Persoalan Timbul Berhubung Kompaun Ingkar Sop Berdasarkan Pendapatan


 Ahmad Mustakim Zulkifli
Kaedah kompaun yang dikenali sebagai denda harian itu memiliki kelebihannya namun mungkin berdepan masalah ketika pelaksanaannya, kata pakar.

Pegawai polis memeriksa orang awam dalam sebuah sekatan jalan raya bagi memastikan pematuhan SOP Covid-19. Beberapa keraguan berhubung cadangan pelaksanaan denda berdasarkan pendapatan harian disuarakan apabila ia timbul dalam perbahasan akhir-akhir ini mengenai isu jumlah amaun kompaun berbeza dikeluarkan kepada orang kenamaan (VIP) berbanding orang biasa ketika prosedur operasi standard (SOP) kesihatan Covid-19 dilanggar.
Denda yang disebut sebagai denda harian itu adalah sebuah sistem dengan amaun mengikut atau berdasarkan pendapatan pesalah yang ditahan.
Sistem yang mirip sistem kiraan percukaian pendapatan itu pada ketika ini diamalkan beberapa negara Eropah seperti Finland, Jerman dan Switzerland.
Felo kanan badan pemikir Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) Carmelo Ferlito berkata sebarang pelaksanaan sistem denda harian harus didahului dengan persetujuan nisbah utama di sebalik hukuman denda itu adalah kerugian kewangan, yang semestinya berbeza mengikut individu.
“Ia adalah satu sistem yang kontroversi kerana ia menunjukkan hukuman melibatkan kewangan pesalah adalah dasar kepada hukuman itu sendiri,” katanya dan berkata hanya sebilangan kecil negara sahaja menggunakan sistem kompaun sedemikian.
Ketika dihubungi MalaysiaNow, beliau mengingatkan beberapa halangan signifikan berhubung kelancaran pelaksanaannya termasuk keperluan mendapatkan atau menyelidik maklumat kewangan pesalah bagi menetapkan amaun denda.
Menurutnya, hal tersebut akan melibatkan kos kerana para pesalah tidak mempunyai insentif untuk mendedahkan maklumat tersebut.
Beliau bagaimanapun mencadangkan sebuah sistem kompaun berdasarkan sifat kesalahan yang dilakukan dalam mempertimbangkan amaun kompaun kepada pesalah.
“Amaun denda tidak sepatutnya ditentukan oleh naratif lazim yang menghukum di atas risiko-risiko Covid-19, sebaliknya ia harus seimbang dan ditentukan mengikut ukuran atau berat sebenar kesalahan yang dilakukan.
“Denda RM50,000 kerana gagal daftar menggunakan aplikasi sudah pasti tidak seimbang antara pesalah berpendapatan rendah dengan pesalah yang kaya,” katanya merujuk amaun maksimum kompaun bagi pesalah yang melanggar SOP kesihatan Covid-19.
Sebelum ini, denda dengan jumlah amaun tersebut dikenakan terhadap seorang penjual burger di Kelantan yang didapati menjalankan operasi perniagaannya melebihi had waktu ditetapkan pihak berkuasa.
Tindakan pihak berkuasa tersebut mengundang kecaman orang ramai di media sosial yang mempertikaikan keputusan mendenda peniaga itu dengan jumlah maksimum.
Warga net turut membandingkan kes tersebut dengan peniaga selebriti Noor Neelofa Mohd Noor yang dikenakan denda berjumlah RM60,000 susulan melanggar SOP ketika majlis resepsi pernikahannya.
Menurut Carmelo, apa yang paling penting adalah sistem perundangan dilaksanakan harus mengutamakan “kepastian dan objektifnya dapat dicapai”.
“Undang-undang dan hukuman tidak akan boleh menggantikan aspek pendidikan dalam menangani beberapa isu yang berlaku,” katanya.
“Anda tak boleh mengubah pelaksanaan undang-undang kepada sebuah alat hukuman yang mempunyai unsur etika.”
Dekan Fakulti Undang-Undang, Pentadbiran dan Kajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Ahmad Marthada Mohamed berkata denda harian memiliki kelebihannya tersendiri tetapi bersetuju dengan Carmelo ia akan berdepan masalah ketika peringkat pelaksanaan.
Beliau menjelaskan negara seperti Amerika Syarikat sebelum ini juga pernah menggunakan sistem denda harian namun ia memansuhkan pelaksanaannya dan kembali menggunakan sistem “flat rate” atau kadar denda setara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/persoalan-timbul-berhubung-kompaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingkar Sop Aktiviti Ziarah Aidil Fitri Seorang Kontraktor Kena Kompaun Rm4 000 Di Chini

Ingkar Sop Aktiviti Ziarah Aidil Fitri Seorang Kontraktor Kena Kompaun Rm4 000 Di Chini

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 329 hits
PEKAN Seorang kontraktor dikompaun RM4 000 kerana membenarkan kunjungan tetamu ke rumahnya di Felda Chini 2 di sini sempena Hari Raya Aidilfitri pada Khamis Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata tindakan itu d...
Hiburan Pertuduhan Ingkar Langgar Sop Pkpb Neelofa Dan Haris Mengaku Tidak Bersalah

Hiburan Pertuduhan Ingkar Langgar Sop Pkpb Neelofa Dan Haris Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 241 hits
Pasangan selebriti penuh kontroversi Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail dilaporkan mengemukan pengakuan tidak bersalah di atas pertuduhan ingkar prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan bersyarat Per...
Kes Positif Covid 19 Tertinggi Masih Ramai Ingkar Sop

Kes Positif Covid 19 Tertinggi Masih Ramai Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 314 hits
Oleh Anggota Polis Diraja Malaysia bersama Angkatan Tentera Malaysia memeriksa surat kebenaran rentas daerah pemandu serta penumpang kenderaan semasa bertugas di Sekatan Jalan Raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 di Lebuh Raya Persek...
Gara Gara Berkumpul Langgar Sop Di Malam Raya 11 Individu Kena Kompaun Rm60 000

Gara Gara Berkumpul Langgar Sop Di Malam Raya 11 Individu Kena Kompaun Rm60 000

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 318 hits
SEBERANG PERAI Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM60 000 kepada 11 individu yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan di sebuah rumah tumpangan di Kepala Batas di sini awal pagi tadi Menurut Ketu...
Sop Aidilfitri Polis Nafi Gambar Tular Adalah Tindakan Mengenakan Kompaun Rm30 000

Sop Aidilfitri Polis Nafi Gambar Tular Adalah Tindakan Mengenakan Kompaun Rm30 000

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 315 hits
SEREMBAN Polis menafikan penularan gambar tular di media sosial berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM30 000 kepada orang awam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard Aidilfitri 2021 Ketua P...
Penduduk Kampung Ingkar Sop Solat Tarawih Dalam Gelap Tanpa Penjarakan

Penduduk Kampung Ingkar Sop Solat Tarawih Dalam Gelap Tanpa Penjarakan

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 318 hits
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin berkata apa disarankan kerajaan supaya mematuhi SOP bukan perkara main main kerana ia berkait jangkitan wabak Covid 19 PETALING JAYA Kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergera...
Naik Drastik 440 Ingkar Sop Hari Pertama Pkp

Naik Drastik 440 Ingkar Sop Hari Pertama Pkp

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 340 hits
Oleh AMREE AHMAD ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara semalam menyaksikan kes ingkar prosedur operasi standard terus naik mendadak Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri...
Ingkar Sop 47 Termasuk Pemilik Pusat Hiburan Dikompaun Rm280 000

Ingkar Sop 47 Termasuk Pemilik Pusat Hiburan Dikompaun Rm280 000

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 267 hits
GEORGE TOWN 27 Ramadan 1442H Ahad Seramai 47 individu termasuk pemilik sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini dikenakan kompaun berjumlah RM280 000 kerana ingkar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyar...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya