Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet
Dekat nak raya baru-baru ni, k.fiezz cuba servis cuci karpet. First time nak cuci karpet ni, weiii. Bertahun dah beli karpet ni masa k.fiezz & mr hubby baru duduk kat rumah kitaorang di Semenyih tahun 2009. Sejak tu sampai sekarang tak pernah cuci karpet tu. So boleh bayang lah kan segala habuk, kotoran melekat kat karpet tu..haha..
Pernah lah kitaorang jemur pakej ketuk-ketuk karpet bagi segala kotoran/habuk keluar tapi hasil tak berapa nak memuaskan...Tapi boleh lah dari tak ada, yea tak..Nak cuci selalu, sis duk rumah flat. Nak cuci sendiri pun, berat nak angkat karpet tu...Tempat nak jemur pun tak ada, lagi satu berapa lama pula nak bagi karpet tu kering elokk..Belum lagi orang atas duk campak sampah ke apa kena pula kat karpet yang bersidai kat luar. Idak ke berbulu mata sis karpet dah elok cuci tapi kotor balik...
SERVIS CUCI KARPETBaru ni masa nak raya, kawan pejabat duk cerita dia ambil servis cuci karpet. Terus k.fiezz terfikir kenapa lah sis tak buat yang sama juga. Hantar karpet untuk dicuci.
Karpet kat rumah sis tu, kalau vakum pun dia punya habuk tu tak mau nak keluar. Belum lagi segala rambut lah apa melekat kat karpet...Jenuh kena kutip pula guna tangan...Eiiii malasnya..
So penyelesaiannya kita guna servis cuci karpet.
Mulanya k.fiezz cadang nak guna servis cuci karpet yang sama macam member pejabat ni. Tapi dia duk area Cheras sana. Mesti caj untuk collect tu mahal. K.fiezz try google, jumpa lah satu servis cuci karpet ni dekat area Puchong. Dekat sikit dengan rumah k.fiezz.
Try tanya harga kira macamana. Dia caj RM1.80 x 1 kaki...Balik rumah k.fiezz mengukur lah karpet kitaorang tu..6.7 x 4.8 = RM67.90 (collect & delivery carpet = RM10)..Jadi okey lah kan..
Lagi beberapa hari kitaorang nak balik kampung (30hb Mac), staff dia datang collect karpet kat rumah..Tapi k.fiezz dah beritahu tak urgent sangat untuk hantar semula sebab tak nak diaorang buat kerja cincai...So 22hb April baru ni, diaorang hantar semula karpet yang dah dicuci...Agak lama sikit masa yang diambil sebab biasa 10 hari je tapi raya ni ramai orang hantar karpet untuk dicuci..Sokay k.fiezz pun tak lah urgent nak guna karpet. Saja cuci sebab dah kotor sangat...
OKEY KE HASIL CUCIAN PAKAI SERVIS CUCI KARPET NI?Tengok macam okey je. Lupa sis nak ambil gambar sebelum & selepas.
Dia hantar elok berbalut dengan plastik macamni..So bukti lah kan karpet dah di cuci helokkk..
Tadaaa hasilnya..Tengok macam okey je...
Cuma masa diaorang hantar ni, waktu kerja. Pagi tu syarikat cuci karpet ni dah whatsapp beritahu akan hantar karpet. K.fiezz minta diaorang hantar petang sikit time k.fiezz dah ada kat rumah. Tapi dalam pukul 3, staff dia dah sampai depan rumah. Aihhh..So dia letak je karpet ni depan pagar. Nasib baik tak hilang. Tapi tu lah k.fiezz ingat balik rumah baru nak check dulu & buat bayaran tapi lepas je dah hantar karpet ni, terus dia whatsapp minta hantar slip bank untuk bayaran. Aihhh tak dan dan..Yelah yelah, kerja memang dah buat pun kan. Ater bayor je lah..
Overall tengok hasil kerja cuci karpet sis ni, memuaskan hati. Tak nampak lah rambut yang duk melekat kat karpet sebelum tu
Mr hubby macam bising juga. Dia kata mahal harga cucian ni. Baik beli baru. Eh macam rajin je dia nak berjalan pi cari karpet..
K.fiezz ni duk fikir karpet elok lagi. Buat apa nak membazir. Sat gi beli yang baru, hat ni nak letak mana. Udak lah rumah kecil je. Tak sesuai nak buat koleksi karpet kat rumah..
Pssttt - Elok sikit mata ni tengok karpet lepas dah dicuci. Nak duduk pun rasa suci je atas karpet tu. Kalau idak..haha..Faham-faham sudahhh..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2024/04/Pertama-Kali-Guna-Servis-Cuci-Karpet.html