Pertemuan Hamzah Anwar Perikatan Nasional Bakal Terima Sekutu Baru


 

“Apa yang menarik, Mahathir berjaya juga meletakkan Mukhriz diposisi yang penting dalam memastikan legasinya dapat dikekalkan.” Pelbagai kenyataan politik diantara kerajaan & pembangkang terus mewarnai arena politik tanah air. Ini menunjukkan bahawa suhu politik negara tiada tanda akan menurun malah ianya bertambah panas hujung minggu ini. Apa yang menarik perhatian, adalah pergolakkan kem 2 pembangkang yang diterajui oleh Mahathir & Anwar. Pergeseran diantara mereka ini tidak lagi mampu disembunyikan setelah masing – masing saling menyindir dan kadang kala menyerang secara terbuka berkaitan dengan isu pencalonan bagi jawatan perdana menteri ke 9 bagi Pakatan Harapan.
Umum mengetahui sebelum ini, bahawa pemimpin PH sebulat suara telah bersetuju untuk melantik Mahathir sebagai calon PM bagi PH buat kali kedua dan kali ketiga berturut -turut bagi Mahathir. Namun, tindakan ini langsung tidak disenangi oleh PKR selaku sekutu besar mereka dalam Pakatan Harapan. Setiausaha Agung PKR saudara Saifuddin Nasuition dalam kenyataan terbukanya mengingatkan agar PKR tidak jatuh ke dalam lubang yang sama berkali – kali. Hasilnya, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat pada 19 Jun lalu telah memutuskan untuk menolak pencalonan Mahathir dan memilih mereka Presiden PKR Dato Seri Anwar sebagai calon PM bagi Pakatan Harapan.
Artikel Berkaitan: DAP, Amanah dan Warisan cadang Dr M sebagai calon PM, Anwar masih Kekal BAKAL PM lagi
Keputusan PKR tersebut mengagalkan sama sekali cita – cita Mahathir untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan daripada PKR. Selepas PKR mengumumkan kenyataan dan pendirian mereka itu, Mahathir kelihatan begitu terdesak sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan tetap menjadi perdana menteri dengan cara yang lain. Kenyataan ini sebenarnya amat berbahaya, kerana ianya boleh ditafsirkan dengan tafsiran yang pelbagai samada oleh lawan ataupun penyokong bekas perdana menteri tertua didunia itu. Ini kerana menurut Mahathir, Anwar tetap tidak boleh menjadi PM kerana beliau banyak musuh dan tiada sokongan.
Artikel Berkaitan: Mahathir kata Anwar banyak musuh, tak boleh jadi PM
Namun pada 25 Jun Mahathir meneruskan langkah dengan mengadakan pertemuan yang berlangsung di rumah tamu sabah di Kuala Lumpur yang melibatkan beberapa pimpinan kanan dari DAP,  Amanah dan Warisan. Hasil daripada pertemuaan berkenaan, Mahathir bersetuju dan mencalonkan Shafie Apdal sebagai calon PM yang baru menggantikan beliau manakala Anwar pula dilantik sebagai TPM 1 dan anaknya Mukhriz sebagai TPM2. Cadangan ini disokong penuh oleh DAP & Amanah walaupun tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan PKR. Apa yang menarik, Mahathir berjaya juga meletakkan Mukhtiz diposisi yang penting dalam memastikan legasinya dapat dikekalkan.
Artikel Berkaitan: Dr M: Pemimpin DAP, Amanah setuju Shafie Sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM [Video]
Berbalik kepada pertemuaan Hamzah dan Anwar baru – baru ini, terdapat cakap – cakap bahawa ini adalah langkah dan perancangan Anwar bagi membantutkan usaha Mahathir untuk berkuasa semula samada melalui dirinya sebagai Perdana Menteri ataupun melalui proksinya. Anwar sebenarnya telah menerima realiti berbanding Mahathir. Hasrat beliau untuk menjadi PM adalah hampir mustahil setelah apa yang berlaku di dalam PH. Apa yang penting pada beliau ketika ini adalah untuk mengukuhkan semula PKR dan meneruskan survival politik mereka. Penganalisa politik tidak menolak kemungkinan pertemuan Hamzah Anwar adalah langkah awal untuk merintih kerjasama politik diantara PKR dan Perikatan Nasional. Jadi adalah tidak mustahil kemungkinan PN akan menerima sekutu baru bagi menguatkan lagi kedudukan politik mereka adalah positif. Jika ini berlaku cita – cita PH untuk kembali sebagai kerajaan hanya tinggal sebagai kenangan.
Yeop Karai Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa
 
Sisipan laporan dari Malaysiakini
Hamzah: Jumpa Anwar pertemuan peribadi Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin mengakui ada bertemu dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim baru-baru ini, lapor Bernama.
Beliau yang juga menteri dalam negeri ketika ditanya wartawan Bernama berkata ia adalah pertemuan peribadi individu yang sudah tidak berjumpa selama beberapa tahun.
Hamzah selanjutnya dipetik Bernama berkata perkara yang dibincangkan adalah perkara peribadi yang tidak perlu dihebahkan kepada umum.
Pada 19 Jun lalu, Ketua Whip PKR, Johari Abdul mengesahkan bahawa Anwar sebelum ini telah berjumpa dengan beberapa pemimpin di “blok sebelah”.
Jelasnya, keputusan ini dibuat setelah PKR bertekad untuk menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi.
Kata Johari, Anwar memaklumkan perkara itu pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan anggota parlimen PKR yang dibuat secara dalam talian pada ketika itu.
Gambar fail. Antara nama pemimpin yang disebut termasuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dan pemimpin kerajaan Sarawak.
Dalam perkembangan lain, Hamzah hari ini dipetik Bernama berkata tidak ada masalah bagi beliau membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) daripada Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang sedang berlangsung, walaupun beliau telah meninggalkan parti itu.
Jelasnya, perkara itu tidak menjadi masalah kepadanya memandangkan beliau berpegang kepada prinsip perjuangan sejak dari Umno sehingga menyertai Bersatu.
“Agenda perjuangan saya adalah untuk agama, bangsa dan negara. Kalau saya bersama mana-mana parti sekalipun, asalkan ia mengikut apa yang saya perjuangkan dan sama dengan prinsip saya, maka saya akan tegas keluar untuk membantu.
“Kalau dahulu semasa saya bersama Pakatan Harapan (PH), mungkin saudara saudari tidak pernah melihat, malah dalam parlimen pun, saya tidak bercakap apa-apa (tentang perjuangan PH),” katanya, lapor Bernama.
Hamzah berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Chini di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 di Chini hari ini, yang turut dihadiri timbalan beliau, Dr Ismail Mohamed Said.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU), Hamzah yang ketika itu anggota Umno menang atas tiket BN sewaktu kerajaan BN tumbang pada PRU itu.
Pada Disember 2018, beliau telah keluar Umno bersama beberapa orang lagi MP parti itu dan menyertai Bersatu sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu pada Mac lepas.
MK
The post Pertemuan Hamzah, Anwar, Perikatan Nasional Bakal Terima Sekutu Baru? appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/28/pertemuan-hamzah-anwar-perikatan-nasional-bakal-terima-sekutu-baru/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pertemuan-hamzah-anwar-perikatan-nasional-bakal-teri

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Bakal Sokong Muhyiddin Pkr Kemungkinan Rakan Baru Pn

Anwar Bakal Sokong Muhyiddin Pkr Kemungkinan Rakan Baru Pn

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 337 hits
Anwar Ibrahim PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diramalkan bakal menerima sokongan tidak disangka daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukannya dalam mendepani usul undi penentuan kepe...
Dato Sri Siti Nurhaliza Bakal Kembali Dengan Album Baru Manifestasiti2020

Dato Sri Siti Nurhaliza Bakal Kembali Dengan Album Baru Manifestasiti2020

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 939 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraDATO SRI SITI NURHALIZA BAKAL KEMBALI DENGAN ALBUM BARU Penyanyi nombor 1 negara bakal kembali dengan album terbaru yang dijangka bakal dilancarkan pada 3 Julai 2020 nanti Info ini telah diberitahu sendiri...
Umie Aida Bakal Terima Mmenantu Anak Sulung Selamat Bertunang

Umie Aida Bakal Terima Mmenantu Anak Sulung Selamat Bertunang

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 322 hits
PELAKON Datin Umie Aida berkongsi detik bahagia bakal menerima menantu tidak lama lagi apabila anak sulungnya Mohd Danial Firdaus 27 mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan yang dikenali sebagai Haniz pada Ahad Umie menerusi perkongs...
Tuan Ibrahim Menang Di Prk Chini Bakal Jadi Contoh Kerjasama Muafakat Nasional

Tuan Ibrahim Menang Di Prk Chini Bakal Jadi Contoh Kerjasama Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 313 hits
Kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini Sabtu ini berupaya menjadi satu lagi contoh terbaik kerjasama Muafakat Nasional antara Umno dan PAS Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini ker...
Senarai Sulit Cadangan Calon Parlimen Pru 15 Perikatan Nasional Bocor

Senarai Sulit Cadangan Calon Parlimen Pru 15 Perikatan Nasional Bocor

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 504 hits
ARIF ATAN Satu senarai yang didakwa cadangan calon Parlimen Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Umum ke 15 tular membabitkan sembilan parti komponen gabungan politik itu Senarai sebanyak 13 halaman itu tertera perkataan sulit di setiap muk...
Kejutan 13 Julai Anwar Bakal Sokong Muhyiddin

Kejutan 13 Julai Anwar Bakal Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 1895 hits
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diramalkan bakal menerima sokongan tidak disangka daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukannya dalam mendepani usul undi penentuan kepercayaan terhad...
Pertemuan Dengan Hamzah Apa Salahnya

Pertemuan Dengan Hamzah Apa Salahnya

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 216 hits
1 Ada orang yang persoalkan pertemuan Anwar dan Hamzah 2 Maria Chin yang hadir ke Langkah Sheraton dan Sivarasa turut mempersoalkan tindakan itu 3 Maria dan Sivarasa adalah kartel semburit yang uturn setelah menyedari penubuhan kerajaan bar...
Ratusan Tenaga Kesehatan Klaten Tangani Covid 19 Bakal Terima Insentif

Ratusan Tenaga Kesehatan Klaten Tangani Covid 19 Bakal Terima Insentif

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 202 hits
Menurut Nurcholis 520 tenaga kesehatan dari puskesmas yang diusulkan menerima insentif tersebut 216 orang pada bulan Maret 208 orang bulan April dan 96 orang pada bulan Mei Nilai total insentif yang diusulkan untuk tenaga kesehatan di puske...
Pkn Pahang Sokong Kerajaan Perikatan Nasional Pusat Dan Negeri

Pkn Pahang Sokong Kerajaan Perikatan Nasional Pusat Dan Negeri

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 386 hits
BENTONG Penggerak Komuniti Negara peringkat Negeri Pahang telah membuat keputusan menyokong penuh kepimpinan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Negeri Pahang dan Pusat atas prinsip bersama membina kemakmuran rakyat Demikian kenyataan ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik