Perut Kembung Bahayanya Kepada Bayi Kenali Simptom Simptom Ini
Masalah kolik atau kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada enam bulan. Bayi yang mengalami kolik selalunya akan menangis berpanjangan tanpa henti dan meragam. Keadaan ini selalunya berlaku beberapa kali dalam seminggu. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah kolik ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar.
Mengapa bayi kerap menangis dan meragam?
Jika si comel anda sedang asyik menangis atau meragam dan tiada tanda yang menunjukkannya akan berhenti, cuba dukung mereka dan lihat apa akan berlaku. Pasti sahaja bayi akan berhenti menangis serta-merta. Bagaimana ini berlaku?
Mengapa bayi berhenti menangis apabila didukung?
Melalui sebuah kajian yang pernah dijalankan terhadap 12 bayi sihat yang dipasangkan electrocardiogram (ECG), perkara ini telah diteliti dengan lebih lanjut. Para pengkaji kemudiannya meletakkan bayi-bayi tersebut ke dalam beberapa posisi iaitu:
Bayi baring di atas katil
Bayi duduk di atas kerusi
Bayi didukung dan dibawa berjalan selama 30 saat
Keputusannya, bayi yang baring di atas katil dan bayi yang duduk di atas kerusi masih menangis manakala bayi yang didukung dan dibawa berjalan akan berhenti menangis dengan serta-merta. Bagi mengukuhkan lagi kajian ini, ECG yang dipasang pada bayi ketika kajian dijalankan juga menunjukkan bacaan kadar degupan jantung yang lebih tenang jika mereka didukung dan dibawa berjalan.
Ini menunjukkan bahawa bayi secara semula jadinya akan berasa lebih tenang jika berada dalam dakapan ibu bapa ketika didukung dan dibawa berjalan. Ini juga dipengaruhi oleh faktor degupan jantung bayi yang akan berkurangan secara mendadak apabila didukung oleh ibu bapa mereka sekali gus menyebabkan mereka berhenti menangis.
Walaupun situasi ini kelihatan seperti akan meletihkan ibu bapa, ia sebenarnya adalah satu ketentuan yang sangat menguntungkan individu yang bergelar manusia. Ini kerana respon ibu bapa yang akan mendukung bayi tatkala bayi menangis berkemungkinan dapat meningkatkan kebarangkalian bayi untuk terselamat dalam kes melarikan diri dalam situasi kecemasan.
Adakah terdapat penjelasan lain?
Ya, namun ia memerlukan kita untuk berfikir jutaan tahun ke belakang. Pada zaman primitif, jika seseorang manusia itu ingin melarikan diri dari binatang buas, bayi yang didukung oleh mereka akan diam sahaja agar tidak menganggu ibu bapa yang sedang berlari. Pendek kata, ia merupakan proses survival untuk menyelamatkan diri mereka.
Namun begitu, ini hanya teori sahaja. Penjelasan yang tepat adalah bayi secara semula jadinya akan berhenti menangis dan berasa lebih tenang apabila didukung oleh individu yang paling mereka kenali dan percayai iaitu ibu bapa mereka kerana kadar degupan jantung bayi akan berkurangan secara mendadak.
Oleh itu, jika si comel anda menangis tidak berhenti, cuba dukung dan bawa mereka berjalan-jalan. Selepas itu, lihat sahaja senyuman mereka setelah berhenti menangis. Tetapi ada masanya bayi anda akan tetap dan terus menangis walaupun didukung? Apakah yang menyebabkan masalah ini berterusan berlaku? Adakah kerana bayi anda mengalami masalah perut kembung?
Apa itu perut kembung?
Perut kembung adalah keadaan yang paling menyeksakan pada bayi walaupun diberi makan dengan cukup, dan sihat. Dikatakan bahawa bayi yang mempunyai masalah perut kembung sering menangis lebih dari tiga jam sehari, tiga hari seminggu selama tiga minggu atau lebih lama. Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk cuba membantu melegakan bayi anda semasa tempoh perut kembung berlaku.
Perut kembung boleh memeningkan ibu bapa dan bayi itu sendiri. Akan tetapi, jangan bimbang kerana jangka tempoh masalah ini berlaku agak singkat. Masalah perut kembung ini akan berhenti dalam masa beberapa minggu atau bulan selepas itu. Namun, inilah salah satu daripada cabaran besar pertama anda sebagai ibu bapa.
Apakah kebarangkalian untuk bayi anda mengalami perut kembung?
Perut kembung biasanya menjadi paling teruk apabila bayi berusia sekitar 6 hingga 8 minggu dan akan hilang dengan sendiri apabila usia antara 8 dan 14 minggu.
Apakah simptom-simptom perut kembung?
Merengek dan menangis agak biasa untuk bayi, dan bayi yang cerewet tidak semestinya mempunyai masalah perut kembung. Begitu juga dengan bayi yang sihat, dan cukup makan. Tanda-tanda perut kembung yang perlu anda awasi adalah termasuklah:
Episod menangis yang boleh dijangka: Seorang bayi yang menghidapi masalah perut kembung sering kali menangis pada waktu yang sama setiap hari, biasanya pada lewat tengah hari atau petang. Episod ini mungkin bertahan dari beberapa minit hingga tiga jam atau lebih pada hari tertentu. Bayi anda mungkin mempunyai pergerakan usus atau keluar gas hampir di penghujung episod perut kembung ini..
Tangisan yang keterlaluan atau tidak dapat dileraikan: Tangisan kolik adalah keterlaluan, kedengaran kesusahan dan selalunya pada nada yang tinggi. Wajah bayi anda mungkin berjuraian air mata, dan dia adalah sangat sukar untuk ditenangkan.
Menangis yang berlaku tanpa sebab yang jelas: Adalah perkara biasa untuk bayi menangis kadang-kadang. Tetapi, menangis biasanya bermaksud bayi anda memerlukan sesuatu, seperti makanan atau lampin yang bersih. Menangis yang berkaitan dengan masalah perut kembung berlaku tanpa sebab yang jelas.
Perubahan postur: Menggulung kaki, mengepal tangan dan otot perut yang tegang adalah biasa semasa episod kolik.
Bila harus membawa bayi berjumpa doktor?
Dapatkan rawatan perubatan segera jika bayi anda menangis mungkin disebabkan oleh kejatuhan, kecederaan atau penyakit.
Hubungi doktor bayi anda jika:
Anda perasan bekas kebiruan pada bibir atau kulit bayi anda semasa episod menangis.
Anda prihatin terhadap tangisan bayi anda, terutamanya jika anda melihat perubahan dalam pemakanan bayi anda, tidur atau perubahan pada tingkah laku.
Anda boleh membantu doktor bayi anda dengan mencatatkan dalam diari harian apabila bayi menangis dan berapa lama ia bertahan. Juga catat corak tidur dan pemakanan bayi anda.
Apakah punca perut kembung?
Sehingga kini punca perut kembung masih tidak diketahui dengan tepat. Sesetengah penyelidik telah menerokai beberapa teori, termasuk alergi, tidak toleransi laktosa, perubahan dalam bakteria normal yang terdapat dalam sistem penghadaman, sistem penghadaman yang belum sepenuhnya lengkap, ibu bapa yang bimbang, dan perbezaan dalam cara bayi diberi makan atau ditenangkan. Namun, masih belum jelas mengapa sesetengah bayi mempunyai masalah perut kembung dan yang lain tidak.
Apakah yang meningkatkan risiko anak anda kepada perut kembung?
Bayi anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk keadaan ini jika anda mengalami keadaan berikut:
Bayi yang lahir dari ibu yang mempunyai tabiat merokok semasa mengandung atau selepas bersalin mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengalami masalah perut kembung.
Banyak teori lain tentang apa yang membuat kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada masalah ini yang telah dicadangkan, tetapi tidak ada yang terbukti. Sebagai contoh:
Masalah ini tidak berlaku lebih kerap dalam kalangan bayi yang sulung atau bayi yang diberi minum susu formula
Diet ibu yang menyusukan bayi berkemungkinan tidak mencetuskan perut kembung
Anak perempuan dan anak lelaki, tidak kira apa susunan kelahiran mereka atau bagaimana mereka diberi makan, mereka mengalami masalah perut kembung dalam jumlah yang sama
Bagaimana masalah perut kembung didiagnosis?
Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anak anda mungkin mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan dia boleh bertanya kepada anda tentang sejarah kesihatan bayi anda, apa teknik menenangkan yang anda telah cuba, dan sama ada anda perasan sebarang simptom yang lain. Anda juga boleh ditanya tentang bagaimana tangisan memberi kesan kepada anda dan menunjukkan bagaimana cara anda memberi makan dan sendawakan bayi anda. Doktor anda mungkin mencadangkan anda mengesan masa dan berapa kerap bayi anda menangis.
Sekiranya bayi anda mempunyai sebarang simptom-simptom yang membimbangkan anda, seperti muntah atau demam, doktor anda boleh melakukan ujian makmal atau X-ray untuk mengetahui apa yang menyebabkannya berlaku.
Bagaimana bayi yang mengalami perut kembung dirawat?
Perut kembung atau kolik ini boleh baik dengan sendiri, selalunya pada usia tiga bulan. Walau bagaimanapun, tiada rawatan yang terbukti dan rawatan tertentu yang secara konsisten boleh membantu setiap bayi. Sesetengah pilihan rawatan mungkin disyorkan termasuk:
Ubat bantuan melegakan gas: Ubat-ubatan ini umumnya dianggap selamat, kecuali bagi bayi-bayi yang perlu mengambil ubat penggantian tiroid.
Probiotik: Probiotik adalah bahan yang membantu mengekalkan keseimbangan semula jadi bakteria “baik” dalam saluran penghadaman. Sedangkan bayi dengan masalah ini mungkin mempunyai bakteria yang membiak dengan tidak seimbang, penyelidik telah cuba menggantikan beberapa probiotik ini dalam beberapa kajian. Salah satu yang khususnya, dipanggil Lactobacillus reuteri, menurunkan simptom perut kembung dengan ketara. Tetapi, hasil kajian adalah bercampur. Ada yang menunjukkan manfaat, sementara yang lain tidak menemui apa-apa. Secara keseluruhan, pakar tidak merasakan terdapat bukti yang cukup untuk mengesyorkan penggunaan probiotik untuk merawat masalah kolik pada masa sekarang.
Tip atasi masalah perut kembung
Teknik penyusuan
Sekiranya bayi menyusu badan, anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul. Pada awal kelahiran, bayi belum dapat membiasakan kaedah yang betul. Jadi pastikan anda mengetahui posisi penyusuan yang betul. Ini akan membantu memberikan posisi yang paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’. Teknik lekapan yang baik juga mengelakkan anda daripada melecet atau terkena nipple crack yang amat pedih!
Tukar susu formula
Masalah kembung perut pada bayi mungkin disebabkan oleh alahan terhadap susu formula tertentu. Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna ini akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Sebaik-baiknya, cuba dapatkan ibu susuan yang mempunyai stok susu lebihan.
Puting yang sesuai
Jika bayi anda menyusu daripada botol, pastikan anda menggunakan saiz puting yang bersesuaian. Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.
Menjaga pemakanan
Ibu menyusu badan mungkin perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang diketahui menyebabkan masalah kembung perut pada bayi. Antara jenis makanan yang harus dielakkan adalah kubis, brokoli, bunga kubis, kafein, atau makanan daripada sumber tenusu.
Sendawakan bayi
Bayi yang kurang disendawakan anda berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap. Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi dan dan hindari serta elakkan daripada menggoncang badannya kerana ia boleh mendapatkan risiko bahaya lain kepada keadaan bayi anda. Jika bayi anda muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan ia merupakan satu keadaan tidak berbahaya bagi bayi.
Alihkan perhatian
Alihkan tumpuan bayi dengan membawanya bersiar-siar dan mengambil angin di halaman rumah. Persekitaran baru mungkin akan menarik perhatian bayi untuk melupakan ketidakselesaan dan berhenti menangis.
Mengurut
Gunakan minyak yang sesuai untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut. Sentuhan hangat yang anda berikan pada bayi akan memberi seribu satu keselesaan sehingga bayi berhenti menangis. Bagi yang beragama Islam, lebih elok jika anda menyulaminya dengan alunan zikir dan doa. Semoga mereka cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. Sebaiknya anda perlu memastikan teknik urutan yang anda gunakan adalah betul dan tidak mendatangkan bahaya kepada bayi.
Dodoikan
Ada masanya masalah kembung perut pada bayi boleh diatasi dengan memujuk bayi anda. Anda boleh mencuba untuk berborak dan berbual dengannya, dan anda akan mendapati bayi seolah-olah memahami maksud anda. Dodoikan bayi dengan lembut, dan jangan sesekali meninggikan suara pada bayi. Cuba untuk memberikannya ketenangan.
Dapatkan bantuan
Ada masanya tekanan yang dialami oleh ibu selepas bersalin turut boleh mempengaruhi emosi anak yang sekali gus menyebabkan bayi anda akan menjadi tertekan sehingga menyebabkannya menangis. Jangan terlalu menyalahkan diri anda jika bayi kerap menangis. Sebaiknya, cuba dapatkan bantuan pasangan agar mereka dapat meredakan tekanan yang menyelubungi perasaan anda. Pastikan ibu semua mendapat rehat yang secukupnya kerana anda juga perlu sihat untuk menguruskan bayi.
Apakah rawatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani masalah perut kembung pada bayi?
Petua-petua berikut boleh membantu anda mengelakkan masalah perut kembung:
Pegang bayi anda secara tegak yang boleh semasa penyusuan
Jika anda sedang menyusu badan, ia mungkin membantu untuk membolehkan bayi anda menyusu pada satu payudara sehingga ia hampir kosong sebelum menukar ke bahagian satu lagi. Ini membekalkan bayi anda dengan hindmilk yang diperkaya dan berlemak, berpotensi untuk lebih memuaskan berbanding dengan foremilk yang sedikit dan mendahagakan, yang hadir pada awal penyusuan.
Pertimbangkan untuk mengubah diet anda, jika menyusu badan
Diet ibu menyusu badan mungkin tidak memainkan peranan dalam simptom kolik bayi. Walau bagaimanapun, dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan, mengeluarkan alergen yang berpotensi dari diet anda mungkin boleh mengesan alergi makanan yang tidak diketahui pada bayi anda. Jika anda menyusu badan, doktor bayi anda mungkin mencadangkan supaya anda cuba untuk menghindari makanan yang mungkin menyebabkan alahan, seperti tenusu, kacang tanah, kacang pokok, gandum, soya dan ikan, selama dua minggu untuk melihat apakah simptom bayi anda bertambah baik.
Tukar formula bayi
Sama seperti penyusuan susu ibu, formula bayi anda berkemungkinan tidak menyebabkan simptom-simptom mereka. Tetapi, bertukar kepada sejenis formula yang dipanggil susu formula hidrolyzate mungkin boleh membuat perbezaan jika bayi anda alah kepada susu lembu atau tidak toleransi kepada susu.
Tukar botol
Terdapat pelbagai botol dan puting yang boleh dipilih. Mencuba jenis botol atau puting susu yang berbeza boleh membantu mengurangkan sedikit daripada simptom bayi anda. Botol yang mempunyai beg yang boleh diguna semula dan dilipat mungkin boleh mengurangkan jumlah udara yang ditelan bayi anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk si manja anda.
The post Perut Kembung, Bahayanya kepada Bayi! Kenali Simptom-Simptom Ini appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/perut-kembung-bahayanya-kepada-bayi-kenali-simptom-simptom-ini/