Petronas Untung Bersih Rm101 6 Bilion Bagi 2022 Metrotv


hmetro.com.my
Sri Ayu Kartika Amri
[email protected]

Kuala Lumpur: Petronas terus merekodkan prestasi kukuh apabila berjaya mencapai peningkatan keuntungan bersih sebanyak RM101.6 bilion kenaikan 100 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY2022) berbanding RM50.9 bilion tahun sebelumnya, disokong dengan kesan harga lebih baik bagi produk utama seiring dengan harga penanda aras yang lebih tinggi.

Petronas turut mencatatkan peningkatan 51 peratus pendapatannya kepada RM375.3 bilion bagi 2022 berbanding RM248 bilion tahun kewangan 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata, tenaga kerja Petronas terus dipacu oleh tujuan kumpulan untuk menjadi rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif yang mempertingkatkan kualiti kehidupan demi masa depan mampan.

Katanya, ketahanan mereka membolehkan kumpulan mencapai prestasi yang kukuh pada 2022.

"Tahun 2022 membolehkan kami untuk memanfaatkan lonjakan minyak dan gas, tahun lalu juga memberikan isyarat ketidaktentuan terhadap permintaan-bekalan yang didorong oleh peralihan mendadak dalam pasaran serta peralihan tenaga yang dipercepatkan.

"Walaupun kami maju dengan kedudukan yang lebih kukuh, Petronas akan terus memantapkan rantaian nilai bersepadu kami dengan tumpuan yang lebih memfokuskan kepada kecemerlangan komersial dan operasi.

"Kumpulan akan memberi tumpuan kepada penyampaian strategi pertumbuhan tiga serampang serta aspirasi Pelepasan Sifar Karbon Bersih menjelang 2050 secara berdisiplin termasuklah pengurusan komitmen kewangan dan obligasi hutang secara berhemat.

"Petronas tidak mempunyai pilihan selain untuk mengukuhkan masa depan kumpulan bagi mengekalkan keupayaan kami dalam menyampaikan nilai jangka panjang yang mampan sebagai syarikat minyak nasional dan pemain tenaga global.

"Untuk tujuan ini, Petronas perlu kekal teguh dalam menyediakan tenaga yang selamat, mampu milik dan boleh capai ke arah memartabatkan masyarakat dan menyokong negara bagi mencapai sifar bersih," katanya pada sidang media pengumuman keputusan tahun kewangan suku keempat dan 2022 Petronas di sini, hari ini.

Beliau berkata, meskipun berlakunya ketidaktentuan berpanjangan yang dilihat dalam pasaran sepanjang 2022, melangkah ke hadapan Petronas akan terus melaksanakan pengurusan kewangan yang berhemat dan disiplin yang tegas dalam melabur semula untuk menyediakan keselamatan tenaga yang diperlukan serta untuk peralihan yang adil dan bertanggungjawab.

Sementara itu, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) turut naik kepada RM170.7 bilion disumbangkan oleh pendapatan yang lebih tinggi, manakala aliran tunai daripada aktiviti operasi (CFFO) berada pada jumlah RM135.3 bilion dan pelaburan modal (Capex) adalah sebanyak RM50.1 bilion, disumbangkan oleh projek huluan dan hiliran.

Setakat 31 Disember 2022, jumlah aset keseluruhan syarikat minyak dan gas nasional itu diperkukuhkan kepada RM710.6 bilion.
Disiarkan pada: Mac 13, 2023 @ 5:00pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/petronas-untung-bersih-rm1016-bilion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kewangan Petronas 2022 Terbaik Era Sapa

Kewangan Petronas 2022 Terbaik Era Sapa

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 113 hits
Jangan jadi sapi untuk susu punya lembu Apa sahaja yang terbaik 2022 kenalah bagi satu hormat kepada tuannya Apa sahaja Pelaburan yang sampai 2023 2024 tentulah atas usaha 2021 2022 Tak kalah pun kalau beri kemenangan kepada lawan Peluang t...
Orang Melayu Sila Bangkit Nasib Kita Tidak Berubah Tetapi Tiga Bank Saja Boleh Untung Lebih Rm19 Bilion

Orang Melayu Sila Bangkit Nasib Kita Tidak Berubah Tetapi Tiga Bank Saja Boleh Untung Lebih Rm19 Bilion

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 197 hits
Beberapa hari sudah saya serta isteri telah pergi ke bank kami untuk bertanya pasal pinjaman kereta Kami telah lama berurusan dengan bank itu about 20 years Sebelum itu kami telah melawat showroom dealer kereta untuk melihat model kereta ha...
Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan Ott Asia Tenggara Pada Suku Ke 4 2022 Menurut Laporan Mpa

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan Ott Asia Tenggara Pada Suku Ke 4 2022 Menurut Laporan Mpa

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 196 hits
Berdasarkan keputusan kewangan yang diumumkan oleh syarikat induknya PCCW Limited untuk tahun berakhir 31 Disember 2022 Viu perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka PCCW yang beroperasi di 16 pasaran terus menunjukkan pertum...
Impor Pakaian Bekas Di 2022 Melonjak Capai Rp4 19 Miliar

Impor Pakaian Bekas Di 2022 Melonjak Capai Rp4 19 Miliar

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 141 hits
Direktorat Jenderal Bea dan Cukai Kementerian Keuangan mencatat volume impor pakaian bekas di 2022 naik signifikan menjadi 26 22 ton naik 227 75 persen dibandingkan tahun 2021 yang hanya 8 ton Adapun nilai devisa impor tahun 2022 sebesar US...
Komisi Yudisial Terima 1 662 Aduan Masalah Hukum Sepanjang Tahun 2022

Komisi Yudisial Terima 1 662 Aduan Masalah Hukum Sepanjang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 158 hits
Tak hanya laporan Komisi Yudisial juga menerima surat tembusan sehingga Komisi Yudisial menerima laporan dan tembusan berjumlah 2 926
Hadiah Tahun 2022

Hadiah Tahun 2022

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 299 hits
Assalamualaikum dan syukur sangat dikurniakan sahabat yang baik hati dan pemurah Kalau jumpa mereka pasti tidak pulang dengan tangan kosong Pemberian dari sahabat Siti Hajar Pemberian dari Ain sempena birthday anaknya Dia memang suka bersed...
Kemendagri Raih Penghargaan Kinerja Pelaksana Anggaran Terbaik 2022

Kemendagri Raih Penghargaan Kinerja Pelaksana Anggaran Terbaik 2022

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 209 hits
Sejumlah komponen Kementerian Dalam Negeri meraih penghargaan Indikator Kinerja Pelaksana Anggaran Terbaik 2022
Malaysia Property Award 2022 Recognises Outstanding Achievements In Property Development

Malaysia Property Award 2022 Recognises Outstanding Achievements In Property Development

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 233 hits
The Malaysia Property Award is considered the 8216 OSCAR 8217 of property awards in Malaysia KUALA LUMPUR The Malaysia Property Award 2022 the most sought after award in the property development industry will be having its awards presen
Laksana Legacy Sr3 Panorama Suites Family 2022

Laksana Legacy Sr3 Panorama Suites Family 2022

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 378 hits
Laksana merilis bodi Legacy SR3 series saat pelaksanaan IMS 2022 dengan empat varian model Varian model tersebut yakni SR3 XHD double glass SR3 HD prime double glass SR3 Panorama single glass dan SR3 suites class alias slepper bus Berikut g...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul