Petua Cairkan Kahak Menggunakan Barang Di Dapur
Sudahlah batuk tak henti-henti, berkahak pula. Pastinya membuatkan kita rasa tak selesa kan. Tekak perit dan gatal. Mengganggu urusan seharian dan ketenteraman awam. Adakala ubat batuk sudah habis berbotol-botol, masih juga tidak reda.
Apa kata kita cuba petua yang menggunakan bahan-bahan di dapur ini. Adik ada pengalaman batuk yang berpanjangan. Melihatkan keadaan adik mak menyuruh mencuba petua perahan lemon ditambah dengan madu. Alhamdulillah lega. Sedap pun sedap. Selain lemon, ada beberapa petua lain untuk mencairkan kahak.
Jom kita lihat beberapa petua cairkan kahak menggunakan barang di dapur.
1. Bawang putih.
Bakar sebiji bawang putih (beserta kulitnya). Agak-agak sudah layu, buang kulit dan lenyek bersama minyak zaitun. Boleh sapu di tapak kaki dan leher. Untuk bayi dan kanak-kanak, eloklah disapu pada tapak kaki dahulu. Jika tiada tanda kulit terengsa, bolehlah sapu pada dada
2. Madu.
Campurkan 2 sudu teh madu bersama air suam dan perahan lemon atau limau nipis. Ia membantu melegakan tekak dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak. Ini kerana madu adalah makanan Sunnah yang bersifat antioksidan dan anti-inflamasi
3. Halia.
Rendam hirisan halia bersama beberapa helai daun pudina dalam segelas air panas. Campurkan sedikit madu. Amalkan 2 kali sehari
4. Kunyit.
Larutkan ½ sudu teh serbuk kunyit ke dalam segelas air suam. Hirup perlahan. Ia bertujuan untuk mengurangkan kahak yang terkumpul
5. Teh bunga Chamomile.
Masukkan 1-2 sudu teh bunga chamomile kering ke dalam air panas. Biarkan 5 minit dan minumlah perlahan-lahan. Bukan saja membantu melegakan tekak, baunya juga sangat menyenangkan
6. Aiskrim vanilla.
Petua paling sedap ni. Kan? Selain sedap, aiskrim vanilla dipercayai dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan sakit tekak. Rasa nyaman je kat tekak kan
7. Air kosong.
Apa yang paling penting, perlulah banyakkan minum air kosong. Ia ubat paling murah dan semulajadi. Air kosong membantu mencairkan kahak serta membuat dinding saluran tekak lembap. Tiada lagi tekak kering dan gatal
Selain petua di atas, kita juga perlu elakkan beberapa makanan yang merangsang pembentukan mucus seperti produk tenusu. Selain itu, kurangkan pengambilan makanan bergula. Lebihkan sayur dan buah-buahan seperti oren, nenas dan lemon.
Petua-petua di atas tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sedapnya-makan.blogspot.com/2021/03/petua-cairkan-kahak-menggunakan-barang-di-dapur.html