Persoalan Menyusukan Anak Kembar






Adakah menyusu badan anak kembar mengambil masa lebih panjang?
Menyusu badan anak kembar mengambil masa lebih kurang sama dengan penyusuan botol.
Penyusuan botol mungkin mengambil masa lebih panjang berbanding penyusuan badan kerana anda perlu menyediakan dan membancuh susu formula, dan kemudian mencuci dan mensteril botol tersebut.Bolehkah saya menyusukan dua orang bayi pada masa yang sama?
Boleh, namun anda perlukan masa dan latihan untuk membiasakan diri.
Ketika anda masih lagi belajar mengenai penyusuan badan, anda mungkin dapati lebih mudah untuk memulakannya dengan menyusukan bayi anda secara berasingan, terutamanya jika ini adalah bayi pertama anda.
Penyusuan berasingan secara amnya adalah lebih mudah kerana anda boleh gunakan kedua-dua tangan untuk memastikan bayi anda melekap dengan sempurna. Setelah bayi melekap sempurna dan berada dalam keadaan selesa, anda boleh lepaskan sebelah tangan untuk membuat perkara-perkara lain. Hormon oksitosin yang dibebaskan oleh badan anda ketika penyusuan boleh membuatkan anda rasa dahaga, jadi bolehlah anda gunakan sebelah tangan yang bebas itu untuk memegang botol air. Menyusukan seorang bayi juga lebih mudah ketika anda berada di luar.
Walau bagaimanapun, menyusukan anak kembar anda serentak akan menjimatkan masa dan membolehkan anda mendapat lebih rehat dan tidur. Jika seorang bayi menyusu lebih kuat daripada yang seorang lagi, dia mungkin menyebabkan refleks letdown (keadaan di mana susu memancut keluar) berlaku lebih cepat.
Refleks let down berlaku apabila sel-sel otot dalam payudara anda dirangsang untuk menekan kantung-kantung berisi susu. Ini membuatkan susu tersedia untuk bayi anda. Memandangkan refleks ini berlaku dalam kedua-dua belah payudara secara serentak, ia memberi manfaat kepada kedua-dua bayi pada masa yang sama.
Menyusukan kedua-dua kembar serentak juga membolehkan anda menenangkan kedua-dua mereka dan menghilangkan kelaparan mereka sekaligus. Namun memandangkan setiap kembar adalah individu yang berlainan, seorang kembar mungkin ingin menyusu lebih kerap daripada kembar yang seorang lagi.
Tip-tip bagi penyusuan secara serentak:
Gunakan kusyen atau bantal untuk menyokong bayi-bayi anda. Anda boleh cuba gunakan bantal berbentuk V yang direka khas untuk menyusukan bayi kembar.
Anda mungkin perlu bantuan untuk meletakkan kedua-dua bayi pada posisi yang betul di atas bantal. Tetapi sebaik sahaja mereka sudah dalam posisi, permukaan bantal tersebut yang besar dan kejap akan menyokong kedua-dua bayi anda secara serentak. Ini dapat membebaskan tangan anda untuk menukar posisi atau menyedawakan setiap bayi.
Dengan menggunakan bantal, anda boleh menukar posisi penyusuan. Contohnya, anda boleh beralih daripada pegangan pangkuan (merentasi dada) kepada pegangan ragbi (di bawah lengan). Atau anda boleh gabungkan kedua-dua posisi tersebut.
Tiada cara yang diterima sebagai terbaik untuk menyusukan bayi kembar anda, oleh itu pilihlah kaedah yang sesuai dengan anda dan mereka.
Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa lebih baik bagi anda bertukar-tukar payudara ketika menyusukan kerana kemungkinan besar bayi-bayi anda tidak menyusu dengan cara yang sama. Bertukar-tukar payudara memboleh bayi yang lebih kuat menyusu untuk memacu penghasilan susu dalam kedua-dua belah payudara, lantas memastikan bekalan susu sentiasa tinggi.
Jika sukar bagi anda mengingati kembar mana yang menyusu di setiap payudara ketika sesi penyusuan yang terakhir, cuba bertukar payudara setiap 24 jam berbanding setiap selepas sesi penyusuan.
Patutkah saya ikut rutin penyusuan yang fleksibel bagi bayi-bayi saya?
Untuk memastikan bekalan susu anda mencukupi, anda perlu menyusukan bayi-bayi anda dengan kerap. Menyusukan bayi apabila mereka kelihatan bersedia (atas permintaan) biasanya bermakna penyusuan yang lebih cepat dan lebih dalam. Jika anda menyusukan bayi anda secara berasingan, penyusuan boleh menjadi sesuatu yang ditentukan oleh bayi, namun ini mungkin menyebabkan anda rasa seolah-olah anda menyusukan setiap masa.
Sebagai alternatif, anda mungkin memutuskan untuk membiarkan kembar yang lebih lapar menetukan masa penyusuan seterusnya bagi kedua-dua bayi. Ini mungkin bermaksud anda harus mengejutkan kembar yang satu lagi apabila kembar yang pertama telah selesai menyusu.
Anda boleh cuba menyusukan bayi anda atas permintaan pada peringkat awal dan kemudian apabila mereka sudah besar sedikit anda boleh secara perlahan-lahan memperkenalkan rutin penyusuan.
Bolehkah saya menghasilkan susu yang cukup untuk lebih daripada seorang bayi?
Boleh. Jika anda menyusukan setiap kali bayi-bayi anda lapar, badan anda akan menghasilkan susu yang cukup. Penyusuan badan adalah sesuatu yang berlaku berasaskan permintaan-dan-bekalan.
Ramai ibu yang menyangka bekalan susu mereka rendah, tetapi sebenarnya tidak. Jika anda bimbang mengenai perkara ini, yakinlah bahawa anda boleh merangsang penghasilan susu jika anda:
Pastikan bayi-bayi anda melekap dengan sempurna.
Menyusukan dengan lebih kerap.
Mengepam dengan lebih kerap.
Jika anda bimbang samada bayi-bayi anda mendapat susu yang cukup ataupun tidak, kiralah berapa kali anda perlu menukar lampin setiap seorang daripada mereka. Dalam masa 48 jam selepas dilahirkan, kemungkinan besar mereka hanya perlu ditukar lampin dua atau tiga kali sahaja.
Tetapi apabila bayi anda sudah berusia lima hari, anda sepatutnya menukar lampin mereka lima hingga lapan kali sehari bagi setiap bayi. Menjelang minggu kedua, bayi anda seharusnya menyusu enam hingga lapan kali sehari. Selepas hari kelima, najis bayi yang diberi susu badan akan menjadi lembut dan berwarna kuning seperti sos biji sawi (mustard).
Jika anda boleh mencari masa, rekodkanlah waktu-waktu menyusu mereka. Tuliskan kembar mana menyusu di payudara sebelah mana pada sesi penyusuan yang terakhir, dan berapa kalikah setiap bayi ditukar lampin.
Bagaimana jika bayi-bayi saya ditempatkan dalam penjagaan khas?
Ada kemungkinan bahawa seorang atau kedua-dua bayi anda perlu diletakkan dalam penjagaan khas selepas dilahirkan. Jika anda tidak dapat menyusukan mereka serta-merta, mulalah mengepam susu pertama (kolostrum) anda secepat mungkin selepas anda bersalin.
Anda boleh mengepam susu anda menggunakan tangan, pam manual atau pam elektrik. Jika anda dapati mudah menggunakan pam elektrik, anda boleh mengepam kedua-dua belah payudara pada masa yang sama apabila susu anda penuh.
Mengepam kedua-dua payudara pada masa yang sama dapat memaksimakan jumlah susu yang anda pam di samping menjimatkan masa. Ia juga membantu memantapkan bekalan susu anda. Pastikan saiz corong pam tersebut padan dengan anda supaya puting anda tidak tergesel.
Untuk mendapatkan dan mengekalkan bekalan susu yang mencukupi, anda perlu mengepam dengan kerap, sekurang-kurangnya lapan kali dalam masa 24 jam, sehingga bayi anda dapat menyusu secara langsung.
Susu anda boleh disimpan dalam peti sejuk atau peti sejuk-beku dalam bekas bersteril untuk diminum oleh bayi anda kemudian. Mengepam susu mungkin satu tugas yang sukar, dan anda juga mungkin rasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat memegang bayi-bayi anda. Tetapi susu badan anda benar-benar membantu membina kekuatan mereka, terutamanya jika mereka dilahirkan pramatang.
Adakah puting saya akan sakit kerana menyusukan dua orang bayi?
Menyusukan anak kembar tidak bermakna anda lebih berkemungkinan mengalami kesakitan pada puting payudara. Kesakitan ini adalah kerana bayi tidak melekap dengan baik, bukannya kerana jumlah bayi yang anda susukan atau berapa kerap anda menyusukan mereka.
Jika puting anda terasa pedih, maklumkan kepada doktor dan mintalah bantuan dalam memastikan bayi-bayi anda dapat melekap dengan betul. Mungkin ada seorang pakar penyusuan di hospital tersebut yang dapat membantu anda dan doktor anda mungkin dapat merujuk anda kepadanya.
Jika anda menyusukan bayi kembar anda secara serentak, cuba susukan mereka secara berasingan sehingga anda arif dan mendapat lebih banyak latihan dalam melekapkan bayi dengan betul. Ini mungkin mengambil masa, tetapi ia dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Jika puting anda sakit atau rosak, anda boleh sapu sedikit lanolin yang ditulenkan, jeli petroleum atau minyak parafin lembut pada puting anda sebaik sahaja selepas penyusuan. Ini akan membantu mengelakkan puting anda merekah akibat kering dan berkerak. Ini juga membantu mengurangkan rasa sakit ketika menyusukan.
Adakah saya akan dapat berehat daripada menyusukan?
Pada hari-hari, minggu malah bulan-bulan yang pertama, keadaan mungkin sukar. Anda perlu memastikan kedua-dua bayi anda melekap pada payudara anda dengan betul, tambahan pula menyusukan dua orang bayi pada masa yang sama bukanlah perkara yang mudah.
Cuba elakkan sikap tergesa-gesa dan ambil peluang apabila bayi-bayi anda sedang tidur. Kerja mencuci mungkin boleh ditangguhkan. Gunakanlah peluang yang ada untuk berehat dan tidur sebentar.
Bagaimana dengan penyusuan di tempat awam?
Anda mungkin tidak selesa menyusukan bayi kembar anda di tempat awam kerana payudara dan perut anda akan lebih terdedah berbanding menyusukan seorang bayi. Anda juga mungkin rasa lebih sukar untuk menyusukan tanpa kusyen, bantal dan kerusi yang biasa anda gunakan di rumah.
Dapatkanlah bantuan rakan-rakan dan ahli keluarga sehingga anda rasa lebih yakin. Anda mungkin lebih suka untuk menyusukan bayi-bayi anda secara berasingan ketika di luar rumah. Tanyalah ibu-ibu lain yang anda kenali mengenai tempat-tempat yang mesra-bayi di mana anda boleh menyusukan bayi anda dengan mudah. Bacalah juga tip-tip ibu-ibu BabyCenter mengenai penyusuan di tempat awam.
Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?
Kumpulan sokongan anda perlu dipersiapkan sebelum bayi kembar anda dilahirkan. Ini termasuklah mengambil pembantu rumah sepenuh masa jika anda rasa ianya perlu. Anda terpaksa menangani banyak perkara selepas bersalin, dan jika ketika itu baru anda hendak memikirkan tentang mencari pembantu, ini hanya akan menambahkan tekanan kepada anda. Mintalah ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran untuk membantu anda dengan tugas-tugas seharian selepas bayi kembar anda lahir. 
Organisasi-organisasi penyusuan badan berikut mungkin dapat membantu anda menghubungi seseorang yang mempunyai pengalaman menyusukan anak kembar.


Sumber: BabyCenter

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://anakbonda.blogspot.com/2018/08/persoalan-menyusukan-anak-kembar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Outstation Sy Tidak Sengaja Ber Ehem2 Dgn Abg Ipar Kembar Suami Sy Hamii Tp Sy Tidak Pasti Anak Tu Ank Siapa

Suami Outstation Sy Tidak Sengaja Ber Ehem2 Dgn Abg Ipar Kembar Suami Sy Hamii Tp Sy Tidak Pasti Anak Tu Ank Siapa

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 274 hits
Foto sekadar hiasan Baca perlahan lahan semoga dapat pengajaram dari kisah ini Assalam min tolong hide profile saya ye Saya guna fb kawan Saya suri rumah umur 26 tahun Suami pula 40 tahun suami ada 3 adik bradik tak ada masalaah dalam rumah...
Penantian Lima Tahun Tahniah Preity Zinta Dapat Anak Kembar

Penantian Lima Tahun Tahniah Preity Zinta Dapat Anak Kembar

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 321 hits
Pelakon Bollywood terkenal Preity Zinta mengumumkan menimang cahaya mata kembar menggunakan khidmat ibu tumpang Lebih manis lagi Preity juga menamakan bayi kembar Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough Hai semua saya ingin berkongsi ...
Panduan Menjaga Anak Kembar

Panduan Menjaga Anak Kembar

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 360 hits
Masa MenyusuSebenarnya tidak sukar menyusukan si kembar serentak tetapi lebih baik jika setiap orang mempunyai waktu menyusu yang khusus supaya setiap kembar mendapat perhatian sama Cara pertama Peruntukkan 10 minit bagi setiap seorang iait...
Anak Kinestetik Memang Tak Duduk Diam Tapi Potensi Besar Skilnya Power

Anak Kinestetik Memang Tak Duduk Diam Tapi Potensi Besar Skilnya Power

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 267 hits
Dalam mendidik dan membesarkan anak anak kita tak boleh anggap semua anak sama Sebenarnya ada tiga jenis anak di dunia iaitu visual auditori dan kinestetik Sebenarnya mengajar anak kena ikut ciri mereka sebab barulah senang mereka faham apa...
Sesi Pembelajaran Interaktif Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris Di Novakid

Sesi Pembelajaran Interaktif Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris Di Novakid

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 243 hits
Kemahiran berbahasa lebih daripada satu bahasa sememangnya cukup baik untuk anak anak kita Malah anak anak yang mampu menguasai pelbagai bahasa ketika awal usia dapat mengasah kemahiran dan perkembangan otak anak itu sendiri Tercari cari pu...
Diduga Sodomi Anak Guru Ngaji Di Padang Ditangkap Polisi

Diduga Sodomi Anak Guru Ngaji Di Padang Ditangkap Polisi

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 229 hits
Sebelum dilaporkan ke polisi EM nyaris menjadi bulan bulanan warga setempat setelah orang tua korban melaporkan peristiwa itu ke RT setempat
Perghhh Anak Isteri Mengamuk Lelaki Beri Wang Kepada Penyanyi Perempuan

Perghhh Anak Isteri Mengamuk Lelaki Beri Wang Kepada Penyanyi Perempuan

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 443 hits
Lelaki itu diheret anaknya turun dari pentas InstagramAnak isteri mengamuk lelaki beri wang kepada penyanyi perempuanJAKARTA Sebuah video memaparkan aksi seorang lelaki sedang memberikan wang kepada penyanyi wanita di sebuah majlis perkahwi...
Putri Tanjung Dan Bos Bos Startup Ke Banyuwangi Tebar Inspirasi Ke Anak Anak Muda

Putri Tanjung Dan Bos Bos Startup Ke Banyuwangi Tebar Inspirasi Ke Anak Anak Muda

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 244 hits
Bersama Bupati Banyuwangi Ipuk Fiestiandani mereka bertemu dengan anak anak muda setempat untuk berbagi inspirasi dan pengalaman mengembangkan bisnis
Org Lokal Pun X Buat Gini Netizen Puji Tindakan Mat Saleh Bawa Anak Kutip S4mpah

Org Lokal Pun X Buat Gini Netizen Puji Tindakan Mat Saleh Bawa Anak Kutip S4mpah

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 309 hits
Korang rajin tak untuk gotong royong bersihkan kawasan terdekat dengan rumah korang bila ada waktu free Memang tak dapat dinafikan aktiviti bergotong royong memerlukan semangat dan juga kerajinan yang tinggi untuk dilaksanakan Ini kerana ke...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco