Pertempuran Hastings Saksi Permulaan Kuasa Norman Di England


Pertempuran Hastings ialah satu pertempuran yang tercetus pada pertengahan abad ke-11 membabitkan Raja England berdarah Anglo-Saxon Harold II menentang bakal pemilik takhta negara berkenaan iaitu William, seorang duke dari Normandy (selepas menduduki takhta menggelar dirinya sebagai William Si Penakluk). Pertempuran yang meletus pada 14 Oktober 1066 ini dimenangi oleh William sekaligus menandakan permulaan penaklukan orang Norman di England. Tetapi bagaimana peperangan ini boleh tercetus?
Isu takhta England
Isu perebutan takhta bukanlah satu isu baru bagi mana-mana negara yang mengamalkan sistem beraja dari Eropah hingga ke Alam Melayu dan England tidak terkecuali mengalami masalah ini pada abad ke-11. Walaupun sudah memerintah negara berkenaan selama 24 tahun dan sudah berkahwin, Raja Edward the Confessor tidak mempunyai waris untuk menaiki takhta. Hal ini sudah pasti merungsingkan baginda dan tidak hairanlah pada tahun 1051, Edward menawarkan takhta berkenaan kepada sepupunya William di Normandy. Namanya dipilih kerana separuh dari kehidupannya dihabiskan dalam buangan di Normandy. Bagi Edward, apa yang dilakukan baginda itu merupakan caranya membalas budi terhadap kebaikan pemerintah Normandy itu.
Bagaimanapun, sebaik plot tersebut diketahui rakyat England terutama keluarga permaisurinya bernama Edith, ia mencetuskan penentangan yang bukan sedikit. Ini kerana permaisurinya merupakan puteri kepada Godwine, seorang bangsawan yang amat berpengaruh ketika itu. Dan menjelang dekad 1050-an, kekanda dan adindanya menjadi pemain politik utama England ketika itu. Maka tidak hairanlah selepas kemangkatan Edward the Confessor pada tahun 1066, takhta England jatuh ke tangan kekanda iparnya bernama Harold Godwinson dan bukan William atau satu lagi waris bernama Edgar Aetheling dari Hungary. Alasan Harold bila ditanya sebab baginda boleh menaiki takhta kerana itu merupakan permintaan Edward sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, satu cerita yang diragui kesahihannya oleh sesetengah pihak termasuk William.
Pertempuran Hastings
Walaupun sudah dimahkotakan sebagai raja baru England, Harold sudah berhadapan cabaran. Pada satu ketika, satu ekspedisi dari Norway diketuai Raja Harold Hardrada tiba di England untuk menuntut takhta. Bagaimanapun, cabaran baginda berjaya diatasi menerusi kejayaannya di Stamford Bridge, Yorkshire pada 25 September 1066. Namun, cabaran sebenar menanti Harold II apabila William datang sendiri ke England bersama angkatan Normannya tiga hari kemudian. Hajatnya hanya satu iaitu melunaskan hasrat Edward bahawa takhta negara itu seharusnya menjadi miliknya, bukan Harold II.
Sebaik tiba di pesisir pantai England, William bersama angkatannya antara 7,000 hingga 12,000 orang bergerak ke sepanjang pesisir pantai Hastings sebelum berkhemah di situ. Tapak pertempuran sebenar membabitkan kedua-dua pihak terletak enam batu di barat laut kawasan berkenaan yang turut dikenali sebagai Battle. Bagi Harold II, ancaman terbaru dari William ini menyukarkan baginda mendapatkan askar tambahan untuk menyokong pasukannya yang berkurangan selepas kempen menentang Harold Hardrada. Atas sebab itulah, dari menunggu tentera bantuan tiba, Harold II memilih menuju ke Hastings dengan pasukannya antara 5,000 hingga 13,000 orang.
Dari segi persenjataan, kedua-dua pihak mempunyai elemen persenjataan yang sama seperti pedang, lembing, topi keledar dan perisai berbentuk layang-layang. Satu perbezaan antara kedua-duanya ialah pihak England menggunakan kapak sebagai senjata utama mereka. Kapak kecil digunakan untuk membaling sementara kapak besar pula digunakan di medan pertempuran. Dari segi taktik peperangan pula, taktik peperangan England dipengaruhi taktik peperangan orang Viking menerusi taktik dinding perisai mereka.
Taktik sebegini amat berhasil melindungi tentera, kesatria dan pemerintah mereka dari serangan pihak musuh terutama serangan anak panah. Taktik ini menjadi pilihan berikutan pengalaman England menentang pencerobohan orang Viking sejak beratus-ratus tahun seperti dipaparkan dalam drama bersiri History Vikings. Sementara orang Norman (keturunan Viking dari kumpulan Viking yang dibawa Rollo dan menetap di Normandy) sudah mengadaptasi strategi peperangan mereka dengan memilih taktik kavalri. Oleh sebab itu, sekiranya William dan angkatannya mahu menyerang, mereka perlu menyerang pasukan Harold II dari arah cerun.
Pada awalnya, taktik dinding perisai ini berhasil melindungi mereka dari serangan infantri dan kavalri William walaupun diserang bertubi-tubi. Dengan pertempuran semakin sengit, tiba-tiba wujud khabar angin Duke dari Normandy itu terbunuh dalam pertempuran sekaligus mengakibatkan angkatan perang Normandy dalam keadaan kucar-kacir. Bagaimanapun, moral tentera Norman kembali pulih selepas beliau menanggalkan topi keledarnya dan menunggang kuda di sepanjang garisan pasukannya sekaligus mematikan khabar palsu itu.
Tentera England menyangka perpecahan ini memberi petanda tentera Norman sudah berundur mula keluar dari dinding perisai mereka dan mengejar tentera Norman yang masih dalam keadaan keliru. Keadaan itu disedari oleh William dan beliau mengarahkan angkatannya mengejar tentera England itu. Dengan adanya kelompangan pada dinding perisai tentera Harold II juga membolehkan beliau mengarahkan pasukan memanahnya memanah kawasan kosong itu. Ini mencetuskan keributan dalam kalangan tentera baginda dan Harold II tidak berupaya membalas serangan itu kerana bilangan pemanahnya tidak seramai pemanah William.
Dan kesilapan sebegini yang akhirnya membawa padah kepada Harold II. Dengan malam bakal menjelang dan pasukannya terus diasak tentera Norman, baginda dikatakan mati akibat terkena anak panah pada bahagian mata. Tetapi ini mencetuskan perdebatan bukan saja dalam kalangan penulis era William tetapi juga dalam kalangan sejarawan kontemporari hari ini. Ada yang mencadangkan Harold II mati akibat dibunuh seorang kesatria Norman. Ada juga yang mencadangkan baginda terkena anak panah pada bahagian mati sebelum dibunuh oleh seorang kesatria Norman pada masa sama. Yang pasti, kematian baginda mencetuskan keributan dalam kalangan tentera England dan ramai melarikan diri. Mana yang masih kekal di Hastings melindungi mayat baginda sambil bertempur habis-habisan. Dalam pertempuran itu, 2,000 tentera Norman terbunuh sementara 4,000 lagi tentera musuh mati.
Jika William menyangka kematian Harold II mendorong ramai bangsawan England mengisytiharkan taat setia kepadanya, beliau silap. Sebaik berita kematian baginda diketahui mereka, Edgar Aethelring diangkat sebagai raja yang baru. Berang dengan tindakan mereka, William bersama angkatannya bergerak sepanjang pesisir Kent dan berjaya menewaskan tentera England yang dihantar menyerangnya di Southwark. Selepas laluannya ke London dihalang, beliau memilih jalan berbeza dan berjaya sampai ke ibu negara berkenaan melalui lembah Thames. Selepas berjaya memaksa mereka menyerah kalah di Berkhamsted, Hertfordshire, beliau akhirnya diangkat sebagai Raja England pada 25 Disember 1066 di Westminster Abbey.
Bagaimanapun, itu bukan penanda berakhirnya penentangan orang England terhadap pemerintahan William. Baginda berhadapan pemberontakan di Exeter (1067), serangan putera-putera Harold II dan pemberontakan Northumbria (1068). Pada tahun 1069, William berhadapan tiga ancaman iaitu pemberontak dari utara dan selatan England, serangan orang Denmark dan pemberontak Northumbria. Hereward the Wake, seorang pembesar Saxon turut melancarkan kempen menentang William tetapi tewas di tangan tenteranya di Ely pada tahun 1070. Kebanyakan kempen ini berakhir dengan kegagalan dengan baginda sendiri menghukum keras sesiapa yang menentangnya.
SUMBER
Morris, Marc. (2018). HistoryExtra. 8 battle of Hastings facts. http://bit.ly/2t1bvwf

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/02/pertempuran-hastings-saksi-permulaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengecas Nirwayar Samsung Galaxy S10 Adalah Terpantas Buat Masa Ini Kuasa 15w

Pengecas Nirwayar Samsung Galaxy S10 Adalah Terpantas Buat Masa Ini Kuasa 15w

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 291 hits
Peranti mercu Samsung sehingga hari ini kekal dengan sistem pengecasan pantas Samsung Adaptive Fast Charging Ia adalah berasaskan Qualcomm Quick Charge 2 0 iaitu kuasa pengecasan 15W Ia boleh dikatakan antara yang paling perlahan tetapi bua...
22 Gambar Pertumbuhan Janin Dalam Perut Yang Menyentuh Kalbu Ah Kuasa Tuhan Sehebat Itu

22 Gambar Pertumbuhan Janin Dalam Perut Yang Menyentuh Kalbu Ah Kuasa Tuhan Sehebat Itu

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 360 hits
Saat ditanya soal bagaimana proses perkembangan janin dari awal pembuahan hingga melahirkan biasanya kita akan menanggapi dengan jawaban mendasar yang kurang mendalam proses pembuahan janin berkembang dalam perut lalu melahirkan Padahal pro...
Perokok Vs Menteri Yang Megah Dengan Kuasa

Perokok Vs Menteri Yang Megah Dengan Kuasa

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 272 hits
Di Malaysia merokok bukan hak Ia merupakan sebahagian daripada budaya masyarakatnya terutama di restoran mamak dan warung warung yang sudah wujud lama bahkan boleh dikatakan perkembangan perniagaan premis makan terbuka menjadi begitu unik d...
M Sia Islam Hilang Kuasa Politik Apa Alternatif Menurut Presiden Pas

M Sia Islam Hilang Kuasa Politik Apa Alternatif Menurut Presiden Pas

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Orang Islam harus sedar bahawa mereka telah kehilangan kuasa dalam politik tanah air pada hari ini demikian peringat Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Menurutnya walaupun menguasai pemerintahan negeri tetapi sua...
Pas Adalah Sebuah Parti Kebuloq Kuasa Rakyat Nak Termuntah Mahfuz

Pas Adalah Sebuah Parti Kebuloq Kuasa Rakyat Nak Termuntah Mahfuz

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 334 hits
Bekas anggota parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar parti Islam itu kerana menggesa penubuhan kerajaan perpaduan di Kedah walaupun sebelum ini menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke 14 Naib Presiden Parti Amana...
Kau Tau Abang Aku Sape Mana Lagi Rm20 000 Polis Siasat Dakwaan Anggota Polis Salahguna Kuasa Ugut Orang Awam

Kau Tau Abang Aku Sape Mana Lagi Rm20 000 Polis Siasat Dakwaan Anggota Polis Salahguna Kuasa Ugut Orang Awam

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 416 hits
Kau tau abang aku sape Mana lagi RM20 000 Polis siasat dakwaan anggota polis salahguna kuasa ugut orang awamViral di media sosial seorang lelaki yang dipercayai anggota polis mengugut dan menunjukkan pistolnya kepada seorang pemandu lori me...
Bersih Saran Spr Diberi Kuasa Mendenda

Bersih Saran Spr Diberi Kuasa Mendenda

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 236 hits
Ia dirasakan perlu oleh pertubuhan pendesak pembaharuan pilihan raya itu bagi menangani kes kes kesalahan kecil
Tahukah Anda Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa Untuk Menyimpan Kad Pengenalan Anda

Tahukah Anda Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa Untuk Menyimpan Kad Pengenalan Anda

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 728 hits
Tentu ada dikalangan anda yang pernah berkunjung ke sesuatu premis dan anda diminta supaya mendaftar nama dan diberikan pas masuk Namun mungkin ada juga premis yang berkehendakkan anda meninggalkan kad pengenalan anda atau dokumen pengenala...
Kuasa Viral Isu Pelekat Kenderaan Tapak Kaki Ada Kalimah Allah Dan Muhammad Mr Diy Tampil Beri Penjelasan

Kuasa Viral Isu Pelekat Kenderaan Tapak Kaki Ada Kalimah Allah Dan Muhammad Mr Diy Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 346 hits
Kuasa Viral Isu Pelekat Kenderaan Tapak Kaki Ada Kalimah Allah Dan Muhammad Mr DIY Tampil Beri Penjelasan Sejak semalam tular di media sosial Facebook dan Twitter dengan satu video mengenai aksesori pelekat kenderaan yang mempunyai cetakan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir

Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu