Pfizer Malaysia Umum Kelulusan Vaksin Pcv20 Untuk Kanak Kanak Dan Dewasa


Pfizer Malaysia mengumumkan bahawa vaksin pneumokokal konjugat 20-valen (PCV20) telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk digunakan dalam kalangan individu seawal usia 6 minggu hingga bawah 18 tahun, serta individu dewasa berumur 18 tahun dan ke atas di seluruh Malaysia. PCV20 menawarkan pilihan vaksin pneumokokal konjugat yang lebih menyeluruh di Malaysia, dengan perlindungan terhadap 20 serotaip Streptococcus pneumoniae, iaitu bakteria yang menyebabkan beban penyakit ketara seperti pneumonia, meningitis, sepsis dan jangkitan telinga tengah¹,⁴.
Pengumuman ini dibuat pada masa yang tepat memandangkan Malaysia masih berdepan dengan beban penyakit pneumokokal yang tinggi, terutamanya dalam kalangan dua kumpulan populasi utama: kanak-kanak dan warga emas⁵. Selain itu, pneumokokus merupakan antara punca utama pelbagai jangkitan invasif merentas semua peringkat umur, termasuk pneumonia invasif⁴. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pneumonia merupakan punca utama kematian di seluruh negara, yang telah meragut lebih 18,000 nyawa pada tahun 2023⁶. Risiko jangkitan meningkat ketara dalam kalangan warga emas serta individu yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, penyakit jantung dan penyakit paru-paru kronik⁷.
“Kelulusan ini merupakan satu pencapaian penting dalam usaha pencegahan penyakit di Malaysia,” kata Puan Deborah Seifert, Ketua Kluster untuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina di Pfizer. “PCV20 mengukuhkan komitmen kami untuk menyokong komuniti yang lebih sihat dengan membantu melindungi lebih ramai orang, merentasi lebih banyak peringkat kehidupan, daripada jangkitan yang berpotensi serius¹. Kami berbangga dapat memperkenalkan vaksin yang mencerminkan lebih dua dekad legasi dalam perlindungan pneumokokal⁸.”
Keutamaan Kesihatan Awam: Perlindungan Lebih Menyeluruh Diperlukan Profil demografi Malaysia menunjukkan perkembangan pesat. Menjelang tahun 2030, 1 daripada 5 rakyat Malaysia dijangka berumur 60 tahun ke atas⁹. Pada masa yang sama, prevalens NCD terus meningkat, dengan 1 daripada 6 orang dewasa menghidap diabetes dan 1 daripada 3 mengalami hipertensi atau paras kolesterol tinggi¹⁰. Penyakit kronik seperti kegagalan jantung dan penyakit buah pinggang kronik turut menunjukkan peningkatan. Keadaan ini melemahkan sistem imun dan meningkatkan kerentanan terhadap jangkitan saluran pernafasan seperti pneumonia pneumokokal.
“Penyakit pneumokokal sering kali tidak dikenal pasti sehingga sudah terlambat. Sepanjang saya merawat pesakit, saya menyaksikan ramai warga emas di Malaysia dimasukkan ke hospital akibat komplikasi pneumonia; ada yang memerlukan rawatan rapi, dan ada pula mengambil masa lama untuk pulih¹³. Malah, pneumonia merupakan penyebab utama kemasukan ke hospital bagi kes berkaitan pernafasan, dan tahap serius penyakit ini biasanya meningkat seiring usia, sering kali sehingga memerlukan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dalam kes kritikal¹³,¹⁴. Ini bukan kes terpencil, sebaliknya satu corak yang boleh dicegah. Pneumonia pneumokokal, khususnya, ialah penyakit yang boleh dicegah melalui vaksinasi⁴,” kata Profesor Madya Dr Pang Yong Kek, Pakar Perunding Perubatan Pernafasan.
PCV20 dibangunkan berlandaskan PCV13, dengan penambahan perlindungan terhadap tujuh serotaip tambahan – 8, 10A, 11A, 12F, 15B, 22F dan 33F – yang dikaitkan dengan rintangan antibiotik dan penyakit invasif².
Perlindungan Menyeluruh untuk Kanak-Kanak di Malaysia Serotaip pneumokokal yang bersifat dinamik merupakan cabaran utama dalam mengawal penyakit pneumokokal¹⁶. PCV20 diformulasikan untuk menangani jurang ini, dengan liputan serotaip yang lebih luas sebagai respons terhadap pola penyakit yang semakin berkembang¹,¹⁵.
“Setiap ibu bapa pastinya mahu memberikan permulaan hidup terbaik buat anak mereka, dan sebagai pakar pediatrik, kami melihat betapa pentingnya tahun-tahun awal dalam membentuk kesihatan sepanjang hayat,” kata Prof. Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Jantung Kanak-Kanak.
“Sistem imun kanak-kanak masih berkembang pada tahun-tahun awal, dan ketika inilah mereka paling terdedah kepada jangkitan serius seperti meningitis atau sepsis pneumokokal yang boleh membawa kesan jangka panjang¹⁷,¹⁸.”
Berteraskan Legasi Pfizer: PCV7 → PCV13 → PCV20 Pfizer memperkenalkan vaksin pneumokokal konjugat pertamanya, PCV7, lebih dua dekad lalu, diikuti PCV13¹⁹. Kedua-dua vaksin telah diguna pakai secara meluas di peringkat global dan dimasukkan ke dalam program imunisasi awam²⁰,²¹. PCV20 merupakan evolusi seterusnya, yang direka untuk menggambarkan perubahan penyakit dan keperluan populasi semasa¹,¹⁵.
“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami menyaksikan peningkatan serotaip bukan-PCV13 di peringkat global. Serotaip 8 kini muncul sebagai salah satu punca utama penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa, dan trend ini berterusan sejak beberapa tahun lalu²²,” kata Prof. Dr. Mark van der Linden, Pengarah, Pusat Rujukan Kebangsaan untuk Streptokokus, Jerman. “Perubahan dalam corak epidemiologi ini mengukuhkan lagi kepentingan vaksin valen lebih tinggi seperti PCV20, yang membantu menutup jurang perlindungan kritikal dan mencerminkan pemahaman saintifik terkini¹,¹⁵,²².”
“Dalam usaha memperkukuh landskap imunisasi dewasa di Malaysia, pendidikan awam dan kempen kesedaran penyakit yang berterusan akan memainkan peranan penting,” kata Prof. Dr Zamberi Sekawi, Presiden Malaysian Society of Infectious Diseases and Chemotherapy. “Kini dengan ketersediaan PCV20, kita harus memperkukuh usaha untuk memperkasakan imunisasi dewasa di negara ini. Profesional kesihatan merupakan penyampai mesej utama dalam menggalakkan lebih ramai golongan dewasa mendapatkan imunisasi²³. Dengan sokongan daripada pertubuhan perubatan, penggubal dasar dan media, kita mampu membina sebuah negara yang lebih sihat dan terlindung.”
PCV20 telah diluluskan di lebih 40 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong dan Singapura⁸,²⁴,²⁵,²⁶. Kelulusan di Malaysia disokong oleh data menyeluruh daripada kajian klinikal melibatkan populasi dewasa dan pediatrik, yang menunjukkan tindak balas imun setara dengan PCV13 bagi 13 serotaip asal serta imunogenisiti tambahan bagi 7 serotaip baharu yang dimasukkan. Vaksin ini juga menunjukkan tahap toleransi yang konsisten merentasi pelbagai kumpulan umur, termasuk apabila diberikan bersama vaksin rutin lain.
The post Pfizer Malaysia Umum Kelulusan Vaksin PCV20 untuk Kanak-Kanak dan Dewasa appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/29/pfizer-malaysia-umum-kelulusan-vaksin-pcv20-untuk-kanak-kanak-dan-dewasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak 6 Tahun Cipta Rekod Malaysia Kenal Pasti 65 Mata Wang Asing Dalam Satu Minit

Kanak Kanak 6 Tahun Cipta Rekod Malaysia Kenal Pasti 65 Mata Wang Asing Dalam Satu Minit

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 131 hits
Pada usia baru mencecah enam tahun D Devakshean seorang kanak kanak lelaki yang luar biasa pintar telah mencipta sejarah apabila berjaya mengenal pasti 65 mata wang asing dari pelbagai negara dalam masa hanya satu minit Kejayaan ini sekali ...
Rm100 Terus Masuk Mykad 31 Ogos Ini Pm Umum Hadiah Istimewa Untuk Rakyat Malaysia

Rm100 Terus Masuk Mykad 31 Ogos Ini Pm Umum Hadiah Istimewa Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 189 hits
Perdana Menteri hari ini menyampaikan perkembangan terkini ekonomi negara yang menunjukkan pemulihan kukuh disertai langkah segera bagi meringankan kos sara hidup rakyat Ekonomi Malaysia terus berkembang dengan KDNK suku pertama 2025 mencat...
Saya Tak Jangka Malaysia Rupanya Seperti Ini Lelaki Dari As Kongsi Realiti Sebenar Layanan Masyarakat Tempatan

Saya Tak Jangka Malaysia Rupanya Seperti Ini Lelaki Dari As Kongsi Realiti Sebenar Layanan Masyarakat Tempatan

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 195 hits
Seorang lelaki berkulit gelap berasal dari Amerika Syarikat berkongsi pengalamannya ketika melancong ke Malaysia dan akui pada mulanya mempunyai tanggapan yang negatif terhadap negara ini Ujarnya menerusi video di TikTok dia menjangka akan ...
Meet Malaysia S New Top Three Judges

Meet Malaysia S New Top Three Judges

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 214 hits
New Chief Justice of Malaysia Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh President of the Court of Appeal Datuk Abu Bakar Jais and Chief Judge of Sabah and Sarawak Datuk Azizah Nawawi File picKUALA LUMPUR The Chief Registrar s Office in a statement i...
Jkkn Lancar Portal Pemetaan Budaya Rumah Seni Gerbang Digital Baharu Seni Budaya Malaysia

Jkkn Lancar Portal Pemetaan Budaya Rumah Seni Gerbang Digital Baharu Seni Budaya Malaysia

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 161 hits
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara melancarkan Portal Digital JKKN menghimpunkan Pemetaan Budaya dan Rumah Seni JKKN sebagai platform utama rujukan seni budaya untuk rakyat Malaysia Sorotan utama Portal ini membolehkan rakyat mengakses ...
Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 270 hits
Akaun Emas Terbaik di Malaysia Simpanan Digital vs Fizikal Pelaburan emas sentiasa menjadi pilihan popular rakyat Malaysia terutamanya sebagai perlindungan terhadap inflasi dan ketidaktentuan ekonomi Tahun 2025 menyaksikan pelbagai pilihan ...
Karnival Kpdn 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sabah

Karnival Kpdn 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sabah

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 222 hits
Sabah Are You Ready Karnival KPDN Kempen Beli Barangan Malaysia Kini Kembali Haa Berita baik buat orang Sabah Karnival paling happening anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bakal singgah ke negeri di bawah bayu Ka...
Tomyam Malaysia Meletup Di India Curi Perhatian Netizen

Tomyam Malaysia Meletup Di India Curi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 201 hits
Sebuah video tular memaparkan kedai makan bertemakan Tomyam Malaysia yang beroperasi di India lengkap dengan menu bercita rasa Malaysia dan Thailand Siapa di sebalik kedai itu Kedai berkenaan dipercayai diusahakan oleh individu dikenali seb...
Ujian Psikometrik Pengambilan Arkitek Landskap Gred J9 Di Pelbagai Jabatan Kerajaan Malaysia

Ujian Psikometrik Pengambilan Arkitek Landskap Gred J9 Di Pelbagai Jabatan Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 151 hits
Ujian Psikometrik Pengambilan Arkitek Landskap Gred J9 di Pelbagai Jabatan Kerajaan Malaysia Pengambilan Arkitek Landskap Gred J9 di jabatan jabatan kerajaan Malaysia merupakan salah satu laluan profesional yang semakin penting dalam pemban...
7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

Tajuddin S Merdeka Reflection In A Sea Of Faces I Was Never Apart

Menteri Dalam Negeri Kalah Saman Terpaksa Bayar Rm670 000 Kepada Sanusi

Sarapan Nasi Goreng Ayam Bakar Madu

Lirik Lagu Memilih Kamu Black Hanifah Adira Suhaimi

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Orang Bermasalah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Daging Masak Halia Dengan Chives Dan Kebimbangan Dunia

Sanah Helwah Sayangku

Rahsia Bisnes Lebih Menarik Dengan Servis Design Printing Custom

Expertise In Business Name Choices

Mee Goreng Simple

From London To Warsaw The Surprising Savings Of Plastic Surgery Abroad