Persamaan Malaysia As Orang Melayu Mahukan Penyamun Perintah



MananRazali
Saya rajin menonton CNN sejak dari dulu lagi utk lihat perkembangan2 terbaru di Amerika Syarikat.
Sejak Trump jadi Presiden, banyak stesen2 TV, wartawan dan selebriti Amerika yg mengecam dan memarahi Trump, terutamanya sejak minggu lepas apabila dia disahkan menghidap penyakit Covid-19 disebabkan kelakukan dia yg bangsat kerana masih tetap angkuh dan menyombong diri macam koboi gila.
Kenyataan2 Trump yg masih tidak kesal dengan bahaya Covid dan cuba berlagak seperti hero kampung amat dikesali oleh media2 dan selebriti di Amerika. Yang terbaru ialah apabila dia berkata “Don’t be afraid of Covid” malam tadi. Boleh dikatakan hampir semua media elektronik dan media cetak perdana sedang menghentam Trump mengenai kenyataan yg sangat tidak sensitif ini terhadap semua ahli keluarga kepada 210,000 mangsa Covid yg telah mati.
Cuba fikir baik2 soalan saya skrg : Apa persamaan di Amerika dan di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini?
Ini analisis dan jawapan saya : Pada PRU-14, seramai 70% dari pengundi di negara kita menolak reform yg sepatutnya dilakukan terhadap institusi2 kerajaan agar negara boleh ditadbir dengan ketelusan, pertanggung-jawaban dan akauntabiliti yg tinggi supaya ahli2 politik tidak boleh lagi menunggang jawatan mereka utk kepentingan diri dan seterusnya merosakkan negara seperti apa yg sedang berlaku sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.
Malangnya, majoriti orang Melayu masih tetap mahukan penyamun, perompak, pemakan rasuah dan penunggang agama terus diangkat jadi pemimpin disebabkan oleh semangat perkauman yg tebal hinggakan agama pun diseleweng dan dicemar kesuciannya agar ia dapat digunakan utk tujuan semangat perkauman sempit ataupun asabiyyah yang keterlaluan. Rakyat yg kurang daya fikiran mereka kerana mempunyai IQ tahap kura2 mudah ditipu dengan retorik ini sementara yg menipu mereka pula mempuyai matlamat utama yang tidak lain hanyalah untuk memperkayakan diri dan keluarga sendiri sahaja.
Tanpa sokongan majoriti dan padu dari bangsa Melayu untuk melihat usaha reform ini berjaya, kerajaan yg ingin melaksanakannya pincang dan lemah walaupun ia memenangi PRU kerana kemenangannya datang dari hampir 90% sokongan dan undian dari orang2 bukan Melayu dan bukan Islam.
Akibat dari ini, setiap yang dilakukan oleh kerajaan untuk melaksanakan agenda reformnya dijadikan modal politik orang Melayu yang hanya tahu mencari alasan untuk membangkitkan rasa marah masyarakat semata-mata kerana pemimpin2 korup yang mereka sokong tidak lagi berkuasa. Tanpa sokongan majoriti orang Melayu, kerajaan PH sebenarnya lemah, dan keadaan inilah yang telah diambil kesempatan oleh mereka yang gila kuasa untuk sanggup berpakat dengan penyamun2 dan penunggang2 agama utk merampas kuasa dengan cara yg tidak bermoral dan beretika.
Walaupun ini merupakan pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat, namun ia mendapat restu dan sokongan padu dari bangsa Melayu yg berpihak kepada penyamun2 dan penunggang2 agama atas dasar sentimen perkauman dan asabiyyah yang tebal. Lantaklah nak jadi apa kesan atau akibat kepada negara kita di jangkamasa panjang asalkan yg berkuasa sepenuhnya ialah orang Melayu walaupun jika pemimpin2 Melayu ini akan menjahanamkan rakyat dan negara dengan sikap mereka yg tidak amanah itu. Inilah sikap dan pendirian majoriti bangsa Melayu.
Di Amerika juga, perkara yg sama telah dan sedang berlaku sejak Trump memenangi pilihanraya dan berjaya menjadi Presiden negaranya sejak 4 tahun lalu. Trump menang dengan sokongan majoriti rakyat Amerika yg berotak kampung dan benci kepada bangsa asing. Mereka adalah dari kalangan White Supremacist yg marah negara mereka mengambil pendirian yg sangat terbuka dan liberal dari segi hubungan perniagaan dan perdagangan dengan bangsa dan negara lain sehingga ekonomi Amerika sangat dipengaruhi dan dikuasai oleh syarikat2 millik negara asing. Golongan kampung dan White Supremacist di Amerika sangat gusar dengan keadaan ini dan melihatnya sebagai ancaman yg sangat besar terhadap survival mereka di negara sendiri.
Saya yakin kita sama2 boleh melihat kesombongan Trump dan sering jadikan dia sebagai bahan lawak dan kutukan kita. Rasa menyampah dan meluat kita kepadanya sangat tinggi kerana kebodohan dan keangkuhannya telah menyebabkan dunia jadi huru hara. Tapi kita harus faham bahawa keputusan dan tindakan meletak Trump di kerusi Presiden Amerika sebenarnya datang dari suara majoriti dari rakyatnya sendiri. Trump tidak menduduki jawatan Presiden Amerika dengan mewarisinya dari bapak atau moyang dia. Sebaliknya, dia dipilih dengan cara yang sah oleh rakyatnya sendiri melalui proses demokrasi.
Bahkan seperti yg saya katakan di awal rencana tadi, hampir semua media cetak dan elektronik mengecam dan mengutuk kegilaan Trump, tetapi segagah-gagah media Amerika yg kita kata adalah media syaitan kerana peranannya meracuni pemikiran warga dunia dengan apa jua agenda jahatnya, mereka masih tewas kepada suara majoriti rakyat Amerika yg tetap menyokong Trump.
Kalau kita benci dan meluat dengan Trump, kita sepatutnya marah dan menyoal rakyat Amerika yg memenangkan Trump secara demokrasi untuk menjadi Presiden Amerika yg diakui secara umum adalah manusia yg paling berpengaruh dan berkuasa sekali di atas planet bumi.
Bukankah hal ini saling tidak tumpah sama dengan sikap orang Melayu? Bukankah negara kita pun adalah bahan lawak masyarakat dunia yg geleng kepala melihat bagaimana pemimpin2 kita adalah dari kalangan penyamun2 dan lebai2 yang otak mereka tidak ubah macam otak siput babi? Dan bukankah kejayaan mereka menguasai kerajaan pada hari ini adalah dengan restu majoriti bangsa kita yang sangat menyokong tindakan rampasan kuasa mereka pada akhir bulan Februari lalu?
Persoalanya ialah : Adakah 70% dari kalangan pengundi2 Melayu yg telah memilih penyamun2, pengkhianat2 dan penunggang2 agama utk menjadi pemimpin2 negara ini pada PRU-14 lalu akan membuat pilihan yg sama pada PRU-15 akan datang nanti?
Satu persatu keburukan, kezaliman dan kebodohan mereka dilondehkan oleh Allah untuk tontonan kita supaya kita ambil pengajaran darinya. Tetapi ramai dari kalangan kita masih buta, pekak dan berhati batu lagi.
Dalam Al-Qur’an, perkara2 yg sama Allah kisahkan dan cabar manusia yg ada otak supaya berfikir dan ambil pengajaran dari sejarah2 kaum yg Allah telah hancurkan spt kaum Nabi Nuh, kaum Tsamud, kaum Aad, penduduk2 Madyan, Firaun dan para pembesarnya, kaum Yahudi dan macam2 kisah lagi. Disebalik sikap kaum2 ini menolak keesaan Allah yang telah menyebabkan mereka jadi jahat dan sombong, jangan lupa bahawa ada satu lagi sebab dan faktor utama kenapa mereka dihancurkan oleh Allah. Jawapannya ialah kerana mereka adalah pendokong2 kezaliman dan ketidak-adilan! Inilah yg umat Islam gagal fahami dengan betul.
Kita pikir hanya kerana kita hafal rukun Islam yg 5 perkara dan juga rukun Iman yg 6 perkara itu, maka kita sudah selamat dan pasti akan dipelihara oleh Allah. Jauh benar kefahaman kita dari tuntutan Islam yg sebenar!
Amerika dan dunia sedang ribut dengan Trump dan Covid. Malaysia pun sedang kelam kabut dengan Covid dan sebuah kerajaan bangang yg tidak berfungsi. Segala-gala undang2 dan peraturan dilaksanakan secara double standard dalam negara ini dan inilah antara sebab utama kenapa Covid kembali mengganas.
Pihak yg saban hari kononnya mengingatkan rakyat supaya patuh kpd SOP Covid jika tidak mahu dihukum oleh undang2, rupa2nya adalah pihak sama yg melanggarnya hingga negara jadi huru hara sekarang tetapi mereka terlepas dari semua tindakan undang2.
6 bulan rakyat menderita demi mendisiplinkan diri utk mengalahkan Covid dan kita hampir berjaya memenanginya. Tiba2 disebabkan oleh rasa tamak dan gila kuasa, kerajaan PN telah mengorak langkah cuba menebuk atap kerajaan Warisan di Sabah utk merampasnya bersama dengan seorang penyamun yg dibebaskan dengan ajaib dari 46 tuduhan rasuah.
Tindakan tidak bermoral dan jahat inilah yg telah mencetuskan masalah Covid yg kini sedang mengganas kerana menteri2 dan ahli2 politik yg pulang ke Semenanjung dari Sabah dengan selamba melanggar SOP kerana mereka diberi layanan istimewa tidak perlu menjalani kuarantin di rumah. Sebaliknya mereka bebas ke sana ke sini berkeliaran seperti pelesit yg tidak bertuan.
Entah apa yg bebal sangat orang Melayu kita ini yg masih tidak faham2 lagi bahawa jika kita berpihak kepada ketidak-adilan dan kezaliman, maka Allah akan hancurkan kita. Jika tidak sekarang, pasti di masa depan apabila anak cucu kita mewarisi negara ini dari kita.
Menghancurkan kita bukan semestinya bermaksud bahawa kita akan dimatikan beramai-ramai sekaligus dalam suatu bencana atau musibah yang dahsyat seperti yg Allah timpakan atas kaum2 di masa lampau. Sebaliknya, kehancuran juga boleh datang dalam bentuk kemiskinan yang meluas berserta kesempitan hidup yg amat memeritkan walaupun negara kita pada asalnya adalah sebuah negara yg sangat kaya dengan pelbagai hasil semulajadinya yang telah dilimpahkan oleh Allah .
Wahai orang Melayu!! Ingatlah kepada angka keramat ini sentiasa : 70% dari pengundi bangsa kita yg memililh supaya kita lingkup!!
Maka apakah kita fikir bahawa Allah akan selamatkan kita secara ajaib yang menyalahi Sunatullah-Nya jika sebahagian besar dari kita sendiri tetap memilih supaya kita lingkup?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30024

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Ph Perintah Sekarang Bani Melayu Maki Pn Tak Kena Ke

Kalau Ph Perintah Sekarang Bani Melayu Maki Pn Tak Kena Ke

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 238 hits
Via WhatsApp Cerita KALAU Kalau Hari nie bukan Dato Seri Dzulkifli Ahmad tapi Dato Sri Mujahid yg didapati positif Covid19 rasa2 dah bergegar bumi Malaysia ini dengan laungan anjing DAP PH Babi tukar kerajaan Kalau Hari nie Tun M yg cakap x...
Malaysia Realme 7 Series Sudah Dilancarkan Hari Ini

Malaysia Realme 7 Series Sudah Dilancarkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 328 hits
Hi Korang PETALING JAYA 24th September 2020 Sekarang ni realme Malaysia telah pun melancarkan dua smartphone terbaru mereka realme 7 realme Pro Model terbaru ni di tingkatkan dari segi charging power dan juga feature camera yang terbaru So ...
Cara Isi Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2020 Di Mycensus

Cara Isi Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2020 Di Mycensus

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 550 hits
Korang dah isi Banci Penduduk Perumahan Malaysia tahun 2020 ni ke belum Ana pun baharu semalam selesai menjawab Banci ni banyak juga soalan yang perlu dijawab nasib baik isi rumah 4 orang sahaja sebab lain individu lain soalan nya kan hehe ...
Hanya 1 8 Juta Rakyat Malaysia Respons E Census Ketua Perangkawan

Hanya 1 8 Juta Rakyat Malaysia Respons E Census Ketua Perangkawan

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 287 hits
M Update 25 9 2020 Hanya 1 8 juta rakyat Malaysia telah mengisi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 secara dalam talian atau e Census sejak dilaksanakan pada 7 Julai lepas kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin Mohd U...
Malaysia Panas Mimpi Anwar Ibrahim Jadi Pm Terwujud Cnbc Indonesia

Malaysia Panas Mimpi Anwar Ibrahim Jadi Pm Terwujud Cnbc Indonesia

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 249 hits
Jakarta CNBC Indonesia Pemimpin oposisi Malaysia Anwar Ibrahim telah mengklaim dirinya mendapat dukungan dari mayoritas anggota parlemen untuk membentuk pemerintahan baru Yang berarti dirinya bisa menjadi perdana menteri baru Malaysia Klaim...
Kenali Portal Jawatan Kosong Terkini Di Malaysia Bagi Mendapatkan Peluang Pekerjaan

Kenali Portal Jawatan Kosong Terkini Di Malaysia Bagi Mendapatkan Peluang Pekerjaan

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 432 hits
Kenali Portal Jawatan Kosong Terkini Di Malaysia Bagi Mendapatkan Peluang Pekerjaan Dunia sekarang ibarat dihujung jari Semua perlukan kemahiran menggunakan internet Tak macam dulu semula secara manual Kalau dulu dapat informasi jawatan kos...
Warga Asal Aceh Lolos Hukuman Mati Di Malaysia

Warga Asal Aceh Lolos Hukuman Mati Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 310 hits
Putusan tersebut tidak terlepas dari upaya KBRI Kuala Lumpur melalui pendampingan hukum pengacara retainer KBRI Kuala Lumpur Gooi dan Azzura dalam membela M Yusuf sehingga dapat dibebaskan dari jeratan hukuman mati
Siri Mi 10t Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 Oktober

Siri Mi 10t Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 Oktober

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 276 hits
Xiaomi Mi 10T adalah siri terbaru peranti Xiaomi Ia adalah peranti mercu bagi Mi 10T dan Mi 10T Pro dan peranti kelas pertengahan bagi Mi 10T Lite Antara spesifikasi yang tertiris adalah janaan cip Snapdragon 865 skrin 144Hz kamera 108MP ba...
Cfm Tiga Daripada Lima Rakyat Malaysia Tidak Menerima Kelajuan Internet Seperti Dijanjikan

Cfm Tiga Daripada Lima Rakyat Malaysia Tidak Menerima Kelajuan Internet Seperti Dijanjikan

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 299 hits
CFM kini mengatakan yang mana tiga daripada lima rakyat Malaysia tidak menerima kelajuan internet seperti yang dijanjikan oleh syarikat telekomunikasi mereka CFM menerima data ini berdasarkan kepada bancian yang telah dijalankan mereka bebe...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner