Pertembungan Dalaman Bersatu Cubaan Pas Main Kayu Tiga Dua Dua Bercakaran Di Perak
K PRAGALATH, 2025
Setiausaha AMANAH Perak Salman Saleh mendedahkan pertembungan dalaman
Bersatu Perak, cubaan Pas bermain kayu tiga dan percakaran antara dua parti
utama Perikatan Nasional dalam kempen pilihan raya kecil Ayer Kuning.
Pertembungan dalaman yang dimaksudkan melibatkan naib presiden Bersatu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang lebih dikenali sebagai Peja dan Adun Sungai
Manik Zainol Fadzi.
Faizal Azumu juga pengerusi Perikatan Nasional Perak.
“Pergaduhan antara Datuk Seri Faizal Azumu dan Adun Sungai Manik, Zainol
Fadzi bukan lagi rahsia. Zainol melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Bersatu
Perak selepas berlaku perbalahan dengan Faizal, dan semalam secara terbuka
melalui satu hantaran di Facebook, menempelak seorang “Mr. P”, yang secara umum
difahami ditujukan kepada Faizal sendiri.
“Dalam hantaran tersebut, Zainol menyuarakan kekecewaan terhadap sikap
tamak dan perebutan kuasa dalam partinya sendiri.
“Lebih memburukkan keadaan, hari ini Perikatan Nasional Perak menghantar
surat rasmi kepada Speaker DUN untuk menukar tempat duduk Zainol dalam Dewan.
BAITULJANNAH
Opss
tak jumpa jodoh lagi?
Jodoh Tak Datang Sendiri, Kena Mula Cari!
KETAHUI LEBIH LANJUT
“Ini bukan lagi khabar angin, ia pengesahan rasmi bahawa krisis dalaman
Bersatu sedang berlaku secara terbuka dan memalukan.
Salman turut mendedahkan pergolakan di dalam Pas dan cubaan Pas untuk
bermain kayu tiga ekoran kedudukan Bersatu yang lemah.
“Pas juga bergolak dan tidak ada hala tuju di peringkat kepimpinan
negeri. Razman Zakaria ketika ini sedang digantung jawatan Pesuruhjaya Pas
Perak kerana tindak-tanduk dan kenyataan fitnah yang mencetuskan ketegangan.
“Keputusan ini memeningkan ahli dan penyokong, dan mencerminkan betapa
Pas Perak kini sedang dalam krisis keyakinan dan kepimpinan.
“Jelas sekali, kedua-dua parti utama dalam PN Perak, Bersatu dan Pas
sedang bermasalah, bercakaran, dan hilang arah.
“Dalam keadaan gabungan sendiri tidak stabil, bagaimana mereka mahu
tampil ke hadapan untuk kononnya membawa kestabilan kepada rakyat Ayer Kuning?
“Lebih mengejutkan, dalam saat Bersatu runtuh, Pas pula ambil pendekatan
lunak terhadap Umno. Tidak ada serangan yang jelas, sebaliknya peluru dihala
kepada DAP dan AMANAH.
“Penganalisis politik juga mula menyebut, Pas sedang ‘berkira-kira’.
Jika perlu berpatah balik, mereka sedia buat apa saja.
“Inilah politik main kayu tiga. Bila kawan goyah, musuh lama pun mula
dirayu. Prinsip tidak penting, yang penting kuasa.”
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/04/pertembungan-dalaman-bersatu-cubaan-pas.html