Peta Kehidupan Seorang Manusia


Peta Kehidupan Seorang ManusiaWahai empunya diri, engkau bukan berurusan dengan dunia, akan tetapi engkau berurusan dengan “Peta Dunia” yang ada di dalam fikiranmu!
Wahai empunya diri, tujuan hidup itu bagaikan sebuah peta. Yang akan memberikan petunjuk kepada dirimu agar engkau tidak salah menuju ke koordinat yang asal.
Menggapai tujuan itu sama seperti halnya ketika engkau mencari sebuah alamat. Tanpa adanya peta atau petunjuk, engkau mungkin tidak akan pernah sampai ke alamat yang dituju.
Dirimu harus mempunyai peta kehidupan, lalu memahami peta itu agar bisa sampai ke tujuan dengan cepat.
Mahukah dirimu belajar untuk membaca kehidupan agar bisa lebih dekat dengan tujuan hidupmu?
Ternyata acap kali kita lupa bahawa diri kita ini teramat hina, fakir dan dhaif. Kesombongan, angkuh dan pelbagai lagi belenggu menguasai diri.
Malangnya, tidak kita sedar bahawa dunia ini hanyalah bersifat sementara. Tidak sesekali kita bertanya kepada diri;
Siapa kita?Dari mana kita?Mahu ke manakah tujuan kita?Kehidupan manusia merupakan perjalanan panjang, melelahkan, penuh dengan liku-liku, dan melalui tahapan demi tahapan. 
Menurut Islam sebagaimana yang telah diterangkan dan dikemukakan di dalam Al-quran dan Hadis dengan jelas dan tegas, bahawa setiap jiwa atau roh manusia itu akan mengalami perjalanan yang panjang di tempat/alam yang berbeza-beza. Setiap alam pasti lebih besar dan lebih luas keadaannya daripada alam yang telah ditempati sebelumnya.
Dalam Al quran dan hadis telah dijelaskan bahawa perjalanan hidup manusia akan melalui beberapa alam iaitu; alam Arwah, alam Rahim, alam Dunia, alam Barzakh dan alam Akhirat.
Alam-alam tersebut akan di jelaskan di bawah ini;
Alam Ruh (Arwah)Perjalanan pertama yang akan di rasakan oleh manusia ialah Alam Ruh yang merupakan alam sebelum ruh manusia di tiup ke dalam kandungan seorang ibu. Awal perjalanan manusia di mulai dari alam ruh ini ketika Allah mengumpulkan semua ruh yang akan diturunkan ke bumi.
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.” (QS. Al-A’raf 7: Ayat 172)
“(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (QS. Ar-Rum 30: Ayat 30)
Dengan adanya ayat di atas, maka seluruh manusia yang lahir ke dunia ini sudah dikurniakan tanda iaitu fitrah, beriman kepada Allah dan mempunyai agama yang lurus
Sabda Baginda Muhammad SAW; “Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanya lah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani mahupun seorang Majusi.” (Hadis riwayat dari Abu Hurairah)
Proses Kejadian Manusia2. Alam Rahim
Perjalanan yang kedua ialah alam rahim (kandungan). Rahim juga bermakna kasih sayang. Alam rahim ini merupakan suatu alam di mana manusia dibentuk atas kasih dan sayang Allah SWT kepada para hamba-Nya. Ketika berada di alam inilah terjalinnya kasih sayang yang disebut ‘silaturahmi’. Setelah melewati alam ruh dan setelah membuat kesaksian tentang Allah maka manusia akan memasuki kehidupan dalam rahim (kandungan). Di alam ini juga jasad manusia di ciptakan dalam beberapa tahap;
Tahap Pertama – Nutfah iaitu dimulai setelah persenyawaan atau minggu pertama yakni percampuran air mani dengan ovum.
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;
“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.” (QS. Al-Insan 76: Ayat 2)
Tahap Kedua – ‘Alaqah (segumpal darah yang melekat pada dinding rahim) juga dikenali sebagai zigot. Tahap pembentukan ‘alaqah itu pada akhir minggu pertama / hari ketujuh. Di waktu ini, telur yang sudah ‘buahi’ itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin)
Tahap Ketiga – Mudghah (segumpal daging yang berwarna merah kehitam-hitaman). Pembentukan mudghah ini terjadi pada minggu keempat.
Tahap Keempat – Izam dan Lahm. Pada tahap ini adalah di antara minggu kelima dan ketujuh yang mana pembentukan tulang-tulang kemudiannya pembentukan otot-otot yang akan membungkus tulang-tulang itu.
Tahap Kelima – Nasy’ah Khalqan Akhar. Pada tahap ini adalah minggu kelapan, pembentukan menjadi janin. Dan pada bulan ketiga janin telah terbentuk dengan sempurna.
Tahap kedua hingga kelima ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam firman-Nya yang agung;
“Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” (QS. Al-Mu’minun 23: Ayat 14)

Tahap Keenam – Nafkhur Ruh iaitu tingkat peniupan ruh. Kemudian Allah menetapkan qadar kepada manusia di dalam rahim. Qadar yang ditetapkan oleh Allah ini meliputi 4 perkara iaitu umur, rezeki, bahagia dan sengsara.
Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis;
“Dari Ibnu Mas’ud RA, ia berkata; Telah bersabda kepada kami Rasulullah SAW – Beliau adalah orang yang jujur dan terpercaya; “Sesungguhnya seorang di antara kamu (setiap kamu) benar-benar diproses kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berwujud air mani; kemudian diproses lagi selama 40 hari menjadi segumpal darah; lantas diproses lagi selama 40 hari menjadi segumpal daging; kemudian malaikat dikirim kepadanya untuk meniupkan roh ke dalamnya; lantas (sang janin) itu ditetapkan dalam 4 ketentuan : 1. Ditentukan (kadar) rezekinya, 2. Ditentukan batas umurnya, 3. Ditentukan amal perbuatannya, 4. Ditentukan apakah ia tergolong di antara orang celaka ataukah orang yang beruntung.“ (HR Ahmad).
3. Alam Dunia
Setelah manusia berhasil melewati alam rahim, maka manusia telah memasuki tahap ketiga dari perjalanan hidupnya, iaitu alam dunia.
Di alam dunia ini perjalanan manusia melalui proses yang panjang. Bermula dari bayi yang hanya meminum air susu ibunya lalu tumbuh menjadi anak-anak kecil lalu remaja yang baligh. Selanjutnya menjadi dewasa, tua dan di akhiri dengan wafat meninggalkan dunia.
Namun, proses ini tidak berjalan seiring dengan manusia lainnya. Tempoh kehidupan setiap manusia itu berbeza. Ada yang hidup lama dan ada yang meninggal di usia muda. Ajal itu menjemput tanpa mengira waktu.
Bersediakah kita tatkala ajal tiba? Bahagian terpenting dalam hidup kita, semestinya adalah menyediakan bekalan untuk kehidupan yang Abadi kelak iaitu kehidupan setelah kematian. Kehidupan yang sebenar bermula ketika hembusan nafas yang terakhir!
Di alam dunia ini manusia mendapatkan taklif (tugas) dari Allah, iaitu berupa ibadah dan alam dunia ini juga adalah tempat ujian bagi setiap makhluk bergelar manusia. Di dunia, manusia tidak di larang untuk menikmati kehidupan duniawi namun, hanya perlu buat kita fahami bahawa dunia ini tempat untuk kita berbakti dan mengerti buat kita juga ianya dipenuhi dengan pelbagai tipu daya.
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya? Katakanlah: Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.(QS. Al-A’raf 7: Ayat 32)
Ayat-ayat ini menerangkan dengan jelas bahawa perhiasan dari Allah dan makanan yang baik itu dapat dinikmati di dunia ini oleh ummat manusia baik dari orang-orang yang beriman mahupun tidak. Namun, tatkala di akhirat nanti segala keindahan juga anugerah terbaik hanya dikurniakan oleh mereka yang beriman sahaja seperti mana peringatan melalui firman Allah yang agung;
“Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu). Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).” (QS. Al-An’am 6: Ayat 130)
Kehidupan di dunia ini hanya sekali dan pasti tiadanya kesempatan kedua untuk di lahirkan kembali ke dunia. Berusahalah sebaik mungkin menambahkan bekalan sebelum menuju ke alam seterusnya juga bertemu dengan Yang Maha Esa di suatu masa yang telah dijanjikan oleh-Nya. Jalankan segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya.
4. Alam Barzakh
Tatkala kematian datang menjelma maka terputuslah segala hubungannya dengan dunia. Di alam seterusnya (Barzakh) ini bersendirian lah empunya diri dan hanya amal kebaikan atau keburukan yang menjadi peneman.
Kubur adalah taman dari taman-taman surga nan indah atau lembah dari lembah-lembah neraka yang sangat pedih!
Alam Kubur ini merupakan suatu tempat penantian untuk menanti ketibaan hari kiamat. Di sini, Allah menyediakan dua keadaan samada nikmat atau azab. Ia juga merupakan awal alam akhirat.
Alam ini bersifat ghaib dan hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Namun, antara panduan yang boleh kita ambil dan wajib untuk kita pegang sepenuhnya adalah Al Quran dan hadis.
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;
“(Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka; dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya,” (QS. Ghafir 40: Ayat 45)
“Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!” (QS. Ghafir 40: Ayat 46)
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: Telah diberi wahyu kepadaku, padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya; dan orang yang berkata: Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah. Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan sakratul-maut (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya.” (QS. Al-An’am 6: Ayat 93)
Ayat Al-quran di atas menjelaskan nasib manusia yang kafir kepada Allah dan manusia yang berada di jalan yang salah, maka akan di nampakkan kepadanya neraka yang panas pada waktu pagi dan petang, dan mereka akan mendapatkan siksaan yang sangat pedih.
Sedangkan manusia yang bertakwa kepada Allah degan melakukan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya akan mendapatkan nikmat kubur, dan akan di tampakkan kepadanya hawa surga yang mendamaikan.
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;
“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 3)
“Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).” (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 4)
“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.” (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 5)
5. Alam Akhirat
Alam akhirat juga di sebut sebagai alam baka. Alam ini di dahului dengan terjadinya kiamat di mana alam semesta menjadi hancur sepenuhnya setelah tiupan sangkakala. Allahu Allah, tidak tergambar betapa dasyatnya tatkala ianya terjadi.
Kiamat adalah janji Allah, dan kita sebagai umat Islam wajib mengimani akan datangnya hari Kiamat yang merupakan hari kehancuran alam semesta dan hari untuk menuju ke kehidupan selanjutnya.
Baginda Muhammad SAW pernah mendapat pertanyaan tentang bilakah hari Kiamat ini akan terjadi. Tetapi, Baginda hanya menjelaskan bahawa dirinya hanya manusia biasa yang tidak mengetahui bilakah ianya berlaku.
Sekalipun beliau adalah seorang yang dipilih Allah untuk menjadi manusia panutan di muka bumi, tetapi hari Kiamat tetap menjadi rahsia Allah SWT.
Keyakinan kita sebagai orang mukmin hanya mampu membayangkan dahsyatnya Kiamat seperti yang dijelaskan di dalam Al-quran mulia;
“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,” (QS. Az-Zalzalah 99: Ayat 1)
“Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,” (QS. Az-Zalzalah 99: Ayat 2)
“Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” (QS. Az-Zalzalah 99: Ayat 3)
“Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:” (QS. Az-Zalzalah 99: Ayat 4)
“Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).” (QS. Az-Zalzalah 99: Ayat 5)
“Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.” (QS. Az-Zalzalah 99: Ayat 6)
“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (QS. Az-Zalzalah 99: Ayat 7)
“Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (QS. Az-Zalzalah 99: Ayat 8)
Alam akhirat setelah terjadi kiamat menjadi 3 bahagian iaitu;

Padang Mahsyar – Tempat penghitungan amal (hisaban). Ketika ini, seluruh umat manusia mulai dari Nabi Adam as sehingga manusia terakhir di kumpulkan dalam satu tempat.
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;
“Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,” (QS. An-Naba’ 78: Ayat 17)
“Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);” (QS. An-Naba’ 78: Ayat 18)
Neraka – Tempat bagi orang-orang kafir, baik dari kalangan Yahudi, Nasrani mahupun orang-orang musyrik yang tidak mahu bertaubat. Maka mereka akan kekal di dalam neraka yang penuh dengan siksaan. Bagi mereka yang tidak patuh terhadap perintah Allah dengan selalu berbuat dosa, maka mereka juga akan di masukkan ke dalam neraka dan di siksa agar di bersihkan dari segala dosa-dosanya.
Syurga – Tempat bagi mereka yang rajin beribadah kepada Allah dan menjalankan segala perintah-Nya. Maka berbahagialah mereka merasai nikmat anugerah Allah yang tidak terhingga.
Semoga Alllah mengampuni segala dosa kita dan mengurniakan kepada kita syurga firdausi tanpa hisab dan azab. Allahumma Ameen
Jika perkara terpenting dalam kehidupan Anda ketika ini adalah meneruskan hidup, maka apa-apa sahaja pekerjaan dan kegiatan yang anda lakukan, semata-mata tertumpu untuk menghiasi dan memuaskan hidup. Dalam erti kata yang lain, mengumpul harta untuk meneruskan kehidupan!
Bagi saya, hidup bukanlah perkara terpenting. Bahagian terpenting dalam hidup kita, semestinya adalah menyediakan bekalan untuk kehidupan yang Abadi kelak iaitu kehidupan setelah kematian.
Kehidupan yang sebenar bermula ketika hembusan nafas yang terakhir!
Meneruskan kelangsungan hidup sememangnya penting. Tetapi, pengertian hidup jauh lebih penting. Hidup yang bermakna adalah hidup yang mampu memberikan manfaat kepada Insan lain ketika deru nafas, gerak langkah kita bersatu dalam pengabdian kepada “Pemberi Kehidupan”.
Semua aspek hidup dijadikan medium untuk meraih redha-Nya tidak terkecuali ekonomi dan kewangan.
Ketika satu sama lain saling membantu, yang kuat menolong yang lemah, semangat yang memberikan makna hidup juga kembali bersinar. In Shaa Allah.
Remember, the most important thing in this life, is not this life!
Teratakemas


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2024/10/peta-kehidupan-seorang-manusia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penipuan Seorang Ulama Dalam Politik Bukan Hal Kecil Walaupun Sekali

Penipuan Seorang Ulama Dalam Politik Bukan Hal Kecil Walaupun Sekali

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 147 hits
Harapandaily nbsp AHMAD MURSIHj Hadi sekali lagi dakwa Kerajaan PH nak hapus Islam sebagai agama negara dalam Perlembagaan dan ini bukan penipuan kali pertama Hal seperti itu hampir mustahil berlaku tanpa perkenan Raja Melayu tambahan lagi ...
Kilafairy Seronok Hidup Bujang Suka Duduk Seorang Diri Ditemani Kucing

Kilafairy Seronok Hidup Bujang Suka Duduk Seorang Diri Ditemani Kucing

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 88 hits
Pelakon jelita Kilafairy seronok hidup bujang dan akui tidak terlalu memikirkan soal jodoh apabila disoal mengenai perancangannya mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan 32 berkata ...
Movie Memoir Seorang Guru Lakonan Rosyam Nor Nabila Huda

Movie Memoir Seorang Guru Lakonan Rosyam Nor Nabila Huda

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 94 hits
Memoir Seorang GuruNantikan filem Memoir Seorang Guru yang diadaptasi daripada novel karya Allahyarham Azizi Abdullah bakal ditayangkan di pawagam bermula 30 Mei 2024 Filem arahan Kyoll Hamzah ini menampilkan pelakon hebat antaranya Datuk R...
Tiga Pelajar Uitm Maut Seorang Parah Dirempuh Suv

Tiga Pelajar Uitm Maut Seorang Parah Dirempuh Suv

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 112 hits
DUNGUN Tiga penuntut lelaki Universiti Teknologi Mara Kampus Dungun maut dan seorang lagi cedera parah selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan malam ini Kemalangan dipercayai berlaku kira kira pukul 7 20...
Kesabaran Seorang Lelaki Bernama Fatah

Kesabaran Seorang Lelaki Bernama Fatah

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 85 hits
Saya tidak dapat membayangkan kesabaran dan kehebatan seorang lelaki bernama Fatah Saya percaya rakan rakan di Indonesia akan bersetuju dengan saya Beliau seorang lelaki Muslim hebat dan berwibawa Justeru saya berpandangan tidaklah menghair...
Dirempuh Suv 3 Penuntut Uitm Dungun Maut Seorang Cedera Parah

Dirempuh Suv 3 Penuntut Uitm Dungun Maut Seorang Cedera Parah

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 101 hits
FMT ReportersSalah satu motosikal ditunggang mangsa terseret hampir 60m dalam kejadian di Jalan Pantai Sura itu Tiga penuntut UiTM Dungun disahkan maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangi dan dibonceng mereka dirempuh sebuah Ho...
Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan

Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 106 hits
KUANTAN Polis menafikan wujud kes seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun disembelih oleh jirannya di daerah ini seperti tular di media sosial sejak semalam Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata ...
Jumlah Sebenar Populasi Manusia Termasuk Yang Telah Meninggal Dunia Sejak Nabi Adam A S

Jumlah Sebenar Populasi Manusia Termasuk Yang Telah Meninggal Dunia Sejak Nabi Adam A S

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 134 hits
Satu percubaan yang dikenali untuk menganggarkan jumlah keseluruhan manusia yang pernah hidup dilakukan oleh demografer Carl Haub di Population Reference Bureau Pada awal abad ke 21 Haub mencadangkan bahawa pada tahun 2011 kira kira 108 hin...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Bersatu Needs A Clear Agenda For Malaysians Says Wan Saiful

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Dayana Amerda Jatuh Cinta Chord

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi

Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan As 63 9 Juta Di Mihas Dubai

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade