Pesara Guru Rugi Rm197 00 Ditipu Sindiket Parcel Scam


Alor Setar : Seorang wanita yang juga pesara guru berusia 58 tahun kerugian RM197,000 selepas dipercayai terpedaya sindiket ‘Parcel Scam’ oleh seorang individu yang menyamar sebagai warga Ukraine yang dikenalinya menerusi laman sosial, April lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kedah Supt Annuar Amri Abd Muluf berkata wanita yang berasal dari Pendang, sebelum itu mendapat panggilan daripada individu terbabit yang mendakwa dirinya telah ditahan oleh pihak kastam.
“Individu yang dikenali sejak bulan Februari lalu telah menghubungi mangsa dan memaklumkan bahawa dia telah ditahan oleh pihak kastam atas kesalahan membawa wang tunai USD (dolar Amerika). Mangsa kemudian telah menerima panggilan dari seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai kastam.
Wanita terbabit memberitahu mangsa bahawa individu yang dikenalinya itu akan ditahan dan mangsa perlu membayar RM77,000 untuk membebaskan individu terbabit. Mangsa telah membuat transaksi wang ke dalam akaun bank milik seorang wanita Melayu,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Annuar Amri berkata selepas dibebaskan pihak kastam, individu terbabit berjanji untuk membayar semula wang mangsa serta meminta mangsa meminjamkan akaun banknya bagi tujuan ingin memasukkan wang berjumlah RM2 juta untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.
Annuar Amri berkata mangsa kemudian menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank dari Pulau Pinang yang memaklumkan terdapat transaksi wang hendak dibuat ke dalam akaunnya sebelum diminta membayar cukai antarabangsa berjumlah RM40,000 ke dalam akaun bank syarikat individu dikenalinya itu.
“Mangsa kemudian telah dimaklumkan pegawai bank bahawa mempunyai tunggakan rumah dan perlu membuat bayaran berjumlah RM75,000 ke akaun bank individu yang lain sebelum RM2 juta tersebut boleh dipindahkan ke akaun mangsa.
“Bagaimanapun, selepas membuat kesemua bayaran, pegawai bank berkenaan memberitahu tempoh pembayaran telah tamat dan RM2 juta juga tidak dapat dikreditkan ke akaun mangsa. Bagi mendapatkan semula wang tersebut, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM5,000 pula melalui kaunter perkhidmatan bank,” katanya.
Beliau berkata mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila anaknya telah mendapat tahu mangsa telah mengeluarkan kesemua wang simpanan persaraannya sebelum membuat laporan polis semalam.
“Kita percaya mangsa telah diperdaya oleh sindiket yang didalangi warga Afrika dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 35 kes penipuan dengan jumlah kerugian melebihi RM725,921 telah dilaporkan di Kedah,” katanya.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/30/pesara-guru-rugi-rm19700-ditipu-sindiket-parcel-scam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mayat Pesara Guru Ditemui Selepas Lima Hari Meninggal Dunia

Mayat Pesara Guru Ditemui Selepas Lima Hari Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 508 hits
MELAKA Mayat seorang pesara guru ditemukan dalam keadaan tragis apabila dia dipercayai telah meninggal dunia lebih lima hari lalu di dalam rumahnya di Taman Ara Permai Batu Berendam di sini hari ini Mayat Tan Boh Jong 74 yang masih bujang d...
Cikgu Wanita Rugi Rm197 Ribu

Cikgu Wanita Rugi Rm197 Ribu

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 409 hits
Cikgu Wanita Rugi RM197 Ribu atau RM197 000 00 selepas diperdaya seorang individu menyamar sebagai warga Ukraine yang dikenali melalui Facebook pada Februari lalu Cikgu Wanita Rugi RM197 Ribu Suspek kononnya ingin menjadikan mangsa berusia ...
3 Bisnes Yang Tak Kan Rugi

3 Bisnes Yang Tak Kan Rugi

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 406 hits
Perniagaan yang tidak akan rugi 3 Amalan asas yang bagaikan perniagaan yang tidak akan rugi 1 Membaca kitabullah 2 Mendirikan salat dan3 Membayar zakat dan bersedaqah secara sembunyi dan terang terangan Allah bukan sahaja memberikan pahala ...
Untung Rugi Punya Rumah Di Atas Gedung Seperti Di Mal Thamrin City

Untung Rugi Punya Rumah Di Atas Gedung Seperti Di Mal Thamrin City

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 289 hits
Sebuah komplek perumahan mewah dengan berbagai fasilitas lengkap mendadak viral di media sosial Sebab perumahan bernama Cosmo Park tersebut didirikan di atas Mal Thamrin City Jakarta Pusat Pengamat Properti Aleviery Akbar mengatakan hunian ...
5034 164 Mangsa Diperdaya Skim Pelaburan Rugi Lebih Rm1 2 Juta Ismaweb 27 06 2019

5034 164 Mangsa Diperdaya Skim Pelaburan Rugi Lebih Rm1 2 Juta Ismaweb 27 06 2019

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 465 hits
KUALA LUMPUR 23 Syawal 1440H Seramai 164 mangsa kebanyakan dari Perak mendakwa ditipu sindiket skim pelaburan tapak iklan secara dalam talian membabitkan kerugian lebih RM1 2 juta kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk N...
Meski Pendapatan Naik Airasia Masih Rugi Rp 93 Miliar

Meski Pendapatan Naik Airasia Masih Rugi Rp 93 Miliar

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 275 hits
Berdasarkan laporan keuangan AirAsia pada kuartal I 2019 AirAsia masih tercatat membukukan rugi bersih senilai Rp 93 79 miliar Namun jumlah kerugian tersebut turun dibandingkan periode yang sama tahun lalu sebesar Rp 218 67 miliar
Selepas 10 Tahun Khazanah Rugi Pertama Kali Sebanyak Rm6 3 Billion

Selepas 10 Tahun Khazanah Rugi Pertama Kali Sebanyak Rm6 3 Billion

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 477 hits
Syarikat pelaburan strategik negara Khazanah Nasional Berhad merekodkan kerugian sebelum cukai RM6 3 bilion pada 2018 berbanding untung sebelum cukai RM2 896 bilion tahun sebelumnya Ini merupakan kerugian pertama yang dicatat Khazanah dalam...
Pengeluar Simen Rugi Rm1 Bilion Nafi Punca Harga Rumah Mahal

Pengeluar Simen Rugi Rm1 Bilion Nafi Punca Harga Rumah Mahal

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 513 hits
Pengeluar simen dilaporkan akan menaikkan harga di antara 40 dan 50 peratus pada 15 Jun atau 1 Julai Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR 20 Jun Tiga pengeluar terbesar simen di Malaysia mendakwa kerugian hampir RM1 bilion sejak dua tahun la...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit