Pesta Liar Di Balai Polis 8 Termasuk Ketua Balai Ditahan Bukit Aman


Sebahagian daripada mereka dipercayai sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum dalam sebuah bilik di tingkat dua balai berkenaan.


KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Balai Polis (OCS) bersama tiga anggotanya serta empat wanita orang awam ditahan hasil serbuan Bukit Aman, ketika mereka berhibur dalam bilik khas di balai polis diketuainya, dalam daerah Kajang di sini, petang semalam.

Serbuan dijalankan pasukandaripada Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, pada jam 6 petang semalam, sebaik menerima maklumat dari orang awam.

Ketika serbuan terhadap balai berkenaan, sebahagian daripada mereka dipercayai sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum dalam sebuah bilik di tingkat dua balai berkenaan.

Anggota polis dan wanita yang ditahan sedang menari dan berkaraoke di dalam bilik gelap yang dipasang lampu berputar bagaikan dalam disko.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad

Hasil pemeriksaan, polis menahan OCS berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun.

Polis juga turut merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan satu unit tv.

Turut dirampas lima botol mengandungi air ketum serta gambar lucah salah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad mengesahkan kejadian terbabit, sambil berkata tangkapan dijalankan atas maklumat salah laku yang jelas.

"Tindakan pegawai, anggota dan orang awam terbabit yang berhibur di sebuah bilik di balai berkenaan dengan berkaraoke adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

"Tangkapan dijalankan oleh pegawai dan anggota JIPS Bukit Aman selepas mendapati tindakan itu jelas melanggar SOP.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika mereka didapati melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada masa ini, katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengambil tindakan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/pesta-liar-di-balai-polis-8-termasuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukit Aman Serbu Pesta Arak Dan Karaoke Di Balai Polis 8 Ditahan

Bukit Aman Serbu Pesta Arak Dan Karaoke Di Balai Polis 8 Ditahan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 824 hits
Sebuah balai polis di Kajang Selangor bertukar menjadi kelab malam mini apabila ketua balai dan tiga anggotanya bersama sama empat wanita berpesta di situ
Ketua Balai Polis Adakan Pesta Liar Di Balai Polis Ditahan Polis

Ketua Balai Polis Adakan Pesta Liar Di Balai Polis Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 702 hits
Harapkan pagar pagar makan padi ialah peribahasa yang membawa maksud bila harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya atau mengharap pada yang tak boleh diharap Contoh ayat menggunakan peribahasa...
Ketua Balai Polis Bersama Dengan 3 Anggotanya 4 Wanita Ditahan Kerana Berpesta Liar Di Balai Polis

Ketua Balai Polis Bersama Dengan 3 Anggotanya 4 Wanita Ditahan Kerana Berpesta Liar Di Balai Polis

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 757 hits
Serbuan pasukan Jabatan Integriti Pematuhan Standard Bukit Aman di sebuah balai polis di daerah Kajang telah berjaya menahan Ketua Balai Polis tiga anggotanya bersama empat wanita yang ketika itu sedang berhibur di dalam bilik khas di balai...
Bukit Aman Gantung Kerja Sub Inspektor Berpesta Liar Di Balai Polis

Bukit Aman Gantung Kerja Sub Inspektor Berpesta Liar Di Balai Polis

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 301 hits
Pegawai polis berpangkat sub inspektor itu didapati positif ganja dan direman dua hari bagi membantu siasatan Dalam serbuan pada 20 Julai lalu seorang ketua balai dan dua anggota polis berpangkat koperal dan seorang koperal sokongan bersama...
Berhibur Dalam Balai Polis Ketua Balai Antara Lapan Ditahan

Berhibur Dalam Balai Polis Ketua Balai Antara Lapan Ditahan

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR 21 Julai Seorang ketua balai adalah antara empat anggota polis yang ditahan kerana berhibur di sebuah balai polis di Kajang dekat sini petang semalam Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Bukit Ama...
Mini Disko Di Balai Polis 4 Anggota Berpesta Dengan Wanita Ditahan

Mini Disko Di Balai Polis 4 Anggota Berpesta Dengan Wanita Ditahan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 339 hits
Dalam serbuan itu polis merampas botol minuman keras pembesar suara lampu disko peralatan sistem pembesar audio perakam mikrofon serta televisyen PETALING JAYA Seorang ketua balai polis bersama tiga anggotanya ditahan dalam serbuan parti li...
Dakwaan Picagari Kosong 13 Laporan Polis Dibuat Di Seluruh Negara Bukit Aman

Dakwaan Picagari Kosong 13 Laporan Polis Dibuat Di Seluruh Negara Bukit Aman

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 372 hits
Sebanyak 13 laporan polis diterima berkaitan isu suntikan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di beberapa pusat pemberian vaksin di seluruh negara Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata...
Lelaki Pakai Gelang Pink Ditahan Polis Mengadu Penat Sakit Dada

Lelaki Pakai Gelang Pink Ditahan Polis Mengadu Penat Sakit Dada

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 357 hits
Polis berkata lelaki berkenaan yang memandu kereta Perodua Kancil ingin mendapatkan rawatan segera di Hospital Sultan Abdul Halim PETALING JAYA Seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu kerana dipercayai positif Covid 19 mengadu penat ...
Pemilik Rumah Bonda Ditahan Polis

Pemilik Rumah Bonda Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 337 hits
Pemilik Rumah Bonda ditahan polis Pemilik Rumah Bonda ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak Kanak Jabatan Siasa...
Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Hati Hati Inilah Dosa Besar Takhbib Merusak Hubungan Suami Istri Yang Wajib Anda Tahu

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya

10 000 Pengunjung Memeriahkan Konsert Ulang Tahun Ke 20 Mr D I Y Yang Penuh Gemerlapan

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Totiq Batch 4 Bermula Dari Peserta Ke Urusetia

Beruntungnya Jadi Kaki Masjid

Cara Buat Jeruk Kulit Cempedak Atau Mandai Paling Sedap Goreng Tumis