Petua Nenek Cara Alami
Assalamualaikum wbt..Jom kita selongkar ilmu pelbagai petua cara alami.. Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua..
Cuka hilangkan kotoran pada mangkuk tandas - Tuangkan cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan selama beberapa jam. Kemudian, awak gosok keseluruhan mangkuk tandas dengan menggunakan berus. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, awak siram dengan air bersih.
Tomato dan gula putihkan baju - Awak tau tak yang buah tomato merupakan bahan pemutihan semula jadi yang kuat. Bila dicampurkan dengan gula ianya dapat membantu menghilangkan kotoran yang terpalit pada baju putih. Mula-mula, awak rendamkan baju putih bersama dengan campuran tomato dan gula selama semalaman. Tunggu sehingga hari keesokan, dan kemudian awak cuci baju tue seperti biasa dan bilas dengan air bersih.
Daun kari hitamkan rambut beruban - Daun kari nie memang sinonim dengan masakan, tapi awak tau tak yang daun kari nie boleh hitamkan rambut yang beruban. Caranya, campurkan satu sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masak bahan campuran ini ke atas api sederhana sehingga daun kari menjadi hangus. Kemudian awak tutup api dan biarkan ianya sejuk pada suhu bilik. Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut.
Ubat gigi tanggalkan gula-gula getah - Aduhh..! Gula-gula getah melekat kat rambut.. Takde masalah, ubat gigi adalah penyelesaiannya..Caranya adalah ambil sedikit ubat gigi dan letakkan pada berus gigi terpakai. Kemudian awak gosok secara perlahan-lahan pada rambut sehingga gula-gula getah tue tertanggal.
Guna minyak zaitun / minyak masak elak pasta melekat - Bagi untuk mengelakkan pasta atau spagetti tak melekat pada permukaan periuk, awak letakkan sedikit minyak zaitun atau minyak masak masak yang baru semasa merebus. Dengan cara ini, pasta atau spagetti pasti tak melekat antara satu sama lain.
*sumber gambar dari Google Images dan re-edit semula
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shikinrazali.com/2020/11/blog-post.html