Pertandingan Seiras Tokoh Kemerdekaan Malaysia
Ini merupakan pertandingan peragaan pertama peringkat
sekolah yang Airis sertai. Bersempena bulan kemerdekaan yang lepas, sekolah
anak-anak ada buat sambutan Hari kemerdekaan.
Tahun ni agak meriah dengan aktiviti dan juga
tetamu khas VIP yang datang. Ceritanya masuk pertandingan ni, sangat lah last
minute.
Cikgu dah beritahu awal yang kelas pra sekolah
akan adakan pertandingan Seiras Tokoh Kemerdekaan / Tokoh Malaysia khas untuk
anak-anak pra yang berumur 6 tahun.
Memang tak bercampur dengan kakak abang di
tahap 1 dan tahap 2. Objektif utama pertandingan nak beri pendedahan kepada
anak-anak supaya kenal tokoh-tokoh penting.
Selain tu nak pupuk semangat cintakan negara. Sebagai
emak, aku memang setuju sebab anak-anak banyak belajar sepanjang proses
pertandingan.
Pertandingan Seiras Tokoh Kemerdekaan / Malaysia
Sebelum tu cikgu awal-awal lagi dah beri
penerangan dan kongsi syarat-syarat pertandingan. Berdasarkan pengalaman,
penting sangat pemberitahuan ni supaya tiada salah faham di masa hadapan.
Waktu ni aku dah mula buat carian tentang
tokoh. Mestilah kena cari tokoh wanita untuk ditiru. Banyak tokoh yang aku
jumpa tapi susah nak jadikan seiras.
Cikgu terangkan penilaian pertandingan & pemilihan
pemenang adalah berdasarkan ciri-ciri yang sangat serupa dengan gambar tokoh
yang murid pilih.
Kena print nama dan gambar tokoh yang di tiru
dan harus diserahkan pada guru untuk cikgu laminate. Nanti masa hari
pertandingan kena bergaya sambil pegang gambar yang di laminate tu.
Jadi strategi utama ialah cari tokoh dan kena
ikut sebiji macam dalam gambar.
Tiru Gaya Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji
Mohamad Ali
Selepas banyak kali sesi brainstorming dengan
Airis, akhirnya aku ambil pendapat majoriti kawan-kawan nak tiru gaya Tun Dr.
Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali.
Kalau ikut Airis dia tak mahu berlakon jadi tokoh.
Dia fikir jadi tokoh maksudnya kena jadi orang tua. Orang tua kan tak cantik. Ya
ampun puas eh nak pujuk dia
Kawan-kawan cadangkan sebab rambut Airis
kerinting so buat rambut sikit, pakai rantai Mutiara lepas tu make up
sikit-sikit untuk tiru gaya Tun.
Aku cuba jadikan Airis seirang dengan gambar Tun
Dr. Siti Hasmah yang ini.
Untuk sedapkan hati Airis supaya dia nampak cantik
masa hari pertandingan aku pakaikan aksesori dan aku janji akan beri ganjaran
kalau dia behave.
Aku suruh dia tengok episod Upin Ipin yang Tun Dr. Siti Hasmah jadi tetamu undangan episod khas tu supaya dia lebih faham.
Sebenarnya sebelum tu aku dah belikan dia baju Merdeka
dekat TikTok. Dia dah banyak kali cuba dan teruja nak tunjuk dekat kawan-kawan.
Menang Pertandingan Seiras Tokoh Kemerdekaan / Malaysia
Alhamdulillah rezeki Airis. Menjadi pilihan para
juri dipilih menjadi antara salah seorang pemenang. Dia beraksi dengan yakin
diri bila dapat naik pentas.
Lain yang diajar lain yang dia buat. Tapi okay
lah dia tak kekok dan tak malu. Emak yang ambil video kamu yang malu nak. Hahhaha
tak sangka sungguh yakin.
Kemenangan berbaloi dengan usaha. Beberapa hari
sebelum tu keluar mencari rantai Mutiara. Eh payah nak jumpa. Sudahnya aku beli
aksesori casing telefon je then aku ubah jadi rantai.
Selain Airis, kawan sekelas ada yang tiru gaya Tok
Janggut, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Mat Kilau, Mat Salleh dan Tun
Dato' Hussein Onn.
Airis jadi wakil Tunggal Perempuan.
Murid lain semua nak bergaya dengan baju Merdeka.
Manfaat Dedahkan Anak-Anak Masuk Pertandingan
Bersyukur sangat Allah gerakkan hati aku untuk
sokong anak masuk pertandingan dan aktiviti dekat sekolah. Ikut background aku
masa jadi murid sekolah, tak banyak pendedahan aku terima.
Jadi bila ada anak ni aku memang tolak mereka
habis-habisan. Rugi kot. Ni sajalah kenangan dan cara aku nak mereka enjoy zaman
sekolah masing-masing.
Mendedahkan anak kepada pertandingan semasa di
bangku sekolah boleh memberikan pelbagai manfaat kepada perkembangan diri
mereka. Berikut adalah beberapa sebab mengapa ia penting:
#1 Tingkatkan keyakinan diri
Bukan mudah nak dapat peluang untuk berdiri di
hadapan khalayak ramai dan tunjukkan bakat mereka. Gunakan pertandingan sebagai
tiket untuk anak-anak mencuba.
Cabaran nak berdiri depan orang ramai dan bawa
diri tu penting sebab dekat situ anak-anak akan banyak belajar. Seterusnya akan
meningkatkan keyakinan diri.
#2 Belajar menghadapi kegagalan dan kekecewaan
Dari awal lagi, dalam setiap pertandingan aku
akan terangkan dekat Airis. Kalau dia kalah aku nak dia belajar terima
kekalahan dengan cara yang positif. Ketahanan mental tu yang utama.
#3 Menguatkan Semangat Berdaya Saing yang Sihat
Bagi aku bila bertanding je akan naikkan
semangat berdaya saing secara sihat. Lebih terkawal sebab ada juri yang adil
yang akan hakimi anak-anak.
Selalu pesan, nak berjaya put more efforts,
berdisiplin. Kena berkorban.
Syukur Alhamdulillah. Pengalaman yang Airis dan
aku dapat kutip sepanjang Pertandingan Seiras Tokoh Kemerdekaan / Malaysia sangat-sangat
berharga yang tak dapat dibeli dekat mana-mana.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2024/09/pertandingan-seiras-tokoh-kemerdekaan.html