Persaraan Louis Van Gaal Dan Pemain Muda Manchester United




Semalam dunia bola sepak digemparkan dengan satu berita persaraan. Ramai sudah kenal dengan seorang pengurus yang teguh dengan pendirian filosofi atau falsafahnya tersendiri iaitu Louis Van Gaal. Ya, LVG telah mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada dunia bola sepak sebagai pengurus di usia 67 tahun





"My wife Trust us gave up her job for me 22 years ago, and followed me when I went abroad. I told her I would quit as a coach when I turned 55, but instead kept going until I was 65. "She is entitled to have a life with me outside of football. I can say she is very happy. I think I could have worked as a technical director."
Sepanjang kareer beliau sebagai pengurus pasukan, LVG telah mengurus dan memegang bersama 5 pasukan kelab bola sepak dan 1 pasukan negara. Masing-masing adalah :

1991–1997 Ajax
1997–2000 Barcelona
2000–2002 Netherlands
2002–2003 Barcelona
2005–2009 AZ Alkmaar
2009–2011 Bayern Munich
2012–2014 Netherlands
2014–2016 Manchester United

Selama memegang kelab bola sepak, beliau telah memenangi pelbagai piala berprestij seperti UEFA Champions League (UCL) pada tahun 94/95 bersama Ajax, Juara La Liga bersama Barcelona, Juara Bundesliga bersama Bayern Munich dan satu-satunya piala bersama kelab terakhir beliau Manchester United dengan memenangi FA Cup edisi 15/16. Bagi kelab Belanda, pencapaian yang paling tertinggi adalah tempat ke-3 di Piala Dunia 2014 yang diadakah di Rio, Brazil. Tahniah LVG atas pencapaian yang membanggakan



Selain pencapaian yang membanggakan, LVG juga telah memberi impak positif kepada kelab terakhir beliau iaitu Manchester United iaitu telah memberi peluang hampir 13 pemain muda akademi untuk debut pemain senior di dalam liga utama (EPL). Jadi jom kita tengok senarai pemain muda yang telah diberi peluang oleh LVG untuk beraksi di peringkat tertinggi liga dari 2014 sehingga 2016


1.   Jesse Lingard



Lingard sebenarnya telah menyertai pasukan utama terlebih dahulu dibawah pengurus David Moyes tetapi di dalam pre-season tour yang selepas itu telah dipinjam dibeberapa kelab sebelum kembali ke Manchester United. Sejurus selepas itu, barulah Lingard diberi peluang untuk beraksi bersama pasukan utama di EPL ketika bertemu Sweansea pada Ogos 2014. Sehingga sekarang masih bersama pasukan utama dengan telah menjaringkan 29 gol setakat ini


2.   Paddy McNair



Paddy McNair bermula youth career di Manchester United bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2014 beliau telah melakukan debut pertama bagi pasukan senior ketika menentang West Ham. Beliau sekarang sudah tidak lagi bersama United. Selapas itu, 2 kelab telah menggunakan khidmat beliau iaitu Sunderland dan Middlesbrough (sehingga sekarang)

3.   Saidy Janko



Saidy Janko merupakan salah seorang pemain yang bermula youth career di Manchester United ketika era Louis Van Gaal. Walaupun beliau tidak pernah bermain di Liga Utama, tetapi beliau telah diturunkan bersama skuad senior dengan debut pertamanya menentang MK Dons pada Ogos 2014 yang kesudahanya agak tragis di pertandingan Piala Liga. haha Sekarang beliau bersama pasukan Nottingham Forest yang di pinjamkan daripada FC Porto



4.   Tom Thorpe



Bermula sebagai pemain muda di Manchester United dan telah melakukan debut pertamanya bersama pasukan senior di bawah pengurus LVG dalam perlawanan menentang West Ham di mana telah menggantikan Di Maria pada September 2014. Kelab terkahirnya buat masa sekarang adalah ATK yang sebelum ini telah bersama beberapa kelab lain antaranya adalah Bolton Wonderers


5.   Reece James



Reece James juga merupakan pemain muda yang diberi peluang bermain bersama pasukan utama di bawah pengurus LVG. Beliau membuat debut juga bukan di liga utama tetapi di dalam Piala Liga pada Ogos 2014 menentang MK Dons. Selepas itu, beliau berkelana di beberapa kelab yang akhirnya sekarang beliau bersama Sunderland


6.   Tyler Blackett



Pemain ini bagi aku mempunyai peluang cerah bersama United dengan lagaknya bersahaja di atas padang, tetapi sayang telah pun dijual. Beliau juga pemain muda akademi yang telah melalukan debut menentang Swansea pada Ogos 2014 di Liga Utama. Selepas di jual, kini beliau bersama kelab Reading. Not bad juga mamat ni


7.   Andreas Pereira



Pereira lulus tahap kehenseman dan corak permainan. Beliau dari akademi Man United telah diturunkan bersama skuad senior di dalam perlawanan Piala Liga juga menentang MK Dons pada Ogos 2014. Selepas bersama United, beliau telah dipinjamkan ke 2 kelab yang terahirnya adalah Valencia. Kini beliau kembali bersama skuad senior Manchester United. Terima kasih LVG bagi peluang kepada mamat ni. Ole tolong asah bakat mamat ni lagi



8.   Cameron Borthwick-Jackson



Beliau juga bagi pemerhati dan peminat Man United antara pemain yang boleh bersinar jika terus diberi peluang. LVG telah memberi ruang kepada beliau untuk debut pertamanya menentang West Brom di EPL pada November 2015 iaitu masuk menggantikan Marcus Rojo ketika itu. Ikut maklumat, beliau tidak dijual tetapi dipinjamkan ke beberapa kelab yang kini bersama Scunthorpe United. Kontrak beliau akan tamat bersama United pada 2020. Adakah beliau akan kembali bersama skuad utama Man United. Kita tunggu sahaja


9.    Donald Love



Donald Love bermula di skuad muda pada 2013 dan berjaya menambat hati LVG yang seterusnya diberi peluang bermain bersama skuad senior pada Februari 2016 di EPL yang ketika itu menentang Sunderland. Kini beliau bersama kelab lawan pertamanya iaitu Sunderland. Cinta Donald


10.   Joe Riley



Beliau telah berjaya tembusi dan bermain bersama skuad senior di bawah LVG ketika di dalam saingan FA Cup bagi menetang Shrewsbury Town pada Februari 2016. Selepas itu, beliau juga turut berkelana di tempat atau kelab lain iaitu Bradford City sehingga sekarang


11.   Timothy Fosu-Mensah



Fosu-Mensah juga merupakan pemain yang boleh bersinar jika diberi lebih peluang. Beliau melalukan debut ketika menentang Arsenal di saingan Liga pada Februari 2016. Fizikalnya dan kelajuannya juga bagi sangat baik untuk bersaing dengan player lain. Kontrak beliau bersama United sehingga 2020, tetapi kini beliau masih di EPL tetapi dengan pasukan yang lain iaitu Fulham sebagai pemain pinjaman. Mungkin selepas pinjamannya habis kelak, beliau akan kembali beraksi bersama Man United? Tunggu dah lihat sahaja


12.   James Weir



James Weir juga telah diberi peluang oleh LVG untuk beraksi diperingkat lebih tinggi bersama pasukan senior. Beliau melalukan debut ketika bertemu Arsenal di EPL pada Februari 2016 juga. Sama seperti Mensah. Kini beliau bersama Wigan Athletic


13.   Marcus Rashford



I have always been a United fan, so to be playing in the first team really is a dream come true
Pemain yang sudah pastinya paling bernilai setakat ini pernah dinaikkan oleh LVG dariapda youth team iaitu Marcus Rashford. Sejak debutnya bersama sekuad senior di saingan tertinggi UEL menentang Midtjylland, beliau terus bersinar. Pada perlawanan itu sendiri beliau telah menjaringkan 2 gol. Selain itu, debut di EPL juga menentang Arsenal, beliau juga menjaringkan gol. Sehingga hari ini beliau telah berjaya menjaringkan 43 gol bersama skuad utama Manchester United dan telah diberi kepercayaan untuk memakai jersi no 10. Semoga terus sukses Rashford



Ini menunjukkan Louis Van Gaal telah memberi ruang yang cukup kepada pemain muda untuk menimba pengalaman diperingkat tertinggi di Liga Inggeris. Nyatanya ramai pemain muda yang menyerlah selepas itu. Itulah falsafah yang dipegang oleh LVG yang mungkin tiada pada orang lain. Jadi selamat bersama boss LVG. Terima kasih untuk segalanya ketika memegang tampuk pengurus di Manchester United selama 2 tahun. Terima kasih untuk pemain yang telah dinaikkan dan juga yang telah dibawa masuk selama berada di Man United. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2019/03/persaraan-louis-van-gaal-dan-pemain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Post Apresiasi Untuk Manchester United Dan Ole Gunnar Solskjaer

Post Apresiasi Untuk Manchester United Dan Ole Gunnar Solskjaer

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 326 hits
Inilah Bola Sepak yang mungkin anda takkan dapat lihat pada permainan atau sukan lain Kejutan dan keputusan luar jangkaan yang akan berlaku di dalam dunia bola sepak Pagi tadi sebuah pasukan yang secara atas kertas pasti memenangi perlawana...
Beli Rumah Di Manchester Bale Bakal Sertai United

Beli Rumah Di Manchester Bale Bakal Sertai United

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 331 hits
Beli rumah di Manchester Bale bakal sertai United Foto ReutersGARETH BALE dilaporkan telah membeli sebuah rumah di Manchester United Kingdom dan bersetuju dengan terma peribadi yang ditetapkan oleh Manchester United menjelang potensi perpin...
Komisi Iii Dpr Setujui Naturalisasi Pemain Asing Aceh United Godstime Egwuatu

Komisi Iii Dpr Setujui Naturalisasi Pemain Asing Aceh United Godstime Egwuatu

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 125 hits
Komisi III DPR menyetujui naturalisasi pemain asing Aceh United Godstime Ouseloka Egwuatu Hal itu disetujui dalam rapat Komisi IIII dengan Menteri Hukum dan HAM Yasonna Laoly Rabu
Manchester United Kalahkan Southampton 3 2

Manchester United Kalahkan Southampton 3 2

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 214 hits
Manchester United Kalahkan Southampton 3 2 Sesungguhnya kemenangan ini memang menggembirakan seluruh peminat pasukan Man U setelah permulaan hambar pasukan ini di awal awal musim Jaringan Romelu Lukaku pada minit ke 89 di Old Trafford jarin...
Manchester United Cetus Kemenangan Ke Atas Psg Dengan Hanya Pasukan Simpanan

Manchester United Cetus Kemenangan Ke Atas Psg Dengan Hanya Pasukan Simpanan

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 321 hits
Nampaknya pasukan Manchester United berjaya mengejutkan Paris Siant Germain awal pagi tadi apabila mencetus kemenangan 3 1 setelah Marcus Rashford menyempurnakan sepakan penalti Walaupun sebelum ini Manchester tewas 2 0 namun berjaya mengik...
Kementan Ajak Agropreneur Muda Berbisnis Dari Hulu Ke Hilir

Kementan Ajak Agropreneur Muda Berbisnis Dari Hulu Ke Hilir

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 179 hits
Nilai jual tinggi bisa didapat jika pelaku usaha turut mengolah bahan baku pertanian Seperti Virgin Coconut Oil yang berbahan baku dari kelapa Harga VCO berkali kali lipat bila dibandingkan dengan harga bahan bakunya sebut Sri
Rahsia Cantik Langsing Dan Awet Muda Rozita Che Wan

Rahsia Cantik Langsing Dan Awet Muda Rozita Che Wan

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 625 hits
Assalamualaikum Hi Semua Rahsia Cantik Langsing dan Awet Muda Rozita Che WanRahsia Awet Muda Rozita Che Wan Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta terkenal dengan tubuh yang langsing dan wajah yang awet muda Meskipun anak anak lelakiny...
Sudah Sudahlah Syedsaddiq Berjanji Kepada Anak Muda

Sudah Sudahlah Syedsaddiq Berjanji Kepada Anak Muda

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 501 hits
Ini adalah janji Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada anak anak muda di Semenyih Oleh yang demikian Kita akan terus ingatkan Syed Saddiq akan janji janji dia Kalau dia tak tunaikan Kita tahu lah Ketua ARMADA yang ada sekarang memang tak bol...
Tahniah Anak Muda Rakyat Tolak Ph

Tahniah Anak Muda Rakyat Tolak Ph

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 318 hits
Muhammad Khalil Abdul HadiTAHNIAH diucapkan kepada calon Barisan Nasional Tuan Haji Zakaria Hanafi kerana memenangi PRK Semenyih Jelas bahawa rakyat sudah menolak dan tidak yakin terhadap Kerajaan PH Runtuhnya keyakinan rakyat akibat pelbag...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11