Pertama Kali Tempah Cermin Mata Online Di Optom Eyecare Bangi
Pertama Kali Tempah Cermin Mata Online Di OPTOM Eyecare Bangi | Zaman sekarang dah tak macam dulu, nak buat cermin mata baru tak perlu lagi nak pergi ke kedai. Boleh tempah cermin mata secara online jer, pastu tunggu cermin mata sampai kat depan pintu rumah. Mudah dan senang. Jimat masa dan tenaga juga sebab tak perlu nak keluar rumah. Tambah tambah pulak musim Covid19 sekarang ni, memang elok sangat la kalau korang tempah cermin mata secara online jer. Tapi nak tempah kat mana? Ha ahh, KakYa ada jumpa satu kedai cermin mata ni, yang menerima tempahan cermin mata secara online. OPTOM Eyecare Bangi la mana lagi!
OPTOM Eyecare Bangi Menawarkan Pelbagai Pilihan Cermin Mata
OPTOM Eyecare Bangi menawarkan pelbagai pilihan cermin mata dari cermin mata hitam untuk korang yang suka bergaya hinggalah ke cermin mata prescription dengan harga berpatutan dan mampu bayar.
Pelbagai pilihan cermin mata dari pelbagai jenama antaranya Adidas, Nike, Lee, Rayban, Zara, Oakley, Bonia, Sembonia dan pelbagai pilihan jenama yang lain. KakYa yang tengok macam macam jenama ni, naik rambang mata jugak la nak memilih
Semua yang KakYa tengok, boleh jatuh berkenan. Makin lama tengok makin banyak pulak yang berkenan di hati. Hahaha .. susah jugak ni nak buat pilihan bila banyak sangat pilihan yang ada. Dah la semua cantik cantik dan menarik dengan pilihan pattern terkini. Rambang mata oiiii .. Mana satu laa yang paling sesuai agaknya. Marilah kita memilih
Akhirnya setelah berlama lama duk tenung menenung pelbagai pilihan cermin mata dari OPTOM Eyecare kat depan skrin telefon, KakYa dah jumpa idaman hati KakYa. KakYa pilih cermin mata jenama Zara. Kita tukar pattern pulak la kalini. Sebelum ni KakYa pakai cermin mata bingkai bersegi tapi untuk cermin mata baru ni, KakYa pilih bingkai bentuk bulat. Selalu sangat pakai yang jenis bersegi nak jugak tukar selera ke bingkai bulat. Kita tengok la nanti kena ke tidak dengan muka KakYa ni, heehehe..
Apa Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Tempah Cermin Mata Secara Online
Ok dah pilih cermin mata mana yang berkenan di hati, kini tiba masa untuk korang check power cermin mata korang. Opkos la kan kena check berapa power cermin mata dulu sebelum buat cermin mata baru. Macam KakYa memang tak perlu pergi kedai cermin mata untuk check power sebab KakYa ada kad dari kedai cermin mata dan kat atas kad tu dah siap siap tulis berapa power kiri dan kanan cermin mata KakYa.
Mudah bila ada kad yang tertera siap siap berapa power cermin mata kita. Nak buat cermin mata secara online pon mudah, bagi je power cermin mata yang sedia ada. Tapi kalau korang baru nka buat cermin mata kenalah check power mata korang dulu kar mana mana kedai cermin mata berdekatan.
Ok selain power cermin mata yang kita kena tahu, satu lagi yang perlu kita tahu ialah PD (pupillary distance) mata kita. Apa kebenda PD ni? PD maksudnya jarak antara dua anak mata kanan dan juga kiri. PD ni perlu untuk pemotongan kanta dan cermin mata yang kita pilih. KakYa pon baru tahu bab bab PD ni bila nak tempah cermin mata secara online melalui OPTOM Eyecare Bangi. Kalau pihak OPTOM tak tanya bab PD ni, KakYa pon tak tahu apa kebenda la PD. Thanks OPTOM Eyecare Bangi untuk sesi pencerahan ini. Dalat jugak ilmu baru mengenai cermin mata.
Bila pihak OPTOM dah tanya berapa ukuran PD mata KakYa, terus la KakYa google bab PD dan cara nak dapatkan ukuran PD mata. Rupa rupanya senang jer nak dapatkan PD mata bila dah tahu caranya. Terus KakYa ukur sendiri guna pembaris dan dapat ukuran 62. Tapi KakYa was was jugak sebenarnya takut salah, KakYa call kedai cermin mata yang KakYa buat cermin mata terkini untuk kesahihan PD mata KakYa dan pihak diaorang cakap ya betul PD mata KakYa ialah 62. Pandai jugak la kiranya KakYa ukur, betul dan tepat. Hehehe ....
Okey bila dah ada power cermin mata dan PD mata, makanya selesai sudah sesi tempahan cermin mata KakYa secara online. KakYa tunggu cermin mata sampai kat rumah jer la pasni ....
Akhirnya Cermin Mata Online Dari OPTOM Eyecare Bangi Selamat Di Terima
Alhamdulillah akhirnya KakYa dah terima cermin mata baru KakYa. Teruja giler nak pakai cermin mata ni. Ya la, tak sabar rasanya sebab ni first time KakYa tempah cermin mata secara online. Biasa, kalau nak buat cermin mata baru, KakYa akan buat kat kedai di Kemaman ni jer. Tapi kalini KakYa try tempah secara online di OPTOM Eyecare Bangi.
Yeayyy! Puas hati sangat bila dah dapat cermin mata pilihan hati KakYa. Menepati citarasa KakYa, sangat sangat selesa dan terletak elok kat atas batang hidung ni. Kiranya memang tepat la pilihan KakYa memilih OPTOM Eyecare Bangi untuk tempahan cermin mata secara online. Korang pon boleh tempah cermin mata pilihan korang secara online di OPTOM Eyecare Bangi kalau korang rasa tak nak keluar rumah di musim Covid19 ni.
Kenapa OPTOM Eyecare Bangi Jadi Pilihan!
Ok KakYa nak citer sikit kat korang kelebihan OPTOM Eyecare Bangi berbanding kedai cermin mata lain kat Malaysia ni. Optom Eyecare Bangi adalah pilihan paling bagus untuk korang kalau korang nak buat cermin mata. Kemudahan yang disediakan kat sini semua lengkap. Nak Buat Cermin Mata Baru, Jom Terjah Optom Eyecare Bangi
Di OPTOM Eyecare Bangi bukan saja korang boleh buat cermin mata, tapi korang boleh buat pemeriksaan mata secara menyeluruh juga. Ini kerana pihak OPTOM Eyecare Bangi turut menyediakan servis klinikal secara menyeluruh menggunakan teknologi moden dan terkini. Korang boleh baca kat sini untuk info lebih lanjut, Optom Bangi : Klinik Rawatan Khas Pemeriksaan Kesihatan Mata Dan Terapi Penglihatan
KakYa ada baca pengalaman Kak Azni salah seorang sahabat blogger yang pernah mendapatkan servis daripada OPTOM Eyecare Bangi. Rasa teruja sangat nak pergi jugak kat OPTOM ni bila baca pengalaman menarik Kak Azni dan family kat sana. Korang boleh baca kat sini https://modernmumthingy.com/pdpr-dan-power-mata/ .
Jom Terjah OPTOM Eyecare Bangi
Kalau korang nak rasa pengalaman check mata korang secara menyeluruh, apakata korang terjah ke OPTOM Eyecare Bangi. KakYa ni kalau dekat dekat KakYa terjah dah ke sana tapi disebabkan jauh jadi KakYa tempah cermin mata secara online jer. Ok KakYa bagi alamat siap siap kat korang;
Optom Eyecare Bangi.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)
Ok selain kat Bangi, OPTOM Eyecare ada satu lagi cawangan yang terketak di negeri Kedah. Kalau korang tinggal kat Kedah, boleh terjah ke Optom mengikut alamat di bawah.
Optom Eyecare,
No 17-Gf, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel : 011-10641167
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lebih detail, sila layari laman tertera;
Website : https://optom.com.my/
Instagram : www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2021/10/pertama-kali-tempah-cermin-mata-online-di-optom-eyecare-bangi.html