Petronas Srt Nafi Pinggir Bakat Pelumba Tempatan


KUALA LUMPUR, 9 Dis — Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa pengurusan pasukan itu meminggirkan bakat pelumba tempatan.
Mengambil contoh pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi, prinsipal pasukan Datuk Razlan Razali berkata banyak peluang diberikan kepada pelumba berusia 22 tahun itu, namun beliau gagal menjelmakan keputusan positif sepanjang dua musim bersama pasukan berkenaan sejak musim lepas.
“Saya sedar dan tahu ramai netizen kecam keputusan saya (tidak menyambung kontrak) Khairul Idham Pawi. Kita turunkan dia ke Moto3 (dari Moto2) sebab kecederaan yang dialami semasa Moto2 supaya boleh buat yang terbaik.
“Pada awalnya kita sasar kedudukan 15 terbaik atau cuba kutip mata pada setiap perlumbaan, tapi dia cedera, dan apabila dia sembuh kita beri dia masa untuk raih keputusan positif dan melakukan yang terbaik pada perlumbaan berikutnya. Kita suruh dapatkan sekurang-kurangnya kedudukan 20 terbaik, tapi tidak capai sasaran,” tegas Razlan kepada Bernama, hari ini.
Dalam pada itu, Razlan berkata pengurusan pasukan berkenaan tidak berhasrat menggunakan khidmat pelumba tempatan bagi saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).
Beliau menegaskan pasukan itu hanya akan kembali membuka peluang kepada pelumba tempatan sekiranya mereka mencapai prestasi cemerlang dalam beberapa perlumbaan termasuk Kejuaraan FIM CEV Eropah yang merupakan landasan kepada pasukan MotoGP mendapatkan pelumba terbaik bagi pasukan masing-masing.
“Kita ada pelapis yang sedang dibangunkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), tapi mereka belum bersedia untuk tahun depan. Kita tidak mahu sekadar letak pelumba Malaysia, selepas itu jadi macam Khairul Idham. Netizen suruh letak pelumba Malaysia, bila dia gagal, kita pula kena kecam,” katanya.
Baru-baru ini, Khairul Idham Pawi yang lebih mesra dengan panggilan Super KIP membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan persaraan daripada sukan permotoran.
Beliau gagal meraih sebarang mata dalam 13 perlumbaan Moto3 yang disertai pada musim ini bersama pasukan Petronas Sprinta Racing di bawah pengurusan Petronas Yamaha SRT.
Pelumba itu pernah melakar sejarah pada 2016 bersama Honda Team Asia apabila meraih dua kemenangan menakjubkan di trek basah dalam saingan GP Argentina dan Jerman, ketika berusia 18 tahun, sekali gus membolehkan beliau dinaikkan ke kelas Moto2 pada 2017.
— BERNAMA
Ligakampung.com melihat ianya ada kaitan dengan KPI yang ditetapkan namun mungkin ada peluang untuk memperkembangakan bakat tempatan. Mungkin diturunkan pangkat seketika bagi pelumba yang menurun prestasi kerana sedia maklum Khairul Idham baharu sahaja mengalami kecederaan dan melakukan pembedahan.
Sudah pasti bukan keputusan segera yang boleh dicapai. Apapun ianya adalah keputusan pihak pengurusan SRT. Semoga maju jaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/petronas-srt-nafi-pinggir-bakat-pelumba-tempatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kim Seonho Nafi Khabar Angin Bakal Undur Diri Daripada 2 Days 1 Night Selepas Kecapi Populariti

Kim Seonho Nafi Khabar Angin Bakal Undur Diri Daripada 2 Days 1 Night Selepas Kecapi Populariti

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 432 hits
Sebelum mengecapi populariti daripada drama Start Up Kim Seon ho telah pun menyertai program popular iaitu 2 Days 1 Night pada awal tahun ini Siapa yang biasa menonton rancangan tersebut pastinya tahu bahawa pelakon itu sering diusik oleh a...
Khalid Samad Nafi Wujud Perpecahan Dikalangan Pemimpin Amanah

Khalid Samad Nafi Wujud Perpecahan Dikalangan Pemimpin Amanah

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 235 hits
MALAYSIA DATELINEParti Amanah Negara menafikan wujudnya perbezaan atau perpecahan dalam kalangan pemimpin parti itu susulan situasi yang berlaku di Dewan Rakyat semasa pengundian Belanjawan 2021 di peringkat dasar Khamis lalu Sebaliknya Pen...
Anwar Nafi Akan Letak Jawatan Dalam Pakatan Harapan

Anwar Nafi Akan Letak Jawatan Dalam Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 352 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan jika gagal mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat Bahkan laporan yang memetik dakwaan beberapa Ahli Parlimen itu jelas untuk mencetuskan...
Nafi Langgar Sop Orang Ramai Anggap Ismail Sabri Masih Mahu Berdalih

Nafi Langgar Sop Orang Ramai Anggap Ismail Sabri Masih Mahu Berdalih

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 212 hits
Kalau meja besar kena selang satu kerusi penjarakan Ada tanda pangkah di meja Kalau Menteri ada sahaja alasannya Walaupun Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dia telah melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan ...
Hiburan Nafi Terikat Dengan Perjanjian Eksklusif Fattah Amin Akui Masih Belum Sedia Dedah Wajah Anak

Hiburan Nafi Terikat Dengan Perjanjian Eksklusif Fattah Amin Akui Masih Belum Sedia Dedah Wajah Anak

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 295 hits
Tampil menafikan bahawa pihak mereka terikat dengan perjanjian eksklusif dengan mana mana pihak pelakon Fattah Amin dan isterinya Nur Fazura akui masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah anak sulung mereka iaitu Nur Fatima Aisya Katanya...
Berita Palsu Mkn Nafi Lanjut Pkpd Di Beberapa Negeri

Berita Palsu Mkn Nafi Lanjut Pkpd Di Beberapa Negeri

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 302 hits
Majlis Keselamatan Negara berkata berita pelaksanaan PKPD di beberapa negeri dilanjutkan adalah palsu KUALA LUMPUR Majlis Keselamatan Negara menafikan mengeluarkan kenyataan perintah kawalan pergerakan diperketatkan dilanjutkan di beberapa ...
Kerajaan Pahang Nafi Mesej Tular Temco Akan Di Laksanakan Di Kuantan Pekan Dan Bentong

Kerajaan Pahang Nafi Mesej Tular Temco Akan Di Laksanakan Di Kuantan Pekan Dan Bentong

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 145 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menafikan mesej yang tular di media sosial bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar atau Targeted EMCO akan dilaksanakan di Kuantan Pekan dan Bentong Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang D...
Warga Mekkah Temukan Jasad Perempuan Wni Dalam Koper Besar Tergeletak Di Pinggir Jalan

Warga Mekkah Temukan Jasad Perempuan Wni Dalam Koper Besar Tergeletak Di Pinggir Jalan

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 217 hits
Seorang warga Mekkah Arab Saudi menemukan jasad wanita muda WNI di dalam sebuah koper besar yang tergeletak di atas tanah Jumat malam Penemuan jasad wanita WNI membuat heboh warga setempat Hasil penyelidikan awal mengungkapkan jasad wanita ...
Pengundi Yang Memilih Wakil Rakyat Anda Bukan Memilih Penyanyi Kerana Bakat Tapi Memilih Wakil Yang Berkhidmat

Pengundi Yang Memilih Wakil Rakyat Anda Bukan Memilih Penyanyi Kerana Bakat Tapi Memilih Wakil Yang Berkhidmat

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 162 hits
Kak Ida Abdullah 1 mesti hapuskan pencaturan OT95 dan kuncu2 dlm politik negara 2 mesti hentikan politik tunggang agama dan penyesatan ummah PAS 3 ahli politik terbabit dalam rasuah dihalang menjadi calon dalam PRU Protest rakyat amat penti...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic

Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang