Petua Air Botol Merah Menjadi Untuk Elakkan Kucing Kencing Merata Dan Terbukti Berkesan
Petua air botol Merah menjadi untuk elakkan kucing kencing merata dan terbukti berkesan
Masalah kucing kencing di dalam rumah memang buat kita marah dan tertekan. Kalau sekali sekali tak mengapa kalau setiap hari kencing pada tempat yang sama boleh buat kita rasa marah. Lagi pula kalau kencing pada karpet, sofa atau tilam, lagi buat rasa sakit jiwa
Bukan apa, bau kucing kencing ni lain macam sikit. Lagi kuat baunya kalau kucing jantan. Walaupun dan cuba bermacam cara pembersihan misalnya guna cuka atau serai, kucing kesayangan kita ni masih lagi kencing pada tempat yang sama.Penggunaan coklat bar yang jadi viral seketika pun sudah dicuba, malangnya masih lagi kencing. Apa masalahnya? Hasil perkongsian Almizan Fahmi dan Mohd Firdaus di facebook mengenai penggunaan air botol yang diletakkan air di kawasan yang kencing ini memang menjadi. Hebat
Caranya mudah sahaja:1. Bancuh air dengan pewarna seperti sirap.
2. Isikan air tersebut ke dalam botol plastik.
3. Letakkan pada kawasan yang ‘bertanda’ si bulus kita
Isikan dengan air yang berwarna seperti sirap ros atau apa-apa warna yang ada di rumah. Biar nampak cantik sikit.Kemudian letakkan sahaja pada tempat atau kawasan yang selalu ‘ditanda’ kucing kesayangan kita. Letak sekerap yang boleh seperti di dalam gambar. Insyaallah menjadi. Jom cuba
Cuba Empat Cara Ini
Sambil cuba petua buat air dalam botol plastik, anda boleh juga cuba empat cara ini. Makin mantap dan harap-harapnya kucing tak kencing lagi pada kawasan ini
# Cuka
Cuka ada bahan yang berbau tidak berapa menyenangkan buat kucing. Baunya yang kuat tidak disukai oleh kebanyakkan kucing. Jadi selepas mencuci pada kawasan ini, letakkan sedikit cuka dan biarkan sahaja kering
# Bahan Peluntur
Selain cuka, bahan peluntur juga kuat baunya. Mop atau letakkan sedikit pada kawasan yang sudah ditanda kucing anda. Jangan banyak, takut kucing menjilatnya
# Serai
Kucing tidak suka bau serai, jadi anda boleh menggunakan produk yang berasaskan serai atau letak sahaja sebatang serai pada kawasan berkenaan
# Lada Hitam
Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalamnya. Kemudian masukkan dalam botol penyembur dan sembur dikawasan kucing kencing.
Panas..kucing memang tak suka
Sehubungan dengan itu, ada juga 6 Cara Berkesan Elak Kucing Berak & Kencing Merata-rata“Aduhai mana satu antara bertiga ni yang dah pancut kat ruang tamu aku ni. Padahal bukan tak ada ‘litter box’. Pasir pun baru je tukar. Semerbak harum wehhh bau kencing ni, bukannya senang nak hilang!”Bagaimana cara elak kucing berak dan kencing merata-rata ya?Sedangkan tempat sudah disediakan khas untuknya. Sudah diajarkan kencing dalam bekas tapi masih kat dalam rumah. Itu tak apa lagi, kalau dia kencing dekat rumah orang lain lagi susah. Dah jadi kes bergaduh dengan jiran pula
BUKAN SENANG MENCUCI NAJIS KUCING!
Memang sukar untuk menghilangkan bau kencing kucing. Cucilah dengan sabun, clorox, cuka, soda penaik mahupun hydrogen peroxide, baunya masih ada. Ini kerana air kencing kucing mengandungi Urea, Urobilin, Uric acid, Sodium, Elektrolit, Creatinie, Pheromones dan lima jenis bakteria
Apabila dibersihkan dengan air, ia bertindak dengan protein serta komponen-komponen ini secara tak langsung mengaktifkan bau.Cuka dan soda penaik pula hanya meneutralkan bau untuk sementara waktu sahaja tetapi tidak mampu membuang kesemua komponen dalam air kencing.
Kucing sebenarnya haiwan yang pembersihJADI, BAGAIMANA NAK ELAK KUCING BERAK DAN KENCING DALAM RUMAH
1. CUCI DENGAN PENCUCI ENZIM
Cuci kawasan yang terkena dengan air kencing mengguna bahan pencuci daripada enzim dan bukannya ammonia
Tekap air kencing sebanyak mungkin daripada kawasan yang terkena pancutan
Basahkan kawasan mengguna pencuci enzim dan biar seketika antara 10 hingga 15 minit
Tekap semula hingga kering dan biarkan seketika hingga kawasan itu benar-benar kering
Dengan cara ini, baunya akan hilang sepenuhnya. Ia adalah salah satu cara elak kucing berak atau kencing semula selepas ‘menandakan’ kawasannya.Untuk elak kucing berak, pilih pencuci jenis enzim yang dapat menghilangkan bau najis dengan berkesan
Pilih pencuci jenis enzim yang dapat menghilangkan bau najis dengan berkesan2. PERIKSA LITTER BOX
Memandangkan kucing adalah haiwan pembersih maka ia juga rasa tidak suka jika litter boxnya terlalu kotor.Jika ia tidak rasa selesa untuk kencing di dalamnya, tidak hairanlah ia akan ‘melepaskannya’ di luar litter box. Bersihkan litter box dengan kerap. Pasir juga perlu digantikan selalu
3. LIHAT KEDUDUKAN LITTER BOX
Ada kucing yang tidak selesa jika litter box diletak di kawasan yang terbuka. Tak hairanlah anda boleh elak kucing berak dengan mencari kawasan tersembunyi, terlindung, atau yang jauh daripada pandangan orang.Jadi, kucing akan lebih selesa untuk menggunakan litter box
4. TIDAK MAHU BERKONGSI LITTER BOX
Jika ada kucing baru dalam rumah, kucing sedia ada biasanya tidak suka berkongsi litter box. Jadi, ia akan mencari tempat lain untuk kencing.Sediakan litter box yang lain untuk elak kucing berak merata-rata selepas kehadiran kucing baru
5. ELAK MENUKAR KEDUDUKAN LITTER BOX
Biasanya anda letakkan litter box di sudut hujung dinding. Tiba-tiba terasa nak susun sebaris di belakang pintu. Oh jangan sesekali tukar kedudukan. Aapabila anda menukar kedudukan, ia akan menunaikan hajatnya di tempat lama kerana sudah dilatih sebegitu.Jadi, jangan sesekali tukar kedudukan litter box.Kucing akan keliru jika anda kerap mengalihkan ‘litter box’ nya6. ELAK BERI TEKANAN
Kadang-kadang kehadiran bayi baru atau kunjungan tetamu yang tidak dikenali boleh menyebabkan kucing rasa stres. Apabila ia stres, ia akan buat perangai salah satunya kencing merata-rata.Elak tambahkan stres dengan memarahinya. Beri masa untuk kucing menyesuaikan diri dengan perubahan
7. BUAT PEMERIKSAAN DI KLINIK HAIWAN
Jika kucing kerap pancut tidak kira di mana sahaja, kemungkinan besar ia mengalami radang di saluran kencing. Penyakit yang dipanggil Feline Interstital Cystitis ini menyebabkan kucing tidak dapat menahan gesa untuk membuang air kencing hingga tidak sempat sampai ke bekas.Bawa kucing ke klinik haiwan untuk mendapatkan nasihat veterinar untuk buat pemeriksaan
JANGAN JERIT ATAU PUKUL KUCING JIKA IA KENCING MERATA-RATA,Ada sebabnya kucing berkelakuan sebegitu. Kenal pasti masalah yang dihadapi oleh kucing anda. Sebab utama sebagai penanda kawasan itu kepunyaannya.Ada juga kerana pelbagai sebab lain seperti tidak selesa dengan bekas yang disediakan, tidak mahu berkongsi dengan kucing lain, mungkin ia sakit dan meminta perhatian daripada anda Apabila anda kenal pasti masalah yang dihadapinya, maka mudah untuk anda menyelesaikan masalah ini
Sumber: siraplmau.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://araaznetworkblog.blogspot.com/2019/07/petua-air-botol-merah-menjadi-untuk.html