Persiapan Untuk Solat Tarawih Di Bulan Ramadhan Dalam Pkp
Bismillahirrahmanirrahim--
Lagi beberapa hari kita akan memasuki bulan barakah iaitu bulan Ramadhan, dan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ke-3. Ini bermakna, solat tarawih terpaksalah di lakukan di rumah saja bersama keluarga.
Ini juga bermakna, ketua keluarga atau si suami secara automatik adalah Imam Besar solat tarawih berjemaah di rumah nanti.
Dan saya pula, sebagai ketua keluarga, menjadi imam solat tarawih bersama anak dan isteri ni boleh dikatakan tak pernah langsung atau sekali dua sahaja (bukan bermaksud, tak pernah tinggal solat tarawih di masjid, tapi kalau tak ke masjid - biasanya buat sorang-sorang saja huhu...)
Untuk ketua-ketua keluarga yang sama waktu dengan saya sahaja!
Di sini (also untuk reminder for myself or as a checklist) saya sediakan hanya DUA perkara yang perlu dilakukan sebagai persiapan untuk menjadi Imam solat tarawih di bulan Ramadhan dalam PKP kali ini.
Bagi mereka yang dah biasa jadi imam solat berjemaah samada di rumah, di surau (mana-mana surau) atau di masjid - sila abaikan posting ini ya... Tetapi kalau dah terlanjur sampai ke sini, boleh lah baca apa yang saya tulis ni dan perbetulkan apa yang patut atau nak tambah apa-apa yang perlu, silalah lakukan di ruangan komen atau boleh PM saya melalui Page Contact Me (kalau banyak sangat huhu).
Persiapan Menjadi Imam Solat Tarawih1) Murajaah Surah-surah yang perlu di baca dalam setiap rakaat solat iaitu samada buat 20 rakaat atau 8 rakaat.
Ini penting!!!, supaya tengah solat nanti tak pulak tertinggal mana-mana ayat dalam mana-mana surah yang dibaca atau terlupa terus surah apa yang nak kena baca.
Boleh saja nak baca Qulyaayyuhalkaafirun... (Surah Al-Kafirun) untuk rakaat pertama dan Qulhuallah... (Surah Al-Ikhlas) untuk rakaat kedua setiap solat termasuk solat Witir tapi macam tak rasa bersolat kat masjid la pulak kan - dah lah tak boleh pergi masjid!.
Berikut adalah Surah-surah yang dianjurkan dibaca untuk solat tarawih 20 rakaat:
(a) Untuk malam pertama hingga malam ke-15, pada rakaat pertama:
Surah Al-Takathur (Alhaakumuttakathur...) - buka You Tube Surah Al-Asr (Wal'asri innal innsa...) - buka You Tube Surah Al-Humazah (Wailullikulli...) - buka You TubeSurah Al-Fil (Alam tarakai fafa...) - buka You TubeSurah Al-Quraisy (LI ilaa fiquraisy..) - buka You TubeSurah Al-Ma'un (Ara aitalladzi...) - buka You TubeSurah Al-Kautsar (Innaa 'atoinaa kalkautsar...) - buka You TubeSurah Al-Kafirun (Qulyaayyuhalkaafirun...) - buka You TubeSurah Al-Nasr (Idzaajaa anasrullahi..) - buka You TubeSurah Al-Masad (Tabbat yadaa Abii lahab...) - buka You TubeBagi setiap rakaat kedua, hanya baca Surah Al-Ikhlas (Qulhuallah...)
(b) Untuk malam ke-16 hingga malam terakhir, pada rakaat pertama - baca Surah Al-Qadr (Inna anzalna...)
Pada rakaat kedua, surah-surah yang dibaca adalah surah yang dibaca pada rakaat pertama malam pertama hingga malam ke-15!! Itu saja...
NOTA : Jika hendak buat 8 rakaat, Pilih saja mana-mana 4 Surah di atas.
(c) Bagi solat witir :
Rakaat Pertama : Baca Surah Al-'Alaa (Sabbihis marobbukal 'alla...) - buka You TubeRakaat Kedua : Baca Surah Al-Kafirun (Qulyaayyuhalkaafirun...)Untuk solat Witir SATU Rakaat, bacalah Ketiga-tiga Surah Qul: Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas)
2) Hafal Bacaan-bacaan (Selawat Seruan) sebelum mula solat tarawih, di antara setiap solat dan sebelum solat Witir. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini lebih afdhal lah... Walaupun kalau di masjid, bilal atau seorang makmum lain yang bacakan selawat seruan tu, di rumah sapa yang nak bacakan kan? Kecuali kalau ada anak lelaki yang dah boleh diharap... Jadi, kita jugaklah yang kena sebut selawat seruan tu - isteri dan anak-anak akan sambut.
Kalau tak nak hafal - Print bacaan-bacaan tersebut dan baca saja bila nak mula solat (lepas solat sunat Ba'da Isya), dan di antara solat-solat tarawih... dan ketika nak mula solat witir.
Klik link/imej di bawah untuk salinan PDF bacaan-bacaan seruan selawat, doa selepas solat tarawih dan doa selepas witir untuk di-print.
Panduan Solat Tarawih (PDF)Sumber : www.islam.gov
Bulan Ramadhan akan tiba hanya beberapa hari sahaja lagi, tetapi dalam tempoh tersebut, masih lagi sempat untuk kita murajaah surah-surah yang boleh dibaca untuk solat tarawih, serta seruan selawat dan doa-doa yang perlu.
InsyaAllah, kita boleh lakukannya, sekiranya mulai dari SEKARANG kita lakukannya setiap hari untuk lebih kurang sejam...
Daripada persiapan yang kita lakukan ini, insyaAllah kita boleh menjadi Imam untuk solat tarawih, bahkan akan menjadikan kita lebih yakin di masa-masa akan datang. Diharapkan agar pekerjaan kita, menjadi ibadah dan dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah SWT... Selamat Membuat Persiapan... :D
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wafacw.blogspot.com/2020/04/persiapan-untuk-solat-tarawih-di-bulan.html