Persepsi Atau Berdusta






1. Persepsi dibentuk bertujuan untuk mengukuhkan kepentingan sesuatu naratif guna mempengaruhi minda orang ramai. Semasa saya menjadi Menteri Agama, naratifnya adalah "Islam tidak dibela oleh kerajaan PH" Menteri Agama waktu itu menjadi sasaran persepsi dibentuk begitu rupa sehingga semua tindak-tanduk saya diletakkan dalam naratif besar 'tidak bela Islam!'

2. Saya tangani persepsi dengan counter naratif (balas naratif) berpandukan kepada fakta dan dasar-dasar yang jelas. Saya mengangkat dasar Rahmatan Lil Alamin (RLA) yang dipersetujui oleh MRR (Majlis Raja-Raja) pada 4 July 2019 dan semua polisi pentadbiran Islam saya menepati dengan kehendak dasar ini. Ini balas naratif saya kepada isu 'tak bela Islam'. Rujuk kepada FB saya dan portal berita serta jawapan-jawapan di parlimen dalam hansard. Hanya yang sengaja mahukan persepsi buruk ke atas saya sahaja yang buta, pekak dan tuli kepada segala penjelasan yang telah saya buat.

3. Isu LGBT, Nisha Ayub, Tandas LGBT, mesra LGBT sangat berguna sebagai alat propaganda mereka membentuk persepsi. Saya menafikan sekerasnya saya yang membina persepsi tersebut tetapi hakikatnya ada manusia yang mahu memaksa persepsinya ke atas orang ramai. Ramai sahaja yang mendekati gologan ini dalam kerangka berdakwah, tetapi bila Menteri Agama PH yang buat ia menjadi bahan fitnah!

4. Dasar LGBT sangat jelas dalam jawapan di Parlimen dan penjelasan-penjelasan saya di luar parlimen. Pertemuan dengan Nisha Ayob tanggal 11 Ogos 2018 adalah untuk menjelaskan kepadanya kenapa saya mengarahkan diturunkan gambar beliau dan ikon LGBT yg lain dalam pameran sempena bulan kemerdekaan di Dewan Seri Pinang Pulau Pinang tempoh hari. Saya juga menjelaskan kepadanya sikap kerajaan PH menolak advokasi LGBT. Beliau juga membuat beberapa aduan tentang masalah transgender yang tertekan dengan sikap masyarakat dan kebanyakan mereka dieksploitasi untuk menjadi mangsa industri maksiat.

Isu tandas LGBT telah terjawab atas kekeliruan laporan berita dan telahpun dinafikan oleh saya dan dilaporkan pada 13hb Ogos 2018 ( https://www.bharian.com.my/.../saya-minta-maaf-atas... ). Adakah pendusta berlaku adil menjelaskan laporan ini? Rasanya tidak! kerana itulah yang diulang-ulang untuk menjadi bahan dan alat naratif mereka.

5. Kelemahan dari sudut komunikasi saya mungkin ada namun bukan bermakna persepsi itu betul, hakikatmya ialah penipuan yang berulang-ulang akhirnya diterima sebagai kebenaran seperti falsafah Joseph Goebels dalam propagandanya mengkultuskan Hitler. Amat malang bagi umat Islam yang ingin bersandar kepada keilmuan seseorang tetapi sesorang itu terikut dengan cara propaganda Hitler walaupun mengaku ikut Sunnah Nabi s.a.w.

6. Apa yang distilahkan kelemahan komunikasi menangani persepsi sebenarnya adalah kerana kita hidup dalam zaman 'post-truth' atau pasca-kebenaran. Di dalam politik, hakikat yang mendasari fenomena ini adalah kebenaran (truth) dan penjelasan dasar-dasar (policies) sudah tidak relevan berbanding dengan sentimen dan emosi yang lebih disukai dan lebih mudah mempengaruhi orang ramai. Inilah yang dieksploitasikan oleh pihak tertentu malah penyokong PH pun turut menjadi mangsa post-truth ini.

7. Saya sebagai mantan Menteri Agama zaman PH adalah sasarannya walaupun banyak usaha yang saya lakukan atas kejelasan dasar RLA dan sebagai Menteri, saya bertemu dengan semua pihak mengaplikasikan dan menjelaskan dasar RLA. Selain Nisha Ayob saya mendamaikan perbalahan Dr Maza dan Prof Ramasamy pada 30 July 2018 dalam pertemuan di pejabat saya. Saya bertemu dengan Dong Zhiao Jong dalam kontraversi isu pembelajaran Jawi. Saya bertemu dengan Ustaz Abdul Somad, saya bertemu dengan wakil dari suara umat Islam minoriti dari Uighyur, Thailand, Kemboja dan wakil isu besar umat Islam seperti Palestine. Kenapa mereka selektif hanya kaitkan isu LGBT dan Zakir Naik sahaja? Sebab mereka mahu kukuhkan persepsi " Mujahid sedia jumpa Nisha (LGBT) tetapi tak mahu bertemu Zakir Naik (Bela Islam). Semakin mantaplah naratif mereka!

8. Ada beberapa perkara yang saya sedia jangkakan dari peribadi sahabat saya SS Mufti Perlis tetapi saya tidak pernah menjangkakan SS Mufti Perlis memilih untuk berbohong secara umum mengatakan saya enggan bertemu dengan Dr Zakir Naik. Ini bukan lagi membina persepsi tetapi pembohongan yang tidak sepatutnya menjadi contoh dari sosok tubuh seorang Mufti.

9. Pada 13 March 2019 bertempat di Pejabat JAWI, Wilayah Persekutuan, saya bertemu dengan Dr Zakir Naik. Saya menjelaskan sikap kerajaan tentang kenyataan kontraversinya dan berkesempatan menjelaskan dasar RLA kepadanya. Pertemuan berjalan dengan penuh kemesraan dan kami menikmati makan tengahari bersama sambil bertukar pandangan tentang dakwah dan keberkesanannya dalam masyarakat berbagai agama dan kaum di Malaysia.

10. Apa yang ditularkan dalam FB Dr Maza dalam program sembang santai isu semasa bersama Mufti Perlis yang disiarkan secara live pada 7 March 9.30 malam masih pekat dengan naratif antiknya. Namun ada sesuatu yang saya tidak menjangkakan dibuat dalam live itu, iaitu pemalsuan fakta terang-terangan.

11. Cara dikendalikan pula penuh dengan rasa bangga dengan kejayaan persepsi palsu dan kemudian berani pula menyalahkan saya kononnya saya yang membina persepsi itu. Mereka pun membuat perbezaan dengan Menteri Agama hari ini tanpa merasa insaf pembohongan persepsi yang mereka lakukan terhadap saya.

Ada batasan kalau hendak berpersepsi dan bernaratif kerana membentuk persepsi mungkin melambangkan kelemahan kita tidak mahu mengakui fakta, tetapi awas kepada ingatan Nabi s.a.w bahawa seseorang Muslim tidak mungkin akan berdusta sama sekali!

Marilah kita ikut Sunnah, tinggalkan Fitnah!

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Ahli Parlimen Parit Buntar

Naib Presiden AMANAH

9hb March 2021

 

















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/persepsi-atau-berdusta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepada Bakal Ibu Baru Maryam Ini Pesan Mawar Jangan Panggil Mummy Atau Mama

Kepada Bakal Ibu Baru Maryam Ini Pesan Mawar Jangan Panggil Mummy Atau Mama

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 215 hits
Baru baru ini bekas isteri kepada pelakon dan pengacara Fizo Omar iaitu usahawan tudung Mawar Abdul Karim telah memuat naik satu status di Insta Story miliknya dan telah menarik perhatian Menerusi ruangan Ask Me Question Mawar menerima pert...
Awani Ringkas Pkp Tamat Atau Disambung Lagi Pengurus Ladang Ditahan Sprm

Awani Ringkas Pkp Tamat Atau Disambung Lagi Pengurus Ladang Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 237 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video ter
Buku 30 Dalil Serang Zahid Kerja Orang Umno Atau Pihak Luar

Buku 30 Dalil Serang Zahid Kerja Orang Umno Atau Pihak Luar

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 252 hits
malaysiakini comDiterbitkan 28 Feb 2021 9 56 amDikemaskini 9 59 amULASAN Buku 30 Dalil Mengapa Zahid Perlu Letak Jawatan dilaporkan telah disebarkan untuk menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di...
Ibrahimovic Iktiraf Ronaldo R9 Adalah Goat Sebenar Bukan Messi Atau Cristiano Ronaldo

Ibrahimovic Iktiraf Ronaldo R9 Adalah Goat Sebenar Bukan Messi Atau Cristiano Ronaldo

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 432 hits
Zlatan Ibrahimovic percaya bahawa Ronaldo Nazario adalah pemain bola sepak terhebat yang pernah ada ataupun GOAT Kekaguman bintang Sweden kepada penyerang Brazil itu memang bukan rahsia lagi sejak dari dulu lagi Beliau malah men
Umno Pas Pilih 2 Atau 3 Penjuru

Umno Pas Pilih 2 Atau 3 Penjuru

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 312 hits
by1Media my February 28 20210APAKAH Muafakat Nasional yang disepakati hampir tiga tahun ini antara UMNO dan Pas kini ibarat retak menanti belah Dengan pelantikan pengerusi pengerusi Perikatan Nasional negeri melibatkan PAS dan Bersatu terma...
Jangan Bahasakan Diri Mummy Atau Mama Pesan Mawar Pada Bakal Isteri Fizo

Jangan Bahasakan Diri Mummy Atau Mama Pesan Mawar Pada Bakal Isteri Fizo

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 460 hits
Walaupun masing masing telah membawa haluan sendiri usahawan tudung Mawar Karim terbuka mendoakan bekas suaminya iaitu aktor Fizo Omar agar segera bertemu jodoh Memetik laporan Harian Metro wanita berusia 33 tahun itu menjawab persoalan yan...
Eur Usd 2 Mac 2 Laporan Cot Pertumbuhan Awal Dolar Atau Permulaan Pertumbuhan Besar Besaran Baru Mata Wang As

Eur Usd 2 Mac 2 Laporan Cot Pertumbuhan Awal Dolar Atau Permulaan Pertumbuhan Besar Besaran Baru Mata Wang As

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 245 hits
EUR USD 1H Pada 1 Mac pasangan EUR USD meneruskan kejatuhan harga Penutupan kadar pertukaran pasangan di bawah tahap pembetulan 23 6 membolehkan kita bergantung pada penurunan harga seterusnya ke arah tahap Fibo seterusnya sebanyak 0 0 Teta...
Kumpulan Zahid Boleh Mencatur Sokong Pn Atau Pembangkang

Kumpulan Zahid Boleh Mencatur Sokong Pn Atau Pembangkang

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 291 hits
malaysiadateline com Negara bakal menyaksikan wujudnya tiga kumpulan ketika sidang Dewan Rakyat yang akan bersidang nanti kata Pemikir Parti Amanah Negara Johor Dr Mohd Zuhan Mohd Zain Beliau berpendapat salah satu kumpulan tersebut iaitu p...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat