Perumahan Generasi Baharu Felda Syarat Permohonan
Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA atau singkatannya PGBF merupakan sebuah projek perumahan khas untuk generasi baru FELDA, yakni generasi anak dan cucu peneroka asal FELDA.
Projek ini diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi baharu FELDA yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa untuk didiami bersama keluarga.
Walau bagaimanapun, projek ini tidak terlepas daripada kontroversi apabila sebahagian rumah telah terbengkalai sejak sekian lamanya sehingga memaksa kerajaan campur tangan dengan menyuntik lebih dana bagi memastikan banyak rumah terbengkalai dapat disiapkan.
Sebagai contoh di Pahang kerajaan negeri meluluskan cadangan pengambilalihan projek PGBF yang terbengkalai dibuat secara usaha sama dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) dan pihak pemaju.
Projek PGBF yang telah diambil alih oleh kerajaan negeri Pahang ini telah dibuka semula pendaftaran bagi projek generasi baharu Felda yang dijenamakan semula kepada Rumah Pahang di mana kerajaan negeri Pahang telah mengambil alih projek rumah yang terbengkalai agak lama.
Pakej & Harga Rumah
Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA ini diuruskan sepenuhnya oleh FIC Supplies Sdn Bhd, sebuah syarikat cabang pelaburan yang dimiliki sepenuhnya oleh FELDA.
Harga setiap pakej rumah yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Pakej Orkid – RM 78,000
Pakej Raflesia – RM 87,000
Pakej Kenanga – RM 113,800
Pakej Teratai – RM 135,000
Pakej Anggerik – RM 155,800
Pakej Alamanda – RM 199,800
Berikut merupakan katalog rasmi yang dikeluarkan oleh FIC Supplies untuk projek PGBF ini yang turut memapparkan setiap butiran pakej rumah yang ditawarkan untuk projek perumahan ini:
Artikel berkaitan: Tabung Usahawan Belia FELDA : Bantuan Perniagaan Sehingga RM 20,000
Syarat kelayakan
Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan di bawah sahaja akan dipertimbangkan untuk projek Perumahan Generasi Baharu FELDA ini:
Warganegara Malaysia.
Pemohon berumur 18 hingga 70 tahun.
Tempoh pembiayaan maksima sehingga 35 tahun atau sehingga had umur pemohon berusia 70 tahun pada tarikh matang tempoh kemudahan pembiayaan (mana-mana yang terdahulu).
Bekerja sendiri atau berpendapatan minimum RM1,000 sebulan.
Pembelian rumah pertama dan untuk kediaman sendiri.
Pemohon tidak diisytiharkan bangkrap.
Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan
Permohonan
Bagi individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan projek Perumahan Generasi Baharu FELDA di atas, anda dipelawa untuk menghantar permohonan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Muat turun borang permohonan di https://drive.google.com/drive/folders/1V_hJPVMzLxtGtNfN8Vh5FZ6uWrQIBlQt?fbclid=IwAR1TsIHdB2M4oIp9YLC3DgEQ4Bx9j9pjcBLRuLeC_qdmsCsru8eIYmchL8E
Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut
Sediakan dokumen yang diperlukan.
Hantar borang permohonan dan dokumen tersebut ke alamat:
FIC Supplies Sdn Bhd, Aras 4, Balai Felda, Jalan Gurney 1, 54000 Kuala Lumpur.
Pertanyaan dan maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek Perumahan Generasi Baharu FELDA, sila hubungi Pn Mas Suri di talian 010-2321037.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/perumahan-generasi-baharu-felda/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=perumahan-generasi-baharu-felda