Pertikaian Air Malaysia Singapura Mungkin Diselesai Menerusi Arbitrasi



Malaysia dan Singapura bersetuju untuk mencari penyelesaian secara damai berhubung perjanjian air termasuk kemungkinan menyelesaikan pertikaian menerusi timbang tara atas dasar persetujuan bersama, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perjanjian air adalah antara isu yang dibincangkan Dr Mahathir dengan rakan sejawatan beliau dari Singapura, Lee Hsien Loong semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-9 di Putrajaya, hari ini.


Loading... Malaysia dan Singapura terikat di bawah Perjanjian Air Sungai Johor 1962. Bagi Malaysia, menyelesaikan isu yang lama tertangguh berkaitan semakan semula harga air merupakan satu keutamaan.

“Kami mengadakan perundingan yang aktif berkaitan semakan semula itu pada lewat tahun 90-an dan 2000," kata Dr Mahathir pada sidang media yang penuh sesak, dengan turut dihadiri Lee, selepas pemukiman itu.

Isu berhubung perjanjian air antara kedua-dua negara kembali menjadi topik panas pada pertengahan tahun lepas apabila Dr Mahathir berkata harga air mentah yang dijual kepada Singapura tidak munasabah dan beliau bercadang untuk merundingkan semula terma perjanjian.

Perjanjian itu, yang berakhir pada 2061, memberi hak kepada Singapura untuk mengeluarkan 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor pada kadar tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.
Johor kemudian membeli semula air terawat daripada republik itu pada kadar 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Lee, sementara itu, berkata menjadi matlamat kedua-dua negara untuk bekerjasama dalam memastikan bekalan air yang lestari kepada kedua-dua pihak, yang akan mengurangkan kemungkinan timbulnya konflik di masa depan.

Beliau bagaimanapun membangkitkan kebimbangan Singapura berhubung pencemaran air di sungai Johor baru-baru ini dan kesan jangka panjangnya.

Menurut Lee, baru minggu lepas, kerja air oleh Lembaga Perbekalan Awam (PUB) Singapura di Kota Tinggi terpaksa ditutup disebabkan paras amonia yang tinggi dan sumber itu dikesan berpunca daripada kilang minyak sawit di Sedenak, Johor.

Beliau berkata jika sungai Johor mengalami insiden seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim baru-baru ini, ia "akan menjadi satu bencana".

Dilaporkan bahawa beribu-ribu orang terpaksa dirawat hospital susulan kes pencemaran di Sungai Kim Kim yang berlaku awal bulan lepas.

Lee berkata sungguhpun Singapura berpendapat Malaysia telah kehilangan haknya untuk menyemak semula harga di bawah perjanjian itu, tetapi kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa Peguam Negara (AG) masing-masing akan mengadakan perbincangan pada November ini untuk memahami kedudukan undang-undang kedua-dua negara berhubung hak untuk semakan semula itu.
Mengenai hasil jangka panjang, Lee berkata Johor telah membina loji air di sungai Johor di huluan kerja air PUB di Kota Tinggi, dan gabungan jumlah yang dikeluarkan oleh loji ini mungkin melebihi hasil mampan sungai.

"Kita perlu mengkaji bagaimana untuk memenuhi keperluan air Johor dan Singapura bagi perkara lain dalam Perjanjian Air. Kami juga bersetuju bahawa kedua-dua AG kita perlu meneruskan dialog dan saling memahami perspektif serta kepentingan masing-masing," katanya.

Lee turut ditanya sama ada Singapura berpendapat permintaan Malaysia supaya perjanjian air itu dikaji semula sebagai munasabah dan berapakah harga yang dianggap sebagai munasabah.
"Saya beritahu Dr Mahathir, saya dapat memahami perspektif beliau kenapa beliau melihat keperluan politik untuk meminta supaya harga air dikaji semula. Tetapi saya juga menjelaskan kepada Dr Mahathir supaya melihat daripada sudut pandangan Singapura,” katanya.

Lee berkata perjanjian air itu adalah dokumen dapatan asas bagi kerajaan Singapura dan mereka (kerajaan Singapura) terpaksa mematuhinya.

"Marilah kita mengorak langkah yang membolehkan kita membincangkan isu ini secara konstruktif dan mudah-mudahan kita dapat mencapai sedikit kemajuan.

"Satu daripada isu yang perlu kita bincangkan adalah tentang jaminan air dari Johor berikutan jumlah penduduk dan hasilnya untuk memastikan Singapura memperoleh 250,000 juta air sehari mengikut perjanjian,” katanya. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/pertikaian-air-malaysia-singapura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Larangan Merokok Di Premis Makan Malaysia Mungkin Ada Larangan Merokok Dalam Kereta

Lepas Larangan Merokok Di Premis Makan Malaysia Mungkin Ada Larangan Merokok Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 448 hits
Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan peraturan larangan merokok di premis premis makanan di seluruh Malaysia Terbaru menerusi Harian Metro kerajaan perlu mempertimbangkan kempen kesedaran bagi larangan merokok di da...
Park Smartly Wakil Malaysia Bagi Peringkat Akhir Aws Hackdays 2019 Di Singapura

Park Smartly Wakil Malaysia Bagi Peringkat Akhir Aws Hackdays 2019 Di Singapura

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 284 hits
Baru baru ini telah berlangsungnya peringkat akhir AWS Hackdays 2019 Hack for Good di KL Eco Bangsar Di mana tahun ini empat kategori telah dipertandingkan adalah HealthTech AgriTech SmartCity dan Fintech Pada peringkat akhir ini memperliha...
Kad Combi Akan Diperkenalkan Untuk Penggunaan Lebuhraya Dan Parkir Di Malaysia Dan Singapura

Kad Combi Akan Diperkenalkan Untuk Penggunaan Lebuhraya Dan Parkir Di Malaysia Dan Singapura

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 275 hits
Touch n Go dan EZ Link hari ini telah mengumumkan kerjasama dimana kedua dua pihak akan hadir dengan sebuah kad nirtunai yang menyokong matawang kedua dua negara dinamakan Kad Combi Kad Combi ini akan dilancarkan pada suku ke empat 2019 ini...
Singapura Dan Malaysia Sepakat Akhiri Sengketa Ruang Udara

Singapura Dan Malaysia Sepakat Akhiri Sengketa Ruang Udara

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 249 hits
Pemerintah Singapura dan Malaysia mencapai kesepakatan untuk mengakhiri perselisihan mengenai ruang udara yang sudah berlangsung berbulan bulan Hal ini disampaikan menteri perhubungan kedua negara bertetangga itu dalam pernyataan bersama
60 000 Pekerja Malaysia Di Singapura Bakal Terjejas Untuk Masuk Singapura

60 000 Pekerja Malaysia Di Singapura Bakal Terjejas Untuk Masuk Singapura

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 509 hits
Bermula pada Isnin ini Kerajaan Singapura tidak akan membenarkan kenderaan yang memiliki denda tertunggak dari memasuki negara republik berkenaan Kesan dari itu ia akan menjejaskan kira kira 60 000 pekerja Malaysia dari memasuki negara berk...
Malaysia Dan Singapura Kembali Ramaikan Festival Barongsai 2019

Malaysia Dan Singapura Kembali Ramaikan Festival Barongsai 2019

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 334 hits
Festival Barongsai juga akan dimeriahkan seni tradisi lain yang mengangkat kearifan lokal Dalam hal ini Pusat Latihan Seni Pelang Budaya Karimun akan mempersembahkan Tari Persembahan serta hiburan kolaborasi etnis Tionghoa dan Melayu
Singapura Ban Kemasukan Kenderaan Asing Yang Punyai Saman Tertunggak Malaysia Bakal Kenakan Larangan Yang Sama

Singapura Ban Kemasukan Kenderaan Asing Yang Punyai Saman Tertunggak Malaysia Bakal Kenakan Larangan Yang Sama

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 327 hits
Bermula pada 1 April 2019 Kerajaan Singapura tidak membenarkan kereta asing yang mempunyai saman tertunggak masuk ke republik itu selagi tidak melunaskan bayaran saman Difahamkan larangan itu dibuat dalam usaha memastikan warga asing yang m...
Jumlah Rokok Ilegal Di Ri Diklaim Lebih Kecil Dibanding Malaysia Dan Singapura

Jumlah Rokok Ilegal Di Ri Diklaim Lebih Kecil Dibanding Malaysia Dan Singapura

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 262 hits
Kepala Bidang Kepabeanan dan Cukai BKF Kementerian Keuangan Narsruddin Djoko Surjono mengklaim bahwa peredaran rokok ilegal di Indonesia masih berada di bawah rata rata negara Asia Bahkan total rokok ilegal tahun lalu hanya mencapai 7 04 pe...
Huawei Freelace Cermin Mata Pintar Dan Powerbank 40w Akan Dilancarkan Di Malaysia Kelak

Huawei Freelace Cermin Mata Pintar Dan Powerbank 40w Akan Dilancarkan Di Malaysia Kelak

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 303 hits
Huawei P30 Pro dan P30 akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini pada harga bermula RM2699 Turut dilancarkan ialah aksesori jam tangan pintar Huawei Watch GT Active dan Elegant Tetapi Huawei Malaysia sebentar tadi mengesahkan a...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah