Petua Petua Yang Memberi Kebaikan


Apa itu petua
Petua adalah amalan baik yang menjadi ikutan oleh semua orang. Tak kira kamu bangsa apa, agama apa sekalipun masing-masing ada petua yang tersendiri. Petua untuk menjaga diri, petua untuk kesihatan diri, petua untuk kelihatan cantik berseri dan macam-macam lagi
Kita harus mengamalkan petua-petua yang memberi kebaikan dan bukan memudaratkan diri. Yang paling penting petua yang diamalkan tidak menjurus kepada perkara syirik. Saya sendiri pun mengamalkan beberapa petua
Tapi kadang-kadang tu ikut mood juga. Petua untuk suka-suka je. Kalau rasa agak berbaloi boleh follow petua ni tapi kalau rasa ala-ala aje… tak pe, yang penting anda semua nak baca jugak kan
Petua ketika makanMakanlah apa saja di kala sihat. Tapi biarlah berpada-pada. Makan bila perlu. Kalau makan pun tiada sistem itu yang kerap mengganggu kesihatan perut. Menu makan tu dimestikan hidang sekali sayuran atau ulaman. Tak kiralah, timun, kangkong, bendi atau terung yang dicelur, ‘lettuce’dan bermacam-macam lagi ulaman yang kaya dan banyak khasiat
Kita semua maklum yang sayur-sayuran ini amat bagus untuk pencernaan. Sayuran juga sangat elok bagi kulit kita untuk kelihatan licin dan tidak kering. Sewaktu makan juga kurangkan minum air untuk elak perut buncit. Lebih baik kalau kita amalkan minum air suam sahaja
Petua untuk kempis perutPerut ni susah sikit nak jaga. Kena tengok juga cara pemakanan. Saya sendiri pun kadang-kadang perut ni buncit jugak. Tapi sebelum tidur saya akan cuba buat senaman ringan dalam 10 minit. Cara saya dengan buat senaman sit up sambil tahan nafas, tegakkan kaki ke atas dengan kedua belah tangan memegang kiri dan kanan pinggang dan membongkok badan sambil meluruskan kaki
Bukan perut saja tapi punggung kita juga lebih mantap. Senaman begini kena rajin buat. Nak sihat nak cantik kenalah buat senaman
Petua air minumanSaya memang kurang minum air. Minuman kopi memang kesukaan. Tapi dah beberapa minggu saya amalkan kalau bersarapan pagi mesti minum air limau. Kadang-kadang tu kat rumah buat teh ‘O’ limau

Memang sedap. Badan rasa segar. Lagi satu rahsia, saya memang tidak suka memakan benda yang masam. Alergi betul lidah… tak tahan masam. Masa mengandung pun tak suka makan asam. Tapi kali ini sebab nak sihat saya minum
Selain dari itu saya suka minum air halia dan serai. Halia dan serai diketuk dan direbus. Buatlah untuk minuman harian. Selepas minum air rebusan tu badan akan rasa ringan. Halia dan serai kan elok untuk pembuangan angin dalam badan dan juga untuk pencernaan. Malahan kedua-dua bahan ini juga amat elok untuk pernafasan mulut
Petua untuk kulit muka dan badanKalau nak muka dan tubuh badan bersih mesti rajin layan diri sendiri. Tak payah pergi spa. Wanita dah memang sinonim dengan kebersihan dan kecantikan. Mana ada wanita yang tak suka dipuji. Tapi kalau dah malas itu terpulang pada diri sendiri
Malah ada segelintir kaum Adam yang melebihi tabiat seorang Hawa. Saya amalkan ini bukan untuk cantik tapi saya mahu kulit yang original lembut dan bersih. Tomato dan timun saya blender dan jadikan kiub ais
Setiap hari selepas balik dari kerja saya akan mencuci muka dan badan dengan kiub ais tomato atau timun. Memang sejuk, tapi gosokkan perlahan-lahan di muka serta badan dan jangan terlalu kasar. Biarkan kering sedikit seketika dan cuci dengan air bersih atau air suam
Kita dapat merasakan kelembutan kulit muka hingga keesokkan hari. Kulit pun tidak berminyak. Air limau nipis dan ‘lemonade’ juga elok disapu pada muka. Kulit muka akan kemerahan dan terasa lembut
Saya juga selalu menggosok badan dengan kiub ais tomato, timun, limau nipis dan ‘lemonade’. Badan rasa segar dan wangi. Follow petua saya yang ni, bukan main-main tau. Really bagus
Petua untuk kebersihan jariBanyak jasa jari-jemari kepada kita. Dengan jari kita dapat makan, merasa dan menyentuh sesuatu benda. Jari perlu dijaga dengan rapi. Ketika bersalam dan menyuap makanan ke dalam mulut, orang sekeliling akan melihat anggota jari kita
Amalan yang paling mudah dan cepat, guna losyen atau pun minyak baby. Jenis jari yang kering dan kasar akan kelihatan lembab dan lembut

Petua untuk kuku cantikOrang perempuan suka berkuku pendek atau panjang. Itu terpulang kepada cara penampilan masing-masing. Paling penting kuku mesti bersih. Kuku juga ada kaitan dengan kesihatan tubuh badan
Pilih pengetip kuku yang sesuai digunakan. Selepas mengetip kuku, agar kuku sentiasa kuat dan cantik adalah dengan penggunaan losyen. Kalau rajin dan ada masa lapang sapu dan belai kuku dengan limau nipis. Kuku akan kelihatan bersih dan berkilat
Petua untuk tumit kakiKalau dah perempuan tak kira anak dara atau pun mak orang, orang lelaki suka perhati dari kepala sampai ke tumit kaki. Pada hemat orang lelaki kalau kaki dan tumit tu bersih maka bersihlah seseorang perempuan tu
Tapi kalau sebaliknya banyak tohmahannya.Setiap hari saya akan menggosok tumit kaki yang basah di simen. Pada saya tumit kaki wajib bersih. Kebersihan pada tumit kaki adalah kunci penampilan seseorang
Saya nak kelihatan bersih dan cantik di mata suami. Sebelum tidur saya akan menyapu losen di keseluruhan kaki. Banyak pilihan losyen yang sesuai dengan kulit wanita Asia. Selain daripada itu, cara tradisional sesekali saya akan menggosok keseluruhan kaki dan celah-celah jari dengan limau nipis. Kulit kaki akan kelihatan cukup bersih
Petua berkasih dan sayangDalam melayari bahtera rumah tangga apa yang dicari? Sudah tentu kasih sayang dan kebahagiaan bersama. Bohong kalau pasangan yang sudah berkahwin tidak menetapkan kasih dan sayang itu sebagai penjamin dan pengikat kerukunan dalam rumahtangga
Bahkan wang ringgit juga tidak boleh melawan betapa perkasanya kasih dan sayang itu. Setiap pasangan perlu ada sikap bertolak ansur, tolong menolong, saling memahami, tidak meninggi diri di hadapan pasangan, tak usah terlalu berkira dalam perbelanjaan harian dan sering cuba menjaga hati, emosi dan perasaan pasangan
Paling utama jangan kedekut dengan isteri atau suami sendiri. Oooh… tidak patut sama sekali. Dalam rumahtangga biarlah sentiasa bersederhana. Apa sahaja kemahuan biar bersandar kepada kelebihan dan kekurangan pada diri pasangan masing-masing
Bukan ikut kata hati dan telunjuk jari. Senyuman juga penting. Sedangkan hilai ketawa itu juga sebagai positif diri dalam kehidupan
Petua masuk rumah baruOrang Melayu memang ambil berat dalam mengamalkan petua. Kalau nak masuk rumah baru sekalipun ada juga petua. Bukan kepercayaan tapi sebagai orang luar wajib bagi salam dulu sebelum masuk rumah baru
Betul tak? Kata orang ‘feel’ tu kena ada, serasi ke tidak. Menurut orang-orang lama kalau nak pindah rumah baru, sebelum kita pindah segala perabot seelok-eloknya letakkan barang-barang asas atas dulang sebagai pembawa rezeki
Contohnya seperti minyak, garam, gula, kacang hijau dan macam-macam lagi. Tapi sebelum tu rumah baru dah sempurna dibersihkan. Ni hanya petua aje dan tidak pula dimestikan. Wallahu’alam. Selebihnya kita wajib berdoa kepada Allah. Dia Maha Mengetahui dan Pemberi rezeki
Petua kalau ada ‘new born baby’datang rumahHa… petua yang ni pun ada. Anak adalah penyeri dan rezeki dalam rumahtangga. Kalau baby baru lahir nak masuk rumah biasanya orang-orang tua akan meletakkan senduk ke mulut baby tu agar dia serasi dan tidak mudah menangis
Selain daripada itu, mulut baby juga disapu air zam-zam, kalau ada disimpan dan diseletkan juga mulut baby dengan benda-benda manis sebagai tanda selamat datang dan semoga dimurahkan rezeki
**********Kita semua maklum yang masyarakat moden kini masih ada lagi mengamalkan petua-petua yang sudah sebati dan dirasakan tidak melanggar hukum syarak. Saya hanya mengamalkan petua-petua yang berkaitan untuk kesihatan dalaman dan kecantikan diri sahaja
Cuba curi masa untuk ‘pedicure’ dan ‘medicure’ badan sendiri kerana kita akan rasa lebih bebas. Mudah dan senang. Paling penting rajin
Apa-apa pun tidak menjadi kesalahan sekiranya kita mengamalkan petua-petua dari nenek moyang dulu kala. Pesanan saya kepada kawan-kawan pembaca, teruslah amalkan petua-petua yang sedia ada yang berkaitan untuk diri sendiri, petua yang sesuai dengan keadaan dan suasana, untuk masakan dan yang paling baik petua untuk kesihatan tubuh badan
Harap pembaca semua dapat juga sedikit ilmu daripada saya berkenaan dengan petua



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pepatungbuluh.blogspot.com/2019/01/petua-petua-yang-memberi-kebaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memberi Makan Tamu Dapat Pahala Haji Dan Umrah

Memberi Makan Tamu Dapat Pahala Haji Dan Umrah

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 301 hits
Pertanyaan Benarkah memuliakan tamu dapat pahala haji dan umrah Seperti yang ditunjukkan dalam hadis ini Jika ada tamu yang masuk ke rumah seorang mukmin maka akan masuk bersama tamu itu seribu berkah dan seribu rahmat Allah akan menulis un...
Adakah Fed Akan Memberi Kejutan Pada Pasaran

Adakah Fed Akan Memberi Kejutan Pada Pasaran

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 257 hits
Salah satu peristiwa penting bagi minggu ini semestinya terhadap persidangan mesyuarat seterusnya Sistem Rizab Persekutuan Sehingga hari Rabu ini pengawal selia akan mengumumkan keputusan kadar faedah dan rancangan untuk imbangan kunci kira...
Ranum Lazat Projek Memberi

Ranum Lazat Projek Memberi

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 294 hits
Ranum Lazat Projek Memberi Asalamualaikum Salam Sejahtera Semua Buah ini jika di Sabah dan dari suku kaum Kadazan Dusun adalah buah Timadang Pokok buah ini tinggi dan berdaun tebal tebal Pokok Tarap di kebun Etuza tanpa di sedari berbuah ru...
5 Perkara Perlu Diberi Perhatian Ketika Memberi Snek Kepada Anak Anda

5 Perkara Perlu Diberi Perhatian Ketika Memberi Snek Kepada Anak Anda

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 246 hits
Kanak kanak yang berumur 1 hingga 3 tahun akan mengalami proses tumbesaran yang sangat cepat Ketika ini sangat penting untuk mereka mendapatkan nutrien dan mineral yang secukupnya Selain itu ketika ini juga tabiat pemakanan sihat serta diet...
Hukum Memberi Salam Selepas Solat

Hukum Memberi Salam Selepas Solat

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 370 hits
Jom dengar apa Ustaz Azhar Idrus semoga manfaat kepada anda
Allah Memberi 5 Jenis Ujian Kesu Sahan Ini Untuk Menghapuskan Dosa Manusia Bersabarlah Rileks Media

Allah Memberi 5 Jenis Ujian Kesu Sahan Ini Untuk Menghapuskan Dosa Manusia Bersabarlah Rileks Media

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 383 hits
Dalam hidupnya manusia tidak pernah luput dari kesusahan Tidak selamanya hal hal yang menyenangkan akan terus berlaku dalam kehidupan manusia Sebab ada kalanya manusia perlu merasakan hal hal yang tidak menyenangkan dalam hidupnya sebagai p...
Chacha Maembong Tampil Memberi Penjelasan Tentang Emma Maembong Kahwin Senyap Senyap Dengan Abang Syed Saddiq

Chacha Maembong Tampil Memberi Penjelasan Tentang Emma Maembong Kahwin Senyap Senyap Dengan Abang Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 646 hits
Baru sahaja reda isu membabitkan pelakon Emma Maembong dan Syed Abdullah terbaru kedua dua mereka dikatakan sudah bernikah apabila terdapat akaun di laman Instagram yang dikenali sebagai makcikpuaka dan memespuaka mendedahkan mengenai statu...
Kejap Je Daging Tu Empuk Petua Cepatkan Masakan Daging Dari Chef Thailand

Kejap Je Daging Tu Empuk Petua Cepatkan Masakan Daging Dari Chef Thailand

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 310 hits
Bagi penggemar masakan berdaging pasti amat mengetahui betapa lamanya untuk merebus daging supaya empuk Ada berbagai kaedah yang digunakan oleh tukang masak untuk mempercepatkan daging empuk Petua yang terbaru ini adalah di kongsi oleh seor...
Kemewahan Hidangan Tahun Baru Cina Di Sini Pasti Memberi Kebahagian Buat Anda

Kemewahan Hidangan Tahun Baru Cina Di Sini Pasti Memberi Kebahagian Buat Anda

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 348 hits
Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjengah kalendar 2019 ini pastinya ramai yang sedang memikirkan dimanakah tempat istimewa untuk meraikan makan The post appeared first on
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16