Pertembungan 2 Agama Rusuhan Natrah



Rusuhan Natrah atau Tragedi Natrah, Rusuhan Maria Hertogh berlaku di Singapura pada 1950 kerana pertembungan antara dua agama iaitu Islam - Kristian dan dua budaya iaitu Barat - Timur.
Seramai 18 orang terbunuh / mati syahid dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British. Mana-mana warga British di Singapura telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura.
Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. ISA telah digunakan dengan sebaik-baknya bagi membendung keganasan merebak.
Punca
Orang Melayu, India Muslim dan orang keturunan Indonesia di Singapura tercabar dan terbakar apabila Natrah diletakkan disebuah gereja atau menyamai fungsi gereja. Mereka beranggapan ini adalah 'Perang Jihad', perang suci untuk menyelamatkan agama dan maruah Islam.
Dalam Undang-Undang Syariah Islam sebagaimana Sunnah Rasulullah, perempuan Islam berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin. Tambahan pula saiz tubuh Natrah / Bertha Hertogh besar. Suaminya pula Mansor Adabi seorang guru berusia 22 tahun. Bapa angkat Mansor Adabi ialah M.A.Majid seorang India Muslim. Mereka dinikah gantung, iaitu mereka dinikah dan sah bermalam tetapi majlis jamuan perkahwinan dibuat pada satu masa lain yang sesuai.
Tujuan pernikahan ini dengan andaian untuk menyelamatkan Natrah daripada dibicarakan semula di Singapura. Tetapi perkahwinan ini menjadi 'disadvantage' kerana Undang-Undang Belanda / British tidak membenarkan perempuan bawah 18 tahun berkahwin.
Pihak berkuasa British tidak memberi fokus kepada sensitiviti agama dalam masyarakat majmuk. Natrah yang telah berugama Islam dan amat disayangi oleh Che Aminah telah diletakkan di sebuah tempat berhampiran sebuah gereja.
Turut terlibat
Karim Ghani ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. 'Nadra Appeal Committe' ditubuhkan di Singapura. * Ogos 1951 - Sept. 1952 - Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, presiden Parti Islam SeMalaya (PAS) ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi dalang dan pembakar semangat rusuhan ini.
Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi peguam bela kes Natrah ini di Mahkamah Sivil Singapura.
MA. Majid seorang India Muslim menjadi sumber kewangan untuk perbicaraan.
Kronologi
* 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi ,Jawa , Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
* Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
* Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
* 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman , Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
* 1954 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
* September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke , Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
* 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
* 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
* 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
* 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre , York Hill,Singapura
* 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
* 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
* 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
* 1 Ogos 1952 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah.
* 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan , selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
* Dalam kes Natrah ini , mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://iniceritadunia.blogspot.com/2022/08/pertembungan-2-agama-rusuhan-natrah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terbaru Pakej Menjual Doa Oleh Penunggang Agama

Terbaru Pakej Menjual Doa Oleh Penunggang Agama

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 276 hits
DAH BERTAHUN BERDOA TP HAJAT BLM MAKBUL JUGA VALET DOA BANTU ANDA BERDOA DEPAN KAABAH CONFIRM MAKBUL CEPAT BERMULA MAC 2017 TERBARU VALET DOA Servis Utk Doakan Hajat2 Anda Trs Di Masjidil Haram Mekah 1st in the world KHAS UTK ANDA YG ADA HA...
Menteri Agama Tak Ambik Tau Kot Islam Terancam

Menteri Agama Tak Ambik Tau Kot Islam Terancam

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 160 hits
RAMZAN AHMADNASIB KEBAJIKAN GURU KAFA Anda kenal PEKERJA ASING Mereka bekerja di negara kita dengan gaji minimum RM1200 RM1500 sebulan Noktah Pendidik Agama Islam Guru KAFA hanya diberikan gaji atas nama elaun antara RM700 RM850 sahaja Stat...
Rakyat Tidak Harus Terpesona Dengan Imej Warak Jangan Izinkan Lagi Agama Dijual

Rakyat Tidak Harus Terpesona Dengan Imej Warak Jangan Izinkan Lagi Agama Dijual

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 238 hits
DR SHAHNOR BASRISudah Hilang Akal atau Tiada Akal Sistem demokrasi membolehkan proses memilih wakil rakyat dilakukan secara terbuka dan rakyat mempunyai hak sepenuhnya mengundi berasaskan keyakinan mereka terhadap misi dan visi sesorang cal...
Tik Tok Khalid Samad Hentam Parti Agama

Tik Tok Khalid Samad Hentam Parti Agama

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 117 hits
Saya nak supaya Islam tidak tercemar dengan kata kata Bachok kata Khalid Samad
Undi Ph Jahil Agama

Undi Ph Jahil Agama

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 193 hits
Terkejut saya membaca kenyataan Tuan Guru Haji Hadi berkenaan perkara ini TGHH turut menambah PH sebagai lebih teruk daripada UMNO Sebagai seorang pengundi PH pada PRU 14 yang lepas suka saya ingin membetulkan kenyataan ini Saya dan ramai r...
Mcdonald S Malaysia Membayar Zakat Korporat Rm200 000 Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Mcdonald S Malaysia Membayar Zakat Korporat Rm200 000 Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 265 hits
Hii selamat hari raya korang Tak terlambat lagi rasanya walaupun dah nyata nyata hari ini dah berapa haribulan Semua dah masuk kerja semula selepas pulang beraya dekat kampung minggu lepas Alhamdulillah ada rezeki lebih nampaknya tahun ini ...
Pet Expo Midvalley 2024

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Kenapa Bini Aku Tak Cantik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Jarak Antara Dua Pintu Syurga

Al Ikhsan Sports Mengumumkan Pemenang Peraduan The Ultimate Sports Experience Spend And Win

Jinda888 Website 888 Casino Online Slot888 Top 41 By Tamie Slot888 Jinda888 Bet 2 2567

Stour House By Facit Homes In London United Kingdom

10 Cara Menyambut Hari Guru Selain Memberi Hadiah

Lucy M Enggai Tundi Dek Chord