Pertahankan Maruah Negara Semangat Patriotik Kemerdekaan




Oleh: Syed Ibrahim Syed Noh







Kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan ke-63 dan akan menyambut Hari Malaysia pada 16 September nanti. Kurang meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini tatkala umum faham bahawa bahaya pandemik Covid-19 belum reda.

Namun begitu, semangat patriotisme tetap ditekankan malah lebih wajar diwar-warkan terutama dalam keadaan peperangan mengatasi wabak secara sepadu lagi bersama.

Menjadi naratif lazim di mana-mana untuk “kita jaga kita” malah tidak ada kumpulan yang menentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan dalam memecahkan rantaian wabak.

Kerajaan mahu pun pembangkang menyokong penuh dua rang undang-undang yang berkait pandemik Covid-19 baru-baru ini meskipun dipertikai kelewatan dalam pembentangannya.

Soal yang kerap ditanya ialah apakah kefahaman masyarakat terhadap patriotisme atau patriotik? Apakah ia terkait kepada tindakan simbolik, seperti mengibarkan jalur gemilang, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan pelekat patriotik pada kenderaan, memakai pakaian bercirikan jalur gemilang atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara di peringkat umum?

Atau lebih mendalam lagi, apakah maksud patriotisme ialah suatu kefahaman dan sikap yang menggambarkan perasaan cinta terhadap tanah air sehingga rela dan berani berkorban demi kepentingan bangsa dan negara? Apakah ia termasuk mempertahankan maruah dan nama baik negara serta mencegah apa jua perbuatan yang boleh menjejas atau merosakkan nama baik itu?

Maksud sebenar patriotisme

Inilah maksud sebenar patriotisme dan diterjemahkan melalui tindakan simbolik serta perbuatan. Dengan kata lain, semangat berkenaan dicorakkan dengan ciri-ciri yang mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, bukan kepentingan kelompok dan peribadi semata-mata. Ini jelas dapat dilihat dalam diri petugas barisan hadapan yang tidak kenal erti penat dan rela berkorban.

Dalam hal ini, saya menyambut baik saranan Perdana Menteri supaya menyemarakkan semangat patriotisme dan keharmonian yang dikecapi selama ini, sekaligus memartabatkan agenda untuk membina negara. Memang benar slogan “Malaysia Prihatin” amat sesuai dalam keadaan sekarang terutama untuk memerangi wabak Covid-19 di samping memupuk perpaduan, kebersamaan dan keharmonian.

Namun, saya percaya sikap tersebut perlu dibuktikan dan tidak retorik semata-mata. Biarlah konsisten sama ada sebagai pembangkang atau pemerintah dan tidak diubahsuai mengikut selera politik.

Miliki jiwa merdeka, bukan menjajah, khianat

Di samping sikap cintakan negara atas dasar keharmonian, saya sarankan supaya rakyat memiliki jiwa yang merdeka, amanah dan bertanggungjawab, bukan jiwa yang menjajah, khianat dan bersembunyi atas kuasa serta kedudukan.

Juga memupuk semangat islah atau pembaharuan kepada sistem, dasar dan urusan negara; bukan citra pemikiran sempit, kuno lagi menjatuhkan di samping berpegang teguh kepada prinsip keadilan, kebebasan dan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan serta mengamalkannya secara konsisten, bukan mengabaikannya atau mengamalkannya secara terpilih.

Dalam konteks ini, sikap dan ciri-ciri ini sebenarnya sentiasa tercabar. Mengapa? Kerana wujudnya nafsu, kepentingan politik peribadi, kepentingan kuasa dan kebendaan serta kepentingan sempit agama atau perkauman.

Saya percaya, rakyat pada umumnya tidak terlalu melampau dalam fahaman agama dan perkauman. Yang sering mengelirukan atau membesar-besarkannya ialah golongan ahli politik kerana agenda bermotifkan politik.

Buktinya, ke mana perginya hiruk pikuk pelaksanaan RUU 355? Ke mana perginya suara pertahan tulisan jawi? Ke mana hilangnya suara bimbang terhakisnya hak dan Ketuanan Melayu? Tenggelam suara-suara itu dek perolehan kuasa.

Abaikan fahaman agama, perkauman sempit

Apa penyelesaiannya? Pada pendapat saya, oleh kerana ia berunsur politik semata tanpa asas, maka lebih baiklah diabaikan sahaja dan tumpu kepada perkara yang lebih berasas seperti meneliti pendekatan memperkasakan mahkamah syariah dalam konteks keadilan dan keberkesanan pelaksanaannya.

Juga mengambil sudut pendidikan dan budaya kepada penulisan jawi tanpa perlu mempolitikkannya serta membangkitkan dasar ekonomi bumiputera yang membela nasib orang Melayu tanpa mengenepikan hak kaum yang lain atas asas keadilan dan kesaksamaan, bukan atas asas kaum semata-mata.

Rangka dan laksanakan dasar yang benar-benar boleh merapatkan jurang atau kesenjangan ekonomi antara kaum dan wilayah di mana kemakmuran dan kesejahteraan dapat dinikmati oleh rakyat dengan adil lagi saksama. Ini tidak boleh hanya atas kertas dengan jumlah inisiatif tertentu tetapi wajar didokongi oleh pemimpin di setiap peringkat sehingga angka B40 dan T20 berkurangan.

Soal persepsi agama Islam yang sempit juga wajar ditangani dengan tuntas. Akibat tindakan dan pandangan yang dikeluarkan oleh segelintir pemimpin Pas terutamanya maka amat malang apabila Islam dilihat dari kaca mata yang sempit di mana hanya pendapat ulama dan pemimpin Pas sahaja yang betul, sedangkan yang sewajarnya berlaku ialah rakyat kembali menghidupkan rasa kemanusiaan dan mengangkat darjat kemanusiaan itu sebagaimana firman Allah dalam ayat 70 surah Al-Isra’. Tambahan pula, sifat kesejagatan Islam menolak perkauman seperti firman Allah dalam ayat 13 surah Al-Hujurat.

Ini bukan sahaja boleh menjawab ciri perkauman dalam kalangan orang Melayu tetapi juga yang wujud di kalangan orang Cina, India dan kumpulan etnik lain. Yang dibenci bukan kaum tetapi tindakan kezaliman, penyelewengan dan penindasan atas nafsu rakus peribadi dan kelompok.

Berdosa rompak, rasuah

Ini termasuklah meletakkan neraca penilaian yang betul terhadap kesalahan yang dilakukan dalam Islam. Sebagaimana Islam menjatuhkan hukuman berdosa dalam kegiatan jenayah merompak, membunuh dan mencuri, maka amalan rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan wang serta kedudukan juga dianggap berdosa. Bersekongkol dan bersubahat dengan amalan serta mereka yang terlibat juga boleh jatuh hukum berdosa.

Jadi janganlah berlindung di sebalik alasan kononnya amalan rasuah atau penyelewengan itu boleh disucikan apabila habuan daripadanya disedekahkan kepada anak yatim, masjid dan bakal haji seperti yang disebutkan dalam kes skandal 1MDB. Salah tetap salah dan pelakunya wajar menerima hukuman apabila didapati bersalah. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Akhirnya, dalam kita menyambut kemerdekaan, “Malaysia Prihatin” wajar dizahirkan bukan sahaja dengan semangat patriotisme dalam usaha memerangi wabak Covid-19 secara bersama tetapi juga mengangkat kembali imej negara sebagai negara makmur yang inklusif, progresif, rahmah, berpolitik matang, bersih dan berpaksikan rakyat yang menolak pengkhianatan, rasuah dan penyelewengan.

__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Ledang dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/pertahankan-maruah-negara-semangat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Persoal Semangat Cinta Negara Pelajar Vernakular Dong Zong

Jangan Persoal Semangat Cinta Negara Pelajar Vernakular Dong Zong

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 313 hits
BANGI 8 Muharram 1442H Khamis Pengerusi Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Tan Tai Kim membantah kenyataan mengelirukan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung seko
Unsung Hero Siti Rahmah Kassim Sanggup Gadaikan Gelang Emas Pernikahan Demi Kemerdekaan Negara

Unsung Hero Siti Rahmah Kassim Sanggup Gadaikan Gelang Emas Pernikahan Demi Kemerdekaan Negara

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 849 hits
Siapa yang pernah dengar nama Siti Rahmah Kassim Beliau ni merupakan seorang pejuang kemerdekaan dan jasa serta pengorbanan beliau sepatutnya dicontohi semua Sempena Hari Merdeka ni marilah kita imbau kembali perjuangan Allahy4rhamah Datuk ...
Wakil Ketua Lp Pbnu Mengapa Jokowi Pertahankan Menag Yang Sering Bikin Keributan Di Negara Ini

Wakil Ketua Lp Pbnu Mengapa Jokowi Pertahankan Menag Yang Sering Bikin Keributan Di Negara Ini

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 282 hits
Belum tuntas masalah tudingan huffaz Al Quran bagian kaum radikal Menteri Agama Fachrul Razi kini dihadapkan pada masalah sertifikasi penceramah agama Soal sertifikasi penceramah itu Direktur Jenderal Bimas Islam Kementerian Agama Kamaruddi...
India Puji Ri Negara Muslim Terbesar Tapi Di Uang Rupiah Ada Gambar Dewa Hindu

India Puji Ri Negara Muslim Terbesar Tapi Di Uang Rupiah Ada Gambar Dewa Hindu

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 383 hits
Indonesia dikenal sebagai negara dengan populasi penduduk muslim terbesar di dunia Meski demikian India memuji dan menyebut Indonesia sebagai satu satunya negara yang dalam uang kertasnya memasukkan gambar salah satu dewa Hindu Satu satunya...
Nama Nama Negara Dan Tempat Yang Diabadikan Dalam Al Qur An

Nama Nama Negara Dan Tempat Yang Diabadikan Dalam Al Qur An

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 269 hits
Al Qur an adalah kitab suci yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam sebagai pedoman dan ajaran untuk seluruh umat manusia Salah satu ajaran yang terkandung dalam Al Qur an adalah sejarah masa lalu Setiap sejar...
Dr Khairuddin Dikenakan Kompaun Rm1 000 Oleh Kkm Kerana Langgar Sop Selepas Pulang Dari Luar Negara

Dr Khairuddin Dikenakan Kompaun Rm1 000 Oleh Kkm Kerana Langgar Sop Selepas Pulang Dari Luar Negara

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 339 hits
Berikutan kegagalan mematuhi arahan perintah kuarantin setelah pulang dari Turki pada 7 Ogos 2020 Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali dilaporkan telah dikenakan kompaun sebanyak RM1 000 oleh Kementerian Kesihata...
Apabila Pengkhianat Mengaku Menjadi Penyelamat Negara

Apabila Pengkhianat Mengaku Menjadi Penyelamat Negara

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 287 hits
Di dalam kongres Negara anjuran puak pengkhianat bertalu2 ucapan memuji memuja Muhyidin dan Azmin Kedua pengkhianat ini dicop sebagai penyelamat negara Bukan Najib Zahid Hamidi jauh sekali Hadi Awang Umno dan Pas cuma tukang sorak dan balac...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan