Perunding Hartanah Vs Ejen Hartanah




Di Malaysia... Perunding Hartanah dipanggil dan dikenali sebagai Ejen Hartanah. Pada hakikatnya, Perunding Hartanah dan Ejen Hartanah adalah 2 entiti yang berbeza. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan pernah menggunakan khidmat ejen hartanah untuk menjual rumah, tanah atau hartanah lain... ketahuilah bahawa mereka ialah "Perunding Hartanah".
Perunding Hartanah ialah mereka yang dilantik oleh Ejen Hartanah untuk membantu Agensi Hartanah menjalankan operasi, mendapatkan listing hartanah, mengiklankan, memasarkan dan menjual hartanah bagi pihak Ejen Hartanah. 

Bagaimana cara untuk menjadi Perunding Hartanah?
1 - Daftar dengan mana-mana Agensi Hartanah berdaftar dan seterusnya menghadiri kursus Perunding Hartanah (NCC course); atau
2 - Daftar dan hadiri NCC course, bawa sijil NCC ke Agensi Hartanah dan terus mendaftar.
Mudahkan? NCC course ni biasanya dijalankan selama 1 hari penuh atau 2 hari jika tidak penuh, bergantung kepada apa yang ditawarkan oleh institusi yang menawarkan NCC course ini... Anda boleh juga pertimbangkan untuk ambil NCC course dengan Persatuan Perunding Hartanah Muslim (PEHAM).
Dengan adanya sijil NCC course dan berdaftar dengan agensi hartanah berdaftar, maka melayakkan anda untuk menjadi Perunding Hartanah dan akan dapat no REN (Real Estate Negotiator) yang berdaftar di bawah sebuah badan dikenali sebagai LPPEH atau BOVAEPM ("Board"). LPPEH adalah berada di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Amalan Standard Agensi Hartanah boleh dibaca di sini :Malaysian Estate Agency Standards 3rd Edition 2020
Siapa pula Ejen Hartanah?
Ejen Hartanah adalah mereka yang berkelayakan untuk membuka Agensi Hartanah setelah melalui beberapa proses penilaian. Seorang Ejen Hartanah boleh merekrut sehingga 50 orang Perunding Hartanah dalam sesuatu agensi hartanah. Contohnya, jika dalam Agensi Hartanah tersebut ada 5 orang Ejen Hartanah, maka seramai maksimum 250 orang Perunding Hartanah boleh berdaftar dengan Agensi Hartanah tersebut.
Jika Perunding Hartanah dikenali dengan no REN mereka, maka Ejen Hartanah dikenali dengan no REA (Real Estate Agent) mereka. Contoh : Ali seorang Perunding Hartanah dengan no REN 27176, manakala Ahmad seorang Ejen Hartanah dengan no REA 7176.
Siapa pula PEA?
Pernah dengar PEA? PEA ataupun Probationary Estate Agent adalah mereka yang dalam proses untuk menjadi REA. Tempoh PEA ini biasanya 2 tahun, dan juga 1 tahun jika mereka ada kelayakan akademik yang berkaitan. Dalam tempoh ini tugas mereka adalah sama seperti REN tetapi ada beberapa tugasan atau task yang perlu disiapkan dan mereka perlu merekodkan kerja-kerja hartanah mereka dalam "logbook" dan dihantar ke Board setiap tahun. Kemudian, PEA akan menunggu giliran temuduga TPC (Test of Professional Competence) untuk menyerlahkan "competency" mereka dalam beberapa topik sebelum layak bergelar dan mendaftar sebagai REA.



Wajib ke lantik Ejen Hartanah untuk menjual atau sewakan rumah?
Kat Malaysia... berdasarkan undang-undang yang termaktub, hanya 3 golongan saja yang boleh jual hartanah iaitu pemilik hartanah atau owner sendiri, Ejen Hartanah dan juga Pemaju Perumahan. Sekiranya sayangkan duit dan tidak mau bayar kos ejen hartanah, owner boleh jual hartanah mereka sendiri.
Boleh ke lantik broker (tidak berlesen) untuk jual Hartanah?
Amalan broker atau orang tengah ni dah wujud sejak zaman dahulu lagi... maka tak hairanlah sekiranya anda pernah berurusan dengan broker-broker yang kebanyakan mereka agak berusia. Walaubagaimanapun, setelah wujudnya Akta LPPEH pada tahun 1981, urusan menjual, membeli atau mengiklankan hartanah melalui orang tengah telah dimansuhkan dan perlu melalui Ejen Hartanah berdaftar.
Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Tanah 1981Pada hakikatnya amalan Agensi Hartanah adalah tak sama di seluruh dunia... Ada negara yang tidak membenarkan owner jual hartanah sendiri dan wajib melalui Ejen Hartanah berdaftar.... Setiap negara bergantung kepada Board masing-masing yang mengawal selia aktiviti hartanah... 
Kesimpulannya adalah jelas dan ketara bahawa terdapat perbezaan antara Perunding Hartanah dan Ejen Hartanah. Di negara kita, pemilik hartanah adalah selesa untuk berhubung terus dengan Perunding Hartanah dan bukannya melalui Ejen Hartanah, tidak seperti di negara-negara luar yang lain.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mohdalizal.blogspot.com/2023/10/perunding-hartanah-vs-ejen-hartanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebai Kaki Fitnah Ni Tuduh Mais Sebagai Ejen Gerakan Liberal Pula Dah

Lebai Kaki Fitnah Ni Tuduh Mais Sebagai Ejen Gerakan Liberal Pula Dah

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 135 hits
Saya tiada jawatan politik Dusuki dakwa Mais bohongMalaysiakiniPendakwah bebas Ahmad Dusuki Abd Rani mendakwa Majlis Agama Islam berbohong berhubung isu penarikan balik tauliah terhadapnya untuk mengajar agama Islam di negeri itu Ini selepa...
Sukan Bongkar Ejen Bola Sepak Palsu Di M Sia Munajat Al Aqsa

Sukan Bongkar Ejen Bola Sepak Palsu Di M Sia Munajat Al Aqsa

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 133 hits
Gambar atas David Agesa ditipu ejen bola sepak palsu di Malaysia Gambar bawah CHELSEA sedang berusaha untuk mengumpul sehingga 500 juta daripada institusi kewangan Amerika Syarikat untuk bersaing dalam Liga Perdana Agesa ditipu ejen bola se...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Wallahu A Lam Bishawab Tulisan Arab Arti Penggunaan Yang Benar

Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim