Petua Cepat Bersalin Dengan Makanan Dan Minuman


 


Perkongsian kali ini, anda akan dapat mengetahui jenis makanan dan minuman yang boleh membantu proses bersalin anda.
 
Berikut adalah senarai makanan dan minuman tersebut:

 
Makanan
 

1.Makanan pedas 
Dikatakan makanan pedas seperti kari atau tomyam dapat membantu membuatkan anda cepat bersalin.
 

Ini kerana apabila anda makan makanan ia akan merangsang prostaglandins yang akan menyebabkan kontraksi pada dinding rahim. Namun, pastikan anda makan dalam jumlah yang terkawal dan elakkan makanan yang terlalu pedas.
 

2.Betik muda
 
Di dalam betik dipercayai mengandungi enzim yang dipanggil papain. Enzim ini berfungsi untuk merangsang kontraksi di dalam rahim.
 

 
3.Kurma
 

Umumnya ia dikenali sebagai sumber makanan yang dapat membekalkan tenaga. Selain dapat memudahkan proses bersalin, ia juga dikatakan dapat mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin serta dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim.
 

4.Telur
 

Perkongsian pengalaman daripada individu yang pernah bersalin, mereka mengatakan memakan telur sebelum due date dapat membantu mempermudahkan proses bersalin.
 

Mungkin anda boleh mencuba petua cepat bersalin ini. Tetapi pastikan telur yang anda makan itu masak sempurna kerana telur yang kurang masak adalah tidak elok untuk bayi dalam kandungan.
 

 
Minuman
 

1.Teh jintan
 

Minuman ini dikatakan biasa digunakan bagi merawat masalah perut kembung atau sebarang masalah berkaitan sistem pencernaan. Namun ia juga boleh membantu mempercepatkan proses bersalin.
 

Anda hanya perlu mengambil satu sudu jintan dan dimasukkan ke dalam air panas sebelum meminumnya.
 

2.Kelapa muda
 

Ada petua yang mengatakan, apabila usia kandungan mula menginjak ke tujuh bulan, anda amat disarankan untuk memperbanyakkan meminum air kelapa.
 

Ia dikatakan dapat memudahkan proses kelahiran. Selain itu, air kelapa muda juga boleh membantu menjaga kesihatan ibu dan juga janin jika diamalkan.
 


3.Daun teh rasberi
 

Terdapat kajian yang mendapati pengambilan teh ini dikatakan dapat mengurangkan risiko kelahiran terlebih due date. Ia dipercayai dapat merangsang kontraksi dan melembutkan otot rahim.
 

4.Air zam-zam
 

Minuman dari tanah Arab ini dikatakan boleh membantu anda untuk cepat bersalin. Mungkin ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik, tetapi tidak salah mencuba, bukan?
 

5.Cumin tea
 

Ada yang mengatakan minuman ini dapat membantu mempercepatkan proses bersalin. Malahan kalau ingin lebih berkesan, minuman teh ini boleh ditambah dengan kayu manis, jintan dan madu.
 

6.Minyak kelapa dara
 

Turut dikenali sebagai virgin coconut oil (VCO), bahan ini dikatakan dapat membantu proses bersalin.
 Ia juga merupakan bahan yang boleh melawan jangkitan. Ia boleh diminum atau diambil dalam bentuk kapsul.
 

Senarai makanan dan minuman di atas bukanlah atas cadangan pakar perubatan. Jadi terdapat kemungkinan ia mungkin berkesan kepada individu lain tetapi tidak pada anda.
 

Walau bagaimanapun, sebelum anda mencuba sebarang petua cepat bersalin, sebaiknya anda mendapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor bertauliah.
 
 
Kaedah semula jadi sebagai petua cepat bersalin
 

Jika anda takut untuk mencuba mengambil sebarang makanan atau minuman sebagai petua cepat bersalin, mungkin beberapa kaedah semula jadi berikut yang dikatakan turut dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran anak boleh dicuba.
 

1.Berjalan kaki
 

Pastinya anda pernah mendengar petua daripada individu yang lebih berusia untuk memperbanyakkan berjalan. Anda boleh memilih sama ada berjalan kaki atau mungkin menaiki tangga.
 

Dikatakan tekanan graviti boleh membantu bayi untuk turun lebih jauh ke dalam saluran kelahiran dan mengembangkan serviks dengan tekanan mudah. Tip ini juga boleh dianggap sebagai senaman yang dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.
 

Tetapi jangan memaksa diri untuk berjalan terlalu lama atau jauh dan elakkan daripada menjadi terlalu penat, okay?
 


 2.Rendaman air hangat
 

Menunggu saat melahirkan pastinya boleh mendatangkan tekanan, jadi anda boleh mencuba tip mandian air hangat.
 

Selain dapat membantu meredakan rasa tekanan, ia juga dikatakan dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran bayi.
 

3.Melantun bola yoga
 

Sebelum tarikh jangkaan melahirkan bayi, anda boleh bermain dengan bola yoga dengan melantunkannya.
 

Dikatakan pada ketika melantunkan bola, anda mungkin akan mengalami beberapa kontraksi. Sekiranya keadaan itu berlaku, itu sudah tentu boleh menjadi petunjuk bahawa anda hampir bersalin.
 
Akhir kata
Sebenarnya tidak ada salahnya mencuba beberapa perkara disenaraikan di atas sebagai petua cepat bersalin.
 
Setiap petua akan membantu mendekatkan diri anda sama ada untuk dapat melalui proses kelahiran anak secara normal atau caesarean.
 


Visit: Wansite
Kredit : hellodoktor.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wansite.blogspot.com/2021/08/petua-cepat-bersalin-dengan-makanan-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Makanan Dan Minuman Yang Tidak Boleh Dikonsumsi Bersamaan Bahaya

8 Makanan Dan Minuman Yang Tidak Boleh Dikonsumsi Bersamaan Bahaya

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 300 hits
Ternyata benar habis makan udang baiknya jangan minum es jeruk Ada penjelasannya
Tips Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

Tips Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 494 hits
Assalamualaikum Tips Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat Hari nie nak kongsi tips atau petua yang aku dapat dari facebook Taktahulaa menjadi ke tak pada korang tapi untuk kali pertama aku buat semalam so far okay Itu pun baru kali pertama ...
Lembaran Kerja Prasekolah Tema Makanan Dan Minuman

Lembaran Kerja Prasekolah Tema Makanan Dan Minuman

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 694 hits
Lembaran Kerja Prasekolah Tema Makanan dan Minuman Bahan yang dikongsikan pada kali ini boleh juga digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar murid tahap 1 Tips utama dalam mengajar kanak kanak adalah dengan mengaplikasikan perma...
Cara Hilangkan Sesak Nafas Dan Dada Dengan Amalkan Makanan Ini

Cara Hilangkan Sesak Nafas Dan Dada Dengan Amalkan Makanan Ini

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 1170 hits
Rasanya dah hampir setahun sejak mr hubby dapat tips resepi ubat ni dari whatsap group yang di katakan bagus untuk mengelak sakit jantung kolestrol memang saya buatkn sendiri untuk dia tak pernah putus Minuman ni saya masak jadi jus pekat d...
5874 Wakam Sumbang Bakul Makanan Kepada Artis Asnaf Utusan Malaysia 23 08 2021

5874 Wakam Sumbang Bakul Makanan Kepada Artis Asnaf Utusan Malaysia 23 08 2021

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 356 hits
PETALING JAYA Persatuan Waris Keturunan Anak Minang Malaysia mengagihkan 50 kotak bakul makanan kepada ahli dan asnaf di Lembah Klang bagi membantu meringankan bebanan Presiden Wakam Tuan Putera Jefrizal Jasman berkata selain asnaf pengagih...
Meal Prep Cara Persiapan Makanan Sepanjang Perjalanan Turun Berat Badan Aku Kisah Berat Badan

Meal Prep Cara Persiapan Makanan Sepanjang Perjalanan Turun Berat Badan Aku Kisah Berat Badan

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 365 hits
Sandwich tuna solehahIndah tau perasaan juju tatkala belajar ilmu pemakanan solehah untuk badan kita sendiri Kenapa selama ini juju makan semua makanan tak soleh dan solehah ke Bukan begitu kawan juju tepuk bahu juju 5 bulan lepas Juju beli...
Gerai Ini Hanya Buka 1 Jam Lambat Habis Kerana Makanan Ini Pelanggan Sanggup Tunggu Setiap Hari

Gerai Ini Hanya Buka 1 Jam Lambat Habis Kerana Makanan Ini Pelanggan Sanggup Tunggu Setiap Hari

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 291 hits
Lokasi Jalan Lebuh Rajawali Kampung Dato Ahmad Said Tambahan ll 30020 Ipoh Perak Waktu Niaga Setiap Hari 4 30 petang sampai habis Untuk Tempahan 011 5158 1309 Contact azfar
Gerai Vintage Kopi Ikat Tepi Dan Makanan Ringan Di Yong Peng Batu Pahat

Gerai Vintage Kopi Ikat Tepi Dan Makanan Ringan Di Yong Peng Batu Pahat

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 788 hits
Hai kopi lover mesti korang ni seorang yang menikmati aroma kopi yang hebat tapi nak mencuba pulak kopi yang berlainan dan jauh lebih murah dari kopi terkemuka di Malayisa Berita baik buat warga Batu Pahat terutamanya yang berdekatan dengan...
Bila Dia Kata Dia Nak Gelagat Kucing Tak Nak Lepaskan Makanan Tuannya Cuit Hati Netizen

Bila Dia Kata Dia Nak Gelagat Kucing Tak Nak Lepaskan Makanan Tuannya Cuit Hati Netizen

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 272 hits
Kucing adalah teman setia kepada manusia selain daripada bin4tang lain selain anj1ng Sifat penyayang lemah lembut dan kecomelan kucing menjadikan ianya bin4tang peliharaan yang amat digemari oleh penggemar kucing tidak kira jenis kucing bak...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever