Pesta Naik Harga


hmetro.com.my
Raja Noraina Raja Rahim dan Suraya Roslan
[email protected]
Orang ramai membeli juadah untuk berbuka puasa. FOTO HAIRUL ANUAR ABDUL RAHIM
Kuala Lumpur: Kenaikan harga bahan mentah yang tinggi menyebabkan rata-rata peniaga bazar Ramadan tahun ini tidak ada pilihan lain selain menetapkan harga baharu untuk jualan mereka.

Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan peniaga mengakui terpaksa menaikkan sedikit harga makanan bagi menampung modal perniagaan.

Bagaimanapun kenaikan harga makanan di bazar Ramadan masih dianggap berpatutan oleh orang ramai yang rata-ratanya memahami situasi peniaga.

Peniaga nasi tomato dan sate, Latifah Mohd Hassan, 58, berkata, dia terpaksa menaikkan harga jualan sate dengan peningkatan 20 sen manakala nasi tomato meningkat RM2 berbanding harga sebelum ini.

"Nasi tomato sekarang saya jual RM10 dengan satu per empat bahagian ayam berbanding RM8 sebelum ini.

"Manakala sate ayam RM1 berbanding 80 sen secucuk sebelum ini dan sate daging pula naik kepada RM1.20.

"Kenaikan ini disebabkan kos bahan mentah mahal. Pembekal ayam dan daging lembu yang dibeli menaikkan harga dua bahan mentah itu.

"Lebih merumitkan lagi apabila pembekal beritahu bekalan ayam muda sudah tidak ada.

"Jadi saya terpaksa cari sendiri di beberapa pasar borong kerana saya gunakannya untuk jualan nasi tomato," katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), kelmarin.

Beliau berkata, situasi sama berlaku bagi harga sayuran yang turut mengalami kenaikan agak tinggi dan bahan kering seperti minyak masak, tomato puri serta cili kering.

Peniaga otak-otak di Bazar Ramadan TTDI, Mohd Muhaimin Md Aliman, 28, berkata, harga ayam yang meningkat di pasaran menyebabkan dia menaikkan harga jualan pepes ayam dari RM1 kepada RM1.10 manakala harga otak-otak dan satar ikan kekal.

"Kenaikan harga ini sudah bermula sejak bulan lalu. Jadi, kebanyakan pelanggan sudah sedia maklum mengenainya.

"Saya bersyukur mereka menerima dengan baik kerana faham situasi dialami peniaga," katanya.

Sementara itu, peniaga di Bazar Ramadan Jalan Raja Muda Musa, Muhammad Azhari Ariffin, 32, mengakui terpaksa menaikkan harga jualannya berikutan kenaikan harga barang mentah daripada pembekal.

"Saya tiada pilihan selain menaikkan harga makanan dengan peningkatan antara 50 sen hingga RM1 untuk setiap makanan.

"Jika tidak, kami peniaga tidak akan merasai sedikit keuntungan daripada hasil jualan," katanya.
Suasana orang ramai mengunjungi tapak bazar ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa ketika tinjauan di Singgah Mata, Asia City, semalam. FOTO MOHD ADAM ARININ
Harga naik sehingga RM5!

Lauk pauk berasaskan ayam masih menjadi pilihan utama masyarakat walaupun berlaku kenaikan antara RM3 dan RM5 seekor.

Tinjauan di bazar Ramadan di Dataran Shah Bandar, mendapati ayam bakar dijual pada harga RM27 seekor berbanding hanya RM22 Ramadan tahun lalu.

Seorang peniaga ayam madu Sarawak, Abd Wafi Zainuddin, 25, berkata, walaupun berlaku peningkatan harga, tetapi sambutan masyarakat amat menggalakkan apabila mampu menjual sebanyak 80 ekor dalam tempoh dua jam.

"Kenaikan harga ayam mentah tidak boleh dielakkan berikutan kesukaran mendapatkan bekalan.

"Kami harap bekalan ayam mencukupi sepanjang Ramadan," katanya.

Abd Wafi yang menjual ayam Bakar madu Sarawak lebih tujuh tahun lalu berkata, harga ayam mentah dibelinya daripada pembekal utama RM18 seekor.

"Kita berharap tiada lagi kenaikan harga ayam berlaku sepanjang Ramadan ini," katanya.

Pengunjung, Siti Rabiatul Tajulnisa, 20, berkata, kenaikan harga bukan terhad kepada ayam, malah pelbagai barangan keperluan asas lain termasuk daging.

"Pada pandangan saya, kenaikan ini boleh mengajar seluruh masyarakat berjimat cermat dan tidak membazir," katanya.
Disiarkan pada: April 5, 2022 @ 7:00am

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/pesta-naik-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Makanan Di Bazar Je Naik Harga Pakaian Raya Pun Naik Sehingga Rm400 Sepasang

Bukan Makanan Di Bazar Je Naik Harga Pakaian Raya Pun Naik Sehingga Rm400 Sepasang

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 233 hits
Foto Hiasan B OnlineSuku pertama tahun 2022 menyaksikan beberapa barang keperluan asas rakyat mengalami kenaikan harga secara mendadak Apabila kerajaan menjelaskan kenaikan itu berlaku disebabkan faktor faktor tertentu rakyat tidak dapat me...
Harga Pelitup Muka Akan Naik Denda Rm100k Untuk Individu Gagal Patuh Arahan Bermula 4 Julai

Harga Pelitup Muka Akan Naik Denda Rm100k Untuk Individu Gagal Patuh Arahan Bermula 4 Julai

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 191 hits
Betulkah harga pelitup muka akan naik Wujud kebimbangan bahawa harga pelitup muka akan naik dalam kalangan rakyat Malaysia Hal ini berlaku selepas arahan kerajaan supaya pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan mendapatkan pera...
Harga Juadah Naik Kos Bahan Mentah Tinggi Peniaga

Harga Juadah Naik Kos Bahan Mentah Tinggi Peniaga

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 204 hits
hmetro com myOrang ramai membeli juadah berbuka puasa FOTO Essa Abu YaminBatu Pahat Sebahagian besar juadah berbuka puasa yang dijual di bazar Ramadan di daerah ini mengalami peningkatan harga dipercayai berikutan kenaikan kos bahan mentah ...
Harga Baharu Llao Llao Mengikut Cup Naik Mulai April 2022

Harga Baharu Llao Llao Mengikut Cup Naik Mulai April 2022

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 336 hits
llao llao Ok mungkin ada yang tertanya tanya llao llao ni aiskrim ke Bagi yang belum tahu Llao Llao ni sebenarnya ialah frozen yogurt Lebih tepat lagi ia diperbuat daripada yogurt yang terhasil daripada susu skim Berbeza dengan aiskrim bias...
Daging Segar Naik Harga Ini Punca Yang Perlu Diketahui Ramai

Daging Segar Naik Harga Ini Punca Yang Perlu Diketahui Ramai

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 165 hits
Kenaikan harga daging segar ketika Ramadan berlaku kerana penternak sedang berhadapan dengan kos bahan mentah makanan yang tinggi di samping peningkatan permintaan daripada pembeli Pengerusi Koperasi Generasi Transformasi Ruminan Nordin Mat...
Gaji Minimum Menteri Ingatkan Peniaga Jangan Naik Harga Barang

Gaji Minimum Menteri Ingatkan Peniaga Jangan Naik Harga Barang

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 171 hits
Alexander Nanta Linggi berkata KPDNHEP turut menjalankan pemantauan ke atas harga barang menjelang pelaksanaan kadar gaji minimum RM1 500 yang akan bermula 1 Mei ini KUALA LUMPUR Peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikka...
Harga Ikan Mulai Naik Jelang Ramadan

Harga Ikan Mulai Naik Jelang Ramadan

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 206 hits
Harga Ikan Mulai Naik Jelang Ramadan PT Perikanan Indonesia mengungkapkan sejumlah jenis ikan mengalami kenaikan harga berkisar Rp1 000 Rp2 000 per kilogram akibat tingginya permintaan jelang bulan Ramadan
Barang Tak Naik Harga Tapi

Barang Tak Naik Harga Tapi

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 269 hits
Harga makanan kat kedai ni kalau tak naik mesti dia akan kurangkan kuantiti Dulu nasi lemak biasa RM1 50 isi macam Ada bilis kacang tanah telur rebus separuh timun sambal dan ada sesetengah peniaga tu letak sayur kangkung lagi Sekarang nasi...
Bahan Baku Aman Harga Pupuk Subsidi Dipastikan Tak Naik

Bahan Baku Aman Harga Pupuk Subsidi Dipastikan Tak Naik

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 181 hits
Wijaya memastikan bahwa harga pupuk produksi Pupuk Indonesia masih akan tetap sama selama masih menggunakan bahan baku yang ada
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

9 Himpunan Doa Para Nabi Disebut Dalam Al Quran

Ladang Jualan Orkid Rawang

Ways To Monetize Your Domains

Rezeki Yang Tidak Disangka

Ibu Rindu Yaya