Peter Azam Pulihkan Safa Dengan Langkah Betul
Peter azam pulihkan SAFA dengan langkah betul
Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony, berkata beliau akan melakukan yang terbaik bagi memastikan persatuan itu kembali ke landasan yang betul.
Baca juga: Gandingan Torres gegar Liga Malaysia Kejohanan amal untuk dana bekas pemain Sabah Mohd Ariff Noh dari Kinabatangan teruja beraksi bersama Sang Badak JELIUS ATING HARAP DAPAT PEMAIN IMPORT MINGGU INI Hutang peninggalan pentadbiran terdahulu jejaskan persiapan Sabah Piala Iflix meriahkan bola sepak Malaysia The Best Of Rozaimi Abdul Rahman Bila nak bayar wang kami' Pemain Belia Sabah U19 belum dibayar gaji Kapten Sabah FA Rawilson kekal bersama Badak
Katanya, ia termasuk bagi memastikan kewangan SAFA kembali kukuh selepas terpaksa menanggung hutang yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu.
"Kami terpaksa berhemah dalam soal perbelanjaan kerana masih ada hutang tertunggak oleh pentadbiran lalu yang perlu diselesaikan, termasuk gaji skuad Piala Presiden dan Piala Belia manakala saingan musim baru juga sudah hampir bermula.
"Saya sedar dengan semua isu ini. Apabila terpanggil untuk menerajui persatuan ini, tanggungjawab pertama saya adalah untuk menyelamatkan skuad Liga Perdana ini agar dapat terus bersaing dalam Liga Malaysia. Perkara ini telah kami laksanakan.
"Kami akan meneruskan langkah. Saya akan cuba yang terbaik bagi memastikan SAFA kembali semula ke landasan betul," katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu.
Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata keupayaan kewangan yang terjejas oleh hutang pentadbiran terdahulu yang terlalu banyak menjadi antara faktor utama menjejaskan persiapan Sabah menghadapi Liga Malaysia musim ini.
Katanya, antara yang terjejas termasuklah pengambilan pemain import yang sesuai untuk menyarung jersi Sang Badak.
"Ada pemain import baik yang kami mahukan sebelum ini tetapi terlepas ke pasukan lain yang membuat tawaran lebih tinggi daripada apa yang kami mampu.
"Kemampuan kewangan kami terbatas selepas melunaskan sebahagian hutang daripada pentadbiran terdahulu, termasuk gaji pemain senior yang tertunggak empat hingga lima bulan," katanya.
Beliau berkata selain terlepas pemain import yang diingini, Sabah juga belum mendapatkan import baru apabila lebih 10 calon import yang diuji setakat ini gagal memikat ketua jurulatih, Jelius Ating.
"Apapun, pencarian pemain import ini akan diteruskan. Kalau tidak dapat sebelum saingan bermula pada 2 Februari pun, sekurang-kurangnya kami mendapatkannya sebelum pendaftaran pemain import ditutup pada 20 Februari.
"Kami tidak akan ambil import sembarangan. Sebab itu, sehinggalah kami dapat merekrut pemain (import) yang benar-benar menepati keperluan pasukan, maka kami akan teruskan dengan pemain yang sedia ada dan bergantung kepada pemain tempatan sahaja," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sabah akan mengadakan dua perlawanan pemanas badan di Manila, Filipina minggu depan sebagai persiapan terakhir sebelum memulakan cabaran Liga Perdana menentang Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Likas pada 2 Februari
Sumber: stadiumastro
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://buletinsabahfa.blogspot.com/2019/01/peter-azam-pulihkan-safa-dengan-langkah.html