Petua Halau Tikus Di Rumah
Petua Halau Tikus Di Rumah | Masa duduk di kampung dulu, tikus tak usah cakap la. Sampai kinah pernah kena gigit dengan 'cik siti' tu tau. Tapi itu cerita berbelas tahun yang sudah. Di rumah sekarang ni alhamdulillah setakat ni tak ada lagi cik siti tu. Mintaknya berterusan la macam tu. Risau tau bukannya apa, bila adanya dia,bagi kinah itu satu ancaman, nanti habis barang di rumah hilang ataupun kena gigit. Jadi untuk kali ni, kinah nak kongsi dengan korang beberapa cara halau tikus untuk korang amalkan
1. Uncang TehKita sebagai manusia, begitu menggemari aroma yang terbit dari uncang teh lebih-lebih lagi yang disertakan dengan perasa tertentu seperti strawberi, pudina, teh hijau dan banyak lagi tapi tidak untuk si tikus. Aroma atau bau seakan-akan daun herba bukan saja mengganggu deria bau, malah akan menyebabkan kegatalan dan juga iritasi pada badan
Caranya mudah saja, terpulang pada korang sama ada nak guna uncang yang baru ataupun yang dah digunakan. Cuma letakkan saja di laluan yang sering digunakan oleh cik siti atau nak kesan yang lebih hebat, korang cari je sarangnya dan tutup lubang tu. Kesannya dia akan lari tinggalkan rumah atau pengsan di tempat kejadian. Dah pengsan tu pandai-pandai la kome ye
2. Kulit DurianPenggunaan kulit durian sebagai musuh tikus merupakan serangan psikologi oleh orang-orang dulu. Bunyi macam lawak je kan, kalau fikir secara logik, kulit durian tu berduri bagaikan memberi amaran kepada tikus untuk tidak datang menghampiri. Ditambah pula dengan bau yang menusuk hidung dari kulit durian membuatkan si tikus merasa tidak selesa dan rimas
Caranya sama je macam uncang teh tadi, letak je beberapa potong kulit durian dilaluan tikus dan pastikan posisi duri tu di atas. Biar dia rasa takut dan tak berani nak datang ke rumah korang lagi
3. Buah MengkuduBuah mengkudu sememangnya terkenal sebagai antara bahan yang digunakan sebagai racun membunuh serangga dan juga haiwan kecil. Mengandungi zat alam semula jadi seperti glikosida, fenol, antaraquinon dan banyak lagi fungsi mengkudu sebagai buah yang memiliki ciri antibakteria dan antiseptik yang baik
4. Serai Wangi
Kalau korwng nak tau, tikus ni begitu benci dengan aroma yang menyegarkan. Disebabkan itu, satu lagi alternatif nak halau tikus dengan menggunakan daun serai wangi. Daun serai wangi ni sangat berkesan membuatkan si tikus sesak nafas dan akhirnya melarikan diri. Caranya pun mudah aje, kalau korang rajin bolehlah rebus sendiri daun serai wang8 dan jadikan air semburan. Tapi kalau takde masa, beli je produk berasaskan serai wangi tak kisah la dalam apa bentuk pun.
5. Bela kucing
Haaa yang ni, kinah dah cuba. Memang menjadi. Sebab tikus kan takut dengan kucing. Sejak ada kucing, cik siti tu dah kurang dah melawat kawasan rumah. Mana taknya, kucing kinah dulu selalu jugak memanjat di tempat-tempat yang boleh dikatakan laluan tikus tu. Sejak dari tu dah kurang dah dengar tikus lari dalam syiling rumah. Ni cerita masa menyewa di rumah kampung dulu.
Selamat mencuba ye
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.apekinah.com/2018/11/petua-halau-tikus-di-rumah.html