Personaliti Media Sosial Sila Jaga Mulut


SEPANJANG minggu lalu, banyak isu panas berlaku di negara ini, selain Pilihan Raya Sabah, isu si polan bin si polan keluar parti, cerita kes lompat parti juga menghiasi dada akhbar.
Namun yang lebih menarik perhatian adalah apabila timbul kes body shaming yang dilakukan oleh seorang personaliti media sosial terhadap seorang individu hingga melarat sampai jadi kes polis.
Baru-baru ini tular sebuah video tindakan seorang personaliti media sosial berasal dari Kedah yang menghina bentuk badan seorang wanita menerusi rakaman secara live di sebuah platform media sosial.
Penghinaan rupa fizikal yang keterlaluan itu memaksa mangsa yang berasal dari Johor Bahru membuat laporan polis hingga mengambil tindakan saman sivil walaupun personaliti media sosial itu sudah memohon maaf.
Susulan kejadian itu, Sinar Ahad kelmarin menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai berkata, body shaming atau tindakan menghina, mengutuk dan mencaci bentuk badan seseorang ialah kesalahan jenayah yang boleh dikenakan denda atau penjara.
Katanya, jika bersabit kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, pelaku boleh didenda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Dr Fadhlullah Suhaimi berkata, SKMM akan membantu siasatan polis dari segi teknikal jika menerima laporan mengenainya.
Oleh itu, jangan sesuka hati menghina fizikal seseorang kerana perkara itu tertakluk kepada batas undang-undang.
Bagi yang pernah menjadi mangsa, jangan malu untuk membuat laporan polis kerana anda ada hak jika menjadi mangsa.
Contoh
Berbalik kepada tajuk rencana ini, sebagai seorang personaliti media sosial, mereka seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat dan bukannya menghentam sesuka hati.
Ingat, pengikut yang ramai bukan lesen untuk membuat perkara atau pelakuan sesuka hati kerana tindakan tidak menghalalkan cara.
Sebelum kejadian body shaming itu, tular sebuah video personaliti media sosial yang sama menghamburkan kata-kata kurang enak selepas terbabit dalam insiden di sebuah restoran di Melaka.
Dalam video tular berdurasi tujuh minit itu, dia dilihat membuat rakaman live bertujuan mempromosikan satu produk, namun tindakan itu ditegur pemilik restoran berkenaan.
Sejurus rakaman itu tular, dia tampil membuat permohonan maaf dengan alasan gagal mengawal emosi ketika itu.
Bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak, namun jika peka dengan situasi negara yang masih berlawan dengan Covid-19, tindakan pemilik kedai berkenaan adalah wajar demi keselamatan dan keselesaan pelanggan lain.
Insiden itu akhirnya mendapat perhatian seorang artis yang mengatakan tindakan personaliti media sosial berkenaan sebagai menjijikkan dan memalukan masyarakat.
Tindakan itu tidak wajar dilakukan walaupun sekadar ingin menjual produk atas talian.
Artis yang terkenal kerana sering mencetuskan ‘suasana panas’ itu berkata, ramai kalangan artis tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa dan Nora Danish juga menjalankan perniagaan namun tidak pernah bertindak keterlaluan.
Apa pun, catatan dua insiden itu sekadar contoh yang boleh dijadikan iktibar bukan sahaja untuk personaliti media sosial malah buat semua masyarakat terutama peniaga atas talian yang menjual produk.
Jika anda ikhlas dan percayakan rezeki, taktik body shaming atau bermulut lancang tidak perlu dijadikan modal untuk melariskan produk.
Ingatlah rakyat Malaysia, body shaming dalam talian tertakluk kepada tanggungjawab penggunaan media sosial dan kuasa media sosial mampu mengubah dunia realiti menjadi hitam atau putih walaupun ia bukan satu perkara yang mudah dikawal.
Buat personaliti media sosial, anda terpilih kerana keletahan yang dimiliki namun jangan bermegah hingga menghina orang lain kerana rupa paras kita adalah sebaik-baik ciptaan Tuhan. Sinar
The post Personaliti media sosial sila jaga mulut appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/22/personaliti-media-sosial-sila-jaga-mulut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Guna Ig Tu Yang Rasa Syok Sikit Pengikut Cecah 200 000 Ustaz Don Terharu Sokongan Peminat Di Media Sosial

Baru Guna Ig Tu Yang Rasa Syok Sikit Pengikut Cecah 200 000 Ustaz Don Terharu Sokongan Peminat Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 363 hits
Penceramah selebriti Ustaz Don Daniyal atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don meluahkan rasa terharu apabila laman sosial Instagramnya telah diikuti oleh hampir 200 000 pengikut Dalam entrinya yang terkini Ustaz Don mengucapkan terima kasih ...
Berkongsi Video Dan Tangkap Gambar Ke Sosial Media Kini Lebih Mudah Di Xbox

Berkongsi Video Dan Tangkap Gambar Ke Sosial Media Kini Lebih Mudah Di Xbox

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 334 hits
Konsol generasi kini telahpun menggunakan teknologi berkongsi ke sosial media khususnya PlayStation melalui alat kawalan DualShock 4 dengan butang dedikasi Nintendo pula mula mengikuti tren tersebut dengan butang tangkap gambar Kini Microso...
Hashtag Harisarong2020 Meriah Di Sosial Media Sempena Hari Malaysia

Hashtag Harisarong2020 Meriah Di Sosial Media Sempena Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 444 hits
Dihoskan komuniti sosial Locco Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi seperti hotel pusat beli belah pembuat barangan makanan kafe dan sebagainya program Hari Sarong 2020 ini turut menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan yang berkaitan ...
Desakan Libido Punca Ramai Ikut Trend Dark Side Media Sosial

Desakan Libido Punca Ramai Ikut Trend Dark Side Media Sosial

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 265 hits
Menggunakan platform media sosial untuk memaparkan pelbagai perkara sama ada peribadi rasmi perniagaan atau promosi barang merupakan perkara normal masyarakat masa kini Ada yang baik dan ada yang buruk Ada juga untuk mencari populariti muda...
6 Tahun Kahwin Tiada Zuriat Sanggup Jaga Anak Syurga Biar Susah Rezeki Tak Putus

6 Tahun Kahwin Tiada Zuriat Sanggup Jaga Anak Syurga Biar Susah Rezeki Tak Putus

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 445 hits
Tidak dikurniakan cahaya mata sejak 6 tahun berkahwin namun pasangan suami isteri ini mengambil keputusan untuk menjaga anak angkat Namun yang membuatkan ramai kagum apabila pasangan ini sanggup menjaga anak angkat yang istimewa Walaupun ke...
1mdb Jaga Kepentingan Najib Jana Dana Umno

1mdb Jaga Kepentingan Najib Jana Dana Umno

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR 14 SEPT Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad adalah syarikat untuk menjaga kepentingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bagi menjana dana untuk Umno Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mo...
Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Japanese Seaweed Guide Common Types How To Use Them

Papagomo Apologises To Igp Over Defamatory Remarks

3 Cara Menghilangkan Objek Di Foto Tanpa Install Program Atau Aplikasi Dulu

Levels Of Investments

Who Is Really Behind Lim Seong Hai The Company That Took Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mca Reminds Bn Leaders To Focus On Coalition S Survival Revival Instead Of Relying On Others

Deferred Prosecution Agreement Tabling Amendments In 2026 Azam

Siti Kasim I Ll From Now On Mercilessly Track Down Detractors To The Wormhole For Slandering Me

Sebar Kandungan Palsu Libatkan Institusi Diraja Pempengaruh Media Sosial Disiasat

Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam Spm 2024

Adik Waniey Di Sana Kasihku Di Sini Cintaku Chord