Pertama Kali Takzir Tidak Sah


IBU pejabat Jabatan Kehakiman Syariah
Selangor di Shah Alam.PADA Ogos 2019, seorang lelaki Muslim berusia 35 tahun didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor atas kesalahan cuba melakukan seks luar tabii (gay sex) dengan seorang lelaki lain pada November 2018 di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor. Tertuduh mengaku tidak bersalah.

Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berbunyi:

“Mana-mana orang yang melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii dengan mana-mana lelaki, perempuan atau binatang adalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.”

Pada 28 November 2019, tertuduh memohon izin untuk merujuk kesnya kepada Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kuasa legislatif kerajaan negeri Selangor. Tertuduh mahu Seksyen 28 itu diisytiharkan tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Setahun kemudian, pada 14 Disember 2020, panel sembilan Hakim Mahkamah Persekutuan menyatakan kesediaan mendengar hujah undang-undang daripada semua pihak sebelum membuat keputusan.

Pada 25 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengisytiharkan Seksyen 28 itu tidak sah kerana badan legislatif negeri Selangor tidak ada kuasa membuat undang-undang mengenai perkara yang disebutkan dalam Senarai Persekutuan (Senarai Satu) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut Mahkamah Persekutuan, kesalahan yang disebutkan dalam Seksyen 28 itu wujud dalam Seksyen 377 dan 377A Kanun Keseksaan. Seksyen 377 adalah kesalahan buggery with an animal (persetubuhan luar tabii dengan binatang) manakala Seksyen 377A adalah kesalahan carnal intercourse against the order of nature (persetubuhan luar tabii dengan manusia).

Hukuman di bawah dua peruntukan Kanun Keseksaan itu adalah jauh lebih berat (bersifat penyeksaan) daripada hukuman yang disebutkan dalam Seksyen 28 (yang hanya bersifat mengajar dan menginsafkan, bukan menyeksa).

Hujah dikemukakan bagi pihak kerajaan negeri Selangor bahawa Seksyen 28 itu adalah sah kerana Senarai 2 Jadual Kesembilan menyatakan, badan legislatif negeri boleh membuat undang-undang mengenai kesalahan terhadap the precepts of Islam.

Oleh itu, mengikut hujah tersebut lagi, kedua-dua kesalahan (di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan di bawah Kanun Keseksaan) boleh co-exist (wujud bersama).
MERIT
Pada hemat saya, hujah ini ada merit tetapi malangnya ia ditolak oleh Mahkamah Persekutuan yang menyatakan kuasa legislatif yang ada pada negeri itu terbatas (dihadkan) oleh ayat except in regard to matters included in the Federal List (kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan).

Kesan ayat preclusion clause (fasal pengecualian) ini, badan legislatif negeri tidak dibenarkan mewujudkan apa-apa undang-undang mengenai perkara yang ada dalam Senarai Persekutuan. Criminal law and procedure adalah Item 4 dalam Senarai 1 (Senarai Persekutuan).

Satu hujah lagi dikemukakan iaitu Seksyen 28 berbeza dengan Seksyen 377 dan 377A dalam Kanun Keseksaan. Hujah ini juga ditolak sebagai tidak relevan kerana apa yang penting adalah jenayah yang disebutkan dalam Seksyen 28 termasuk dalam Senarai Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan menegaskan, sekalipun kesalahan di bawah undang-undang negeri itu satu kesalahan terhadap precepts of Islam, ia tetap tidak boleh wujud bersama dengan kesalahan di bawah undang-undang Persekutuan.

Apakah keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu itu merupakan satu penafian kepada kuasa legislatif kerajaan negeri Selangor, sekali gus memberi tempias negatif kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah negeri? Nampaknya begitulah.

Hendaknya masyarakat Islam di negara ini tidak terlepas pandang bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah negeri selama ini adalah pada tahap yang amat rendah sekali, iaitu tidak boleh melampaui hukuman maksimum 3:5:6 (tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan).

Walaupun Mahkamah Persekutuan pada minggu lalu mengakui jenis-jenis kesalahan jenayah yang disebut dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor adalah luas, hakikatnya ia tetap terhad dan terbatas, tidak boleh bertentangan atau mengatasi Senarai Satu Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Apabila kita teliti enakmen itu, kita akan dapati empat jenis kesalahan iaitu pertama, kesalahan berhubung akidah (pemujaan salah, takfir, doktrin palsu).

Kedua, kesalahan berhubung kesucian agama Islam dan institusinya (mempersendakan ayat al-Quran dan hadis, menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam, mencemarkan tempat ibadat, menghina pihak berkuasa agama, mengeluarkan pendapat yang bertentangan dengan fatwa, mengingkari perintah mahkamah, berjudi, minum bahan memabukkan, tidak menghormati Ramadan, tidak solat Jumaat, tidak bayar zakat atau fitrah).

Ketiga, kesalahan berhubung kesusilaan (perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, hubungan jenis antara orang yang sama jantina, persetubuhan luar tabii, khalwat, lelaki berlagak seperti perempuan, dan perbuatan tidak sopan di tempat awam) dan keempat, kesalahan yang dikategorikan sebagai ‘Kesalahan Pelbagai’ (memujuk lari perempuan bersuami, qazaf, penyalahgunaan tanda halal).

Setelah wujud selama 25 tahun, inilah kali pertama kesalahan takzir di bawah Seksyen 28 diisytiharkan tidak sah. Tidak hairanlah kenapa ramai yang terkejut dengan keputusan ini. Barangkali yang gembira adalah komuniti gay Islam.

Soalnya kini, apakah Pendakwa Syarie Selangor akan menyerahkan fail kes ini kepada Pendakwa Raya? Apakah tertuduh, pada suatu hari nanti akan diheret ke Mahkamah Tinggi Sivil dan dituduh di bawah Kanun Keseksaan?

Sama-samalah kita tunggu.

Oleh: DATUK Salleh Buang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/pertama-kali-takzir-tidak-sah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Besarnya Rain Dedah Kediaman Bersama Kim Taehee Buat Pertama Kali

Besarnya Rain Dedah Kediaman Bersama Kim Taehee Buat Pertama Kali

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 519 hits
Mesti ramai yang curious dengan kehidupan pasangan popular Rain dan Kim Tae hee kan Dalam episod terbaru The Manager Rain telah hadir sebagai tetamu dan mendedahkan serba sedikit mengenai kehidupannya kepada umum Malah penyanyi terkenal itu...
Kasihnya Abang Pada Adik Pertama Kali Adik Ke Sekolah Abang Pula Sebak Menangis

Kasihnya Abang Pada Adik Pertama Kali Adik Ke Sekolah Abang Pula Sebak Menangis

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 407 hits
Ternyata ibu bapa yang ada anak bersekolah masing masing teruja di hari pertama sesi persekolahan setelah sekian lama anak belajar di rumah Walaupun perlu mengamalkan norma baharu dan mengikut SOP semuanya berjalan lancar Mungkin sebelum in...
Ezhasil Efiling Cukai Pendapatan 2021 Cara Isi Untuk Kali Pertama

Ezhasil Efiling Cukai Pendapatan 2021 Cara Isi Untuk Kali Pertama

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 603 hits
ezHASiL eFiling CUKAI PENDAPATAN 2021 CARA ISI UNTUK KALI PERTAMA Untuk makluman pembayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memaklumkan pembayar cukai boleh mengakses melalui portal rasmi ezHASiL LHDNM mulai 1 Mac 2021 Belum pernah men...
Anak Anjing Berkaki Enam Kali Pertama Selamat Dilahirkan Di Dunia

Anak Anjing Berkaki Enam Kali Pertama Selamat Dilahirkan Di Dunia

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 342 hits
PARA doktor haiwan di hospital haiwan Oklahoma berkata seekor anak anjing berkaki enam telah selamat dilahirkan di hospital itu Peristiwa itu dipercayai kali pertama berlaku di dunia Pihak Neel Veterinary Hospital di Bandar Oklahoma berkata...
Pengalaman Pertama Kali Di Swab Test

Pengalaman Pertama Kali Di Swab Test

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 371 hits
Pengalaman Pertama kali di Swab Test Tak pernah terfikir akan melalui saringan ni Tapi demi kebaikkan apa salahnya kan Actually umi bukanlah antara contact rapat The post appeared first on
Pertama Kali

Pertama Kali

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 266 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semalam baru dapat berjalan setelah sekian lama tak tengok bandar bukan tak nak berjalan tapi takut juga kan dalam kita berjaga jaga bukan kita nampakTapi disebabkan kes di Pahang agak stabil dan terkaw...
Pertama Kali Mendaki Bukit Tizz Seri Alam Johor

Pertama Kali Mendaki Bukit Tizz Seri Alam Johor

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 1085 hits
Pertama Kali ke Bukit Tizz Seri Alam Johor Inilah aktiviti hiking pertama untuk PKP 2 0 Terlambat sikit masuk sebab tunggu member datang dari tempat jauh jauh Jam 8 pagi barulah bergerak masuk Yezza masuk dari gate ni ha Ramai jugak pada ha...
Lakukan 100 Kali Pembedahan Plastik Untuk Cantik

Lakukan 100 Kali Pembedahan Plastik Untuk Cantik

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 325 hits
Assalamualaikum semua Sebab nak cantik remaja berusia 16 tahun dari China ini menjadi ketagih hingga memaksa dirinya melakukan sebanyak 100 kali pembedahan plastik WOW Zhou Chuna 16 tahun mula melakukan pembedahan plastik sejak 3 tahun lalu...
Saya Sengaja Menunggu Pengesahan Pengkhianatan Ini Sebelum Menulis Dan Maaf Kali Ini Saya Akan Mengkritik Parti Sendiri

Saya Sengaja Menunggu Pengesahan Pengkhianatan Ini Sebelum Menulis Dan Maaf Kali Ini Saya Akan Mengkritik Parti Sendiri

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 214 hits
Dalam Program Himpunan Muafakat Pemuda Keadilan Malaysia pada 31 Oktober 1999 saya yang entah siapa siapa ketika itu tidak dikenali orang pun telah naik ke pentas berucap setelah tiga kali panggilan untuk wakil Pahang naik ke pentas tidak b...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint