re...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Terkejut Dr M Rakib Sampai Di Pelabuhan Udara Bandung

Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

Medical Follow Up With Dato Dr Marina Di Kpj Seremban

Sarapan Di Kacang Pool Haji Larkin

Menginap Di Swiss Garden Hotel Melaka