Petanda Gerakan Politik Baharu Daripada Presiden Pas Hmmmmm Menarik



Statement PAS yang agak menarik daripada Presiden PAS sendiri. Apakah ada ura-ura akan berlaku satu pergerakan politik yang pelik antara gabungan parti baharu. Agak menarik sekiranya benar. 
Persoalannya, sampai bila rakyat perlu diheret dalam kancah politik hina sebegini. Bilakah masa untuk ekonomi kewangan negara kembali mampan tanpa kekacauan politik. Hmmmm 
FMT | PAS sanggup bekerjasama dengan semua pihak dan tidak teragak-agak membatalkannya apabila ia melanggar prinsip dan strategi parti itu, kata Presiden Abdul Hadi Awang

Hadi berkata, PAS juga bersikap terbuka dan bersempadan menghadapi sebarang perubahan dari sudut pemikiran dan sikap manusia yang berubah-ubah

Ahli Parlimen Marang itu berkata, bagaimanapun PAS bukan rumah tumpangan politik sementara waktu yang boleh dipergunakan pihak lain untuk melakukan jual-beli politik

Penegasan itu dipercayai susulan tindakan PAS menyokong Proklamasi Orang Melayu diterajui Dr Mahathir Mohamad ketika ini, walaupun dua pemimpin berkenaan sering berbeza pendapat sebelum ini

“PAS tidak boleh dijadikan rumah tumpangan politik sementara waktu atau laksana bola yang boleh ditendang oleh pihak lain dengan mudah atau untuk berniaga politik dengan janji pangkat, harta dan takhta,” katanya di Facebook.
“PAS mengadakan kerjasama dengan pihak lain atas titik persamaan kemanusiaan dan keadilan kepada semua tanpa melanggar sempadan prinsip Islam dan konsep yang menjadi kewajipan PAS.
“PAS lebih mengutamakan sikap berkebajikan terhadap semua pihak, termasuk terhadap mereka yang pernah bermusuh atau sedang bermusuh atau paling bermusuh,” 
PAS sebelum ini bekerjasama dengan PKR dan DAP atas tiket Pakatan Rakyat, namun gabungan itu terbubar pada 2015 selepas DAP dan PAS tidak lagi sehaluan

Selepas kalah pada PRU 2018, PAS dan Umno memeterai Piagam Muafakat Nasional pada akhir 2019 namun kerjasama atas platform penyatuan ummah itu juga gagal apabila PAS menyertai Bersatu membentuk Perikatan Nasional pada 2020, selepas lima bulan di Putrajaya

Hadi berkata, apabila ada pihak melanggar dasar PAS atau memaksa PAS keluar daripada landasan Islam atau melanggar konsep yang wajib seperti kewajipan menegakkan negara Islam atau konsep amar makruf dan nahi munkar atau ancaman terhadap Islam dan penganutnya oleh pihak lain, maka PAS tidak teragak-agak membatalkan kerjasama atau keluar daripada pakatan politik tersebut




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2023/05/petanda-gerakan-politik-baharu-daripada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puad Mocks Gerakan Deputy Chief S Criticism Of Bersatu Pas

Puad Mocks Gerakan Deputy Chief S Criticism Of Bersatu Pas

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 312 hits
Puad Zarkashi said it s disingenous of Gerakan deputy president Oh Tong Keong to question the signing of the Malay Proclamation by Bersatu and PAS leaders having known both parties ideologies PETALING JAYA An Umno leader has mocked Gerakan ...
Huawei Melancarkan Empat Gadget Baharu Yang Menarik

Huawei Melancarkan Empat Gadget Baharu Yang Menarik

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 298 hits
HUAWEI Melancarkan Empat Gajet Baharu Yang Menarik Assalamualaikum semua Bersempena dengan Pelancaran HUAWEI P60 Pro dan Mate X3 hari ini Huawei mengejutkan rakyat Malaysia dengan mendedahkan empat gajet menarik baharu iaitu HUAWEI Watch Bu...
Politik Tu Dinamik Tapi Pas Bermusuh Dengan Semua Parti Malangnya Pas Tak Ada Lagi Yang Jadi Pm

Politik Tu Dinamik Tapi Pas Bermusuh Dengan Semua Parti Malangnya Pas Tak Ada Lagi Yang Jadi Pm

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 175 hits
Politik ni dinamik Tiada musuh atau sahabat yang kekal dalam politik Hari ni musuh esok boleh baik Jadi tak usah hairan UMNO suruh penyokong undi DAP Begitu juga sebaliknya Permusuhan UMNO dan DAP PH lebih kepada isu politik dan ideologi DA...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti