Pestabola Merdeka 2023 Jadual Senarai Pasukan Harga Tiket
Pestabola Merdeka kembali lagi pada tahun 2023!
Pesta Bola Merdeka merupakan sebuah kejohanan mini yang agak unik kerana hanya dianjurkan di negara kita sempena bulan kemerdekaan dan dimainkan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Jika dilihat pada sejarahnya, kejohanan ini adalah yang tertua seumpanya di Asia dan dianjurkan sejak tahun 1957, tahun yang sama kita mencapai kemerdekaan negara kita.
Perlawanan dalam kejohanan ini diiktiraf sebagai Perlawanan Kelas “A” (Perlawanan Persahabatan) oleh FIFA jadi sekiranya pasukan Harimau Malaya menunjukkan prestasi yang bagus, mereka berpeluang memperbaiki ranking dunia FIFA.
Ini adalah edisi ke-42 kejohanan ini, namun kali terakhir kejohanan diadakan adalah pada 2013, di mana skuad bawah 23 (B-23) negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee ketika itu berjaya muncul juara menewaskan Myanmar 2-0.
Senarai pasukan bertanding
Berikut merupakan pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian dalam Pestabola Merdeka kali ini:
Malaysia
Palestin
Lebanon
India
FAM hanya menjemput pasukan yang berada di kedudukan ranking 100 teratas FIFA untuk menguji kekuatan pasukan kebangsaan.
Pestabola Merdeka dijadikan sebagai medan persediaan untuk skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon yang bakal beraksi dalam temasya Piala Asia 2023 di Qatar tahun depan.
Artikel berkaitan: Piala AFC 2023 Qatar : Tarikh & Jadual Perlawanan Terkini
Format, Lokasi & Tarikh Perlawanan
Pestabola Merdeka 2023 menggunakan format secara kalah mati dan akan berlangsung pada Jumaat, 13 Oktober 2023 (dua perlawanan) dan Selasa, 17 Oktober 2023 (penentuan tempat ketiga & final) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kredit: Utusan
Harga tiket
Harga tiket Pestabola Merdeka untuk setiap Hari Perlawanan tersebut ialah RM40 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun) bagi Kategori Terbuka, RM60 bagi Kategori Grandstand dan RM80 bagi Kategori Premium.
FAM bagaimanapun memperkenalkan Tiket Kombo RM70 yang mana penyokong Harimau Malaya berpeluang untuk membeli tiket bagi kedua-dua Hari Perlawanan (13 dan 17 Oktober 2023) pada satu harga istimewa iaitu RM70 bagi Kategori Terbuka sahaja.
Tiket boleh mula dibeli bermula 8 Ogos melalui laman web https://www.tickethotline.com.my/
Artikel menarik: Harimau Malaya : Pemain, Jersi, Logo, Lagu & Ranking Terkini
Sejarah penganjuran Pestabola Merdeka
Malaysia telah menjulang trofi kemenangan Pestabola Merdeka sebanyak sepuluh kali sejak 1958, muncul naib juara tujuh kali, dan berkongsi juara dua kali dengan Korea Selatan (1960 dan 1979), manakala Korea Selatan memenangi sembilan kali, dan berkongsi juara tiga kali dengan Malaysia dua kali (1960 dan 1979) dan Taiwan satu kali (1965).
Myanmar memenangi kejuaraan sebanyak empat kali, Indonesia tiga kali kejuaraan, Iraq, Taiwan, Malaysia B23 dan Korea Selatan B23 masing-masing memenangi dua kali kejuaraan.
Juara lain yang memenangi satu kali kejuaraan adalah pasukan Hong Kong, Maghribi, Vietnam Selatan, Uzbekistan, New Zealand, Czechoslovakia B23, Vietnam B23, SK Admira Wacker, Argentina XI, Hamburger SV dan Santa Catarina XI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/pestabola-merdeka/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pestabola-merdeka