Pgdm Anjur Malam Anugerah Digital 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah. Dunia pada tahun 2023 ini sememangnya memerlukan pengetahuan digital bagi setiap perkara. Pandemik yang berlaku telah meningkatkan lagi penggunaan digital dan teknologi dan dipercayai untuk lebih maju kehadapan
Teknologi digital pastinya akan menjadi satu perkara yang penting terutamanya bagi sektor seperti peruncitan, e-dagang, pelancongan, pembuatan pintar, pertanian pintar, penjagaan kesihatan, perbankan dan sebagainya seiring dengan perkembangan dunia semasa.
PERTUBUHAN GENERASI DIGITAL MALAYSIA
Diasaskan oleh Datin Seri Harnie dan Dato Seri Jamal pada tahun 2018, Pertubuhan Generasi Digital Malaysia atau ringkasnya PGDM merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Objektif utama penubuhan PGDM pada asasnya adalah ke arah meningkatkan ekonomi digital, program keusahawanan, program sistem berteknologi tinggi dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di peringkat global.
Selain itu, PGDM juga ditubuhkan dengan misi "“KE ARAH MASYARAKAT CELIK DIGITAL DAN PENGEMBANGAN DIGITAL EKONOMI SEDUNIA” selain tidak melupakan untuk menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan kepada institusi anak-anak yatim, pusat-pusat Tahfiz dan golongan-golongan artis dan seni veteran yang tidak bernasib baik.
PROGRAM-PROGRAM KEMASYARAKATAN OLEH PGDM
Terdahulu beberapa program kemasyarakatan seperti bantuan percuma mengikut kemampuan PGDM secara berkala, tajaan, latihan dan didikan pada badan-badan kebajikan yang dipilih telah dibuat oleh PGDM di Malaysia dan juga di Indonesia
Dijangka di dalam waktu yang terdekat kehadapannya PGDM berharap untuk melaksanakan program-program berbentuk ekonomi digital dan penganjuran acara di Indonesia, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Turki dan negara-negara lain secara berfasa.
Untuk itu PGDM telah memeterai beberapa Memorandum Persefahaman bersama rakan-rakan strategik iaitu:
KOMITE PENGUSAHA MIKRO KECIL MENENGAH INDONESIA (KOPITU): www.kopitu.co.id GABUNGAN PERUSAHAAN EKSPOR INDONESIA (GPEI) DKI JAKARTA: www.gpeidpjateng.co.id UNITED NATION WORLD PEACE ASSOCIATION (UNWPA): https://en.unwpa.org>malaysia SWA TV BROAD CASTING & DIGITAL MEDIA (MALAYSIA): www.swatv.my PERSATUAN PENGUSAHA-PENGUSAHA AURA MANJUNG PERAK- MALAYSIA: https://www.facebook.com/aura.manjung?mibextid=LQQJ4d
PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022
Pada tahun 2023 ini, PGDM mahu mengadakan acara “PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022” iaitu satu Penganugerahan Tahunan kepada syarikat-syarikat di dalam dan di luar negara yang sedang membina profil mereka dalam perniagaan
Di samping itu, pada waktu yang sama bagi anugerah tahun 2022, PGDM bercadang ingin memberi pengiktirafan kepada badan-badan kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Daerah Pentadbiran Hulu Langat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Di Raja Malaysia, SYABAS, Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor dan Anugerah Khas kepada RTM dan TV3 yang telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat am dan setempat.
Berikut adalah ketetapan acara PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022;Tarikh : 18 hb March 2023 / 25 Sya’ban 1444Hari : SabtuMasa : 8.00 malam sehingga 11.30 malamLokasi : Dewan Banquet Utama, Hotel Tenera, Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor D.E
Program ini dijangka akan dihadiri oleh 700 orang tetamu dari dalam dan luar negara. PGDM juga dijangka akan menerima kehadiran tetamu kehormat di kalangan Duta-Duta asing ke Malaysia dan orang-orang kenamaan yang lain.
Terdapat 20 entiti yang akan menerima anugerah Popular Digital, 6 entiti menerima anugerah pengiktirafan, 2 anugerah khas dan 5 anugerah pengiktirafan Rakan Strategik PGDM. Tetamu kehormat yang akan hadir merasmikan majlis tersebut dan menyampaikan sebahagian dari anugerah tersebut akan di umumkan pada hujung bulan Februari 2023 setelah mendapat surat persetujuan rasmi dari Menteri berkenaan yang telah dijemput oleh PGDM
Tertakluk kepada perubahan penilaian dan pemilihan anugerah, kategori anugerah adalah dari kategori seperti di bawah:
Popular Digital Awards for Service for QSR OutletsPopular Digital Awards for Service for Food Serving RestaurantPopular Digital Awards for Telecommunication Company Popular Digital Awards for Petroleum Service Based CompanyPopular Digital Awards for Popular Food Delivery Service CompanyPopular Digital awards for Product Delivery Service CompanyPopular Digital Awards for Innovative Product Network Marketing CompanyPopular Digital Awards for Women Empowerment CompanyPopular Digital Awards for Application Usage CompanyPopular Digital Awards for Transportation Service CompanyPopular Digital Awards for Corporate Wellness CompanyPopular Digital Awards for Excellence Leadership Development Company Popular Digital Awards for Young Entrepreneur for Talent Of The YearPopular Digital Awards for Excellence in Radio Television BroadcastPopular Digital Awards for Achievements in TV ProgramsPopular Digital Awards for Beauty ProductPopular Digital Awards for Health and Supplement ProductsPopular Digital Awards for Food Based ProductsPopular Digital Awards for Soft Drinks Based ProductsPopular Digital Awards for Computer Related ProductsPopular Digital Awards for Electrical Goods ProductPopular Digital Awards for Drinking Water ProductPopular Digital Awards for Hotels and AccomodationPopular Digital Awards for Recreation and ClubsPopular Digital Awards for Women Clothing and FashionPopular Digital Awards for Construction IndustriesPopular Digital Awards for Insurance IndustriesPopular Digital Awards for Inbound and Outbound Tourism IndustriesPopular Digital Awards for Auto Motor Vehicle Company
PGDM berharap mendapat sokongan dari semua pihak untuk menjayakan majlis “PGDM Annual Digital Award” dan berharap akan mendapat sambutan sebagai satu acara tahunan yang popular di dalam dan luar negara
Pertubuhan Generasi Digital Malaysia
Suite 33-01, 33rd Floor,Menara Keck Seng,203 Jalan Bukit Bintang,55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Laman Web : https://pgdm.my/Email :
[email protected] : https://www.facebook.com/pgdm.hq/ & https://www.facebook.com/pgdm.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2023/02/pgdm-anjur-malam-anugerah-digital-2022.html