Pertandingan Pantun Merdeka Maaf Untuk Ahli Sahaja
Pertandingan pantun
Ada wasap masuk kata ada pertandingan pantun, maaf untuk ahli sahaja. Disertakan dengan butirannya untuk rujukan di masa hadapan
🇲🇾Perhimpunan pagi dan Perjumpaan Bersama Pengarah Bil 1/2023🇲🇾
Assalamualaikum WBT dan Selamat pagi
Dimaklumkan bahawa Perhimpunan Pagi dan Perjumpaan Anggota bersama Pengarah bagi Bil 1/2023 akan di adakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 18 Ogos 2023(Jumaat) Masa : 9.15 pagi Tempat : Ruang kerja Seksyen Rangka dan Pemetaan (di hadapan bilik ICT) Tema pakaian : Baju bertemakan Jalur Gemilang🇲🇾 Urus Setia : Seksyen Rangka dan Pemetaan
KKSS ingin menganjurkan Pertandingan Pantun Gema Merdeka. Syarat penyertaan seperti berikut:1. Pantun yang dihasikan adalah pantun 4 kerat
2. Pembayang dan maksud pantun mesti bermula dengan huruf D,O,S dan M atau K,K,S dan S
3. Setiap Seksyen hanya perlu menghantar 1- 3 penyertaan yang terbaik sahaja
4. Setiap penyertaan akan di nilai dari segi keaslian dan kreativiti
5. Tarikh tutup : 17 Ogos 2023 (12 tghri)6. Pemenang dua kategori: Johan dan Naib johan. (Hadiah hamper disediakan)
Contoh pantun:Dam dam dum bunyi senjata,Orang berpusu ke dataran,Semaikan semangat patriotic di hati kitaMalaysia Madani, teras perpaduan penuhi harapan.
Kangkung belacan dalam sia,Kiriman dari Muhamad Jiwa,Saya anak Malaysia,Setia dan jatidiri memenuhi jiwa.
7. Mohon hantar penyertaan kepada xxxx8. Mohon panjangkan dalam group PMS juga
Sekian, tkasih
Sha tengah busy2 sangat sebab nak kejar kerja. Orang lain dah siap, Sha belum siap. Sebabnya hari tu Sha cuti 3 hari. Kalau x cuti, siaplah kerja Sha tu
Sha memang nak masuk tapi tengah busy kaw-kaw sampai xde masa nak cari idea. Tapi baru je google sambil buat kerja cuma nak baca je x sempat. Sibuk wei
Tetiba bos datang petik nama. "Kak Hapisah masuklah pertandingan pantun". Bos pertikaikan pasal ini berbalas pantun. Sha cakaplah bukan ni. Cipta pantun ni
Dia kata syaratnya no 4 tu, asli dan buat sendiri. Sha jawab memang macam tu. Tu la banner ni tak tulis reka ke cipta ke, senang sikit orang nak faham. Sha pun pada mulanya ingat berbalas pantun. Tengok syarat, eh bukan.. Ni cipta pantun ni.
Tengah duk bercakap dengan bos, kawan Sha datang tengok syaratTetiba pap, siap pantun dia! Sedap pula tu. Memang dia berbakat besarlah. Tapi dia suruh Sha yang masuk guna pantun dia. Sha x nak lah. Sebab Sha pun nak masuk atas nama sendiri juga. Kang menang pantun dia, ha macam mana pula nak bahagi hadiah. Sebab dia tak nak pakai nama, tapi katanya, hadiah nak. Erm, pening kalau menang nanti, nak bahagi macam mana
Sha serahkan pantun kawan Sha pada bos dan cakap nama kawan Sha yang buat
Sha tengah siapkan kerja dan belum buat lagi pantun tapi duk rasa dah akan menang. Dapat ilham yang pantun huruf D tu yang menang. Duk merah muka dah. Hahaha
Pengumuman
Pada sebelum umum keputusan, kawan Sha cakap "Mesti Kak Pisah menang punyalah,"Sha tak yakin menang. Sebab ye la, simple je Sha reka pantun. Ye la, busy sangat-sangat dengan kerja, sampai mata sakit duk hadap skrin je. Penat
Mana ada masa rehat. Tak ada rest. Duk pulun nak siapkan kerja je. Penat. Balik rumah, uruskan hal rumah dan anak-anak pula. Ajar anak kerja sekolah. Suap makan. Tidurkan anak-anak
Masa nak umum tu, berdebar kuat. Biasanya debar ni, menang
Masa amcee baca pantun tu, eh Sha kenal itu pantun kawan Sha. Sha cakap kat kawan yang lain. Itu pantun kawan kita, Tika
Sha dah menjerit keseronokan bagi kawan Sha
Bila amcee baca pantun kedua, Kak Kas yang berada di sebelah Sha ni, terkejut. Sebab pantunnya. Bila amcee baca pantun ketiga pula, itu pantun Sha
Bila amcee umum seksyen Sha yang menang, riuhah kami bersorak
Sha hantar dua pantun tapi satu je tersenarai. Kira oklah kan. Tahniah untuk para pemenang
Terima kasih singgah sini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sha-myheart.blogspot.com/2023/08/pertandingan-pantun-merdeka-maaf-untuk.html