Ph Akan Kalah Sekiranya Pru Mengejut Diteruskan


HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut diteruskan berdasarkan kajian mendapati tahap sokongan kepada PH didapati lebih rendah berbanding PN.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Dr Wan Mat Sulaiman, analisis tersebut dibuat berdasarkan kaji selidik firma Emir Research yang menggunakan 2,002 responden dari seluruh negara.
Malah, kaji selidik yang dibuat oleh TSIS sendiri juga menemukan dapatan-dapatan yang hampir sama dengan menggunapakai 1,451 responden dari seluruh negara.

Melalui kajian yang dijalankan, tahap sokongan responden kepada PH hanyalah 30 peratus berbanding tahap sokongan responden kepada Muafakat Nasional (MN) iaitu 52 peratus.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh 55 peratus responden adalah mereka tidak pasti apakah hala tuju negara berada pada landasan yang betul dibawah pemerintahan PH.

Selain itu, 25 peratus dari responden berpendapat hala tuju negara di bawah PH berada dalam landasan yang salah.

Manakala, 36 peratus dari responden berpendapat ekonomi negara di bawah pemerintahan PH tidak berada pada tapak yang kukuh, dan 45 peratus tidak menyokong alasan tersebut.

Mengulas lanjut, menurut Dr Wan Mat, antara faktor-faktor yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap PH adalah persepsi negatif rakyat sendiri terhadap yang dilihat tidak mampu menyelesaikan isu-isu perkauman, keagamaan, isu pendidikan serta masalah ekonomi.

Ini dikukuhkan dengan bukti bahawa, 67 peratus atau 972 daripada keseluruhan responden tidak berpuas hati dengan kemampuan PH menyelesaikan isu-isu perkauman dan keagamaan berbanding 25 peratus responden yang berpuas hati.

Dalam kajian sama, 63 peratus responden tidak berpuas hati dengan kemampuan PH menyelesaikan isu-isu pendidikan negara berbanding 28 peratus daripadanya berpuas hati.

Manakala, 62 peratus berpendapat PH tidak mampu menyelesaikan masalah-masalah ekonomi negara dan sebaliknya bagi 29 peratus yang lain.

Justeru itu, ini memberi gambaran bahawa rakyat bakal melepaskan rasa tidak puas hati itu melalui PRU ke-15 dengan mengabaikan PH dan mengekalkan PN.

“Kesimpulan ini diperolehi khususnya melalui dapatan bahawa 57 peratus daripada responden menyatakan ketidakmampuan PH melaksanakan janji-janji di dalam manifesto pilihan rayanya.

“Malah, 62 peratus responden setuju dengan cadangan supaya Bersatu segera bergabung dengan Muafakat Nasional dan parti-parti politik selain dari PH,” ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Selain itu ulas beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi satu faktor penting dalam arena politik Malaysia berdasarkan kajian sama.

Hal ini kerana, melalui dapatan kajian, walaupun PH kekal diketuai oleh Tun Dr Mahathir, 55 peratus daripada responden tetap memilih Muafakat Nasional sebagai pakatan yang akan menang dalam PRU ke-15.

Membuat kesimpulan daripada kajian-kajian yang dijalankan, maka nyatalah bahawa PH akan mengalami kekalahan sekiranya berlaku sebarang pilihan raya yang diadakan dalam waktu terdekat.

Ini disebabkan, sekiranya berlaku pertarungan antara PH dan Muafakat Nasional, 55 peratus responden tetap memilih Muafakat Nasional lagi-lagi apabila Muafakat Nasional disertai Bersatu, bekas PKR dan parti-parti yang lain.- HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/ph-akan-kalah-sekiranya-pru-mengejut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Calonkan Anwar Pm Ke 9 Siap Sedia Hadapi Pru Mengejut

Pkr Calonkan Anwar Pm Ke 9 Siap Sedia Hadapi Pru Mengejut

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 365 hits
Mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat dan anggota parlimen PKR di atas talian sebentar tadi sebulat suara menolak Tun Mahathir Mohamad dicalonkan sekali lagi sebagai Perdana Menteri PKR memutuskan untuk kekal dengan calon Pakatan Harapan Dat...
Ph Kalah Jika Pru Dalam Masa Terdekat Emir Research

Ph Kalah Jika Pru Dalam Masa Terdekat Emir Research

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 401 hits
Tahap kepuasan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan pada awal tahun ini merosot menyebabkan usaha mengubah tampuk pentadbiran negara dilakukan Hasil penyelidikan dijalankan badan pemikir bebas Emir Research mendapati kemerosotan sebanya...
Tidak Perlu Pru Mengejut Waktu Covid 19 Amk

Tidak Perlu Pru Mengejut Waktu Covid 19 Amk

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 344 hits
Spekulasi Pilihan Raya Umum ke 5 akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik semakin menjadi jadi apabila pihak Muafakat Nasional melancarkan perang saraf bahawa mereka telah bersdia dan akan menang mudah pil...
Isu Denda Parkir Mpk Perlu Tangguhkan Dulu Jika Tidak Mahu Lihat Protes Rakyat Pru 15

Isu Denda Parkir Mpk Perlu Tangguhkan Dulu Jika Tidak Mahu Lihat Protes Rakyat Pru 15

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 316 hits
KUANTAN Majlis Perbandaran Kuantan nbsp digesa menangguhkan dulu tarif baru denda parkir jika alasan untuk mendidik orang ramai yang gagal melunaskan bayaran tunggakan parkir Demikian dijelaskan oleh Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat
Sekarang Bukan Masa Untuk Pru Dr Mahathir

Sekarang Bukan Masa Untuk Pru Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 474 hits
Yusmizal Dolah Alingyusmizal hmetro com myDR Mahathir pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini FOTO Yusmizal Dolah AlingBEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekarang bukanlah masanya untuk mengadakan Pilihan...
Jika Mahathir Kata Pru Tak Sesuai Apa Sebab Masih Meroyan Ganggu Kestabilan Kerajaan

Jika Mahathir Kata Pru Tak Sesuai Apa Sebab Masih Meroyan Ganggu Kestabilan Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 564 hits
PUTRAJAYA Pilihan Raya Umum tidak sesuai diadakan berikutan ancaman Covid 19 walaupun sedang berlaku krisis politik tanah air Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pandemik Covid 19 telah menyebabkan kekangan diadakan piliha...
Berdasarkan Analisis Pru 14 Angka Ini Sangat Mengurunkan Ph

Berdasarkan Analisis Pru 14 Angka Ini Sangat Mengurunkan Ph

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 302 hits
Keputusan PRK Tanjung Pia adalah gambaran akhir Peralihan mendadak pengundi Melayu dan ini menguatkan lagi bahawa analisis PRU 14 ada asas untuk menjadi rujukan Berdasarkan rekod sokongan undi ketika PRU14 lalu di mana pada masa itu PAS dan...
Sibuk Sop Pru Musim Covid 19 Najib Hanya Utamakan Kuasa

Sibuk Sop Pru Musim Covid 19 Najib Hanya Utamakan Kuasa

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 367 hits
Desakan bekas Presiden Umno Najib Razak menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya mewujudkan SOP untuk pilihan raya ke 15 dalam musim Covid 19 yang belum berakhir amat dikesali Bagi Fahmi Fadzil ahli parlimen Lembah Pantai kenyataan Najib itu memba...
Siapa Suka Pru 15 Diadakan Sekarang

Siapa Suka Pru 15 Diadakan Sekarang

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 347 hits
HAMDAN TAHANampaknya dua tiga hari ini berlegar cerita presiden umno dan bekas Presiden umno duduk berbincang santai topiknya PRU ke 15 termasuk kenyataan itu di buat oleh Dato Seri Zahid Hamidi 1 Bagi saya Umno memang cukup bersedia dan su...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Mapa Lyrics Sb19 Aruma


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asal Nak Bikin Youtube Content Kini Dah Jadi Pengarah Filem Penghukum Nusantara Assassin

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls