Ph Benarkan Lynas Teruskan Operasi Sam Cap



Lynas: Kebimbangan serius, persoalan tidak terjawab
SAHABAT Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyuarakan kebimbangan yang serius berhubung keputusan kerajaan Pakatan Harapan untuk membenarkan Lynas untuk meneruskan operasinya untuk enam bulan lagi dan untuk sisa radioaktifnya kekal di negara ini.Ini bermakna sekali lagi, satu lagi legasi toksik diwujudkan bagi generasi masa depan menderita, dengan tambahan kepada sisa radioaktif berbahaya sedia ada yang disimpan di Banjaran Kledang, Perak daripada kilang Asian Rare Earth.Kerajaan berkata keputusan Lynas itu dibuat berikutan kenyataan kerajaan Australia dan kerajaan negeri Australia Barat kepada Malaysia bahawa mereka tidak akan menerima sisa radioaktif Water Leach Purification (WLP) yang dihasilkan oleh Lynas dihantarkan kembali ke sana.Ia jelas bahawa kerajaan Australia menganggap sisa Lynas amat toksik untuk diterima. Sudah tentu, apa yang menjadi ancaman yang tidak dapat diterima oleh rakyat Australia dan alam sekitar juga seharusnya dianggap ancaman yang sama kepada kesihatan penduduk dan alam sekitar di Malaysia.Sebaliknya, dengan membenarkan Lynas untuk meneruskan operasinya di Malaysia, negara ini sekali lagi menjadi tempat pembuangan bagi sisa radioaktif, yang akan kekal berbahaya untuk generasi akan datang memandangkan thorium dan uranium dalam sisa WLP mempunyai jangka hayat yang panjang sehingga berjuta dan berbilion tahun.Sebaliknya, daripada menutup operasi dan meminta Lynas menangani sisa toksik dan radioaktif, kerajaan membenarkan syarikat itu untuk meneruskan operasinya selama enam bulan lagi, tertakluk kepada syarat, yang menimbulkan lagi kebimbangan dan persoalan yang seterusnya.Salah satu syaratnya ialah Lynas mendapat Fasiliti Pelupusan Kekal (PDF) bagi sisa radioaktif. Bagaimanapun, siaran akhbar kerajaan tidak menetapkan bilakah sisa itu akan dipindahkan daripada tapak sementara kepada PDF.Sejak lesen diperbaharui selama enam bulan, bolehkah Lynas mencari tapak yang “selamat” dan sesuai dalam tempoh enam bulan ini, dan juga melengkapkan proses lain yang diperlukan? Paling penting, terdapat keperluan bagi Penilaian Kesan Alam Sekeliling dan Penilaian Kesan Radiologi dilakukan mengikut undang-undang kita, yang tertakluk kepada rundingan awam dan kelulusan. Dalam perkara ini, kita harus memastikan bahawa tiada sebarang kompromi untuk ia dilakukan dengan sempurna, atau sebarang usaha untuk mempercepatkan proses tanpa semua perkara berkaitan keselamatan ditangani sepenuhnya.Operasi Lynas seharusnya digantung sehingga ia memiliki PDF, memandangkan ia sudah pun mengumpulkan 580,000 tan sisa radioaktif. Dengan operasinya setiap hari, lebih banyak sisa radioaktif akan dihasilkan setiap hari.Satu lagi syarat ialah Lynas perlu mengemukakan pelan untuk membina cracking and leaching facility (CLF) di luar negeri, dan dengan itu memindahkan proses cracking and leaching jauh daripada kilangnya di Gebeng, Kuantan. Dengan itu, bahan yang dibawa Lynas ke kilang Malaysia tidak akan mengandungi bahan radioaktif. Bagaimanapun, fasiliti ini di luar negeri akan beroperasi hanya dalam tempoh empat tahun, daripada tarikh lesen berkuatkuasa, menurut siaran akhbar kerajaan.Kami tidak faham kenapa kerajaan memberikan Lynas empat tahun untuk CLF di luar negeri beroperasi. Penguatkuasaan ini bermakna syarikat ini akan dibenarkan untuk menghasilkan sisa radioaktif selama empat tahun sehingga operasinya berpindah ke Australia. Barangkali, sisa tambahan ini juga akan dilupuskan di PDF, dan ini bermakna sekurang-kurangnya hampir 1 juta tan sisa radioaktif perlu diuruskan selama berdekad ataupun berabad.Dengan jumlah sisa yang banyak ini, ia akan menelan kos yang besar bagi menyelenggara fasiliti pelupusan ini. Kerajaan perlu menjelaskan jumlah kos menangani sisa termasuk (1) kos membersihkan tapak simpanan sementara, (2) kos mendapatkan, menyediakan dan membina tapak pelupusan kekal, (3) kos menyelenggara tapak untuk sedekad akan datang, dan (4) kos melepas kerana tidak dapat menggunakan tanah di persekitaran tapak itu.Kerajaan perlu jelas bahawa Lynas yang akan menanggung kos menangani masalah sisa ini. Dalam kes ini, siaran akhbar kerajaan kurang menjelaskannya dan syarat itu perlu terkandung dalam perjanjian rasmi antara Lynas dan kerajaan. Ia tidak seharusnya menjadikan rakyat Malaysia perlu membayar kos menangani sisa itu.         Siaran akhbar kerajaan juga mendedahkan bahawa syarikat itu dihentikan daripada menjalankan penyelidikan yang selanjutnya dalam menggunakan sisa radioaktif sebagai perapi tanah untuk kegunaan pertanian. Langkah ini dialu-alukan oleh kami, memandangkan sebelum ini kami telah mendedahkan akan bahayanya kepada kesihatan dan ekonomi daripada penggunaan sisa itu.Kesimpulannya, kami mempunyai persoalan dan kebimbangan berhubung: (1) membenarkan kilang untuk meneruskan operasi di Malaysia; (2) tempoh masa dan proses bagi pemindahan sisa ke PDF; (3) sama ada syarikat akan menanggung kos secukupnya bagi menangani pelupusan sisa; dan (4) tempoh yang lama sebelum operasi cracking and leaching dipindahkan keluar daripada kilang Malaysia.Kami sekali lagi mengulangi gesaan agar operasi Lynas digantung sehingga isu ini diselesaikan dengan sempurna dan telus.

Meenakshi Raman       Mohideen Abdul Kader 
Presiden SAM               Pemangku Presiden CAP



Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/ph-benarkan-lynas-teruskan-operasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalan Terus Utusan Dan Kosmo Teruskan Operasi Walau Hadapi Kekangan Kewangan

Jalan Terus Utusan Dan Kosmo Teruskan Operasi Walau Hadapi Kekangan Kewangan

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 194 hits
Kuala Lumpur 20 Ogos Utusan Melayu Berhad mengumumkan akan meneruskan operasi percetakan akhbar seperti biasa Syarikat berkenaan menghadapi tekanan kewangan yang teruk setelah didakwa tidak mampu membayar gaji pekerja selama sekurang kurang...
Wan Rosdy Ramai Pakar Telah Sahkan Operasi Lynas Selamat

Wan Rosdy Ramai Pakar Telah Sahkan Operasi Lynas Selamat

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 267 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini berkata ramai pakar dalam bidang tenaga atom mengesahkan operasi kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai selamat Katanya banyak kajian dan penilaian be...
Operasi Sar Remaja Ireland Polis Benarkan Petugas Media Ikut Operasi

Operasi Sar Remaja Ireland Polis Benarkan Petugas Media Ikut Operasi

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 150 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Teruskan Main Isu Bangsa Agama Raja

Teruskan Main Isu Bangsa Agama Raja

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 299 hits
Tanggungjawab orang Melayu mempertahankan bangsa agama dan raja Itu satu amanah yang besar perlu dilaksanakan dengan keinginan yang bersungguh sungguh Dalam konteks Melayu mempertahankan Melayu adalah mempertahankan Islam Di Malaysia apabil...
Projek Pusat Fidlot Kebangsaan Nfc Sebuah Syarikat Dikenalpasti Untuk Teruskan

Projek Pusat Fidlot Kebangsaan Nfc Sebuah Syarikat Dikenalpasti Untuk Teruskan

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 165 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Teruskan Sokong Akhbar Kata Pengerusi Bernama

Teruskan Sokong Akhbar Kata Pengerusi Bernama

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 213 hits
Teruskan sokong akhbar kata pengerusi Bernama Dikemas kini 29 minit yang lalu Diterbitkan pada 17 Aug 2019 11 35PM
Skuad Tok Gajah Teruskan Momentum Kemenangan Tewaskan Skuad Sabah 2 1

Skuad Tok Gajah Teruskan Momentum Kemenangan Tewaskan Skuad Sabah 2 1

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 200 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Utusan Malaysia Dan Kosmo Teruskan Penerbitan

Utusan Malaysia Dan Kosmo Teruskan Penerbitan

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 689 hits
Utusan Malaysia Dan Kosmo Teruskan Penerbitan Desas desus bahawa hari khamis 22 Ogos 2019 bahawa akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo hentikan penerbitan tidak menjadi kenyataan Utusan Malaysia Dan Kosmo Teruskan Penerbitan Syarikat akhbar berb...
Jensen Ackles Berminat Untuk Teruskan Peranan Dalam Siri Spin Off Supernatural

Jensen Ackles Berminat Untuk Teruskan Peranan Dalam Siri Spin Off Supernatural

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 151 hits
Selepas 14 tahun ke udara siri televisyen terpanjang di CW iaitu Supernatural secara rasminya akan ditamatkan pada musim ke 15 akan datang Ketika bercakap di sesi panelis TCA baru baru ini pelakon utamanya Jensen Ackles mendedahkan dia masi...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku