Kesabaran Seorang Lelaki Bernama Fatah


 
Saya tidak dapat membayangkan kesabaran dan kehebatan seorang lelaki bernama Fatah. Saya percaya rakan-rakan di Indonesia akan bersetuju dengan saya. Beliau seorang lelaki Muslim hebat dan berwibawa. Justeru, saya berpandangan tidaklah menghairankan ketulusan, ketenangan dan kepimpinannya menggiurkan ramai, sehingga bukan sedikit yang sanggup merebahkan diri di hadapannya tanpa segan silu.
Meskipun berperanan tidak lama, hanya sekitar tiga tahun, tetapi pengaruhnya amat mendasar dan membekas sehingga ramai beroleh manfaat dari kejujuran dan juga mata sayu dan wajah teduhnya itu.
Terdapat banyak pelajaran yang dapat diambil dari kisah Fatah ini. Saya ingin menghujahkan, umat Islam di negara kita boleh menuai ketelitian Fatah, dan tentu, kesabarannya yang tiada tolok banding.
Sejak masih muda, Fatah beroleh pendidikan mantap. Dua dekad di Adipati Palembang, beliau bersama-sama teman-temannya seperti Raden Paku (Sunan Giri), Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang), dan Raden Kosim (Sunan Drajat) telah menekuni ilmu agama. Setelah beroleh ‘ijazah’, Fatah menjadi ulama dan bermukim di Bintara. Sehingga akhirnya pada tahun 1518, Fatah atau Raden Fatah menjadikan Demak sebuah pusat penyebaran Islam di Jawa.
Yang saya maksudkan dengan kesabaran seorang lelaki bernama Fatah ini ialah ketabahan dan kegigihan beliau menerapkan dakwah Islam penuh sifat toleransi kepada umatnya.
Umum mengetahui betapa sulitnya Islam menembusi tanah Jawa lantaran mengukuhnya agama tradisi yang bercampur baur dengan kepercayaan Hindu-Buddha. Pun, berkat kebolehan Fatah, kerajaan Demak akhirnya menjadi kerajaan Islam pertama di Pulau Jawa yang didirikan pada 1478.
Angkatan perang Demak dibentuk bukan sahaja sebagai penjaga di perbatasan, tetapi juga berperanan menyebarkan cita-cita agama yang awalnya telah diterokai oleh Walisongo. Semua itu malah dilakukan sambil berjuang menentang kuasa Barat, iaitu Portugis. Bersama-sama anaknya, Adipati Unus (Pangeran Sabrang Lor) mereka menggempur pusat ‘Benggali Putih’ itu di Melaka. Meskipun banyak kali tumpas, mereka tetap tabah dan kekal menyondol, lantas menggasak menyusun rancangan untuk mengalahkan Portugis.
Pemposisian Fatah oleh Walisongo sebagai pemuka dan Sultan di Glagahwangi Bintari Demak sekitar tahun 1468 sebenarnya dilakukan secara penuh strategi. Ini dilicinkan oleh fakta Sultan Fatah seangkatan usia dengan Sunan Bonang, Sunan Giri, Sunan Kudus, dan Sunan Kalijaga, iaitu antara wali sembilan yang mengislamkan Jawa ini.
Apa yang kita di alam Melayu harus renungi dan insafi adalah di bawah pemerintahan dan kepimpinan Fatah, Islam yang disemai adalah Islam toleran yang tidak terburu-buru menghukum dan menolak unsur Hindu, Buddha, Animisme, dan lain-lain.
Ada banyak naratif lampau yang menggambarkan Raden Fatah seorang yang kacak dan segak. Riak matanya sayu, dia tidak menyombong dan meskipun penuh semangat dan perisai keperwiraan; tidak pun perlu berpengawal ke sana ke mari agar membolehkan beliau didekati. Ketampanan Fatah, barangkali datangnya daripada ibunya, isteri Prabu Brawijaya V, seorang wanita berketurunan Cina dihadiahkan kepada Ario Damar sebagai Adipati Palembang.
Di bawah Fatah, Demak bukan sahaja menjadi pusat keislaman tanah Jawa, tetapi turut berkembang sebagai bandar niaga Islam, setanding Jepara, Tuban, dan Gresik, yang mana bandar-bandar dagang ini masih berada di bawah pengaruh Majapahit. Demak, bagaimanapun unik sekali kerana di bawah Fatah ia kini bukanlah lagi sekadar sebuah desa dengan Islam yang tumbuh subur. Bahkan Islam itu adalah Islam yang urban sifatnya, atau madani.
Dalam erti kata lain, pembawaan Fatah itu adalah pembawaan Islam Madani yang membolehkan Demak maju lantas memiliki pelabuhan besar yang menjadi markas dan trafik macet buat pelaut, dan pedagang. Demak justeru berjaya bukan sahaja kerana kecerdasan kepimpinan, tetapi kerana kepintaran ekonominya Fatah.
Antara kejayaan besar diterokai Fatah tentulah menanam Islam yang hari ini difahami sebagai Islam penuh empati, berbudaya, dan sarat komunikasi multikultural. Bagi Fatah, Islam yang mendepani dan dibangunkan dari asas multikultural ini adalah Islam yang akan menjadi jambatan yang menghubungkan dua tebing iaitu dapat mempertaut aneka kaum, budaya dan aras kemajuan sosio-ekonomi yang kemudiannya menggoda ramai yang lain di Kepulauan Melayu untuk mendakap agama Islam.
Jika Fatah mengamalkan ‘Islam hukum-hakam’, atau pendekatan halal haram tanpa perenungan maqasid syariah, dan menginstitusikan agama Islam dengan harapan ia boleh menjadi satu mekanisme mengawal cara berfikir umat, saya tidak fikir Jawa dapat diIslamkan.
Islam yang dipupuk Fatah, seorang pemimpin dan ulama itu adalah Islam yang sufistik, meraikan Ahlul Bait Rasulullah, dan antikekerasan serta keesktreman. Untuk Fatah akhlak baik itu penting ditegakkan; beliau mengajarkan umat Jawa untuk mematuhi perjanjian, tidak mengherdik dan menfitnah, muak dengan keronggengangan (mungkin hari ini dinamai sebagai budaya clubbing), berkasih sayang, akur kepada takdir, mementingkan famili, menjaga hubungan, rahmah, tegas dan tidak mengalah memujuk kepada yang mungkar, lantas menjadikan peribadi Fatah sangat raya, atau gah.
Sesuai dengan persahabatannya dengan para Walisongo, dalam tempoh singkat pemerintahannya, Fatah mendirikan Masjid Agung Demak sebagai pusat siasah. Tidak hairan jika pengikut, peminat dan rakyatnya mudah untuk menemui beliau, iaitu di rumah ibadat tersebut. Raden Fatah ikut memperkenalkan ‘Solakantara’ semacam satu konstitusi atau Undang-undang Kerajaan.
Dalam rekod sejarah, Fatah dikenali tidak berkeras dengan penganut agama lain. Bahkan, seni bina Masjid Demak itu sangat halus berseni, diperbuat dari Soko Tatal, atau himpunan serpihan kecil dari sisa kayu yang digergaji atau bekas pahatan. Seni bina Masjid Demak memperlihatkan akulturasi kebudayaan Hindu dengan kebudayaan Islam yang sehingga hari ini demikian melongokan.
Di laman masjid, Sultan Fatah menyediakan gelanggang untuk memainkan gamelan, pentas wayang kulit, bersilihkan cerita-ceriti Sunan Kalijaga menyampaikan ajaran-ajaran Islam bersulamkan seni. Pokoknya Islam Raden Fatah jauh bezanya dari Islam gaya Kelantan yang memusuhi seni budaya. Sebaliknya, Fatah memanfaatkan seni budaya untuk perkembangan Islam. Jarang-jarang dalam sejarah ‘Bani Qaturah Melayu’ ini beroleh seorang Fatah yang juga sultan, saudagar, pahlawan, dan agamawan.
Apabila kita menilai kembali sosok agung bernama Fatah itu kita memahami mengapa Demak berhasil menjadi sebuah negeri yang utuh dan kekal mempertahankan warisan. Kesabaran penguasa seperti Fatah ini mengajak umatnya kepada agama secara beransur-ansur amat penting.
Hari ini susah kita mencari lelaki atau pemimpin sepersis Fatah yang cekal, bertahan demi cinta kepada agama, berakhlak nirmala, dan memiliki wewenang sedemikian ulung. Moga-moga para agamawan, bangsawan, cendekiawan dan pemimpin negara kita dapat mencontohi selembar dari sejarah yang gemilang ini. Ada banyak pelajaran dapat dipelajari daripada seorang Fatah, yakni Raden Fatah.  - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/kesabaran-seorang-lelaki-bernama-fatah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kilafairy Seronok Hidup Bujang Suka Duduk Seorang Diri Ditemani Kucing

Kilafairy Seronok Hidup Bujang Suka Duduk Seorang Diri Ditemani Kucing

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 96 hits
Pelakon jelita Kilafairy seronok hidup bujang dan akui tidak terlalu memikirkan soal jodoh apabila disoal mengenai perancangannya mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan 32 berkata ...
Penipuan Seorang Ulama Dalam Politik Bukan Hal Kecil Walaupun Sekali

Penipuan Seorang Ulama Dalam Politik Bukan Hal Kecil Walaupun Sekali

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 163 hits
Harapandaily nbsp AHMAD MURSIHj Hadi sekali lagi dakwa Kerajaan PH nak hapus Islam sebagai agama negara dalam Perlembagaan dan ini bukan penipuan kali pertama Hal seperti itu hampir mustahil berlaku tanpa perkenan Raja Melayu tambahan lagi ...
Movie Memoir Seorang Guru Lakonan Rosyam Nor Nabila Huda

Movie Memoir Seorang Guru Lakonan Rosyam Nor Nabila Huda

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 102 hits
Memoir Seorang GuruNantikan filem Memoir Seorang Guru yang diadaptasi daripada novel karya Allahyarham Azizi Abdullah bakal ditayangkan di pawagam bermula 30 Mei 2024 Filem arahan Kyoll Hamzah ini menampilkan pelakon hebat antaranya Datuk R...
Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan

Polis Nafi Wujud Kes Seorang Kanak Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Di Sembelih Jiran Di Kuantan

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 115 hits
KUANTAN Polis menafikan wujud kes seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun disembelih oleh jirannya di daerah ini seperti tular di media sosial sejak semalam Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata ...
Toyota Hilux Jatuh Gaung Ketika Mengundur Kenderaan Seorang Maut

Toyota Hilux Jatuh Gaung Ketika Mengundur Kenderaan Seorang Maut

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 129 hits
Juwan Riduanam hmetro com myKenderaan jenis pacuan empat roda yang hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung sejauh 30 meter di Bukit Kopungit Vantage Point Jalan Bukit Perwira FOTO MOHD ADAM ARININKota Kinabalu Penumpang maut manakala...
Suara Hati Seorang Suami

Suara Hati Seorang Suami

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 169 hits
Tiada suami yang jujur Dengarlah wahai isteri Di balik senyuman suamimu yang manis nbsp Ada beban yang tak pernah terungkapAda derita yang tak pernah diadukanHinaan yang menusuk caci yang menghujam nbsp Mungkin di jalanan mungkin dari orang...
Tiga Pelajar Uitm Maut Seorang Parah Dirempuh Suv

Tiga Pelajar Uitm Maut Seorang Parah Dirempuh Suv

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 141 hits
DUNGUN Tiga penuntut lelaki Universiti Teknologi Mara Kampus Dungun maut dan seorang lagi cedera parah selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan malam ini Kemalangan dipercayai berlaku kira kira pukul 7 20...
Dirempuh Suv 3 Penuntut Uitm Dungun Maut Seorang Cedera Parah

Dirempuh Suv 3 Penuntut Uitm Dungun Maut Seorang Cedera Parah

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 110 hits
FMT ReportersSalah satu motosikal ditunggang mangsa terseret hampir 60m dalam kejadian di Jalan Pantai Sura itu Tiga penuntut UiTM Dungun disahkan maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangi dan dibonceng mereka dirempuh sebuah Ho...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip