Persediaan Upkk 2025 Kakya Kongsi Tips Mudah Dan Praktikal


Persediaan UPKK 2025 : KakYa Kongsi Tips Mudah Dan Praktikal
Assalamualaikum semua! Apa khabar semua followers KakYa. Alhamdulillah pagi ni KakYa nak kongsikan sedikit pengalaman dan tips tentang persediaan menghadapi UPKK 2025. Untuk makluman anak anak dan ibu ayah semua, UPKK ni sangat penting untuk murid Tahun 5. 

Sebagai seorang admin bertugas yang mengendalikan kelas KAFA di Fly High Education Centre, sedikit sebanyak KakYa tahu apa cabaran yang Ibu ayah dan anak anak hadapi dan macam mana kita sebagai Ibu ayah nak bantu anak anak bersedia untuk UPKK 2025.
Apa Itu UPKK
Pertama sekali Ibu ayah dan anak anak kena faham apa itu UPKK. UPKK ni singkatan kepada Ujian Penilaian Kelas KAFA. Biasanya ujian UPKK diambil semasa murid berada di Tahun 5. Terdapat sembilan subjek semuanya iaitu; 
• Amali Solat• Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)• Tilawah Al-Quran• Jawi dan Khat• Sirah• Ibadah• Aqidah• Adab (Akhlak Islamiah)• Lughah Al-Quran
Banyak kan? Tapi jangan risau, kalau ada perancangan dan persediaan awal,  insyaAllah semua anak anak boleh skor. Yakin boleh okey!
Tips Mudah Dan Praktikal Untuk Skor UPKK
KakYa nak pesan awal awal kat anak anak, jangan tunggu bulan 9 baru nak mula ulangkaji. Nak berjaya kena mula sekarang! Biar sikit-sikit tapi konsisten. Contohnya, hari ni buat latih tubi Jawi 2 muka surat, esok hafal doa-doa penting, lusa baca balik nota Sirah. Buat ulang ulang. Tak perlu lama pun cukup satu jam sehari, tapi kena disiplin. Lama lama semua ilmu akan melekat kat kepala. 
Satu lagi benda penting adalah sokongan Ibu ayah dari rumah. Ibu ayah memainkan peranan besar sangat. KakYa pernah tengok murid yang biasa-biasa je, tapi sebab ibu ayah dia selalu semak buku, temankan belajar kat kelas online dan tanya pasal kelas KAFA menjadikan prestasi dia makin hari makin meningkat.
Jadi, kalau Ibu ayah tengah baca ni, tolong luangkan masa untuk anak anak walaupun sekejap. Anak akan rasa dihargai dan semangat dia lain macam. Tak percaya cuba buat sekarang juga. Jangan cuba tapi kena buat. Kena buat sekarang!
KakYa juga galakkan anak anak untuk buat nota sendiri. Tak perlu nota cantik pun tak apa, asal anak anak boleh baca dan faham nota yang dibuat pon dah cukup dah. Guna pen atau marker pen warna-warni, lukis gambar sikit kalau perlu nak bagi lagi menarik nota kita tu. Bila anak anak tulis sendiri nota diaorang, otak akan lebih mudah ingat. Dalam duk tulis diaorang baca. Lagi mudah diaorang ingat.
Dah siap buat nota boleh tampal nota dekat tempat yang senang nampak senang nak baca macam dekat meja belajar atau dekat pintu almari. 
Amali Solat jangan tinggal ya anak anak. UPKK ada ujian praktikal. KakYa sarankan ibu ayah tolong periksa wudhuk dan pergerakan solat anak anak. Kadang kadang kita tak perasanl anak kita terlupa rukun atau bacaannya kurang jelas. 
Boleh minta anak anak untuk praktis depan cermin pun bagus juga, biar dia tengok sendiri gaya solat dia. Kat mana betul kat mana yang part dia buat salah. Nanti Ibu ayah boleh pantau dan tolong perbetulkan. 
Zaman sekarang ni kan zaman teknologi. Internet pun boleh bantu. KakYa sendiri suka guna YouTube dan aplikasi Islamik. Ada video Sirah, tajwid, doa-doa harian pon ada dalam bentuk animasi. Anak-anak lagi mudah faham dan tak bosan bila tengok video.  Tapi Ibu ayah kena pantau juga, jangan sampai terlajak tengok benda lain pula. 
Kesihatan juga penting okey. Jangan lupa jaga kesihatan ya anak anak. Kalau badan tak sihat, susah nak fokus belajar. Pastikan anak anak makan makanan berkhasiat, cukup tidur dan ada masa rehat dan bermain. Belajar pun kena ada rehat. Jangan paksa anak belajar tanpa rehat nanti anak anak stres. Bila dah stres anak jadi malas untuk belajar.
Yang paling penting perlu ditekankan lagi adalah doa. Ajarkan anak anak baca doa penerang hati sebelum belajar. Setiap kali habis solat, ibu ayah pun boleh doakan anak anak. Kuasa doa ibu ayah ni luar biasa tau. Kadang usaha biasa je, tapi sebab ada doa yang tak pernah putus dari Ibu ayah, Allah beri kejayaan luar biasa. Insyaallah...
Persediaan UPKK bukan satu perkara yang menakutkan. Yang penting kena ada perancangan, kerjasama antara anak anak, guru dan juga ibu ayah serta semangat yang berterusan. KakYa percaya kalau anak anak mulakan dari sekarang, insyaAllah UPKK 2025 akan jadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Kelas Online UPKK Sesi Mei 2025
Nak lebih bersedia dari segi mental dan fizikal, Ibu ayah boleh masukkan anak anak ke kelas UPKK online di Fly High Education Centre bersama Ustaz Azhari Sulaiman.
Kelas Online UPKK sesi Mei bersama Guru Cemerlang Negeri Selangor, Ustaz Azhari Sulaiman. 
Kelas Imtiyaz UPKK
Kelas Gempur UPKK 
Kelas Meroket UPKK 
Terdapat tiga kelas kelolaan Ustaz Azhari Sulaiman yang boleh Ibu ayah pilih iaitu;
IMTIYAZ UPKK : Belajar mengikut silibus buku teks.MEROKET UPKK : Belajar mengikut silibusbuku teks dan menulis.GEMPUR UPKK : Menjawab set soalan sebenar atau set soalan popular.
Apa tunggu lagi Ibu ayah, jangan lepaskan peluang untuk bantu anak anak skor 9A UPKK. Daftar sekarang ...


Wasap.my/60199202004Wasap.my/60192808418Wasap.my/60105433732
Okeylah, sampai sini dulu perkongsian KakYa kali ini. Nanti di tulisan yang akan datang, insyaallah KakYa kongsikan pula contoh jadual ulangkaji UPKK dan tips belajar ikut gaya anak ya! Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang ada anak Tahun 5 tahun ni. Semoga anak-anak kita semua berjaya dengan cemerlang dalam UPKK 2025. Aamin aamin Ya Mujib. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2025/04/persediaan-upkk-2025-kakya-kongsi%20tips-mudah-dan-praktikal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bengkel Jelajah Upkk Persediaan Motivasi Dan Tips Kejayaan Bersama Ustaz Azhari Dan Ustazah Asma Harun

Bengkel Jelajah Upkk Persediaan Motivasi Dan Tips Kejayaan Bersama Ustaz Azhari Dan Ustazah Asma Harun

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 124 hits
Bengkel Jelajah UPKK Persediaan Motivasi Tips Kejayaan Bersama Ustaz Azhari Dan Ustazah Asma HarunAssalamualaikum dan selamat pagi buat semua Ibu ayah hebat di luar sana Pagini KakYa masih lagi berpeluang untuk terus mencoretkan kata di blo...
Permohonan Program Pra Diploma Uitm Kakya Nak Kongsi

Permohonan Program Pra Diploma Uitm Kakya Nak Kongsi

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 123 hits
Permohonan Program Pra Diploma UiTM KakYa Nak KongsiAssalamualaikum dan hai semua Syukur ahamdulillah bersua lagi kita di ruangan maya tanpa suara ini Perkongsian dari KakYa hari ini masih lagi berkisar tentang SPM untuk Ibu ayah dan anak a...
9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 122 hits
9 Tips Mudah Kurangkan Resdung Resdung memang merimaskan Orang yang ada resdung kena banyak pantang kalau tak nak resdung MF sendiri pantang makan untuk elak resdung Pantang lah sebab kalau sekali kena resdung sekali dengan asma kena Memang...
Kami Borak Sepanjang Hari Ailee Choi Sihun Kongsi Foto Romantik Pergi Honeymoon Di Dubai

Kami Borak Sepanjang Hari Ailee Choi Sihun Kongsi Foto Romantik Pergi Honeymoon Di Dubai

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 134 hits
Selepas melangsungkan majlis perkahwinan pada minggu lalu Ailee dan Choi Si hun telah meneruskan perjalanan indah mereka dengan pergi berbulan madu Artikel Berkaitan Menerusi Instagram Choi Si hun telah berkongsi beberapa foto romantik keti...
Tak Boleh Campur Dengan Orang Ibu Ain Edruce Kongsi Rahsia Kekalkan Kasih Sayang Keluarga

Tak Boleh Campur Dengan Orang Ibu Ain Edruce Kongsi Rahsia Kekalkan Kasih Sayang Keluarga

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 69 hits
Siapa yang tak kenal Ain Edruce yang happy go lucky tu kan Tapi kali ni lain sikit dalam satu perkongsian Ain dan ibunya buka cerita tentang bagaimana rapatnya hubungan dalam keluarga mereka Bukan rapat biasa biasa tau tapi jenis yang macam...
Semoga Kekal Dah 6 Bulan Berkahwin Hyuna Yong Junhyung Kongsi Foto Bahagia Bercuti Di Luar Negara

Semoga Kekal Dah 6 Bulan Berkahwin Hyuna Yong Junhyung Kongsi Foto Bahagia Bercuti Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 57 hits
Pejam celik pejam celik dah 6 bulan dah sejak Hyun a dan Yong Jun hyung berkahwin Artikel Berkaitan Terbaru pada 20 April Hyun a telah memuat naik beberapa gambar yang diambil bersama suaminya Yong Jun hyung ketika mereka sedang bercuti di ...
Gaduh Je Dulu Nani Roslan Kongsi Perlu Ada Selisih Faham Untuk Perkahwinan Kekal Harmoni

Gaduh Je Dulu Nani Roslan Kongsi Perlu Ada Selisih Faham Untuk Perkahwinan Kekal Harmoni

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 124 hits
Bukan Nasihat Biasa BiasaDalam dunia rumahtangga nasihat klise macam kena sabar atau kena bertolak ansur memang dah biasa kita dengar Tapi kali ni dalam video TikTok Pa Ma pempengaruh dan personaliti media sosial Nani Roslan kongsikan satu ...
Kongsi Gambar Posing Fatima Kapsyen Fattah Penuh Makna

Kongsi Gambar Posing Fatima Kapsyen Fattah Penuh Makna

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 93 hits
Pelakon terkenal Fattah Amin meraih perhatian ramai apabila berkongsi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri di penghujung Syawal bersama puteri kesayangannya Fatima Dengan beberapa keping gambar penuh ceria di Instagram ramai peminat tersentu...
Queue Cutting Emergency Lane Abuse Top Jpj S 2025 Hari Raya Traffic Violations List 61 000 Summonses Issued

Queue Cutting Emergency Lane Abuse Top Jpj S 2025 Hari Raya Traffic Violations List 61 000 Summonses Issued

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 123 hits
Road Transport Department officers inspect vehicles during the conclusion of the 2025 Hari Raya Aidilfitri Operation in Selangor at the Kota Kemuning Toll Plaza in Shah Alam April 9 2025 Bernama picKUALA LUMPUR April 9 The Road Transport De...
Sidang Kemuncak Asean Ke 46

Dia Ada Taste La Ros Bp Didakwa Sering Ke New York Untuk Jumpa Teman Lelaki

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Mercedes Has Chosen To Develop Its Next Big Project In Georgia

Most Popular Delicious Malaysian Cuisines Available Daily

Jadual Dan Beli Tiket Lima 2025 Langkawi

Resipi Ikan Siakap Stim Sedap Macam Kedai Siam Langsung Tak Hanyir

Lirik Lagu Kisah Penuh Kecewa Ernie Zakri Anggi Marito


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saya Tak Hairan Dengan Isu Sos Cili Ini Simbolik Untuk Curang Kaunselor Hj Hushim Salleh

Apa Itu Umrah Qadha Ini Penjelasan Sejarah Dan Hikmahnya

Nak Tahu Bila Boleh Berhenti Ambil Carbimazole

Pengantin Bawah Umur Suami 16 Tahun Isteri Muda Setahun

Tiada Masalah Mamat Sepah Minta Maaf Ke Syamsul Debat Popular Pula Kita Hari Ini

Had Usia Persaraan 65 Tahun Kesuma Teliti Cadangan Isu Panas