Perubahan Iklim Bunyikan Loceng Amaran Dengan Lebih Kuat Lagi


 





Jelas sekali, lebih banyak yang harus dilakukan pada kadar segera

Selalunya Malaysia akan bersedia untuk menghadapi musim banjir di kawasan Pantai Timur disebabkan oleh monsun yang biasanya berlaku pada waktu ini setiap tahun.

Tetapi apa yang tidak begitu dijangka pada kali ini ialah kejadian banjir besar yang melanda Lembah Klang. Ia dikatakan berpunca daripada fenomena seperti tekanan rendah tropika di rantau ini dan kesan-kesan taufan besar Rai yang melanda Filipina.

Memang benar kadar hujan yang turun di beberapa bahagian negara kali ini adalah luar biasa, tetapi apa yang paling penting ialah kita harus bersedia untuk menghadapi pelbagai peristiwa yang tidak dijangka seperti ini.

Malah ia mungkin akan berlaku dengan lebih kerap lagi disebabkan oleh kesan-kesan perubahan iklim.

Di seluruh dunia, peristiwa cuaca melampau yang tidak dijangka ini sedang menjadi lebih kerap, dan kebimbangan timbul tentang keperluan kita untuk memberi fokus terhadap langkah-langkah adaptasi serta pembinaan daya ketahanan terhadap perubahan iklim.

Turut diperlukan ialah peningkatan usaha bersiap siaga kita untuk menghadapi bencana.

Kita tidak boleh lagi menganggap kadar taburan hujan sebegini sebagai kejadian terpencil saja. Sebaliknya, kita harus membuat perancangan untuk menghadapi kejadian-kejadian seperti ini dan mengambil segala langkah yang diperlukan untuk mengurangkan kesannya.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Projek berskala besar terus berkembang
Malang sekali kita sememangnya gagal untuk bertindak pantas selama ini walaupun mempunyai perancangan semenjak Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) lagi bagi mengurangkan risiko bencana melalui adaptasi perubahan iklim dan memperkukuhkan pengurusan risiko bencana negara.

Baru-baru ini negara kita memulakan Pelan Adaptasi Kebangsaan untuk memberikan panduan berkenaan hal-hal perundangan, urus tadbir, perancangan dan penyelarasan kaedah-kaedah adaptasi serta indeks adaptasi untuk mengukur tahap keterdedahan negara terhadap kesan-kesan perubahan iklim.

Usaha ini perlu diambil dengan kadar yang lebih segera lagi kerana kenyataan sebenar telah pun menunjukkan bahawa negara kita ini masih belum bergerak ke arah yang sepatutnya; dengan pelbagai projek dan rancangan pembangunan yang masih berjalan seperti biasa.

Kita masih belum merancang atau bersedia dengan secukupnya, malah belum bersedia sama sekali untuk menangani kesan-kesan perubahan iklim yang sedang atau akan berlaku pada masa hadapan.

Banyak persoalan timbul berkaitan dengan hal ini.
Adakah penggubal dan perancang dasar negara kita di semua peringkat kerajaan (termasuklah para arkitek dan jurutera) cukup arif berkenaan kesan perubahan iklim semasa dan kesan-kesannya pada masa yang akan datang?

Adakah kita sedang merancang untuk menghadapi segala bentuk ancaman dan bencana yang bakal kita hadapi?
Promosi projek infrastruktur berskala besar seperti pembinaan jalan raya, terowong, penambakan laut dan pembangunan mega masih boleh dilihat di mana-mana.

Ia dilakukan dengan hanya sedikit – atau malah tiada – kebimbangan langsung terhadap risiko dan kesan-kesan perubahan iklim. Kelihatannya, tidak ada sebarang pertimbangan wajar tentang sama ada projek-projek sedemikian rupa akan menyumbang atau menjejaskan lagi daya tahan negara terhadap perubahan iklim.

Kita harus membunyikan loceng amaran dengan lebih kuat lagi dan cuba untuk menyesuaikan diri (jika boleh) kepada “norma baru” akibat kesan perubahan iklim ini.

Usah bazirkan dana awam
Kita juga harus bersedia untuk menghadapi keadaan yang menyaksikan langkah-langkah adaptasi akan menjadi mustahil untuk dilaksanakan.

Masa untuk melakukan pelaburan dalam segala perancangan dan langkah adaptasi perubahan iklim dan dalam pembinaan daya ketahanan terhadap perubahan iklim negara sudah lama kita lepasi.

Tindak balas segera amat diperlukan sekarang dan kita juga harus belajar daripada apa yang sedang dilakukan negara lain.

Terdapat juga dana antarabangsa yang tersedia, seperti Dana Iklim Hijau UNFCCC yang menyediakan sumber kewangan bagi membantu negara-negara seperti Malaysia untuk menghadapi cabaran perubahan iklim.

Jelasnya, kita memerlukan sebuah butang tetapat semula (reset) untuk perlindungan masa hadapan dalam dunia yang iklimnya sudah berubah. Kita juga harus melihat semula segala perkara yang kita lakukan dari lensa perubahan iklim.

Jika tidak, kita akan membuat pelaburan yang salah yang tidak memiliki kelestarian untuk jangka masa panjang dan hanya akan menjadi pembaziran besar sumber-sumber awam.

Pelan adaptasi segera yang merangkumi pendekatan berasaskan alam semula jadi diperlukan untuk memastikan bangunan, prasarana dan kawasan pesisiran pantai mempunyai daya ketahanan terhadap ribut, peningkatan kadar hujan, kebertahanan banjir, kenaikan paras laut, dan sebagainya.

Langkah-langkah pemuliharaan hutan dan tanah, termasuklah perlindungan kawasan tadahan air dan sungai untuk mencegah dan mengurangkan kejadian banjir, menjadikan kawasan bandar kepada sebagai ‘bandar-bandar span’ dan memperkukuhkan persisiran pantai kita melalui perlindungan dan pemulihan hutan paya bakau adalah komponen yang penting dalam rancangan tersebut.

Langkah-langkah yang lebih menyeluruh juga diperlukan bagi menangani kemarau, gelombang haba, kekurangan air, kesan-kesan ke atas pertanian, kesihatan, corak cuaca yang tidak menentu dan bencana.

Jelas sekali, lebih banyak yang harus dilakukan pada kadar segera. Jika tidak, kita mungkin sama sekali tidak akan bersedia untuk menghadapi bencana yang akan datang.
 Akibatnya tentulah amat buruk sekali, seperti yang telah kita lihat dari peristiwa banjir besar ini.
Meenakshi Raman ialah presiden Sahabat Alam Malaysia


 
22 Dec 2021












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/perubahan-iklim-bunyikan-loceng-amaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Iklim Beri Amaran Hujan Lebat Hingga Feb

Pakar Iklim Beri Amaran Hujan Lebat Hingga Feb

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 232 hits
Seorang pakar klimatologi berkata Malaysia berada dalam musim tengkujuh sehingga Feb dan terdapat kemungkinan berlakunya lebih banyak angin kencang dan hujan lebat PETALING JAYA Seorang pakar iklim memberi amaran lebih banyak bencana alam a...
Banjir Besar Perubahan Iklim Kenapa Hentam Selangor

Banjir Besar Perubahan Iklim Kenapa Hentam Selangor

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 411 hits
Sudah hampir seminggu banjir besar melanda Selangor namun isu yang bermain di media massa hanyalah salah menyalah antara Menteri Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor Sedangkan isu sebenar yang harus ditangani adalah perubahan i...
Kasut Sekolah Pallas Hitam Kini Dengan Cengkaman Yang Lebih Kuat

Kasut Sekolah Pallas Hitam Kini Dengan Cengkaman Yang Lebih Kuat

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 370 hits
Assalamualaikum semua Apa khabar Aku harap semua sihat sihat sahaja Sebelum kita cakap pasal topik utama kita aku cuma nak cakap yang Selamat kembali ke sekolah pada semua Adik adik aku pun dah sibuk siapkan peralatan dan cari semula buku b...
Bayar Zakat Lzs Dengan Cara Lebih Mudah

Bayar Zakat Lzs Dengan Cara Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 411 hits
Assalamualaikum hai semua Dah hujung hujung tahun ni dah selesai ke bayaran potongan zakat korang Ha bayar kat negeri kelahiran bukan negeri bekerja Hurmmmm bukanlah tak boleh tapi kalau ada kesusahan atau apa apa kecemasan yang memerlukan ...
Orang Sarawak Lebih Tahu Apa Dimahukan

Orang Sarawak Lebih Tahu Apa Dimahukan

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 231 hits
NORMAN RADZUANKata org SARAWAK tak perlu hantar rombonganORANG SARAWAK LEBIH TAHU APA DIMAHUKANSeperti dimaklumlan sebelum ini saya tak mahu komen PRN Sarawak sebenarnya utk mengelakkan mudah org tu buat post mortem yg hanya menyalahkan ind...
Lebih 5 000 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Tahun 2020

Lebih 5 000 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Tahun 2020

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 240 hits
Melalui operasi sekitar perairan negeri Selangor yang jadi tumpuan pendaratan pendatang KUALA LUMPUR Pasukan Gerakan Am merekodkan sebanyak 5 862 tangkapan individu membabitkan kes kemasukan pendatang tanpa izin dengan nilai rampasan sekita...
Kwondo1 Kolaborasi G Dragon Dengan Nike Habis Dijual Di Lebih 40 Negara

Kwondo1 Kolaborasi G Dragon Dengan Nike Habis Dijual Di Lebih 40 Negara

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 171 hits
G Dragon telah menjadi ikon fesyen dalam industri K pop selama bertahun tahun Dia terkenal dengan penampilan bergaya dan vibe yang hipster membawa banyak pengaruh kepada peminatnya Sebab minatnya pada fesyen dan pakaian G Dragon telah memul...
Perhalusi Sop Kemasukan Lebih Ramai Pekerja Asing Termasuk Pembantu Rumah Hishammuddin

Perhalusi Sop Kemasukan Lebih Ramai Pekerja Asing Termasuk Pembantu Rumah Hishammuddin

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 270 hits
WARTA RAKYAT MESYUARAT menteri Kuartet COVID 19 sudah diarahkan Kabinet untuk memperhalusi prosedur operasi standard kemasukan pekerja asing dalam pelbagai lagi sektor termasuk pembantu rumah Menurut Pengerusi Menteri Kuartet COVID 19 Datuk...
Ekuiti Eropah Ditutup Lebih Rendah

Ekuiti Eropah Ditutup Lebih Rendah

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 214 hits
FTSE 100 Britain susut sebanyak 0 8 DAX Jerman susut sebanyak 0 01 CAC 40 Perancis susut 0 7 IBEX 35 Sepanyol susut sebanyak 0 5 dan FTSE MIB Itali turun sebanyak 0 6 Saham Air France KLM kehilangan sebanyak 3 4 Syarikat penerbangan itu ber...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Hajiji S Hasty Exoneration From Alleged Sabah Corruption

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

Hiburan Begitu Sayangnya Rosmah Pada Tun Hasmah Video Dua Isteri Bekas Perdana Menteri Berpelukan Curi Tumpuan