Ph Bn Bina Kerjasama Untuk Tawan Kedah




Pakatan Harapan (PH) bukan memberi laluan kepada BN untuk menawan negeri pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai ini namun sedang memantapkan kerjasama di antara kedua dua gabungan.
Bagi Pengarah Pilihanraya PH – BN Kedah, Datuk Zamri Yusuf, di negeri itu PH dan BN sedang merangka kerjasama dalam bentuk strategi serta jentera menghadapi Pas selepas Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah dibentuk hujung minggu lalu.
Katanya, kedua dua gabungan sedang membina kerjasama untuk bertanding secara satu lawan satu berdepan Pas Kedah.
“(Sebelum ini) kita bermula dengan kerjasama dalam PH. Saya sebagai Pengarah Pilihanraya PH sudah pun susun jentera dalaman PH.
“Kemudian sekarang sebagai Pengarah Pilihanraya PH – BN saya selaraskan pula kerjasama dengan BN,” ujar Zamri kepada Suara Keadilan.
Kerjasama dengan BN itu, kata Ketua Pembangkang DUN Kedah tersebut, berasaskan formula kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 pada 2018 lalu.
Dalam PRU itu kata beliau, PH memenangi 18 kerusi sementara Umno 3 kerusi.
“Jadi kita ada kubu masing masing. PH pada PRU lepas kita menang di 18 kerusi, Umno menang 3. Cuma sekarang bila kerjasama, kita beritahu mereka dalam strategi kerjasama PH – BN ini kalau kita susun dengan baik maka BN ada peuang untuk tambah kerusi.
“Walaupun mereka sebelum ini menang 3 sahaja, dalam kerjasama kita nampak mereka ada ruang pergi sehingga 5 – 8 kerusi.
“Kita mahu kerjasama ini ada impak. Supaya Umno boleh buat come back (seperti sebelum PRU 14). Itu membantu kita untuk tawan Kedah,” katanya.
Selain mengekalkan kerusi yang ada, Zamri juga mengharapkan kerjasama berkenaan mampu menawan kerusi luar bandar yang tidak pernah dimenangi oleh kedua dua parti sebelum ini.
Menurut ADUN Suka Menanti itu, kerusi di parlimen Sik, Baling dan Padang Terap terap misalnya Pas amat dominan tetapi mungkin boleh dikalahkan dengan gabungan undi penyokong PH dan Umno.
“Kita akan beri sokongan mereka (Umno) bertanding di kerusi luar bandar seperti Baling, Sik, Padang Terap. Kita tengok dari data yang ada, peluang mereka lebih baik bila bekerjasama,” katanya lagi.
Gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan memerlukan 19 kerusi untuk mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan di Kedah.
Berdasarkan kerusi yang dimenangi pada PRU 14, jumlah berkenaan boleh dicapai dengan mudah seandainya kerusi yang dimenangi dapat dipertahankan.
The post PH – BN bina kerjasama untuk tawan Kedah first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36303?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ph-bn-bina-kerjasama-untuk-tawan-kedah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Bn Harapan Set Up Unity Leadership Council For State Polls

Kedah Bn Harapan Set Up Unity Leadership Council For State Polls

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 329 hits
BN and Pakatan Harapan today agreed to establish the Kedah Unity Leadership Council as a platform to prepare for the state election this year Kedah BN chairperson Mahdzir Khalid said BN and Harapan have also agreed to set up four committees...
Laung Azan 2 Minit Awal Masjid Di Kedah Mohon Maaf

Laung Azan 2 Minit Awal Masjid Di Kedah Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 209 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pentadbir Masjid Jame Badlishah di Pekan Yan Kedah memohon maaf kerana melaungkan azan Maghrib dua minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac lalu Timbalan Pengerusi masjid Ahmad Nasir berkata kesila...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch