Pesta Makanan Dan Minuman Tasty Australia 2019 Kini Di Isetan Klcc


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini yang pernah pergi Australia? Mesti ramaikan tapi Maha jujur tak pernah sampai ke sana lagi dan memang ada cita-cita nak pergi negara Kangaroo tu satu masa nanti. Tapi sekarang ni Maha nak nikmati dulu semua produk makanan dan minuman keluaran Australia di Malaysia

Mana nak dapat semua ni korang kena pergi ke Isetan KLCC kerana tengah berlangsungnya Tasty Australia 2019 dari 30 Ogos hingga 11 September 2019 yang dibawakan oleh The Model Cook ke Malaysia. Maha dah pergi sana hari tu kerana ada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Mr Koji Oyama, Pengarah / Pengarah Urusan Isetan Malaysia dan juga Mr Michael Growder, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.  

Mr Michael Growder, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia
Korang tahukan yang Australia ni memang cukup terkenal dengan produk makanan yang sihat dan juga berkualiti tinggi. Dalam pameran tu ada lebih daripada 25 jenama dan juga 80 jenis produk yang dijual dibawa daripada daerah Autralia Selatan dan Australia Barat. Tasty Australia kali ini mengutamakan kemampanan dan kebijaksanaan memilih makanan tanpa GMO dan juga gaya hidup yang sihat melalui pemakanan.






Kalau korang datang sendiri kat sini dan tengok memang banyak jenama mereka yang begitu popular seperti madu asli mentah dari Hutan Selatan. Mereka adalah pengeluar dan pembekal madu Jarrah terbesar di dunia, yang dituai dari sarang lebah di hutan Jarrah kuno Australia Barat. Hutan ini tidak dapat ditemui di mana-mana di dunia, memberikan Madu Farm Fewster dengan rasa yang unik dan original tanpa bahan kimia atau racun perosak








Juga ada produk Popcorn yang sedap menggunakan jagung premium Australia, popcorn keseluruhan ini mempunyai lebih banyak serat dan protein daripada banyak makanan ringan lain, menjadikannya makanan ringan yang sihat untuk anak-anak dan orang dewasa untuk menikmati sebagai makanan seimbang. Ia bebas gluten dan bebas secara GMO dan dihasilkan dalam kemudahan tanpa kacang





Kat sini korang kena cuba dan beli Nestar & Miss Sweetie Vegan Chocolates. Coklat ini menggunakan bahan-bahan terbaik dan berfungsi dengan coklat tulen di kuali tembaga padu 100 tahun yang terkenal di Nestar. mereka menggunakan kaedah tradisional dan masak perlahan yang membuatkan rasa coklat lebih nikmat dan enak




Australia juga adalah pengeluar Truffle terkenal dunia dimana 100% dibuat di Australia Barat menggunakan bahan-bahan segar. Ia mengandungi 100% Tuber melanosporum - Périgord Black Truffle yang terkenal yang berasal dari ladangnya di rantau Manjimup yang terletak di Barat Selatan Australia yang sejuk.








Tu baru sikit sahaja produk makanan yang ada sini banyak lagi macam kepingan epal Bravo yang sedia dimakan dengan flavonoid tinggi yang baik untuk kesihatan jantung, minyak trufel ikonik dari Australia Barat, quino yang ditanam 100% di Australia, buah-buahan straps dehidrasi semulajadi dan pelbagai makanan dalam bekas yang menarik dan mudah untuk dibawa.

Salted Beef Sandwich
Beef Burger
 Kakadu Truffled  Potato Croquettes




Memang Maha datang sini dapat kenal banyak produk mereka yang tidak pernah tahu dan juga rasa. Korang juga boleh makan masakan yang disediakan di sini. Macam hari tu Maha sempat cuba Salted Beef Sandwich yang menggunakan bahan daging Halal dan juga segar dari Australia. Juga ada Beef Burger, Kakadu Truffled  Potato Croquettes dan banyak lagi disediakan oleh chef profesional.




Kalau yang kaki kambing tu boleh cuba macam Whole Roasted Australian Lamb Leg dan tutup makan dengan Koala Brownies. Memang boleh makan kat situ jer atau juga bungkus bawa balik cara masakan meraka lain lebih sihat dan lazat. Harga juga kat sini adalah yang ditawarkan lebih murah dengan yang biasa ada kat pasaran.




Selain daripada makanan juga terdapat cabutan bertuah dengan hadiah baucer bernilai RM500, hamper makanan dan hadiah cenderahati Australia dengan setiap pembelian. Korang juga akan gembira dengan harga ‘value buy’ untuk produk makanan dan minuman Australia tertentu, terutamanya semasa ‘extra special buy’ selama satu jam serta bertemu dengan para pelopor Australia.

So lepas ni siapa yang tak pernah jejak kaki kat Australia boleh nikmati makanan original Australia di Malaysia. Maha datang sini hari tu seronok sangat sebab rambang mata nak beli banyak produk yang menarik dan sihat. Isetan ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam jadi sempatlah balik kerja singgah kejapkan. Cuti hujung minggu yang panjang ni pun sempat lagi korang pergi dapatkan produk Australia ni. Selamat membeli-belah.

Info lanjut layari :
Facebook : https://www.facebook.com/The-Model-Cook-311068972269387/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/09/pesta-makanan-dan-minuman-tasty-australia-2019-isetan-klcc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taste Of Paradigm 2019 Ganjaran Makanan Minuman Percuma

Taste Of Paradigm 2019 Ganjaran Makanan Minuman Percuma

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 605 hits
Berita baik kepada anda yang sering mengunjungi Paradigm Mall Petaling Jaya kini sedang berlangsung kempen Taste of Paradigm anda berpeluang untuk mendapat ganjaran makanan minuman percuma sebaik sahaja anda berjaya mengumpul jumlah cop yan...
Kemana Hilangnya Suspek Bunuh Adib Kini Berada Di Australia

Kemana Hilangnya Suspek Bunuh Adib Kini Berada Di Australia

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 417 hits
Di mana hilangnya empat suspek yang pernah dikaitkan dengan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Persoalan ini secara tiba tiba bermain di fikiran dan hasilnya Ohmedia menjumpai berita yang agak mengejutkan Rupa rupanya sebelum ...
Arwa Minuman Tambahan Yang Sedap No 1 Untuk Kulit Berasaskan Makanan Sunnah

Arwa Minuman Tambahan Yang Sedap No 1 Untuk Kulit Berasaskan Makanan Sunnah

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 582 hits
ARWA Minuman Tambahan Yang Sedap No 1 Untuk Kulit Berasaskan Makanan Sunnah Assalamualaikum Hai korang Ada bende yang aku nak share dengan korang ni Baru baru ni aku diperkenalkan dengan satu brand minuman tambahan ni Rasa dia memang best s...
Festival Makanan Sandakan 2019

Festival Makanan Sandakan 2019

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 296 hits
AssalamualaikumSELEPAS sambutan hangat yang diberikan sebelum ini Festival Makanan Sandakan 2019 kembali lagi buat kali kedua dengan pelbagai sajian makanan lazat yang mencerminkan budaya masyarakat Sabah dan Sandakan khasnya Festival terse...
Khasiat 8 Makanan Sunnah Minuman Arwa Dari Imanni Skinz Jadi Pilihan

Khasiat 8 Makanan Sunnah Minuman Arwa Dari Imanni Skinz Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 1075 hits
Assalammualaikum Zaman sekarang ni macam macam supplement dan minuman kesihatan dapat kita lihat di pasaran Cuma yang membezakan adalah pada bahan bahannya yang mengetengahkan penggunaan makanan sunnah yang pelbagai di dalam satu sajian Oh ...
Instagram Update 27 August 2019

Instagram Update 27 August 2019

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 261 hits
Thawing frozen human romance Melting Me Softly I dreamed up the Frozen Human Project To become a legend in the broadcasting industry 2019 I woke up after twenty years DAMN 20 years Thawing frozen human romance Melting Me Softly
Durian Sanggau Menjadi Juara 1 Festival Durian Kalbar 2019

Durian Sanggau Menjadi Juara 1 Festival Durian Kalbar 2019

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 343 hits
Sebagai salah satu kabupaten di Kalimantan Barat yang selama ini terkenal dengan hasil alamnya dalam bentuk buah durian Sanggau berhasil menyabet posisi juara pertama dalam kontes durian yang diselenggarakan selama Festival Durian Bumi Khat...
5213 Ahli Perniagaan Didakwa Terima Wang Deposit Tanpa Lesen Rm1 14 Juta Kosmo 27 08 2019

5213 Ahli Perniagaan Didakwa Terima Wang Deposit Tanpa Lesen Rm1 14 Juta Kosmo 27 08 2019

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 813 hits
SHAH ALAM Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah daripada orang ramai lebih RM1 14 juta antara Januari 2016 hingga Februari 2017 Tertuduh Rosman Jamal 39 b...
Ramalan Terkini Bagi Pasangan Eur Usd Untuk 27 08 2019 Dan Cadangan Dagangan

Ramalan Terkini Bagi Pasangan Eur Usd Untuk 27 08 2019 Dan Cadangan Dagangan

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 280 hits
Seperti yang telah dijangkakan para pelabur akhirnya menyedari hakikat bahawa Jerome Powell tidak mengatakan sebarang perkara tentang kemungkinan pengurangan kadar pembiayaan semula malah sebenarnya memberi amaran kepada peserta pasaran bah...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi