Pesanan Buat Igp Selesaikan Dulu Kes Semburit




Walaupun sebelum ini Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador pernah berhasrat untuk membawa pulang Jho Low sebelum akhir tahun, tetapi perkembangan terbaru seolah-olah menunjukkan hasrat itu sukar untuk menjadi kenyataan.Ini berikutan pengakuan Abdul Hamid semalam bahawa negara di mana Jho Low berselindung ketika ini enggan memberi sebarang kerjasama kepada polis Malaysia.“Antara alasan diberikan mereka, termasuk kononnya dia (Jho Low) sudah mengubah rupanya dengan menjalani pembedahan muka dan menyerupai beruang.“Muka dia dikatakan sama seperti muka beruang. Saya tidak tahulah, tetapi kononnya dia sekarang sudah mengubah rupa bentuk mukanya.“Ada ketikanya dia dikatakan berjalan menyerupai seekor tambadau (seladang). Jadi, bila kita lihat dari belakang, begitulah rupanya.“Adakah logik alasan diberikan ini (oleh pihak berkuasa negara itu)?” kata Abdul Hamid berhubung perkembangan terbaru mengenai pemburuan Jho Low.Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya bersikap terbuka dan sedia untuk terus berbincang dengan pihak berkuasa negara luar untuk membawa pulang Jho Low ke Malaysia.Dalam waktu yang sama, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin turut menegaskan, meski mengubah wajah dan penampilannya, kerajaan tetap akan memburu Jho Low sehingga ke lubang cacing sekali pun.“Kita tak akan berhenti sampai kita dapat kerjasama dari negara yang kita agak di mana dia (Jho Low) berada dan kalau ada kerjasama Interpol (polis antarabangsa) bantu, perkara itu akan dapat kita selesaikan.“Tapi apa pun kita tak akan berhenti untuk cari (Jho Low) walau sampai ke lubang cacing,” katanya lagi.Sementara tidak dinafikan pentingnya Jho Low dibawa balik, tetapi pihak berkuasa, khususnya polis tidak harus terlalu asyik serta leka dengan perkara itu semata-mata.Ini kerana sama ada Jho Low dapat dibawa balik atau tidak, kes 1MDB di negara kita sudah pun dibawa ke mahkamah untuk diadili.Najib Razak kini sedang berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah, manakala di beberapa negara lain, rampasan aset serta harta yang dipercayai dibeli dengan wang songlapan 1MDB turut dilakukan.Dalam bahasa mudah, tanpa Jho Low ditangkap pun, kes berkaitan 1MDB tetap dapat dibawa ke mahkamah.Hanya, jika Jho Low dapat ditangkap dan dibawa balik, kelebihannya ialah kita dapat mendengar cerita sebenar daripada mulutnya sendiri berkaitan skandal 1MDB itu, di samping mungkin ada kepuasan dapat menghukumnya kerana dialah dianggap dalang yang sebenarnya yang telah merosakkan nama negara.Maka itu, kepada Abdul Hamid, tidak perlulah terlalu gundah gulana atau pening kepala sama ada Jho Low dapat dibawa balik atau tidak.Biarlah negara di mana beliau berlindung itu memberi alasan apa sekali pun untuk terus melindunginya kerana dalam dunia ini, wang memang boleh membeli hampir segala-galanya.Yang penting, kes mahkamah 1MDB sedang berjalan, wang-wang curi berkaitan dengannya sedang diusahakan untuk didapatkan kembali dan UMNO serta BN sudah kehilangan kuasanya kerana skandal tersebut.Tetapi, bagi rakyat kebanyakan, mereka lebih risau dan gundah gulana dengan polis pimpinan Abdul Hamid sendiri yang sudah banyak bulan masih gagal menyelesaikan kes “video Haziq” yang dikatakan melibatkan menteri kanan, Azmin Ali.Berbanding membawa balik Jho Low, kes “video Haziq” dirasakan lebih mudah untuk diselesaikan oleh pihak polis kerana ada video yang disahkan tulen sebagai buktinya, ada pengakuan Haziq yang mengaku melakukan hubungan seks sejenis dengan Azmin, ada rakaman CCTV dan pelbagai bukti yang lain lagi.Oleh kerana kes “video Haziq” sudah berbulan-bulan berlalu tanpa ketahuan bagaimana kesudahannya, sedangkan ia melibatkan seorang menteri kanan dan Tun Mahathir Mohamad pula gemar membawa Azmin sebagai menteri pengiringnya dalam lawatannya ke seluruh dunia, seolah-olah untuk menunjuk-nunjuk inilah menterinya yang dikatakan ada hubungan sejenis itu, hakikatnya lagi lambat diselesaikan, lagi malu negara dibuatnya.Tidak ada pilihan lain, kes “video Hazip” lebih penting sebenarnya untuk diselesaikan terlebih dahulu berbanding membawa balik Jho Low kerana jika terus dilambat-lambatkan, bererti perangai kita pun sama juga macam negara yang melindungi bilionaire itu.Maka, pesanan buat Abdul Hamid, selesaikan dahulu kes “video Haziq” yang ada di depan mata dengan segara dan rehatlah seketika daripada bercakap untuk membawa balik Jho Low. (ShahbudinHusin 05/11/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/pesanan-buat-igp-selesaikan-dulu-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blogger Pkr Desak Kes Video Semburit Diselesaikan Igp Sebelum Tahan Jho Low

Blogger Pkr Desak Kes Video Semburit Diselesaikan Igp Sebelum Tahan Jho Low

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 343 hits
Blog ini juga ccenderung kepada PKR Menerusi tulisannya kita boleh agak kiblat beliau ke arah mana TIdak berbeza waktu siarannya dengan Tukar Tiub maka serangan ke atas Azmin dilihat begitu tersusun Sudah barang jelas rasanya Azmin makin me...
Tomok Dedah Perubahan Naqiu Dulu Sekarang Ini Pesanan Senior Gv Untuk Naqiu

Tomok Dedah Perubahan Naqiu Dulu Sekarang Ini Pesanan Senior Gv Untuk Naqiu

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 695 hits
Tonton Untuk Mengetahui Apa Komen dan juga Ramalan Tomok Tentang Naqiu di Gegar Vaganza Nasihat Beberapa Penyanyi Senior Gegar Vaganza Kepada Naqiu https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subsc...
Dulu Peguam Negara Gugur Kes Guan Eng Siti Kassim Ltte

Dulu Peguam Negara Gugur Kes Guan Eng Siti Kassim Ltte

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 365 hits
Adakah suspek ISIS Daesh perlu dinilai semula jika LTTE tak didakwa BANGI 28 Safar 1441H Ahad Semua pihak ternanti nanti pendirian Peguam Negara Tommy Thomas dalam mengendalikan siasatan membabitkan individu dalam DAP berkaitan kes kumpulan...
Lepas Kena Tikam Terus Lari Pandu Kereta Ke Hospital Guru Dedah Cerita Sebenar Kejadian Kes Ditikam Suami

Lepas Kena Tikam Terus Lari Pandu Kereta Ke Hospital Guru Dedah Cerita Sebenar Kejadian Kes Ditikam Suami

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 772 hits
Guru wanita yang sarat mengandung ditikam suaminya semalam tampil menjelaskan bahawa dia tidak begitu mengingati apa yang berlaku Mangsa yang berusia 35 tahun itu berkata dia tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk dia terus memandu k...
Ifra Mikayla Kuat Ye Sayang Mama Akan Lawan Kes Ini Untuk Kayla Ye Budak Parah Di Dahi Akibat Ditimpa Double Pendulum

Ifra Mikayla Kuat Ye Sayang Mama Akan Lawan Kes Ini Untuk Kayla Ye Budak Parah Di Dahi Akibat Ditimpa Double Pendulum

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 513 hits
Taman permainan kanak kanak sepatutnya menjadi tempat yang menyeronokkan tetapi tidak di taman permainan di Kampung Melayu Kluang ini yang telah menyebabkan seorang kanak kanak lelaki cedera parah Safika Sahri memuat naik gambar gambar anak...
Ugut Saksi Kes 1mdb Pengurusan Kes Prosiding Komital Lokman Pada 22 Nov

Ugut Saksi Kes 1mdb Pengurusan Kes Prosiding Komital Lokman Pada 22 Nov

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 247 hits
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 22 Nov untuk pengurusan kes prosiding komital dikemukakan Peguam Negara Tommy Thomas terhadap Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam kerana didakwa menggugut seorang saksi dalam perbicaraan kes Najib...
Jawapan Kes Rasuah Calon Bn Tanjung Piai Wee Jeck Sent

Jawapan Kes Rasuah Calon Bn Tanjung Piai Wee Jeck Sent

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 484 hits
Kenyataan Media calon Barisan Nasional Dato Sri Dr Wee Jeck Seng Laporan polis terhadap saya yang kononnya terlibat dengan rasuah dalam projek Permit Masuk Kenderaan jelas bermotifkan politik bagi menentang saya dalam Pilihan Raya Kecil ket...
Rayuan Dibuat Terhadap Kes 8 Remaja Berbasikal Maut Dirempuh

Rayuan Dibuat Terhadap Kes 8 Remaja Berbasikal Maut Dirempuh

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 394 hits
Jurual jual yang berumur 24 tahunRentetan keputusan yang dikeluarkan oleh magistrate yang membebaskan wanita tersebut Pihak pendakwa raya telah menfailkan rayuan terhadap keputusan yang dilakukan tersebut Keputusan itu dicapai setelah pihak...
Pencahayaan Di Lokasi Kejadian Adalah Cukup Pihak Pendakwaan Fail Notis Rayuan Kes Tragedi Basikal Lajak Ragut 8 Nyawa

Pencahayaan Di Lokasi Kejadian Adalah Cukup Pihak Pendakwaan Fail Notis Rayuan Kes Tragedi Basikal Lajak Ragut 8 Nyawa

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 1398 hits
https ift tt 2NyAnGG Pihak pendakwaan semalam memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Johor Bahru yang melepaskan dan membebaskan jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lap...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba