Petik Gitar


Aku suka melihat-mendengar orang bermain gitar. Dapat pulak yang suaranya padan, memang ngam. Sound gitar cukup bersahabat dengan deria pemdengaran aku, terutamanya gitar akustik. Dia macam relaks-relak dan tak komplilated pada telinga aku. Kalau ada orang busking, memang cenderung untuk aku layan dulu selagu-dua. Kalau tiba-tiba datang muka tak malu aku, aku request lagu

Masa aku duduk asrama dulu, memang rezeki pulak ada kawan yang handal bermain gitar. Kiranya rakan satu kelas dan satu asrama la walaupun bukan sebilik, by nature mukanya akan muncul di musim peperiksaan membawa buku nota - yang kosong. Last minute punya orang la ni, walau pintu kejayaaan hampir nak tutup pun tinggal seinci, dia jenis otak ligat boleh masuk ikut tingkap..ni yang orang cakap jalan menuju kejayaan ada banyak lorong

Situ adalah pendedahan awal aku kepada kancah melihat orang bermain gitar secara berhadapan atau personal. Aku tak tahu dia perasan atau tak, tapi sedikit sebanyak petikan gitar dia mewarna dan memelodikan zaman duduk asrama aku. Kalau rasa tepu dan loya melihat buku, tiba-tiba dia datang bawak gitar, terasa rancak dan bergoncang sikit semangat anak muda seperti kami. Terima kasih Amirol Moreno

Kalau penat main gitar secara duduk, dia akan main secara baring, kalau penat secara baring dia akan berdiri, sambil berjalan dan berlari pun boleh aku rasa tapi kalau dah sampai ke luar bilik aku tu dah di luar tanggungjawab aku. Lagu pulak tak payah yang susah-susah, tapi yang penting kena rugged dan tak terlalu meleleh lah yang aku suka. Tapi kawan aku tu semua dia tibai, baik lagu ganas atau lagu Raihan dan Rabbani pun diberi nafas baru..sambil pakai boxer nyanyi nasyid pun sedap, belum lagi dia berketayap kan. 
Pastu yang best bila berkumpul sembang-sembang, dia main gitar pulak seakan mengiringi jalan cerita yang sedang diketengahkan, dah macam drama plak ada background musik. Biasa kalau lewat malam memang lagu yang berbentuk melankolik dan syahdu malam berlagu sepi, mengiring rawan... dalam taman hati, gelisah menanti kau kembali..manja menagih bujukan di sisi

Kawan aku ni kalau tengok gaya dari segi muka dan perwatakkkan memang serba-serbi ganas, rasanya ramai yang pernah kena pukul dengan dia, tak kurang jugak yang kena belikan dia makanan, tapi bila dia petik gitar memang syahdu menyentuh ke qalbu jugak kadang , tapi bila diselak soal hati dan perasaan nampak koyak jugak, so jiwa dan penghayatan tu sampai dalam lagu, rock-rock jugak tapi dalam hati ada taman bunga, ni taman yang pakej sekali dengan air pancut dan siap ada ikan koi main piano

Begitulah pengalaman ringkas aku dengan gitar dan kawan yang suka bermain gitar. Aku ada juga belajar main gitar dengan dia, siap aku ada beli gitar pun, time tu band hujan baru nak naik so lagu Bila Aku Sudah Tiada dengan lagu Pagi Yang Gelap lah jadi baby step aku, belajar kod-kod asas, sambil tengok-tengok cara main guna software guitar apantah namanya. Time tu kalau aku petik gitar tu keluar jugaklah bunyi gitar tu, dia takdelah keluar bunyi kambing ke bunyi bayi menangis ke, cuma tu la..dengar syok sendiri bolehlah, kalau orang lain dengar mungkin boleh hilang semangat nak teruskan hidup

Namun setelah cuba belajar dengan 2-3 orang jugak, aku dapat simpulkan muzik bukanlah permainan aku, instead of bermain gitar aku terjurus kepada bermain-main gitar, macam sama tapi tak sama, lebih elok aku jadi penggemar daripada pemain, displin musik dalam badan aku memang kurang bergetar, aku jenis sukar dibendung, aku kalau suruh ikut tempo atau ikut counting lagu memang rasa taknak ikut, rimas pulak rasanya nak kena ikut-ikut ni. Kalau PKP tu memang dah kena tidur lokap. 
Ataupun sebenarnya boleh je kalau aku berlatih lebih tekun dan istiqamah, entah aku tak tahulah, mungkin juga aku dewa kemalasan yang pakar dalam selok belok mencari alasan. 
Walaubagaimanapun, bergaya dengan gitar memang tak pernah tak A. Mungkin aku lebih ke arah poser


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.notapurba.com/2020/04/petik-gitar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Main Gitar Sambil Otak Dibedah

Main Gitar Sambil Otak Dibedah

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 436 hits
Seorang ahli muzik bermain gitar selama enam jam ketika menjalani pembedahan secara sedar untuk membuang ketumbuhan dalam otaknya di sebuah hospital di sini baru baru ini Musa Manzini warga Afrika Selatan yang pernah memenangi beberapa anug...
Lepas Nama Kena Petik Oleh Perdana Menteri Mi Kolok Haji Salleh Laku Keras

Lepas Nama Kena Petik Oleh Perdana Menteri Mi Kolok Haji Salleh Laku Keras

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 232 hits
KUCHING Tidak menang tangan pemilik dan pekerja Mi Kolok Haji Salleh pada Selasa Permintaan Mi Kolok dari Restoran Sepinang Sari di Kuching sejak 1995 itu hari ini sungguh luar biasa Mana tidak selepas nama Mi Kolok Haji Salleh dipetik Perd...
Jerantut Pekebun Timun Izinkan Orang Ramai Petik Sendiri Ambillah Percuma Saja

Jerantut Pekebun Timun Izinkan Orang Ramai Petik Sendiri Ambillah Percuma Saja

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 388 hits
Boleh datang ke kebun timun saya dan boleh ambil sendiri berapa banyak pun kerana semuanya percuma Murahnya hati Yusop Itam 60 pekebun sayur di Kampung Ulu Cheka Jerantut Memetik laporan Harian Metro Yusop membenarkan mana mana pihak untuk ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan