Peruntukan Untuk Melawan Scammer
Steven Sim Chee Keong 沈志强
odresSotpn242ml03tuamll92liclh861i5f5fft12lhm457u1ictm7i506l ·
Peruntukan RM10 juta untuk lawan scam
Sejak saya diamanahkan berkhidmat di MOF, antara isu yang saya perjuangkan ialah melawan scam.
Kenapa? Sebab ini melibatkan berbilion ringgit duit hasil keringat rakyat.
Kita ada pusat respon scam kebangsaan (NSRC) dengan talian 997. Tapi malangnya tak cukup kakitangan dan sumber sebelum ini.
Ada 200-300 panggilan aduan setiap hari, hanya ada 7 orang penganalisa kes yang akan merumuskan kes sebelum dihantar ke PDRM.
Bila saya melawat mereka, ada mereka yang kata, "sibuk sehingga tak ada masa nak cuti sakit". Saya terharu sebab mereka bukan saja tidak mengeluh malah bangga berkata bahawa ini bakti kepada negara
.
Selama ini, ada mangsa yang call saya suruh saya bantu pulangkan duit mereka. Saya tau mereka amat-amat berharap. Justeru, lebih penting bagi saya ialah memastikan dasar dan sistem kewangan yang lebih baik serta menjamin keselamatan wang rakyat.
Dalam tempoh beberapa minggu ini, saya buat kajian, siapkan laporan dan berbincang dengan PMX tentang pengukuhan sistem, beliau terus bersetuju. PMX pandang serius perkara ini kerana melibatkan rakyat.
Syukur hari ini PMX mengumumkan beberapa inisiatif baru bagi melawan scam:
RM10 juta akan disalurkan kepada Pusat Respon Scam Kebangsaan bagi memperkasakan lagi operasi lawan scam.
Operator telefon akan ditambah daripada 10 kepada 20 orang. Waktu operasi juga akan dipanjangkan tempohnya.
Penganalisa kes akan ditambah daripada 7 kepada 20 orang, manakala PDRM akan menambahkan bilangan anggota di NRSC daripada 2 orang kepada 70 orang.
Selain itu, saya juga akan berusaha untuk memperjuangkan penambahbaikan dasar serta perundangan lain bagi memastikan agensi penguatkuasa akan dapat menumpaskan sindiket scam dengan lebih berkesan serta proses pemulangan duit kepada mangsa menjadi lebih lancar.
Saya tahu ini hanya permulaan. Malah saya bagitau pegawai-pegawai yang terlibat, jangan kita leka. Setiap upgrade yang kita buat, scammer akan upgrade lagi taktik dan teknologi mereka. Kita harus sentiasa alert untuk melawan scam dan melindungi wang rakyat!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/02/peruntukan-untuk-melawan-scammer.html